Anda di halaman 1dari 2

APA ITU KAEDAH HIDROPONIK?

HIDROPONIK ialah satu kaedah menanam tumbuhan (sayuran,bunga dll.) yang tidak
memerlukan tanah. Hidroponik berasal daripada perkataan GREEK bermaksud air
yang bekerja. Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke 16
Masihi. Taman Tergantung Babylon (The Hanging Garden of Babylon) dipercayai
telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada
tahun 1937, W.F.Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika
Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini ssecara komersil. Sejak itu sistem
hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang
direka khas sesuai untuk tujuan komersil. Dalam kaedah hidroponik ini, keseluruhan
keperluan nutrien diberikan kepada akar tanaman dalam bentuk larutan. Pokok
sebenarnya boleh hidup tanpa tanah. Pokok tidak menyerap tanah sebagai
makanan tetapi mengambil zat makanan/nutrien yang tersembunyi dalam tanah.
Hidroponik sebenarnya bertujuan untuk membolehkan zat-zat makanan atau
nutrien yang diperlukan oleh tanaman diambil terus melalui larutan nutrien yang
tersedia. Hidroponik merupakan kaedah/teknik pengeluaran sayur-sayuran moden
yang dianggap baru di Malaysia. Akibat kegawatan ekonomi yang melanda negara
sejak pertengahan tahun 1997, berbagai kempen telah dijalankan oleh kerajaan
agar rakyat menanam sayuran bagi menampung keperluan harian serta
menjimatkan perbelanjaan dapur. Kaedah yang mudah dan berkesan yang
disyorkan ialah kaedah Hidroponik.
Di Malaysia, pengeluaran hasil hidroponik secara komersil masih diperingkat kecil
kecilan. Belum ada lagi pengeluar yang besar yang menguasai pasaran atau
industri hidroponik setakat ini. Produk hidroponik masih kurang atau tiada langsung
di pasaran di beberapa tempat setakat ini. Hasil keluaran hidroponik sebenarnya
dijamin bebas daripada sisa racun kulat atau serangga. Ianya selamat dan menjadi
pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan.
Perkara asas yang diperlukan untuk kaedah hidroponik merangkumi :
1. Takung Hidroponik
2. Penutup Takung (Polystyreen)
3. Cawan penyukat baja
4. Bakul media
5. Media (benang dsb)
6. Benih
7. Baja
8. Air

APAKAH KEBAIKAN KAEDAH HIDROPONIK?

RINGKAS,MUDAH,MURAH
Kaedah ini sangat praktikal serta mudah dijalankan. Ia tidak memerlukan tanah
walau sedikit pun. Penanaman tumbuhan seperti sayuran serta bungaan boleh
dilakukan di kawasan yang tanahnya tidak sesuai untuk tanaman atau kawasan
yang tidak mempunyai tanah langsung( contoh: rumah pangsa / pangsapuri)
Kawasan tidak menjadi masalah utama kerana kaedah ini hanya memerlukan
perancangan serta penyusunan bekas takungan yang sistematik.
Penjagaan tanaman bagi kaedah ini sangat minima tanpa memerlukan pekerja yang
ramai walaupun di komersilkan.
Nutrien dapat dikitar semula - menjimatkan penggunaan baja.
Kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan.
Tiada masalah rumput di atas batas tanaman.
Penggunaan air dapat dijimatkan.
Hasil keluaran kaedah ini bermutu tinggi melalui kawalan baja yang sistematik.
Serangga / makhluk perosak / penyakit sangat senang dikawal dan dielakkan tanpa
menggunakan racun yang berbahaya.
Tiada racun digunakan, oleh itu pengguna tak perlu bimbang tentang keracunan
makanan .
Kalau dikomersilkan, kaedah ini memberi pulangan yang sangat lumayan kerana
peningkatan penggunaan serta penerimaan ramai terhadap hasil yang bermutu ini.
Penanaman boleh dilakukan pada bila bila masa tanpa mengira musim.
Masa menanam yang pendek ( 3 minggu sehingga 6 minggu) - lebih pusingan
tanaman dalam setahun.
Hasil tanaman adalah dianggap "Value for Money"- sedikit modal dengan
keuntungan yang berganda kerana alatan boleh digunakan untuk jangka panjang.
Kemahiran serta pengetahuan dalam bidang pertanian bukan merupakan syarat
utama untuk menjalankan kaedah ini.
Semua golongan (kanak-kanak atau dewasa) boleh menjalankan aktiviti penanaman
melalui kaedah ini.
Boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilakukan bersama. Setiap ahli
keluarga mengerjakan takungan masing masing sambil bersaing untuk
mendapatkan hasil terbaik.
Tidak menggunakan tenaga elektrik atau alatan yang mahal.
Tiada bau yang tidak menyenangkan seperti bau najis binatang, baja asli dsbnya.
Alam sekitar lebih bersih dan harmoni.
Kaedah ini MESRA ALAM.
Oleh itu, apa tunggu lagi, marilah sama sama kita mulakan kaedah ini. Kalau dah
bersedia dan ingin mencuba mari kita ke laman petua hidroponik.
Sumber:
Era Hijau (2/98).Hidroponik - Ringkas,Mudah dan Murah.Prof.Madya Dr. Mohd Razi
Ismail
Agromedia(3/1998).Tanaman Sayur Sistem Hidroponik. Dr.Mahamud Shahid
Kazz Hidroponik Domestik

Anda mungkin juga menyukai