Anda di halaman 1dari 1

 

LATAR
1. Latar Masa
    - Karya ini memaparkan latar masa lalu, iaitu zaman campur tangan Inggeris di negeri
Sabah. Peristiwa-peristiwa yang digambarkan hanya berlaku dalam masa beberapa hari
sahaja tetapi melalui teknik imbas kembali sama ada secara penceritaan atau ingatan watak-
watak, pengarang membawa ceritanya ke satu latar masa yang terdahulu, misalnya sebelum
kematian bapa Andayu.
 
2. Latar Tempat
    - Daerah Inanam, Ranau, Sungai Sugut, Mengkabung, Gunung Kinabalu, Pulau Gaya,
Sandakan.
    - Di rumah Paduka Mat Salleh, rumah Andayu, kubu di lereng Gunung Kinabalu, kota
Pulau Gaya.
 
3. Latar Masyarakat
    - Latar masyarakat dalam novel ini merujuk kepada masyarakat Bajau yang diketuai oleh
Datu Paduka Mat Salleh, penghulu di daerah Inanam dan menjadi pejuang dalam menentang
campur tangan Inggeris di Sabah. Masyarakat ini berpecah menjadi dua kelompok, iaitu yang
menentang pihak Inggeris dan kelompok yang menjadi penyokong orang-orang Inggeris.
Pengarang juga memaparkan masyarakat orang asli yang menjadi askar upahan orang-orang
Inggeris semasa menentang Datu Paduka Mat Salleh serta pengikut-pengikutnya.

Anda mungkin juga menyukai