Anda di halaman 1dari 10

11 KELEBIHAN ISTIGHFAR YANG PATUT ANDA TAHU

Apabila dilihat makna di sebalik ungkapan ISTIGHFAR, Aku memohon


keampunan dari Allah swt.; dapat dilihat bahawa ungkapan ini adalah
suatu lafaz bertaubat dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang
dilakukan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Jelas sekali bahawa lafaz
yang sangat pendek ini amat besar nilainya di sisi Allah swt iaitu sama
besarnya dengan taubat seperti dalam firmanNya:

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun


kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Surah An-Nasr: 3)
Justeru pasti lafaz yang tinggi kepentingannya sehingga sering dianjurkan
Allah swt di dalam kitabNya ini memiliki banyak rahsia dan kelebihannya.
Berikut adalah antara kelebihan-kelebihan mengamalkan istighfar di
dalam kehidupan seharian kita.
#1 Diampunkan Dosa-Dosanya oleh Allah swt
Kita adalah seorang hamba yang tidak dapat lari dari melakukan
kesalahan dan jauh sekali dari kesempurnaan. Kelemahan diri dalam
melawan hawa nafsu menyebabkan kita sering jatuh tersungkur di lembah
maksiat.
Namun janganlah pernah berputus asa dalam mengharapkan keampunan
daripada Allah swt dan teruslah beristighfar. Kerana Allah swt telah
berjanji seperti di dalam sabda baginda Rasulullah saw:
Allah telah berfi rman, Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti
berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian
kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang
meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni
dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak
peduli
(beberapa
banyak
dosanya).
Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi
#2 Dimakbulkan Permintaan & Hajat
Orang yang sentiasa ikhlas memohon keampunan daripada Allah swt pasti
sentiasa dibersihkan dari dosa-dosanya. Apabila seseorang hamba itu
bersih dari dosa maka munajatnya mudah diperkenankan oleh Allah swt
kerana dekatnya dia di sisi Allah swt. Adalah tidak mustahil bagi Allah swt

untuk memakbulkan segala permintaannya dengan sifat Allah Yang Maha


Pemurah itu.
Imam Ahmad Ibnu Hambal mengisahkan kelebihan istighfar yang
diamalkan oleh seorang pembuat roti. Sepanjang malam si pembuat roti
akan membuat roti sambil beristighfar tanpa henti dan ini telah didengari
oleh Imam Ahmad yang menumpang tidur di rumahnya.
Doa dimakbulkan jika yakin dan rajin beristighfar kepada Allah. [Azrin]
Lalu ditanyakan kepadanya apakah kelebihan yang diperolehinya melalui
amalan istighfar yang bersungguh-sungguh itu. Dijawab si pembuat roti
bahawa Allah swt telah mengkabulkan segala permintaannya selama ini
setiap kali dia berdoa kecuali permintaannya untuk bertemu dengan Imam
Ahmad Ibnu Hambal.
(Si pembuat roti tidak mengenali Imam Ahmad yang dipelawanya untuk
menumpang tidur di rumahnya sendiri ketika itu). Imam Ahmad sangat
terkejut bagaimana Allah swt telah merencanakan perjalanannya
sehingga dia berteduh di rumah si pembuat roti. Ternyata juga ini semua
untuk memperkenankan hajat si pembuat roti iaitu ingin bertemu
dengannya.
Melalui kisah ini dapat dikongsikan bahawa antara kelebihan amalan
istighfar ialah diperkenankan segala permintaan dan dimakbulkan hajat
oleh Allah swt pada hamba-hambaNya yang sentiasa memohon
keampunan dariNya.
#3 Bertambah Kekuatan
Tiada daya dan kudrat melainkan hanya dengan Allah swt, itulah fitrah
kejadian manusia. Segala kekuatan hanya milik Sang Pencipta. Betapa
setiap ujian dan cabaran dalam hidup yang ada pasang surutnya
membuatkan kita lelah.
Mahu tidak mahu segala keperitan itu perlu dihadapi juga. Tapi dari
manakah segala kekuatan dapat diperolehi kembali setelah diri dirasakan
telah lunyai diasak dugaan? Firman Allah swt yang bermaksud:

Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian


kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu
hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan
kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku
dengan terus melakukan dosa! (Surah Hud: 52)
Dekatnya seorang hamba kepada Sang Pencipta, dekat lagi Sang
Penciptanya kepada hamba itu. Dia tidak akan meninggalkan hambahambaNya yang begitu tekun mendekatiNya dengan sentiasa
mengharapkan keampunanNya. Dan Tuhannya juga berjanji untuk
menambah kekuatan hambaNya agar menang dalam menghadapi segala
cabaran hidup di atas dunia ini.
#4 Mudah Mendapat Zuriat
Para ulama menyarankan kepada setiap pasangan yang berhajat pada
zuriat untuk memperbanyakkan amalan istighfar. Antara kisah yang boleh
dikongsi di sini adalah dari Imam al Qurtubi yang diriwayatkan oleh Ibnu
Shabih tentang seorang lelaki yang tidak mempunyai zuriat telah
menemui Hasan al-Basri kerana hal ini.
Lelaki itu kemudiannya telah dinasihatkan oleh Hasan untuk
mengamalkan istighfar. Setelah beberapa ketika mengamalkan istighfar,
lelaki itu kembali kepada Hasan untuk memaklumkan kehamilan isterinya.
Memperoleh zuriat merupakan kebahagiaan paling bermakna dalam
hidup. [Asknie]
Kelebihan istighfar dalam ikhtiar untuk mendapatkan zuriat juga telah
dikongsi oleh Syeikh Aidh al Qarni di dalam ceramahnya. Syeikh Aidh al
Qarni menceritakan bagaimana seorang wanita yang disahkan mandul
oleh doktor dan pakar perubatan telah dikurniakan dengan anak setelah
mengamalkan saranan seorang ulama untuk memperbanyakkan istighfar.
Menurut penceramah terkenal Ustazah Siti Nor Bahyah, Allah swt sentiasa
mengasihi dan merahmati mereka yang beristighfar. Kasih sayang Allah
swt kepada mereka memungkinkan pengurniaan cahaya mata dari Allah
swt. Kerana itu beliau sangat menggesa agar pasangan yang inginkan
cahaya mata untuk terus mengamalkan istighfar.
Nasihat yang sama kini turut diberikan oleh seorang penulis buku Ustaz
Mohamad Abdul Kadir bin Sahak. Istighfar merupakan salah satu amalan
yang disenaraikan oleh ustaz kepada soalan yang ditanyakan kepadanya
tentang bagaimana untuk dikurniakan anak.
#5 Menyembuhkan Penyakit

Seorang dai yang hanya dikenali sebagai Ustaz Danu telah berkongsi
tentang pengalamannya selama 15 tahun yang meneliti bahawa
terdapatnya hubungkait suatu penyakit dengan kebiasaan maksiat dan
dosa yang dilakukan oleh seorang pesakit.
Menerusi pemerhatian inilah dia akhirnya menyimpulkan bahawa istighfar
merupakan salah satu jalan kepada kesembuhan penyakit. Semua yang
menemuinya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk
menghadapi ujian penyakit yang dialami akan diusulkan agar
memperbanyakkan istighfar. Imam Qatadah pernah berkata:
Al-Quran telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian, adapun
penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.
Kitab Ihya Ulumuddin: 1/410
Rahsia amalan istighfar sebagai jalan penyembuhan juga telah saya alami
sendiri. Sejak kecil lagi saya menghidapi suatu penyakit. Penyakit ini telah
memberi kesukaran dan kesulitan kepada saya dalam menjalankan aktiviti
harian.
Saya pernah berjumpa ramai doktor dan berikhtiar dengan ramai ustaz,
namun ternyata Allah swt belum mengizinkan kesembuhan ke atas saya.
Sehinggalah saya dinasihati oleh seseorang untuk memohon keampunan
dari Allah swt.
Dengan izin Allah, dengan istighfar dapat menyembuhkan penyakit.
[jibonbld]
Jangan minta apa-apa untuk dunia dan jangan minta apa-apa untuk
akhirat; jangan minta apa-apa dari Allah swt melainkan keampunan
sahaja, begitu sekali ditekankan kepada saya. Selama tiga hari saya
hanya minta ampun tanpa memikirkan apa-apa selain itu, bahkan berdoa
untuk kesembuhan kesakitan itu juga saya tidak.
Segala puji hanya bagi Allah swt, tanpa disangka penyakit yang dihadapi
selama bertahun-tahun itu sembuh selepas hanya tiga hari. Sejak itu saya
sangat yakin dengan amalan istighfar dan sesiapa sahaja akan saya
nasihatkan agar perbanyakkan istighfar sebagai kunci mendapatkan
kesembuhan.
#6 Menyejukkan Hati Isteri yang Sedang Marah
Dikisahkan tentang seorang hamba Allah yang telah bertengkar dengan
isterinya mulai saat dia tiba di rumah sehingga menjelang Subuh.
Teruknya keadaan mereka suami isteri bertengkar sehingga si isteri
membuat keputusan untuk keluar dari rumah dan pulang kepada orang
tuanya.
Kecewa kerana gagal memujuk si isteri, hamba Allah ini telah pergi ke
masjid dalam keadaan marah dan beremosi ketika isterinya sibuk
mengemas pakaian. Selepas solat Subuh berjemaah, hamba Allah ini

memilih untuk beristighfar selama sejam bagi menenangkan dirinya dari


terus pulang ke rumah.
Utamakan keluarga dan tenteramkanlah hati kerana Allah swt. [ashrafali]
Usai beristighfar dia kembali ke rumah namun alangkah terkejutnya dia
apabila melihat si isteri sedang menanti dengan wajah yang manis dan
ceria. Lebih menghairankan apabila si isteri juga meminta maaf atas
keterlanjuran dan pertelingkahan yang berlaku sepanjang malam itu.
Hamba Allah ini lalu bertanya si isteri apa yang berlaku sehingga si isteri
boleh berubah. Si isteri menjawab bahawa dia juga tidak tahu namun
sejak sejam yang lalu hatinya tiba-tiba merasa tenang dan jiwanya jadi
tenteram. Si isteri juga jadi sedar pada kesilapannya. Hamba Allah ini
lantas teringat bahawa pada sejam itulah dia sedang khusyuk beristighfar.
Hamba Allah ini sangat bersyukur atas bantuan Allah swt dalam
mendamaikan hati mereka berdua.
Mungkin ada kesilapan, dosa dan maksiat yang kita lakukan secara sedar
atau tidak kepada Allah swt sehingga kita diuji dengan pasangan dan
keluarga kita. Anak-anak jadi degil dan liar, entah ke mana perginya.
Kembalilah kepada Allah swt atas teguran ini, berhentilah dengan dosa
dan banyakkan memohon ampun. InsyaAllah akan dikembalikan
keamanan di dalam keluarga kita.
#7 Dijauhkan dari Azab & Bala

Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai
Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa
mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun). (Surah Al-Anfal:
33)
Mintalah ampun pada setiap masa kerana sungguh kita tidak tahu ketika
bila Allah swt mengurniakan keampunan kepada kita. Jangan berhenti
mengharapkan keampunan Allah swt kerana kita tidak tahu lafaz yang
mana diangkat Allah swt sebagai asbab menyelamatkan kita dan keluarga
kita dari azab dan bala di dunia dan di akhirat.
Seorang pemotong daging telah ditanya oleh seorang ulama tentang
amalan apakah yang sering dilakukannya sehingga kubur ayahnya begitu

lapang dan bercahaya. Amalan apakah yang menyebabkan ayahnya tidak


diazab di alam barzakh sedangkan penghuni kubur yang lain berada
dalam dukacita.
Ternyata jawab si pemotong daging bahawa dia tidak pernah berhenti
memohon keampunan Allah swt untuk ayahnya dan amalan inilah yang
menyelamatkan ayahnya di sana.
#8 Ditambah Nikmat & Kekayaan
Dr Azizan Osman, seorang jutawan yang tidak lokek berkongsi ilmu dan
pengalaman amat menegaskan amalan istighfar kepada para pelajarnya
selain amalan sedekah.
Selayaknya Allah swt memberikan ganjaran kepada hambaNya yang
soleh. [Erik]
Seorang peniaga minyak wangi yang berjaya pula pernah menasihati saya
untuk mengamalkan sekurang-kurangnya 70 kali istighfar sebelum
memulakan sesi perniagaan.
Nasihat ini ada benarnya dan terbukti kerana antara janji Allah swt
ganjaran buat mereka yang memohon keampunan kepadaNya adalah
kekayaan dalam bentuk harta, rezeki dan anak-anak. Firman Allah swt:

Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada


Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Surah Nuh: 10)

(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat


mencurah-curah, kepada kamu; (Surah Nuh: 11)

Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan


serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun
tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di
dalamnya). (Surah Nuh: 12)
Selain itu, Allah swt juga berjanji bahawa mereka yang beristighfar akan
diberi nikmat yang tidak putus-putus seperti di dalam firmanNya:

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari


perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat
kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang
baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula)
Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan
(dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika
kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya
aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huruharanya). (Surah Hud: 3)

#9 Memberatkan
Syurga

Timbangan

Akhirat

&

Diangkat

Ke

Kesayangan Rasulullah saw, Saidatina Aisyah ra pernah berkata:


Beruntunglah orang-orang yang menemukan istighfar yang
banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka. Riwayat
Bukhari
Mengapa beruntung? Keampunan Allah swt akan memadam segala rekod
jahat di dalam catatan amal seorang hamba. Malah kejahatan akan
diganti dengan kebajikan seperti firman Allah:

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang
baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat)
kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Furqan: 70)

Maka pahala akan bertambah dan dosa akan berkurang. Ini akan
memberatkan timbangan di akhirat kelak. Selain pahala dan kebajikan
yang banyak, Allah swt juga menjanjikan syurga kepada mereka yang
memohon keampunanNya seperti firman Allah:

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau


menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon
ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang
mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak
meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang
mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah Ali-Imran:
135)

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari


Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik
balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (Surah Ali-Imran: 136)

#10 Penyelesaian Setiap Permasalahan, Jalan Keluar dari


Kesusahan & Kesedihan
Perkongsian ini dari seorang ulama, Ibnu Taimiyyah Rahimahullah.
Menurut pengalaman beliau:
Sungguh, kadang-kadang terlintas di hatiku suatu persoalan
yang sulit untuk aku fahami, maka aku beristighfar kepada Allah,
sehingga dadaku menjadi lapang dan persoalan itu terpecahkan.

Terkadang aku berada di pasar, masjid atau sekolah, hal itu tidak
menghalangiku
untuk
mengucapkan
istighfar,
hingga
aku
memperoleh yang aku inginkan.
Keyakinan para ulama dalam melazimi istighfar telah memberi manfaat
kepada mereka untuk memahami dan mendalami persoalan ilmu
sehingga menjadi pakar dalam bidang mereka. Istighfar juga
memudahkan segala urusan dan menyelesaikan masalah sehingga
mereka dapat mengatur masa dalam kesibukan mereka belajar, mengajar,
bekerja dan menulis kitab. Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah saw juga
bersabda:
Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan
memberikan
kegembiraan
dari
setiap
kesedihannya,
dan
kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari
arah
yang
tidak
disangka-sangka.
Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad
#11 Menggembirakan Allah & Dicintai Allah
Pasti matlamat utama istighfar adalah untuk mendapatkan redha daripada
Allah swt. Mudahan redha Allah swt membuatkan kita beroleh ehsan
dariNya ketika hari Kiamat tiba dan ketika kita dalam perhitungan antara
Neraka dan Syurga. Redha Allah swt akan diperolehi apabila kita
menggembirakan Allah swt dan istighfar adalah jalannya. Rasulullah saw
bersabda:
Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada
kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya
yang hilang di padang pasir.
Riwayat Bukhari dan Muslim
Rasulullah saw juga bersabda:
Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang
bertaubat atas dosanya bagaikan orang yang tidak berdosa.
Riwayat Ibnu Majah
Kekasih adalah orang yang dicintai. Kekasih adalah orang yang sentiasa
dirindui dalam ingatan. Seorang yang bercinta akan sanggup melakukan
apa sahaja agar yang dicinta selamat dan gembira sentiasa.
Kemanisan apakah yang lebih hebat dari kemanisan bercinta? Kekasih
manakah yang lebih hebat dalam bercinta jika bukan Allah swt? Maka
beruntunglah orang yang dicintai Allah swt. FirmanNya:

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum)


haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan)
mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan
diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa
datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk
bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah
bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh
Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang
yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang
sentiasa mensucikan diri. (Surah Al-Baqarah: 222)

Rumusan
Dengan begitu banyak kemanisan, ganjaran dan kelebihan istighfar, maka
rugilah jika kita tidak mengejar segala kebaikan ini untuk pelaburan dunia
dan keuntungan akhirat. Berhentilah berdolak-dalih dengan pelbagai
alasan untuk kembali kepada Tuhan sedangkan istighfar boleh dilakukan
di mana sahaja dengan lafaz yang paling mudah. Lazimi istighfar ketika
senang, mudahan istighfar menjadi asbab bantuan ketika susah.

Anda mungkin juga menyukai