Anda di halaman 1dari 10

Topik Integrasi 10 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan pelbagai jenis integrasi yang digunakan di dalam pengajaran dan


pembelajaran; 2. Menyatakan kelebihan integrasi semasa pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan; 3. Mengenalpasti isu-isu dan cabaran-cabaran
integrasi; 4. Menjelaskan bagaimana melaksanakan integrasi seni visual, muzik dan
pergerakan dengan mata pelajaran lain; dan 5. Membuat perancangan dan
penilaian menggunakan pendekatan integrasi. PENGENALANUntuk mendapat satu
pembelajaran dan pengajaran yang sangat berkesan, satupenegasan kepada
pengajaran perlu diberi perhatian yang serius. Untuk itu,dalam pelaksanaan
pengajaran kurikulum, pembelajaran yang ada perlulahdiintegrasikan agar
beberapa aspek penegasan dan cara pelaksanaannya akandapat untuk membuat
penerokaan dalam mendapatkan pengetahuan,kemahiran serta penghayatan
nilai.Untuk itu pelajar harus diberi banyak peluang dan ruang untuk
mengalamiproses pertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat. Antara
lainpelajar boleh diberi peluang untuk mencari dan melahirkan idea
melaluipercakapan, tulisan, lukisan, muzik, nyanyian, lakonan dan
sebagainya.Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mampu membina dan menyuburkan
sikap danpemikiran kreatif selain daripada menjadi aktif dan progresif.
TOPIK 10 INTEGRASI 19310.1 PENGENALANProgram Pendidikan Intergrasi
merupakan satu program yang amat popular diluar negara khususnya di Amerika
Syarikat di mana program ini telah bermulasejak tahun 1900an. Pada ketika itu,
penekanan pada mata pelajaran sains telahmula diintegrasikan dengan mata
pelajaran lain. Ini adalah disebabkan keranadia telah menganggap sains adalah
asas dalam kehidupan seharian rakyatnya.Kemudian daripada itu terdapat juga
perkara-perkara dan mata pelajaran laindiintegrasikan ke dalam kurikulum di
sekolah-sekolah. Kesimpulan konsepintegrasi dalam kurikulum telah diamalkan
secara meluas oleh kebanyakanpelajar di negara-negara maju.10.1.1 Pelbagai
Pengertian IntegrasiKebanyakan pendidik menggunakan konsep dan makna
pengintegrasian daripelbagai sudut, antaranya sudut psikologi, sosiologi dan
pedagogi.Integrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti
total dimana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total dan segala
unsurperkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi,
rohani,intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu
samalain.Dari sudut sosiologi, integrasi mempunyai lebih daripada satu makna.
Pertama,ia boleh dilihat dari sudut perhubungan di antara personaliti dengan
personalitiseperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan di antara
pelajardengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam
perhubungandi antara individu dengan pelbagai agensi masyarakat dan akhir sekali
harus adapengiktirafan terhadap perhubungan di antara pelbagai institusi
masyarakat itu.Manakala dari sudut pedagogi, integrasi melibatkan kaedah dan
teknik mengajaryang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit
pembelajarandan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam
pendekatanmenyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.10.1.2 Pelbagai Jenis
IntegrasiTerdapat pelbagai cara integrasi dijalankan dalam pengajaran dalam
KurikulumBersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang
berkesansangat dititik beratkan bagi memastikan kejayaan proses pembelajaran
pelajar.Bagi mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif

PendidikanKebangsaan, beberapa kaedah perlu diguna pakai dalam proses


pengajaran
194 TOPIK 10 INTEGRASIantaranya ialah konsep integrasi. Dalam KBSR juga konsep
integrasi lebihdikenali sebagai kesepaduan. Untuk itu, konsep bersepadu dalam
KBSRmembawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran,
bahasadan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara berintegrasi dan
menyeluruh.Ini kerana dalam KBSR, pendidikan adalah bagi pembangunan individu
insanyang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Untukitu beberapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses pengajaran
danpembelajaran KBSR yang mengandungi aspek:(a) Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi
mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi
penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran
disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran
atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan
melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta
menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa
kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. Jenis-jenis Penggabungjalinan
Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran boleh dilihat dari tiga sudut seperti: (i) Penggabungjalinan pelbagai
kemahiran dalam satu mata pelajaran; (ii) Penggabungjalinan kemahiran daripada
mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran; dan (iii) Penggabungjalinan
kemahiran secara merentas kurikulum. Rajah 10.1: Contoh integrasi kemahirankemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran bahasa
TOPIK 10 INTEGRASI 195 AKTIVITI 10.1 1. Apakah itu integrasi? 2. Nyatakan
kemahiran-kemahiran yang boleh diperoleh berdasarkan penggabungjalinan
kemahiran merentas kurikulum?(b) Penyerapan Penyerapan ialah proses menyebati
dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu
mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.
Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan
proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata
pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains, guru
akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini, pelajar akan memperoleh ilmu
pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.
(rujuk Rajah 10.2) Rajah 10.2: Penyerapan unsur-unsur Sains dan Kajian Tempatan
(KT) dalam Bahasa Melayu Ciri-ciri penyerapan: (i) Ia mengandungi beberapa unsur
ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai pelajaran; (ii) Unsur-unsur ilmu
pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran; (iii)
Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel;
196 TOPIK 10 INTEGRASI (iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung
kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama
tetap diberi penekanan yang lebih; dan (v) Proses penyerapan berlaku secara
serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh
diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti
membaca, menulis dan mengira.(c) Penerapan Konsep penerapan membawa

maksud sebagai satu proses menerapkan nilai- nilai dalam pelaksanaan kurikulum
dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni,
nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,
ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua
pendekatan iaitu: (i) Pendekatan implisit Guru secara tidak langsung menerapkan
sesuatu nilai. Contohnya apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan
datang ke bilik darjah tepat pada waktunya secara tidak langsung perlakuannya ini
diperhatikan oleh para pelajar dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh
mereka. Tindakan guru menyokong dan memberi pujian kepada pelajar secara tidak
langsung menyedarkan pelajar untuk menerima sesuatu nilai yang positif itu. (ii)
Pendekatan eksplisit Penerapan nilai secara eksplisit ialah dengan mengadakan
suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu
perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan. Program atau aktiviti yang
khusus juga adakalanya diadakan untuk menerapkan sesuatu nilai seperti program
motivasi, sambut Hari Guru, Hari Kemerdekaan, kempen kebersihan, kempen anti
rokok dan sebagainya. Di dalam bilik darjah, guru pendidikan moral dan pendidikan
Islam akan mengajar sesuatu topik berkaitan dengan sesuatu nilai; ini juga
dianggap sebagai eksplisit. Untuk itu penerapan secara eksplisit adalah lebih
terancang, bermatlamat dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya jelas.(d)
Pemulihan Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk
membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu
khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti
yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah
TOPIK 10 INTEGRASI 197 pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.
Dalam merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara perlu diambil kira
termasuk: (i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan; (ii) Pengajaran
dan pembelajaran perlu diubah suai dan dipelbagaikan mengikut keperluan kognisi
murid; (iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan
bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid memahami dan menguasai
hasil pembelajaran; dan (iv) Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan
secara pemerhatian, lisan atau bertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan
penguasaan konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai.(e) Pengayaan Aktiviti
pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau
lambat kadar penerimaannya. Oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang
pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas. Guru perlu
mengorganisasikan semula kelas untuk menempatkan murid dengan aktiviti
pengayaan. Aktiviti pengayaan dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri
80% dalam praujian. Pencapaian sedemikian menunjukkan bahawa murid telah
menguasai unit pembelajaran tertentu dan kumpulan murid ini akan terus menjalani
aktiviti pengayaan tanpa melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit
pembelajaran tersebut. Aktiviti pengayaan juga dirancang bagi murid yang
mencapai aras masteri 80% dalam pascaujian selepas melalui proses pengajaran
dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut (i) Pengayaan Berbentuk Pengukuhan
Aktiviti ini menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang
telah dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama dan bukan sesuatu yang baru.
Sebagai contoh di HSP Sains Tahun 4, Tema: Menyiasat Alam Fizikal, di bawah Hasil
Pembelajaran Memahami Konsep Isipadu; murid mempelajari konsep isipadu dan
mengukur isipadu. Dalam aktiviti pengayaan berbentuk pengukuhan, murid diberi
pelbagai masalah berkaitan dengan konsep isipadu yang biasa ditemui dalam

kehidupan harian. Antaranya, ialah mengukur isipadu air yang diminum oleh murid
setiap hari dan mencari isipadu beg sekolah murid untuk memuatkan buku sekolah.
Melalui aktiviti sedemikian, murid dapat mengaplikasikan konsep isipadu dalam
konteks yang lebih relevan dan seterusnya dapat mengukuhkan pemahaman
tentang konsep isipadu.
198 TOPIK 10 INTEGRASI (ii) Pengayaan Berbentuk Perkembangan Aktiviti ini
merupakan aktiviti yang lebih kompleks, serta mencabar pada peringkat kognisi
yang lebih tinggi dalam unit pembelajaran yang berkait rapat dengan unit
pembelajaran yang dipelajari. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui
aktiviti ini boleh meliputi bidang yang lebih luas dan lebih mendalam. Aktiviti ini
boleh dijalankan secara kadar kendiri dan terarah kendiri. (iii) Pendekatan Integrasi
Menurut Passe (1999) terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan integrasi dalam
kurikulum iaitu: Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada Sesuatu perkara yang
diintegrasikan ke dalam mata pelajaran yang sedia ada. Pendekatan ini melihat
hubungan antara mata pelajaran dan seterusnya menggalakkan rentasan disiplin.
Sebagai contoh antara mata pelajaran seni visual dengan muzik dan pergerakan,
mata pelajaran kemahiran hidup dengan matematik serta antara sains dengan
pendidikan jasmani dan kesihatan. Adaptasi adalah melalui konsep
penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Selain itu unsur-unsur nilai murni,
KBKK, unsur patriotisme, unsur-unsur kebersihan dan penjagaan alam sekitar boleh
diintegrasikan melalui pendekatan adaptasi ini. Membina kurikulum baru Mata
pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan di dalamnya mengandungi unsurunsur yang hendak diintegrasikan. Contohnya disiplin kesihatan telah dimasukkan
ke dalam mata pelajaran pendidikan jasmani sehingga menjadi mata pelajaran
pendidikan jasmani dan kesihatan. Gabungan unsur sejarah, geografi dan hal ehwal
tempatan telah mewujudkan mata pelajaran kajian tempatan. AKTIVITI 10.2 1.
Nyatakan kebaikan integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran seni dalam
pendidikan. 2. Nyatakan dengan menggunakan idea grafik, integrasi antara Seni
dalam Pendidikan dan satu mata pelajaran sekolah.
TOPIK 10 INTEGRASI 19910.1.3 Kelebihan IntegrasiSaranan mengintegrasikan Seni
dalam Pendidikan ke dalam bidang-bidangkurikulum yang lain mempunyai kebaikan
dan kelebihan. Antara kelebihan-kelebihannya adalah seperti berikut:(a) Mempunyai
kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unit-unit kerja. Apabila seni
dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah
peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap
kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja
akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh
dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan masalah. Contoh, jika sesebuah
kelas sedang mempelajari satu unit pelajaran berhubung dengan tajuk Cara
Kehidupan Masyarakat Iban di Rumah Panjang, guru atau pelajar dalam bilik
darjah itu akan menubuhkan unit- unit kumpulan kecil dan setiap unit itu akan
mengkaji satu aspek masyarakat orang Iban seperti apa yang dilakukan oleh orang
Iban untuk hidup, permainan dan rekreasi mereka, upacara dan tarian-tarian adat
resam mereka seperti ketika menyambut Hari Gawai, perkahwinan dan pelbagai
aspek lain lagi. Apa sahaja bahan dan maklumat yang diperoleh oleh setiap
kumpulan itu boleh dipersembahkan baik dalam bentuk penerangan lisan,
pergerakan atau bentuk aksi. Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan
memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran

yang disampaikan.(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti


Seni dalam Pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik
mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak
langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan
melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.(c) Mempunyai ruang
untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam Pendidikan
diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan,
baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan
sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat
terasing dan terpisah.
200 TOPIK 10 INTEGRASI10.1.4 Isu dan Cabaran IntegrasiMasalah berhubung
dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan, seni visualatau musik bukanlah
satu alasan yang baru. Dengan keadaan jadual waktu yangpadat, sesetengah
sekolah agak berasa keberatan untuk menambahkan lagijumlah mata pelajaran.
Oleh yang demikian, apabila sesuatu bidang barudiperkenalkan, beberapa langkahlangkah terpaksa diambil oleh pihak sekolahuntuk memuatkan mata pelajaran baru
itu ke dalam jadual pembelajaran yangsedia ada. Ianya dilakukan dengan cara
mengeluarkan mata pelajaran tertentuyang dianggap kurang penting dari segi
akademiknya.Apa yang berlaku kepada mata pelajaran pendidikan jasmani di
negara inimerupakan satu contoh yang baik. Daripada tiga waktu seminggu, kini
telahdikurangkan kepada dua dan daripada peruntukkan masa 45 minit
sesetiapwaktu telah dikurangkan kepada 40 minit. Jalan penyelesaian terbaik
dalammenangani masalah ini ialah pihak pengurusan sekolah dan guru-guru
perlulahmelaksanakan perancangan yang lebih berdaya cipta di mana mata
pelajaranpendidikan jasmani digabungkan dengan mata pelajaran teras yang lain
ataupunkepada mata pelajaran yang sudah kukuh kedudukannya dalam
kurikulum.10.1.5 Integrasi Seni Visual, Muzik dan PergerakanKesemua mata
pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan boleh diintegrasikankerana ketiga-tiga
subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Malahandengan diadakan
pengintegrasian mata pelajaran ini akan memperkukuhkandan memantapkan lagi
kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang hendakdiajar.(a) Aspek Psikologi Seperti
yang dinyatakan sebelum ini, integrasi dari sudut psikologi merangkumi personaliti
secara menyeluruh pelajar. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan yang
memberi impak kepada minda dan tubuh pelajar. Terdapat teori metafizik
berhubung dengan fungsi-fungsi tubuh dan mental yang menyokong pernyataan ini.
Pada dasarnya, teori- teori ini terjelma daripada kepercayaan tentang wujudnya
persemadian di antara tubuh dan minda. Berdasarkan hakikat ini, sudut psikologi,
mempunyai kesan pengaruh yang ketara terhadap pelajar. Pergerakan, pada
dasarnya merujuk kepada pembelajaran melalui aktiviti pendidikan jasmani. Ramai
di kalangan pendidik, malahan termasuk ahli- ahli falsafah kontemporari,
memperakui hakikat prinsip perhubungan minda-tubuh atau istilah lain kepaduan
psikomotor. Namun, pelaksanaan prinsip ini masih jauh dari kebenarannya. Ada juga
dalam kes-kes tertentu,
TOPIK 10 INTEGRASI 201 guru-guru pendidikan jasmani terlalu menekankan aspek
bukan fizikal sehingga mengabaikan aspek fizikal seperti yang diperlukan. Keduadua keadaan yang melampau ini boleh memberi kesan sampingan kepada pelajar
terhadap pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh pelajar sehingga boleh
menjejaskan personalitinya.(b) Aspek Sosiologi Dari segi sosiologi terdapat tiga

kategori integrasi, iaitu: (i) Integrasi antara personaliti; (ii) Integrasi antara individu
dengan agensi-agensi masyarakat; dan (iii) Integrasi di kalangan pelbagai institusi
masyarakat. Perhatian utamanya ialah mengenai aspek integrasi sosiologi yang
memberi tumpuan kepada hubungan di antara personaliti dengan personaliti.
Dalam hubungan ini, Seni dalam Pendidikan mempunyai peranan sebagai agen
integrasi. Manusia, pada dasarnya, adalah mahkluk sosial. Menerusi Seni dalam
Pendidikan, faktor ini dapat dieksploitasikan dengan sebaik mungkin kerana
kebanyakan aktivitinya secara semula jadi tidak dapat mengelak daripada terlibat
dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti-aktiviti berkelompok menuntut
setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai
kejayaan bersama. Oleh yang demikian, aktiviti Seni dalam Pendidikan dengan
sifatnya yang berkelompok, mempunyai ciri-ciri yang berteraskan demokrasi. Dalam
hubungan ini, aksi-aksi yang terdapat dalam seni dalam pendidikan yang
merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan itu mempunyai satu titik
tolak interaksi sosial yang terjalin menerusi perhubungan deria sentuh. Komunikasi
deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama
manusia yang membawa kepada konsep perpaduan. Program yang terdapat dalam
Seni dalam Pendidikan bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan dan
perkembangan pelajar tetapi juga berupaya memenuhi keperluan-keperluan sosial
yang asas. Apabila semua pelajar berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai
dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuklah satu situasi ideal
yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan
keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Keperluan untuk belaian berkait
rapat dengan keperluan untuk ketermilikan. Pelajar mahukan dirinya diterima
sebagai anggota sesebuah kelompok dan pada masa yang sama mereka juga
memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni dalam Pendidikan, keperluan untuk
belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi
202 TOPIK 10 INTEGRASI kepada pelajar sebaik sahaja merreka mempersembahkan
aktiviti yang menarik. Perhubungan di antara pelajar dengan pelajar, guru dengan
pelajar yang mesra mewujudkan suasana yang harmonis dan ini akan
menyebabakan pelajar merasakan bahawa guru dan rakan-rakan mereka prihatin
terhadap diri dan menghargai bakat yang mereka miliki. Suasana yang sedemikian
rupa yang akan mencetuskan perhubungan mesra boleh diwujudkan menerusi
program yang terdapat dalam Seni dalam Pendidikan.(c) Aspek Pedagogi Integrasi
dari sudut pedagogi boleh berlaku dengan dua cara, iaitu (i) Berkait dengan
prosedur mengajar Yang menggabungkan pelbagai bidang pelajaran melalui unitunit kerja, dan bidang-bidang pelajaran itu akan membantu mengembangkan
konsep-konsep dan pemahaman terhadap unit-unit itu. (ii) Melibatkan perhubungan
antara dua atau lebih bidang pelajaran Perhubungan terjalin dengan sebegitu rupa
membuatkan isi atau kandungan setiap bidang bertambah mapan dalam usaha
untuk mempertingkatkan kefahaman dalam bidang-bidang lain yang bersangkutan.
Dalam kebanyakan program di sekolah rendah, kedua- dua pendekatan ini dianggap
sangat praktikal dan memberi makna kepadanya. Dalam banyak hal pelajaran, Seni
dalam Pendidikan belum diiktiraf sebagai satu subjek yang sah dalam kurikulum
kerana penekanan terhadapnya berbeza berbanding dengan penekanan yang
diberikan kepada bidang-bidang akademik yang lain.
TOPIK 10 INTEGRASI 20310.2 INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN
DENGAN MATA PELAJARAN LAINMari kita lihat contoh integrasi kemahiran-kemahiran

yang terdapat dalam matapelajaran seni visual, muzik dan pergerakan dalam Rajah
10.3 dan 10.4.Rajah 10.3: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat
dalam mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan Rajah 10.4: Contoh
integrasi kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran misalnya Matematik dan
Bahasa Melayu10.2.1 MatematikDalam mengajar matematik, konsep integrasi yang
ditekankan adalahberdasarkan cara penyampaian guru, kaedah dan strategi
pelaksanaannya iaitudengan berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang akan
diperoleh olehpelajar. Jika menggunakan proses penyerapan ianya dapat
dirumuskan sepertiRajah 10.5 dengan berdasarkan kepada Seni dalam Pendidikan.
Rajah 10.5 : Integrasi seni dalam pendidikan dengan matematik
204 TOPIK 10 INTEGRASI10.2.2 SainsDalam subtopik, kita akan berbincang tentang
integrasi antara mata pelajaranSeni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran
Sains. Dalam mata pelajaran sainsbanyak didapati aktiviti seni visual iaitu melukis.
Dengan ini secara tidaklangsung pelajar akan melukis gambar-gambar yang
terdapat di dalam matapelajaran sains dan diintegrasikan dengan seni visual.
Integrasi mata pelajaranini juga dapat membolehkan dan meningkatkan lagi
pemahaman danpengekalan ingatan mata pelajaran tersebut ke dalam ingatan
minda pelajardengan melukis peta minda. Di samping itu, muzik boleh
diintegrasikan denganmata pelajaran sains apabila guru dapat membantu pelajar
mengingati matapelajaran tersebut dengan menyanyikan lagu berdasarkan tajuk
mata pelajarandengan menggunakan melodi lagu-lagu masa kini. Contoh untuk
lagu Deria. Lirik lagu Deria (Ciptaan Zulkiply Yaakob) Saya lihat dengan
mata, macam-macam warna Biru, kuning, merah, unggu, Indah mata ku. Saya
dengar dengan telinga, Macam-macam benda, Tip tap, tum tam, cak-cak, bum-bam
Riuh bunyinya. Saya rasa dengan lidah, Macam-macam rasa, Pahit, masin, manis,
kelat Enak rasanya. Saya sentuh dengan jari, Macam-macam benda, Kasar, kesat,
lembut, nipis Itu rasanya.10.2.3 Kajian SosialGuru juga boleh menggunakan
kemahiran nyanyian daripada mata pelajaran muzikke dalam mata pelajaran kajian
sosial. Banyak lagu-lagu patriotik yang bolehdinyanyikan untuk penghayatan
semangat patriotisme di kalangan pelajar sepertiJalur Gemilang, Lagu Rukun
Negara, Bahtera Merdeka, Tanjung Puteri sebagainya.Lagu-lagu bertemakan
motivasi diri, semangat kekeluargaan, keamanan dan
TOPIK 10 INTEGRASI 205kemakmuran juga boleh diperoleh dengan banyak untuk
disesuaikan dengan tajuk-tajuk pengajaran guru dalam mata pelajaran kajian
sosial.Kemahiran daripada pendidikan seni visual juga boleh diintegrasikan
dalammata pelajaran kajian sosial seperti melukis bendera Jalur Gemilang, poster
HariKebangsaan/ Merdeka dan sebagainya.10.3 PERANCANGAN DAN PENILAIANBagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan, pelbagaiaktiviti
perlulah diadakan untuk membantu proses pembelajaran dapatdilaksanakannya
dengan lancar dan berkesan. Untuk itu sesuatu prosespengajaran tidak dapat lari
daripada perkara-perkara asas yang melibatakanguru, pelajar, isi pelajaran, bahanbahan pembelajaran, bilik darjah sertakemudahan-kemudahan yang lain. Untuk itu
sebelum melaksanakan pengajaranguru perlulah menyediakan satu perancangan
yang rapi agar pembelajarandapat disampaikan dengan lebih teratur.10.3.1
Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual, Komunikasi antara Berbagai
Pihak)Pengurusan atau pengelolaan adalah penting dalam sesebuah organisasi,
tidakkira sama ada organisasi itu kecil ataupun besar, swasta atau badan
kerajaan.Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang

pengurusbesar, atau pengarah atau guru besar tetapi juga tanggungjawab penyelia
atauguru yang berada di dalam organisasi tersebut.Pengurusan yang cekap
mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu,antaranya:(a) Pengelola ialah
pengurus dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran kerja serta
menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka mempunyai kuasa yang
diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya.(b)
Pengelola bertanggungjawab menggunakan sumber dengan efisien untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.(c) Pengelola juga tidak boleh lari daripada
bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan orang di bawah jagaannya.
Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan prestasi pengelola berkenaan.(d)
Pengelola mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti menjalankan
kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta.
206 TOPIK 10 INTEGRASI(e) Pengelola mewujudkan matlamat, perancangan, dasar
dan mengimplementasikan strategi.Apabila seseorang pengelola berada di dalam
organisasi, beliau dikehendakimengetahui perlakuan yang diharapkan oleh ketua,
rakan sekerja, kakitanganbawahan serta mengetahui juga tugas dan
tanggungjawabnya. Ini disebabkankeberkesanan perjalanan organisasi itu
dipengaruhi dan dikawal oleh faktor-faktor persekitaran organisasi itu
sendiri.Manakala organisasi merujuk kepada satu unit sosial yang terdiri
daripadamanusia yang bekerjasama dan saling bergantung di antara satu sama lain
bagimencapai matlamat individu, kumpulan atau organisasi. Definisi ini
menjelaskanunsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi: Organisasi
sebagaisatu unit sosial, perlu ada penyatuan usaha dan ada hubungan yang erat
danakrab pada hubungan di antara seorang individu dengan individu yang
lain.10.3.2 Perancangan Pengajaran dan PembelajaranUntuk melaksanakan satu
proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya,guru perlulah menyediakan satu
perancangan yang rapi. Untuk itu penglibatanserta penyertaan pelajar amat
diperlukan. Salah satu tujuan pengajaran adalahuntuk memastikan pelajar
berpeluang menjalani kehidupan di masa akan datangdan dapat membawa
perubahan ke atas seseorang individu. Perubahan ini bolehmelibatkan beberapa
faktor antaranya tingkah laku, daya kognitif, afektif danpsikomotor ke arah yang
lebih positif.Perancangan pengajaran dapat dibahagikan kepada tiga fasa seperti
yangdihuraikan dalam Rajah 10.6 iaitu;(i) Fasa sebelum pengajaran;(ii) Fasa semasa
pengajaran; dan(iii) Fasa selepas pengajaran.
TOPIK 10 INTEGRASI 207 Rajah 10.6: Urutan fasa-fasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaranMengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999, hanya dua perancangan
sahaja yangperlu ditulis iaitu:(i) Rancangan Pelajaran Tahunan Rancangan Pelajaran
Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Sukatan Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.(ii) Rancangan Pelajaran Harian Rancangan Pelajaran Harian merupakan
terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya
maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan
kenyataan sejauh mana objektif tercapai.
208 TOPIK 10 INTEGRASI10.3.3 Penilaian Pendekatan IntegrasiPenilaian ialah proses
menguji, mengumpul maklumat dan membuat justifikasitentang penguasaan,
kefahaman, kebolehan atau kemahiran pelajar berdasarkanobjektif pengajaran dan
pembelajaran yang telah ditetapkan.Penilaian secara umumnya dapat dibahagikan

kepada dua kategori utama iaitupenilaian formatif dan penilaian sumatif.(a)


Penilaian Formatif Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan
pembelajaran sedang berjalan. Ini kerana perkembangan pembelajaran pelajar
perlu dikesan dari semasa ke semasa pada kadar yang segera dalam masa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan juga setiap kali selepas
pembelajaran. Hasilan penilaian ini akan diguna pakai untuk memperbaiki
kelemahan dan kekurangan yang dialami oleh pelajar. Berdasarkan maklumat ini,
guru dapat memikirkan pelaksanaan strategi pengajaran yang lebih baik dan
berkesan di dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran pembelajaran sedang
berlaku. Kaedah pelaksanaan penilaian formatif biasanya melibatkan perkaraperkara berikut iaitu; (i) Aktiviti pemerhatian atau pengamatan oleh guru; (ii) Soal
jawab secara lisan; (iii) Perbincangan; (iv) Pelaksanaan aktiviti; dan (v) Pentaksiran
hasil kerja.(b) Penilaian Sumatif Setelah satu tempoh pembelajaran tertentu,
contohnya setelah satu semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun,
penilaian akan dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif
yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka waktu
tertentu yang lebih panjang. Objektif penilaian sumatif ini adalah untuk melihat
tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan. Menurut Pusat Perkembangan
Kurikulum (2001), penilaian sumatif memberikan nilai yang membezakan
pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar yang lain. Penilaian ini juga seringkali
digunakan untuk membuat pemilihan bagi tujuan pengaliran, penganugerahan dan
sebagainya. Penilaian dilaksanakan secara rasmi di
TOPIK 10 INTEGRASI 209peringkat sekolah dan kadangkala setara bagi seluruh
daerah. Untuk Senidalam Pendidikan, penilaian dijalankan di dalam pelbagai bentuk
iaitumengikut kesesuaian mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan.(i)
Penilaian dalam Perkembangan Proses Pembelajaran Rajah 10.7 merumuskan
penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rajah 10.7: Penilaian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran(ii) Penilaian Serta-Merta Penilaian ini
dijalankan semasa proses pengajaran berlangsung iaitu melalui pemerhatian, tindak
balas serta kerja harian pelajar. Guru dapat menilai pelajar, sama ada pelajar dapat
memahami pelajaran yang disampaikan atau tidak. Jika pelajar tidak dapat
mencapai objektif guru, maka guru perlu memikirkan perancangan lain yang lebih
berkesan agar kemahiran atau pengetahuan dapat disampaikan. Penilaian ini
berbentuk formatif dan berjalan secara berterusan di sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran.(iii) Penilaian Kemajuan Penilaian jenis ini dilakukan oleh guru
setelah pelajar melalui satu- satu unit pembelajaran, kemahiran atau tajuk yang
diajar. Penilaian ini juga bertujuan untuk mengesan penguasaan pelajar terhadap
kemahiran-kemahiran yang telah didedahkan. Proses penilaian dilakukan secara
formal iaitu secara terancang, bertulis dan didokumentasikan mengikut format
tertentu; atau secara informal itu
210 TOPIK 10 INTEGRASI tiada kaedah khusus, namun maklum balas pencapaian
akan dicatat untuk dibuat penganalisisan untuk tujuan penyimpanan rekod. (iv)
Penilaian Pencapaian Penilaian jenis ini diadakan selepas beberapa unit
pembelajaran disampaikan oleh guru. Markah akan diberi dan ditukar kepada gred
untuk dicatatkan dalam rekod profil. Penilaian pencapaian biasanya dijalankan pada
setiap hujung semester. (v) Penilaian Kerja Amali Penilaian kerja amali dilakukan
keatas kerja-kerja amali pelajar seperti dalam seni visual, muzik dan pergerakan.
Ciri-cirinya ialah: Secara formatif dan berterusan; Dikendalikan oleh guru

sekolah; Dapat mengesan perkembangan pembelajaran; Berasaskan kriteria;


Memberi fokus kepada perkembangan individu; Menggalakkan refleksi kendiri;
Membolehkan tindakan susulan dibuat; dan Mempunyai pelbagai kaedah. AKTIVITI
10.3 1. Nyatakan fasa-fasa urutan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. 2.
Nyatakan empat bentuk penilaian proses pengajaran dan pembelajaran untuk Seni
dalam Pendidikan.
TOPIK 10 INTEGRASI 211 Konsep integrasi pada Seni dalam Pendidikan adalah ke
arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Dalam KBSR, konsep ini membawa maksud bahawa
penguasaan ilmu penegetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai
murni dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Ini adalah disebabkan untuk
membolehkan setiap pelajar memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai,
pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Pelaksanaan konsep
kesepaduan atau integrasi dalam proses pengajaran pembelajaran adalah melalui
penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Antara lain, manfaatnya ialah
dapat memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan serta hubung kait
atara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu.
Manakala pemulihan dan pengayaan pula untuk menjamin setiap pelajar tidak
ketinggalan daripada memperoleh apa yang sepatutnya mereka perolehi selaras
dengan pendemokrasiaan dalam mendapatkan pendidikan. Adaptasi ke dalam
kurikulum yang ada Rancangan Pelajaran Harian Membina kurikulum baru
Rancangan Pelajaran TahunanCurriculum Development Centre, Ministry of Education
Malaysia. (2002). Integrated curriculum for primary schools: curriculum
specifications Mathematics Year 1Curriculum Development Centre, Ministry of
Education Malaysia. (2002). Integrated curriculum for primary schools: curriculum
specifications Science Year 4.Eisner, E. (1992). The misunderstood role of the arts in
human development.
212 TOPIK 10 INTEGRASIHermann, N. (1991). The creative brain, Journal of Creative
Behaviour. 25(4): pp. 275- 295.Isbell, R., & Raines, S. (2002). Creativity and the arts
with young children. New York: Thomson Delmar learning.Kementerian Pelajaran
Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: PPK.Kementerian
Pelajaran Malaysia (2002). Pengajaran berasaskan kajian masa depan. Kuala
Lumpur: PPK.Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations.
Curriculum Studies Vol. 1, No.2 pp. 245-256

Anda mungkin juga menyukai