Anda di halaman 1dari 1

 

 
TEKNIK
Pengarang akan menggunakan pelbagai teknik untuk menyampaikan cerita. Kepelbagaian
teknik akan menghasilkan cerita yang menarik dan tidak jemu membacanya. Teknik ialah
cara pengarang memaparkan / menyampaikan cerita atau peristiwa. Antara teknik yang lazim
digunakan ialah imbas kembali dan imbas muka.
Imbas kembali bermaksud watak mengingati semula peristiwa atau pengalaman lampau yang
pernah dialami. Terdapat dua cara teknik imbas kembali yang biasa digunakan oleh
pengarang iaitu :
    i- Watak-watak mengingati kembali (berkhayal) pengalaman masa lampau. Semasa
mengingati kembali pengalaman lampau itu akan berlaku monolog, monolog dalaman atau
dialog.
    ii - Melalui pemerian pengarang. Pengarang menggambarkan pengalaman atau peristiwa
yang pernah dialami oleh watak berkenaan. Contoh imbas kembali menggunakan teknik
pemerian:
 
                Jeritan nyaring bersama-sama letusan peluru senapang menyentak
Andayu kembali kepada kesedarannya.
(Timulak Kapal Perang, hal. 113)
 

Anda mungkin juga menyukai