"Orang yg cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Orang
yang jahil pula adalah yang mengikuti pada hawa nafsunya untuk dunia sahaja. Sakitnya mati itu hanya Allah sahaja yg mengetahui sesuai dgn sifat-Nya Yang Maha Mengetahui. Setelah semua nyawa manusia itu dicabut, maka nyawa terakhir yg akan dicabut itu adalah nyawa Malaikat Maut dimana nyawa Malaikat Maut itu akan dicabut oleh Allah sendiri." "Bilamana nyawa Malaikat Maut itu dicabutkan dan dihidupkan semula oleh Allah , Malaikat Maut akan berkata kepada Allah; "Ya Allah, sekiranya aku tahu bagaimana sakitnya Sakkaratul Maut ini, akan aku cabut nyawa mereka yg beriman kepada Engkau itu dengan lembut sekali." "Ada beberapa pendapat yg mengatakan bahwa lembutnya tarikkan nyawa oleh Malaikat Maut itu adalah diumpamakan seperti menarik rambut di celahan tepung dimana tarikkannya itu penuh berhati hati dan lemah lembut." "Sakitnya orang beriman itu ketika di dalam Sakkaratul Maut adalah untuk Allah menghapuskan dosa dosanya ketika dia hidup supaya tidak berat timbangan dosa si fulan itu ketika di timbangan Al-Mizan." "Umur kita umpama kotak kosong yang akan dibawa bertemu Allah di akhirat kelak. Apakah yang diisi didalam kotak itu? Apakah dipenuhi dengan dosa atau diisi dengan pahala? Adalah pertanggung jawab untuk kita mengisi umur kita dengan ibadat dan amal soleh. Umur itu dibahagi kepada lima. Yang pertama, ketika berada dalam sulbi adam. Umur ini sudah berakhir apabila setiap kita dilahirkan kemuka bumi ini." "Umur kedua, ketika manusia dilahirkan sehingga hujung usia yakni mati. Sedang kita lalui sekarang ini. Umur yang ketiga adalah di alam barzakh. Umur ini bermula dari keluArnya roh dari jasad & dimasukkan ke liang lahad. Kubur hanyalah untuk menyimpan jasad, tetapi roh akan berada di alam barzakh. Umur ini berakhir apabila hari dibangkitkan kembali." "Umur yang keempat, ketika dibangkitkan manusia di padang masyar. Satu hari bersamaan seribu tahun didunia. Lima puluh destinasi yang akan dilalui setiap manusia yang mana satu destinasi mengambil masa seribu tahun. Ada jua yang diselamatkan ada jua yang tidak." "Yang kelima adalah penghujung destinasi kita yakni syurga atau neraka. Kesemua ketiga umur kita yang terakhir bergantung pada umur kita yang kedua iaitu semenjak kita dilahirkan hinggalah ke hujung hayat." Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid