31 Kebebasan beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan
dalam Perlembagaan Malaysia.
32 Penglibatan diri dalam pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi
peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
,
33 Sikap keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta
dan norma masyarakat Malaysia.
34 Hidup bersama secara aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan
keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
35 Saling membantu dan bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau Negara
untuk mencapai sesuatu matlamat.
36 Saling menghormati antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.