Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum

Pembuka bicara
Terima kasih kepada pengerusi acara
Guru-guru dan rakan semua
Mari dengar cerita

Kisah Isra dan Mikraj


Isra dan Mikraj telah didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan
Rasulullah s.a.w. Antaranya kematian bapa saudara baginda , Abu Talib,
kewafatan isteri baginda, Saidatina Khadijah dan penolakan penduduk Taif
terhadap dakwah baginda. Justeru, Isra dan Mikraj menjadi penawar kepada
kedukaan tersebut.
Hati dicuci siraman zam-zam
Dituang iman,ilmu dan hikmat
Buraq hadir sedia ditunggang
Kembara merentas penuh fadilat
Isra ialah perjalanan Rasullullah dari Masjidil Haram Ke Masjidil Aqsa . Mikraj
pula perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidrathul Muntaha.








Surah Al-Isra ayat 1 yang bermaksud: Maha suci Allah ,yang telah
memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Al

Masjidil Aqsa yang kami berkati bagi memperlihatkan kepadanya sebahagian


dari tanda-tanda (kebesaran )kami. Sesungguhnya dia adalah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.
Ya kawan-kawan, Sifat sabar amat dituntut dalam diri, lebih-lebih lagi ketika kita
ditimpa musibah, sebagaimana kesabaran tinggi yang telah dizahirkan oleh
mangsa-mangsa banjir besar yang melanda Negara baru-baru ini.
Sepanjang perjalanan Isra, Rasulullah telah bermalam dirumah Ummu Hani,
singgah di Madyan,Bukit Tursina dan Baitul laham.
Pelbagai gambaran baginda saksikan
Tamsilan hidup umat budiman
Pedoman diri buat renungan
Saksi segala kuasa Tuhan
Antara yang disaksikan Baginda ialah kaum yang bercucuk tanam yang dapat
menuai segera hasil tanaman mereka.Ada pula yang sengaja memecahkan
kepala sendiri, menggunting lidah berulang kali dan terdapat wanita yang
digantung sehingga otaknya menggelegak. Masya Allah, itulah balasan orang
yang mengingkari peritah Ilahi.
Firman Allah:


Surah Al-Isra ayat 5. Maksudnya: Dan sebenarnya peristiwa itulah yang
.menjadi satu janji yang tetap berlaku
Ya kawan-kawan,segala amalan yang kita lakukan akan dibalas dengan adil dan
saksama. Keikhlasan para sukarelawan yang sanggup berkorban masa dan
tenaga bagi membantu mangsa banjir sudah pasti akan mendapat ganjaran
.Allah
Sidratul muntaha tempat tertinggi
Kembara nabi bertemu Ilahi
Ibadat solat amanah diri

.Menjadi fardu setiap hari


Rasulullah turut bertemu nabi Adam, nabi Isa ,nabi Musa,nabi Idris dan Nabi
.Harun diantara lapisan langit yang Baginda lalui

Firman Allah Taala

Surah An-Nisa ayat 103

.maksudnya :Sesungguhnya solat itu adalah

.fardu yang ditentukan waktunya kepada orang-orang yang beriman


Ya kawan-kawan ,ibadat solat perlu dillakukan sebagaimana ajaran
Rasulullah.Perlakuan solat sebagaimana ajaran sesat syiah perlu dijauhi oleh
.semua umat Muhammad
Apabila kembali kebumi Mekah , Baginda telah menceritakan perihal apa yang
telah baginda lalui dan saksikan sepanjang peristiwa Isra dan Mikraj kepada
penduduk Mekah. Malangnya mereka sedikit pun tidak mempercayai apa yang
.Baginda sampaikan , kecuali Saidina Abu Bakar
:Firman Allah Taala




Surah Al-Baqarah ayat 142.maksudnya:Katakanlah: Kepunyaan Allah jua dari
Timur dan Barat; dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke
jalan yang lurus.

Ya kawan-kawan, sahabat yang baik akan sentiasa menjaga tingkah laku dan
sentiasa menghormati sesama sendiri. Akhlak mulia yang dizahirkan oleh Tuanku
Sultan Kelantan umpamanya akan menjadi ikutan rakyat jelata.
Peristiwa Isra dan Mikraj merupakan ujian dan mukjizat membuktikan kekuasaan
Allah . peristiwa ini bukan sahaja telah menenangkan jiwa Rasulullah , bahkan
sebagai umat Baginda, ianya dapat memantapkan keimanan kita kehadrat Ilahi.
Firman Allah Taala:



Surah Al-Ahzab , ayat 71 yang bermaksud:sesiapa yang mantaati Allah dan
Rasul-Nya , maka sesugguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.
Ya kawan-kawan,
Ketaatan dalam melaksanakan ibadat akan menguatkan keimanan dalam diri.
Berhati-hatilah dengan dakyah ajaran sesat dan kemunculan nabi palsu diakhir
zaman.
Sekian saja secebis kisah Isra Mikraj untuk muhasabah kita bersama.
Wassalamulaikum wrt wbt.

KISAH
ISRAK DAN MIKRAJ
(PEREMPUAN)

Anda mungkin juga menyukai