Anda di halaman 1dari 4

Garis panduan tugasan HBAE 1403 Menggambar Mei 2013

Fon
: Times New Roman
Saiz Fon
: 12
Langkau baris
: 1.5
Patah perkataan
: 2500-3000
Tarikh Penghantaran tugasan
: Tutorial ke-4
Nama Tutor
: EN. YEW KO WOO
1.0Pengenalan (4%)
Definisi apresiasi seni
Apresiasi seni merupakan aspek penting di dalam pengajaran pendidikan
seni visual. Apresiasi seni ini adalah proses penghayatan seni yang
merangkumi aspek-aspek pengetahuan, membuat pertimbangan,
penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni. Apresiasi
seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap
karya seni.
Peranan guru pendidikan seni visual dalam pengetahuan seni dan
kreativiti kanak-kanak
Matlamat wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga
Malaysia yang kreatif dan inovatif.
Begitu juga dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang memberikan penekanan kepada usaha
melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi
membangunkan Negara. Usaha yang disarankan ini dilihat sangat relavan
dengan aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai
satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang.
Namun demikian, guru-guru pendidikan seni visual perlu menguasai
kaedah merangsang minda ke arah pembentukan individu kreatif.
Membina perkembangan artistik serta membantu perkembangan
emosi dan kognitif murid.
Menghidupkan suasana aktif pembelajaran (interaksi guru dengan
murid)
Meningkatkan kefahaman terhadap imej dan bahasa visual (belajar
& faham gaya bahasa tampak, istilah baru)
Menyemai kefahaman terhadap di antara satu sama lain. (Makna
berbeza, tidak semua lihat & faham dengan cara yang sama)
Meningkatkan keupayaan pemikiran (guna deria dan proses
kognitif. Murid dapat buat banding)
2.0Proses Artistik Berdasarkan Kaedah Apresiasi Seni (20%)
Rujuk kepada modul m.s 49 bahagian (c) dan HBAE 1203 Perkembangan
seni kanak-kanak
Tulis secara ringkas terhadap kaedah apresiasi seni dan disertai dengan
satu contoh aspresiasi seni.

3.0Analisa Karya Seni Murid (8%)

Mengikut hasil karya yang dibuat oleh pelajar Ramlan Abdullah, kita dapat lihat terdapatnya
keseimbangan pada hasil karya tersebut. Pelajar ini telah menggunakan pelbagai teknik untuk
menghasilkan karya ini iaitu teknik kolaj dan mozek. Pelajar dapat menggunakan kreativiti
diri untuk menghasilkan karya yang bertajuk durian ini dengan menggunakan majalah sahaja.
Kerja tangan pelajar ini menang menarik dan dapat memberi rangsangan kreativiti kepada
pelajar lain.

Merenung kepada hasil karya yang diberi nama durian ini, mempunyai

keseimbangan tak simetri. Keseimbangan tak simetri ialah wujud apabila bahagian di sebelah
kiri tidak sama dengan kanan atau bahagian atas tidak sama dengan bawah. Di samping itu,
terdapat pula, kontra yang wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur yang menonjol
di dalamnya. kontra ialah satu teknik yang amat berkesan untuk menimbulkan fokus atau
tumpuan terhadap sesuatu perkara atau objek. Karya ini telah dapat mempamerkan buahbuahan tempatan kita yang begitu terkenal di seluruh dunia ini. Pelajar dapat melalui hasil
karya ini memperkenalkan buah-buahan tempatan negara kita kepada pelajar di negara
lain............
4.0Kesimpulan (4%)
Rujukan

Karya
mozek)

Fu

Dao

(teknik

Karya ini merupakan karya murid Tahun 3 yang bertajuk Fu Dao.


Penggunaan warna merah dalam menghasilkan perkataan Fu dalam karya
ini

adalah

sesuai

kerana

warna

merah

simbol

kepada

kemeriahan,

kegembiraan dan membawa tuah bagi masyarakat Cina. Selain itu, terdapat
warna kuning yang bertindak sebagai latar kepada perkataan Fu yang telah
menonjolkan

perhatian

pemerhati

terhadap

perkataan

Fu.

Dalam

menghasilkan karya ini, murid telah menggunakan bahan dan alat seperti
ang pau, gunting, gam dan kertas A4. Setiap perkataan Fu adalah digunting
dari ang pau (paket merah) dalam bentuk segi empat dan telah diolah serta
disusun dengan kemas dan bersebelahan untuk menghasilkan satu corak
terancang dengan menggunakan teknik mozek. Ini menunjukkan murid ini
memahami dan menyedari perkaitan antara warna serta corak yang dipilih.
Beliau telah mengatur corak mengikut kreativiti diri di mana menggunting 5
perkataan Fu kemudiannya menyusun perkataan itu secara terbalik.
Penyusunan corak ini membawa makna dalam masyarakat Cina di mana
masyarakat Cina suka melekatkan corak ini pada pintu masuk rumah.
Penyusunan corak ini telah menunjukkan murid ini menyedari prinsip rekaan
seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kesatuan dalam
penghasilan corak.

Corak yang dihasilkan membawa makna Fu Dao dan

Wu Fu Lin Men. Ia diterjemahkan bahawa berkat telah menjelang ke pintu


rumah terutamanya semasa Tahun Baru Cina. Murid ini mempunyai persepsi
yang tajam dan kesedaran corak dalam alam sekitar terhadap perhiasan
masyarakat Cina semasa sambutan Tahun Baru Cina. Beliau menyedari dan
menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan
kehidupan mereka.

Murid ini telah membuat satu karya corak tradisional

yang mudah dan pandai mengolah, mengubahsuai dengan menggunakan

corak tradisional.

Beliau menghargai, mengembangkan dan mengekalkan

unsur-unsur kebudayaan masyarakat Cina.


http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/PSV3105.pdf

Anda mungkin juga menyukai