Anda di halaman 1dari 12

ISU PENGLIBATAN IBU BAPA PENDIDIKAN KHAS

Isu Penglibatan Ibu bapa:


Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu
mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007). Ianya mampu
memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak
dengan seimbang dari aspek tingkah laku dan afektif. Ada segelintir ibu
bapa malu mempunyai anak yang ada kad OKU dan tidak dapat
menerima hakikat bahawa mereka terpaksa memikul beban seumur
hayat mereka dengan jenama OKU tersebut.
Sebahagian Ibu bapa beranggapan tidak perlu bersusah payah
mengajar bersungguh-sungguh kerana mereka sedar anak mereka
memang begitu. Memadai hanya pergi ke sekolah , bergaul dengan
rakan dan ibu bapa boleh membuat tugas lain sementara anak ke
sekolah. Itulah tanggapan yang paling pahit untuk dterima oleh seorang
guru Pendidikan Khas. Perasaan kasih sayang itu bertukar kepada
kasihan maka sebab itu anak mereka tidak dapat menunjukkan
perkembangan dan kebolehan yang sebenar mengikut keupayaan
mereka.
Kesibukan ibu bapa sehingga mengurangkan tumpuan dan perhatian
kepada anak-anak mereka. Bosan menghantar anak mereka ke sesi
terapi yang pada mereka tidak membawa makna apa-apa. Pada hal
mereka tidak menyedari perkembangan yang berlaku pada anak-anak
mereka. Malahan ibu bapa tidak menjalankan sesi tersebut di rumah
secara berterusan .
Ada juga sebahagian daripada mereka tidak memberikan sokongan dan
idea kepada program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Program
permuafakatan sebagai medan berbincang dan bertukar pendapat
cuma dianggap satu pembaziran masa yang dianggap tidak bermakna
oleh mereka. Maka oleh yang demikian ada sebahagian ibu bapa tidak
mendapat maklumat yang secukupnya dari pihak sekolah. Guru

menghadapi kesukaran untuk mendedahkan keupayaan anak mereka


dalam pelbagai aspek. Ini kerana mereka hanya melihat ketidakupayaan
anak mereka dari satu sudut sahaja.
Kurang kesedaran dalam ibu bapa kerana kebanyakan anak-anak
Pendidikan Khas ini terlalu dimanjakan sehingga tidak pandai mengurus
diri dengan baik. Masih ada ibu bapa tidak percaya dengan keupayaan
guru-guru menguruskan anak-anak mereka sehingga sanggup tunggu
bersama di sekolah hanya semata untuk memberikan makanan dan
menghantarkan ke tandas. Pihak sekolah sebenarnya boleh menolak
penempatan anak mereka sekiranya mereka tidak boleh mengurus diri
dengan baik.
Ibu bapa terlalu bergantung kepada pihak sekolah dalam aspek
pengurusan diri. Ini sedikit sebanyak telah menganggu proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semasa ketiadaan khidmat
pembantu pengurusan murid dulu, semua tugas tersebut terpaksa
dilakukan oleh guru-guru Pendidikan Khas. Maka timbul pula isu di
mana guru-guru Pendidikan Khas hanya mengasuh murid sahaja
bukannya mengajar seperti guru lain.
Selain daripada itu, ada dalam kalangan mereka telah menyalahgunakan
wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Kelengkapan sekolah anak
tidak disediakan dengan secukupnya dan anak kerap tidak hadir ke
sekolah. Sikap yang sedemikian akan membantutkan usaha guru
memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka.
Kebanyakkan juga ibu bapa tidak menitikberatkan pengetahuan asas
agama kepada mereka. Anggapan bahawa mereka ini tidak mengetahui
apa-apa tentang mempelajari agama adalah silap . Ini kerana adalah
satu kewajiban bagi ibu bapa memberikan pendidikan agama supaya
mereka dapat membezakan dosa dan pahala serta perkara baik dan
buruk.

Cadangan mengatasi:
Pihak sekolah dan PIBG perlu berusaha mengatur program yang
mampu memberikan kesedaran dan keinsafan kepada ibu bapa dan
penjaga tentang amanah yang telah Allah kurniakan kepada mereka.
Permuafakatan antara guru dan ibu bapa sangat penting dalam
merancang proses pembelajaran yang berterusan . Selain itu juga, ibu
bapa perlu diberi kursus khas oleh pihak badan bukan kerajaan atau pun
pihak kerajaan bagi memantapkan lagi kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang boleh dilakukan di rumah. Hal ini kerana,
pengetahuan yang diberi ini akan memudahkan ibu bapa mengajar
anak-anak mereka dengan metodologi yang bersesuaian dengan
kemampuan dan kebolehan anak-anak mereka.
Ibubapa tidak perlu merasa rendah diri dan malu untuk berhadapan
dengan masyarakat. Adalah digalakkan ibu bapa melibatkan diri
dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan
dengan masalah anak,contohnya Persatuan Syndrome Down, NASOM
dan lain-lain lagi. Tindakan ini akan mendedahkan ibu bapa kepada
perbincangan dengan ibu bapa lain yang mempunyai masalah yang
hampir sama dengan apa yang ditanggung oleh ibu bapa iaitu berkisar
dari masalah kesihatan, perkembangan anak dan pendidikan anak-anak.
Hal ini akan memberi rasa kelegaan dan idea baru dalam mendidik
anak-anak khas anda.
Ibu bapa perlu banyak berbincang dengan professional perubatan
seperti dokor di hospital atau para-profesional yang lain seperti ahli
psaikology, jurupulih cara kerja atau audiology. Ibu bapa digalakkan
membuat dairi atau catatan perkembangan sesuatu peringkat
perkembangan anaknya. Seterusnya berbincang dengan pihak
perubatan atau kesihatan dan maklumkan perkembangan yang telah
anak anda capai. Maklumat yang terperinci boleh membantu pihak
doktor membuat analisa tentang masalah perkembangan anak. Gunakan
kesempatan masa berjumpa doktor yang terhad dengan memberi
maklumat yang boleh membantu ibu bapa ke arah didikan atau terapi
yang merangsang pertumbuhan fizikal atau minda yang selari dengan
kanak-kanak normal yang lain.

Selain itu ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama
dengan anak-anak bekeperluan khas ini. Mereka memerlukan lebih
perhatian dan bimbingan yang berterusan supaya menjalani kehidupan
yang kebih bermakna. Ilmu agama itu sangat penting kepada mereka
kerana adalah tugas ibu bapa mendidik anak-anak mereka menjadi anak
yang soleh dan memahami peratutan-peraturan dalam hidup.
Pendedahan mengenai cara menguruskan kanak-kanak berperluan khas
juga perlu diajar dan diberi dengan padat dan mapan kepada ibu bapa.
Hal ini mampu memberi ilmu dan pengetahuan yang berguna kepada ibu
bapa berkenaan. Apabila ibu bapa sudah tahu mengurus dan memahami
anak mereka yang istimewa ini, maka perasaan terbeban dengan
karenah anak mereka ini akan menjadi kurang dan sebaliknya mereka
akan merasakan sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab yang
harus dijalankan dengan hati yang mulia dan murni.
Dicatat oleh CIKGUSUE PKHAS di 05:44
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
No comments:
Post a Comment
Pautan pada catatan ini
Create a Link
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
FAMILY

ISU PENEMPATAN MURID PENDIDIKAN KHAS


Isu Strategi Dan Penempatan Pelajar.

Isu ini merupakan antara yang sering dibahaskan di peringkat sekolah


antara guru Pendidikan Khas, Guru Pemulihan dan pihak pentadbir
serta ibu bapa. Bagi sebahagian ibu bapa masih tidak mahu menerima
hakikat bahawa anak mereka perlu dimasukkan ke kelas Pendidikan
Khas. Oelh yang demikian kriteria dan instrumen pemilihan perlu sesuai
dengan kepelbagaian katogeri murid. Setiap orang murid adalah berbeza
dari aspek kognitif, emosi dan afektif. Mereka perlu dinilai dengan cara
yang berbeza dan sesuai dengan tahap keupayaan mereka. Meskipun
ada instrumen penempatan yang disediakan oleh kementerian tetapi
tidak boleh digunakan kepada semua murid. Terutama sekali bagi murid
dari katogeri slow learner atau lembam.
Cadangan penempatan tersebut perlu dirujuk kepada doktor atau pakar
yang berkelayakan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.
Pada tahun 90an hanya doktor pakar kanak-kanak atau pakar psiktatri
sahaja yang layak membuat ujian penempatan. Ianya mengambil masa
dari dua minggu hingga ke sebulan sebelum mengesahkan kecacatan
yang dialami oleh murid tersebut. Selain daripada beberapa siri
pemeriksaan murid tersebut perlu menjalani beberapa sesi terapi dan
tahap kematangan pemikirannya akan dikukur. Begitulah sukarnya
mendapatkan kelulusan dari pihak doktor.
Isunya ialah sangat berbeza pada masa kini kerana dalam masa sehari
doktor boleh mengesahkan penempatan untuk murid. Ibu bapa selalu
merungut pihak hospital tidak menjalankan rawatan secara terperinci .
Lebih malang lagi ada doktor yang tidak ada pengetahuan langsung
dalam bidang Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ada sebahagian
murid yang dari katogeri lembam atau slow learner ditandakan sebagai
terencat akal. Malahan ada murid down sindrom ditandakan sebagai
slow learner. Hal yang sedemikian mendatangkan masalah dalam
kalangan guru menentukan kumpulan belajar atau kelas bagi murid
tersebut. Sangat meragukan pula ialah kenapa sekarang mana-mana
doktor di poliklinik boleh membuat pengesahan tersebut tanpa merujuk
kepada pakar-pakar yang berkelayakan. Senario inilah yang menjadikan
masalah utama dalam penempatan murid Pendidikan Khas. Kita tidak
mempertikaikan kewibaan doktor tersebut tetapi masih kedengaran
rugutan dari penjaga bahawa tidak ada sebarang pemeriksaan dan ujian
yang dijalankan oleh pihak poliklinik memadai dengan instrument yang
dibekalkan oleh pihak guru.

Kebimbangannya ialah salah penempatan akan menyebabkan murid


tersebut dibafikan hak mereka dalam mendapatkan pendidikan yang
sewajarnya. Contohnya isu mengenai murid pemulihan yang
ditempatkan ke dalam kelas Pendidikan Khas atau sebaliknya.
Kaddangkala keputusan doktor tersebut terpaksa kita abaikan kerana
keputusan penempatan yang tidak sesuai. Kebanyakan doktor tidak
faham program yang berkaitan dengan perkataan integrasi, inklusif,
masalah pembelajaran, kelas biasa, kelas pemulihan dan Pemulihan
Dalam Komuniti.
Mutakhir ini kebanyakan sekolah mengajar status Sekolah Cemerlang,
Berprestasi Tinggi dan sebagainya. Rata-rata guru besar mempunyai
target untuk mencapai cita-cita tersebut. Isunya ialah belum tamat bulan
Januari sudah ada murid tahun satu dikeluarkan dari sekolah mereka
kerana tidak pandai membaca dan menulis dengan baik. Guru Besar kini
sudah pandai promosi kelas Pendidikan Khas kepada penjaga yang ada
anak sedemikian. Ini semuanya bertujuan untuk mengecilkan data murid
tegar pada pertengahan tahun nanti. Hak murid untuk belajar dan dididik
dinafikan kerana mereka belum berpeluang pun untuk merasai suasana
persekolahan yang sebenar. Ini kerana pada awal Januari biasanya
program transisi dijalankan sebelum mereka disaring dalam ujian LINUS
saringa 1, 2 dan 3. Sedangkan pihak kementerian telah mengeluarkan
pekeliling mengenai penempatan murid tahun 1 ke kelas Pendidikan
Khas hanya selepas saringan ke 3.
Pihak jabatan pula kurang peka dalam hal ini dan kadangkala urusan
penempatan pun tidak sesuai dengan Program Integrasi. Pernah berlaku
murid cacat pendengaran di tempatkan di kelas masalah pembelajaran.
Alasannya ialah atas permintaan penjaga. Seharusnya pihak jabatan
perlu memaklumkan kepada penjaga tersebut penempatan yang sesuai
untuk anak mereka. Kesilapan yang beginilah yang menyebabkan guru
Pendidikan Khas rasa terbeban dan sukar menjalankan proses
pengajaran dengan berkesan.
Cadangan mengatasinya:
Pihak Jabatan Pelajaran dan Kumpulan Pelbagai Disiplin termasuk
pihak hospital perlu berganding bahu dan saling bekerjasama dalam isu
ini. Kedua pihak perlu melakukan penyebaran ilmu dan pengetahuan

yang mereka ada mengenai murid berkeperluan khas. Kedua pihak


perlu berbincang dan menetapkan keperluan-keperluan dan strategi
yang lebih sesuai dalam isu penempatan ini.
Pembinaan ujian soalan diognostik juga perlu diselaraskan dan
dikeluarkan oleh satu badan yang bertauliah supaya tidak berlaku
penyelewengan ataupun penindasan terhadap murid. Pelbagai aspek
berkaitan murid perlu diambil kire sebelum memulakan proses
penempatan murid berkenaan ke kelas kelas pendidikan khas untuk
mengelakkan masalah muncul setelah murid ditempatkan. Selain itu
panel-panel yang terlibat semasa proses penempatan pelajar
seharusnya menjalankan tugas dengan penuh professional untuk
memberikan satu perkhidmatan yang terbaik. Ibu bapa sekarang
sentiasa peka mengikuti perkembangan anak-anak mereka. Oleh yang
demikian mereka yang terlibat perlu telus dan menghormati hak individu
untuk mendapatkan keperluan rawatan yang sesuai.

Pentadbir sekolah juga perlu amanah dalam mentadbir program integrasi


ini. Mengejar kecemerlangan biarlah dengan cara yang professional
juga. Hak murid untuk mendapatkan pendidikan dan pelajaran perlu
diambil kira. Bagilah mereka peluang menunjukkan kemampuan dan
kebolehan mereka terlebih dahulu sebelum dihantar ke kelas Pendidikan
Khas. Ibu bapa juga perlu mempertahankan hak untuk anak-anak
mereka. Mereka perlu tahu kriteria yang ditentukan untuk masuk ke
kelas Pendidikan Khas kerana belum pasti cadangan dan pendapat
pihak sekolah adalah benar selagi belum mendapat pengesahan pakar
yang berkelayakan.
Pihak Jabatan Pelajaran pula perlu lebih peka dan selari dengan dasar
dan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian. Jangan
mengharapkan pihak sekolah sahaja yang melaksanakan dasar-dasar
tersebut sedangkan di peringkat jabatan banyak perkara yang terlepas
pandang. Sokongan sedemikian sangat penting supaya guru-guru
diperingkat sekolah tidak merasa tertekan dan diperlekehkan begitu
sahaja.
RUMUSANNYA:

Isu-isu yang dibincangkan adalah merupakan antara cabaran yang perlu


dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Khas. Meskipun segala keperitan
yang dilalui tersebut mencabar keprofesionalisma dalam keguruan
tetapi guru Pendidikan Khas tetap berdiri teguh bersama anak
muridnya. Bilangan mereka saban tahun semakin bertambah cukup
membuktikan kepercayaan dan tanggapan positif terhadap keperluan
pendidikan kepada semua kanak-kanak.
Cabaran tersebut menjadikan guru-guru Pendidikan Khas semakin
matang dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri supaya opsyen ini
tidak lagi menjadi pilihan terakhir dalam bidang keguruan. Cabaran
cabaran yang mendatang merupakan satu impak yang besar dalam
bidang ini kerana ianya telah membuka ruang yang lebih luas untuk
meningkatkan kualiti opsyen Pendidikan Khas. Secara tidak langsung
ianya memberikan ruang kepada Kementerian Pelajaran dan Pejabat
Pelajaran mengatur program dan dasar yang meningkatkan kualiti
Pendidikan Khas.
Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus
menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran,
pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998).
Harapannya semua pihak akan yang terlibat akan memberikan
kerjasama yang terbaik dan memberi sumbangan idea dalam
meningkatkan mutu Pendidikan Khas. Kecemerlangan tidak berjalan
dengan sendiri tanpa sokongan padu semua pihak . Tanggungjawab
mendidik murid Pendidikan Khas adalah tugas bersama dalam satu
komuniti sekolah. Penerimaan masyarakat sekolah terhadap golongan
ini akan memberikan keyakinan untuk berpimpingan tanagan bersama
mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.
Pendidkan Khas juga mempunyai murid yang mempunyai matlamat
mencapai kehidupan bermakna dan berketrampilan dengan didikan
golongan guru yang inovatif dan kreatif. Berikan ruang kepada mereka
untuk menjadi rakyat yang berpendidikan selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Dicatat oleh CIKGUSUE PKHAS di 05:55
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
No comments:
Post a Comment

Pautan pada catatan ini


Create a Link
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
FAMILY

ISU SOKONGAN PIHAK SEKOLAH KEPADA PROGRAM PPKI


Isu Sokongan Pihak Sekolah.
Sokongan dari pihak pentadbiran memberikan makna yang besar
kepada guru-guru dan murid-murid masalah pembelajaran. Kita
mengakui kecemerlangan akademik sangat penting dalam melonjakkan
prestasi sekolah secara keseluruhannya. Namum demikian kadangkala
pihak pentadbiran terlupa bahawa kecemerlangan boleh datang dalam
pelbagai rupa bukan hanya fokus kepada akademik sahaja. Persepsi
negative melingkari keseluruhan Program Pendidikan Khas Integrasi.
Pihak sekolah selalu menuding jari kepada guru-guru Pendidikan Khas
kerana gagal melahirkan murid-murid yang boleh manaikkan nama
sekolah. Malahan menganggap kehadiran mereka tidak memberi makna
dalam kepimpinan mereka.
Guru Besar dan pentadbir lain sedikit sebanyak telah dimaklumkan
mengenai program Integrasi ini. Malahan pihak Jabatan Pelajaran
Negeri sentiasa menyebarkan maklumat melalui seminar dan mesyuarat
di peringkat daerah dan negeri. Namun begitu masih ada dalam
kalangan mereka sengaja tidak mahu faham dan memberi tanggapan
negatif kepada guru-guru Pendidikan Khas. Malahan mereka sanggup
meminta guru Pendidikan Khas meninggalkan kelas mereka dan
menggantikan guru yang tidak hadir di kelas aliran perdana. Anggapan

bahawa murid-murid Pendidikan Khas tidak penting kerana bilangan


mereka sedikit dalam satu kelas jika dibandingkan dengan aliran
perdana.
Pihak pengurusan sekolah juga sering menyalahgunakan peruntukan
kewangan Pendidikan Khas. Kemudahan kemudahan yang sepatutnya
diutamakan dalam kelas Pendidikan Khas diabaikan. Kebijaksanaan
pihak pengurusan menggunakan peruntukan tersebut mengikut
peraturan-peraturan kewangan tanpa ada keraguan. Tetapi sebenarnya
wang yang diperolehi tidak digunakan untuk Pendidikan Khas. Berbagaibagai aktiviti dan projek mega yang dijalankan dengan menggunakan
peruntukan Pendidikan Khas. Murid-murid Pendidikan Khas yang
terencat akal ini tidak perlu berbelanja banyak kerana ianya tidak
mendatangkan hasil kepada kecemerlangan sekolah.
Pihak pengurusan sekolah juga memberikan layanan kelas kedua
kepada program inklusif kerana mereka bimbang tidak dapat mencapai
target seperti yang diharapkan sekiranya murid-murid Pendidikan Khas
menduduki peperiksaan awam. Kebanyakan mereka sukar menerima
hakikat bila ada murid Pendidikan Khas yang lebih baik daripada murid
aliran perdana. Mereka sukar menerima jika ada murid Pendidikan Khas
yang boleh mengambil peperiksaan UPSR. Bimbang sangat prestasi
sekolah akan jatuh hanya semata murid Pendidikan Khas menduduki
peperiksaan. Sedangkan selama ini prestasi sekolah tidaklah cemerlang
mana pun.
Selain daripada itu pihak sekolah memberikan beban tugas yang sangat
berat kepada guru-guru Pendidikan Khas. Ini semua hanya kerana
bilangan muridnya sedikit dan keadaan murid tersebut menyebabkan
mereka merasakan murid Pendidikan Khas ini tidak perlu diajar dengan
bersusah payah. Oleh sebab itu tugas membawa murid keluar dalam
aktiviti kokurikulum semuanya terbeban atas bahu guru Pendidikan
Khas. Kesannya mereka selalu tinggalkan kelas dan lebih fokus kepada
tugas lain. Sedangkan mereka lupa bahawa mereka telah dibayar elaun
lebih untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas.
Cadangan mengatasi:

Semua guru Pendidikan Khas tidak perlu putus asa, anggaplah persepsi
negatif guru besar itu sebagai satu cabaran. Pulihkan martabat diri
dengan berusaha lebih gigih dan ikhlas. Lakukan tugas dan
tanggungjawab dengan penuh komited supaya mereka menyedari
bahawa guru-guru Pendidikan Khas lebih cemerlang dalam segala
aspek. Berikan kerjasama yang sebaiknya supaya mereka yang
menyisihkan Pendidikan Khas akan malu sendiri. Kesanggupan guru
Pendidikan Khas menjalankan pelbagai tugas membuktikan kemampuan
dan kecemerlangan yang tidak dapat dilakukan oleh guru lain.
Pihak sekolah (guru besar, guru dan murid) perlu menerima secara
positif murid-murid tersebut dan membenarkan mereka belajar menurut
tempoh dan kemampuan masing-masing. Mereka mempunyai hak yang
sama untuk mendapatkan layanan serta pendidikan yang terbaik agar
potensi mereka dapat berkembang ke tahap optimum.
Pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Negeri tidak boleh lepas tangan
dalam hal ini. Sekiranya guru-guru sanggup berhadapan dengan
pelbagai situasi maka mereka perlu selangkah ke hadapan memberi
pengetahuan dan makluman supaya tidak berlaku salah faham lagi.
Pihak pentadbir sendiri perlu ada kesedaran dan bersikap positif
terhadap Pendidikan Khas kerana mereka juga mempunyai hak untuk
mendapat pendidikan seperti kanak-kanak lain. Kecacatan bukan satu
penghalang untuk mendapatkan pendidikan kerana mereka semua boleh
dididik dengan apa cara sekalipun.
Kewujudan program-program Pendidikan Khas di sekolah biasa,
merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru kelas dan
pentadbir di sekolah-sekolah biasa (Marozas dan May, 1988). Sikap
positif semua personal memainkan peranan penting bagi mewujudkan
program percantuman Pendidikan Khas yang efektif. Di sini, guru
Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen
pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan
juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan
Khas.

Paling utama sekali ialah peranan Kementerian Pelajaran Malaysia


menyediakan satu sumber kuasa secara dokumentasi dan jelas
mengenai peranan sekolah dan pentadbir lain yang mempunyai program
integrasi. Juga di peringkat kementerian juga perlu mengambilkira
pengalaman seseorang pegawai dalam bidang Pendidikan Khas supaya
mereka lebih memahami dan mempunyai jiwa terhadap keperluan
Pendidikan Khas.

Anda mungkin juga menyukai