Anda di halaman 1dari 1

 

NILAI
(a)    Keberanian.
         Nilai keberanian telah digambar oleh pengarang menerusi watak-watak seperti Andayu
serta rakan-rakan seperjuangannya. Keberanian mereka berjuang menentang pihak Inggeris
serta konco-konconya menyerlah. Begitu juga dengan keberanian pejuang-pejuang seperti
Datu Paduka Mat Salleh, Pak Cik Tidung, Pak Cik Ali, Pak Cik Jonan dan ramai lagi semasa
berjuang menentang campur tangan orang-orang Inggeris.
 
(b)    Kerjasama.
        Pengarang berjaya menonjolkan nilai kerjasama menerusi novel ini. Semangat
kerjasama digambarkan melalui watak pengikut-pengikut Datu Paduka Mat Salleh dalam
menghadapi sesuatu kesukaran atau rintangan. Misalnya semasa bertempur, ada yang
bertempur dan ada pula yang merawat mangsa yang tercedera.
 
(c)    Kebijaksanaan.
        Sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat memerlukan kebijaksanaan seseorang
menilai kembali tindak tanduknya. Andayu merupakan gambaran tentang kebijaksanaan
seorang gadis dalam menghadapi detik-detik perjuangannya. Kebijaksanaannya boleh dilihat
apabila dia berjaya mendapatkan maklumat tentang penangkapan Pak Cik Tidung.
 
(d)   Kesabaran.
        Kesabaran Andayu serta rakan-rakannya semasa bersembunyi di celah-celah daun
simpur berhampiran pangkalan untuk menyiasat peristiwa penangkapan Pak Cik Tidung serta
pengikut-pengikutnya. Kesabaran mereka banyak membantu Datu Paduka Mat Salleh
mengatur strategi seterusnya.
 
(e)    Kesetiaan.
        Semangat setiakawan negara ini merupakan satu nilai yang ingin disampaikan oleh
pengarang. Menerusi watak Andayu, Halipan, Datu Paduka Mat Salleh, Pak Cik Tidung dan
Haji Utih dapat kita lihat bagaimana nilai tersebut digambarkan.  Misalnya, Andayu
merupakan watak yang banyak membantu Datu Paduka Mat Salleh kerana semangatnya yang
cintakan negara dan tidak mahu orang Inggeris menjadi tuan di daerahnya.  Begitu juga
dengan Haji Utih, yang bukan sahaja menyumbangkan tenaganya tetapi juga memberikan
sumbangan moral dan material kepada pasukan pejuang keamanan secara sukarela.
 
(f)    Kasih sayang.
        Perasaan kasih sayang ini telah digambarkan oleh pengarang melalui beberapa watak.
Perasaan kasih dan sayang seseorang bapa kepada anaknya, perasaan kasih ibu saudara
kepada anak saudaranya, perasaan kasih isteri kepada suami dan perasaan kasih sayang
sesama ahli masyarakat, semuanya dapat dilihat dengan jelas dalam novel ini dan digarap
dengan baik serta berkesan.
 

Anda mungkin juga menyukai