Anda di halaman 1dari 23

BAB 1 PENDAHULUAN Bab ini akan mengutarakan secara umum mengenai suasana pendidikan hari ini di Malaysia.

Fokus utama perbincangan ialah tentang minat pelajar dan perkaitannya dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru-guru matematik. Di dalam bab ini juga akan dipaparkan pernyataan masalah, soalan kajian, kesignifikan kajian serta batasannya. 1.1 Pengenalan Cabaran ke 6 wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar pandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi juga penyambung kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini besesuaian dengan harapan untuk membina negara yang maju dan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagai bidang. Oleh itu penguasaan matematik menjadi tunjang ke arah matlamat tersebut. Ia juga penting dalam melahirkan generasi yang mampu menguasai bidang sains dan teknologi yang akan membawa negara menuju ke era globalisasi. Kemahiran dalam mata pelajaran ini membolehkan seseorang menceburi pelbagai bidang seperti ekonomi, kejuruteraan, perniagaan, sains komputer dan teknologi. Memang tidak dinafikan lagi bahawa pengetahuan matematik amat berguna dalam kehidupan seharian. Tidak kira siapa pun diri kita, baik suri rumah, nelayan, arkitek lebih-lebih lagi sebagai pelajar.Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para pendidik dan pelajar sendiri untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah berjaya. Namun begitu pada masa kini, kita dapati masih ramai murid yang tidak seronok atau berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik walaupun pelbagai bahan bantu mengajar telah digunakan dengan sepenuhnya oleh guru. Mereka akan cuba mengelakkan diri dari menghadiri kelas-kelas matematik. Adalah menjadi matlamat dan kehendak Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif dan berilmu pengetahuan. Oleh itu selain penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran, aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran pelajar adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu alternatif dalam usaha menjayakan agenda tersebut. Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa; kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah: _ Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar. _ Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain. _ Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda. Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting sekali bagi guruguru matematik untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terus belajar dengan penuh keyakinan. Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan

kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Antara jenis-jenis BBM itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu: Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio video.Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi masalah seperti disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s 16). Mok Soon Sang (1996, m.s 58), pula mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar. Pada amnya,cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka (Musa Daia, 1992, m.s 72). Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru,penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar memperolehi

pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran (Mok Soon Sang, 1996, m.s.162). Senarai Bahan Bantu Mengajar yang dapat digunakan oleh guru matematik tidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru. Bahan Bantu Mengajar matematik atau bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pembelajaran matematik termasuklah: a. Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok kayu pelbagai bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan sebagainya. b. Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang kertas. c. Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol. d. Alat permainan dan teka teki matematik. e. Alat elektronik seperti computer, kalkulator dan internet f. Model-model pertalian geometri seperti papan paku atau geoboard, tangram, model geometri kayu ataupun plastik.

1.2 Pernyataan Masalah Matematik penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada masa depan pelajar.Hampir semua pelajar menganggap Matematik adalah suatu sujek yang sukar dan abstrak. Para guru juga merasakan pengajaran Matematik sebagi suatu cabaran besar. Mengapakah keadaan begini berlaku? Adakah isi kandungan matematik memang sukar dan abstrak sehingga dianggap hanya sesuai untuk segolongan pelajar yang berkebolehan tinggi sahaja? Atau adakah cara penyampaian dan pengajaran guru yang menyebabkan matematik sukar dan kurang diminati oleh kebanyakan pelajar? Pembelajaran matematik tidak sepatutnya menjadi suatu pengalaman yang berbentuk 3B, iaitu membosankan, membingungkan dan memberatkan pelajar kita.Pengajaran matematik juga bukanlah suatu tugas yang sukar dan berat kepada guru. Pendidikan matematik pada peringkat sekolah rendah dan menengah bercorak pendidikan asas. Walaupun terdapat beberapa konsep matematik yang abstrak, namun begitu kebanyakkan konsep dan kemahiran yang diajar adalah asas dan diperlukan dalam kehidupan harian kita. Oleh itu, pembelajaran matematik sepatutnya dijadikan sebagai satu pengalaman yang seronok dan mencabar kepada semua pelajar. Di antara sebab mengapa tanggapan negatif terhadap matematik ini terjadi, mungkin disebabkan faktor pelajar kurang minat. Para guru sentiasa berusaha mencari rangsangan yang dapat menimbulkan perasaan atau kepuasan yang menyenangkan dalam diri pelajar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran, serta latihan yang berperingkat-peringkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira. Ini supaya minat pelajar dapat dikekalkan selama yang diperlukan baginya untuk menguasai idea atau isi pelajaran tertentu. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. KeberkesananBahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).

Seseorang guru haruslah sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin, 1990, m.s. 292). Oleh itu guru haruslah peka ketika memilih jenis Bahan Bantu Mengajar dengan memastikan ia memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Manakala Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciri berikut: a. Berkait dengan isi kandngan pelajaran yang diajar dan hasil yang diharapkan. b. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin. c. Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang diperlukan dalam penggunaannya. d. Dibuat dengan perincian yang tepat. e. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun hilang. f. Rupa bentuk dan warna yang menarik g. Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah h. Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah. i. Mudah diubah alih dan dipasang semula. j. Fleksible dan pelbagai guna. k. Operasinya mudah l. Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan semasa demonstrasi dalam kelas. Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancangkan. Minat boleh dianggap sebagai daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri (Crow dan Crow, 1983, m.s. 90). Dalam konteks pengajaran Matematik, keberkesanannya akan diperolehi dengan melibatkan keseluruhan pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa. Penglibatan deria-deria

tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali,, 1980, m.s. 165). Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sering diperkatakan . Selain itu, ia juga dikatakan mampu mempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan dan boleh membantu aktivitiaktiviti pembelajaran agar tidak membebankan guru dan murid. (Abdul Rahman, 1997, m.s. 254). Bahan Bantu Mengajar merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadi peranan Bahan Bantu Mengajar ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagi meningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajar bagi meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup Hashim, 1998, m.s, 287). .1.3 Soalan Kajian Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, penyelidik akan cuba mengenalpasti perkara-perkara seperti yang disenaraikan di bawah ini. 1. Apakah hubungan antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar tahun lima terhadap matematik. 2. Apakah ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dapat mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik

1.3 Kesignifikan Kajian Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajaran. Dalam konteks pelajaran matematik KBSR khasnya, penggunaan Bahan Bantu Mengajar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru merancang aktiviti yang menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk menyampaikan konsep matematik dengan lebih berkesan. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru matematik khususnya dan pihak-pihak lain agar memberikan perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kepentingan Bahan Bahan Mengajar dalam pengajaran matematik. Menurut Omar Hamalik (1982,m.s.79 ) menjelaskan bahawa kemajuan teknologi moden sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari akan pentingnya Bahan Bantu Mengajar sebagai memenuhi tuntutan kurikulum dan peningkatan kemampuan pelajar. Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat: a. membantu pengkaji memperbaiki kelemahan diri sendiri berhubung dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar untuk dimanfaatkan kepada pelajar yang dibimbing. b. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru-guru matematik tentang pentingnya penggunaan Bahan Bahan Mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu membentuk guru supaya lebih kritis dan kreatif dalam pembinaan dan pemulihan Bahan Bahan Mengajar yang sesuai dengan minat pelajar yang dibimbing. c. Memberi gambaran yang jelas tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu satu perancangan yang lebih teliti dapat dirangka seperti menganjurkan kursus yang bersistematik kepada para guru untuk menyalurkan pengetahuan tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar di kalangan guru-guru matematik khasnya.

1.5 Batasan Kajian Kajian ini hanyalah difokaskan kepada mata pelajaran Matematik Tahun Lima sahaja.Respondennya terdiri dari pelajar-pelajar Tahun Lima, 2009 yang sedang belajar di Sekolah Kebangsaan Jati, Jelapang, Ipoh, Perak. Sekolah ini adalah merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak kira-kira 20 km dari bandar Ipoh. Pelajarnya adalah terdiri dari anak-anak penduduk tempatan yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu melayu,india dan cina . Pemilihan yang dibuat adalah secara rawak. Responden yang dijadikan sampel dalam kajian ini adalah memperolehi kemudahan asas yang sama. Memandangkan sekolah yang dipilih adalah terhad kepada sebuah sekolah sahaja maka segala kenyataan dan dapatan yang diperolehi hasil dari penyelidikan ini adalah hanya boleh digunapakai dalam kajian ini sahaja.

1.6

Carta Alir MINAT PELAJAR

FAKTOR LUARAN

FAKTOR DALAMAN

BAHAN BANTU MENGAJAR PERSEKITARA N

PERANAN GURU/IBU BAPA PAAPABAPA BAPA

MOTIVASI DIRI SENDIRI

KESIHATA N

KRITERIA PEMILIHAN BBM TEPAT DENGAN TAJUK PELBAGAI PENGGUNAA N TAHAN LAMA/EKONOM I

SAIZ MUDAH DILIHAT& MENARIK

MUDAH DISIMPAN

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR Dalam bab ini,akan dibincangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini. Banyak kajian dan penulisan mengenai hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Minat yang mendalam dalam mata pelajaran matematik memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian dalam bidang matematik. Juga kajian-kajian mengenai ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. 2.1 Minat Pelajar Terhadap Matematik Minat boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalam matematik (Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat terhadap matematik, sudah tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Mereka juga tidak akan menyiapkan kerja atau latihan yang diberi oleh guru untuk disiapkan sama ada di dalam kelas mahu pun di rumah dan sebagainya. Dalam kajian yang dilakukan oleh pensyarah matematik Baharudin Omar,

Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (tahun tidak dinyatakan, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003, m.s. 12) , menunjukkan kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik adalah berpunca daripada anggapan mereka yang mengatakan bahawa matematik itu susah. Persepsi negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri untuk menerima mata pelajaran itu sebagai suatu yang mudah untuk difahami. Adnan Khamis (1986, m.s. 22) juga menyokong kenyataan ini. Kajiannya menunjukkan bahawa pelajar tidak suka belajar matematik kerana matematik merupakan satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar mempelajari matematik secara hafalan. Akibatnya, ramai pelajar hilang minat untuk belajar matematik. Kesannya pencapaian terhadap matematik kurang memuaskan. Sementara itu, Crow dan Crow (1986, dalam Ismail Abd. Hamid, 1999, m.s 18 ) pula menyatakan minat sebagai punca kepada sesuatu kegiatan dan hasil dari penyertaan dalam kegiatan itu. Oleh itu minat

yang sedia ada pada seseorang disertai dengan motivasi, akan meningkatkan daya usahanya untuk mempertingkatkan lagi minat dalam sesuatu perkara. Pendapat ini disokong oleh Russel (1968, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003, m.s. 11) yang mengatakan bahawa minat berkembang daripada aktiviti yang memuaskan dan mereka berkecenderungan untuk merangsang daripada aktivitiaktiviti seterusnya. Pembelajaran boleh diperolehi daripada pengalaman dan ini adalah dipengaruhi secara terus oleh minat seseorang di dalam proses ini. Minat yang bersungguh-sungguh dipercayai boleh memampasi kekurangan beberapa poin di dalam kecerdasan. Perkara ini boleh dipertingkatkan dengan penyertaan dan dorongan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan di dalam proses pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Dungan dan Thurlow (1989, dalam Ismail Abd.Hamid, 1999, m.s. 21) mendapati bahawa ada beberapa faktor yang menyebabkan pelajar meminati mata pelajaran matematik iaitu apabila mereka memahami mata pelajaran itu, apabila mereka mendapat markah yang tinggi atau pengalaman berjaya menyelesaikan masalah dalam matematik, apabila mereka meminati guru yang mengajar matematik dan apabila terdapat topik atau aktiviti yang baru, pelbagai, menarik dan menyeronokkan.Sementara itu, dalam satu kajian yang dijalankan oleh Adnan Khamis (1986, m.s. 43) pula berpendapat bahawa minat seseorang memainkan peranan yang penting dalam mempelajari matematik. Menurut beliau, matematik merupakan satu mata pelajaran yang kompleks dan berturutan dari mudah kepada sukar. Pelajar perlu memberi tumpuan sepenuhnya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya konsep yang diajar dapat difahami dan digunakan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan. Biasanya pelajar yang memperolehi markah yang baik adalah mereka yang memberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan berminat dalam mata pelajaran ini. Kegagalan pelajar membuktikan bahawa penguasaan mereka lemah dan kurang meminati subjek tersebut. Menurut George (1990, dalam Ismail Abd. Hamid, 1999, m.s. 23) minat yang tinggi dalam matematik memainkan peranan penting terhadap pencapaian pelajar dalam matematik. Dapatan kajiannya menunjukkan 72% pelajar menunjukkan minat yang sangat sedikit dalam matematik dan dengan itu kebolehan mereka dalam matematik

sangat mengecewakan. Apabila pelajar hilang minat terhadap matematik, mereka mungkin secara automatik hilang kekuatan untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Kekurangan minat akan mengarah kepada kegagalan. Tang Ching Tong (1992) menjalankan satu kajian yang bertujuan untuk melihat sejauh mana hubungan minat terhadap pencapaian dalam matematik. Beliau menggunakan 80 orang pelajar tingkatan 4. Hasil yang diperolehi pelajar jurusan sains lebih berminat terhadap matematik berbanding pelajar jurusan sastera. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang minat terhadap matematik akan memperolehi pencapaian yang tinggi. Beliau juga menyatakan, minat adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian kerana terdapat hubungan positif antara minat terhadap matematik moden dengan pencapaian dalam matematik. 2.2 Hubungan Minat Dengan Bahan Bantu Mengajar Secara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar : 1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. 2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya. 3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajarpelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. 4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai.

5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. 6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar. 7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela. Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria. Menurut Kamaruddin (1986, m.s.214), Bahan Bantu Mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku teks,papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya. Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman, 1997 m.s.18 ), mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti; 1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran. 2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat. 3. Membantu mencapai objektif pengajaran. 4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar. Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa menyampaikan pelajaran. b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran. c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan.

d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan kepada pelajar. e. Menjimatkan masa pengajar. f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Rulon dan Arnspinger (1983, dalam Mohamad Lebai Ishak, 1998, m.s. 20), mendapati bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar boleh merangsangkan pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak isi pelajaran yang boleh diterima oleh seorang pelajar. 2.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Proses untuk menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian tidak sepatutnya diabaikan. Ini bagi memastikan segala Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru mahupun pelajar mesti membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Beberapa kajian telah turut dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai. Di sini diturunkan beberapoa kajian yang berkaitan dengan ciri-ciri bahan yang akan digunakan sewaktu pengajaran pembelajaran. Sebagai panduan am, Abdul Rahim ( 1989, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 12), telah menyenaraikan beberpa ciri penting dalam membuat pemilihan media pengajaran. Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman pelajar itu sendiri adalah penting. Begitu juga fakta yang dikemukakan haruslah kemas kini, tepat, tidak berat sebelah dan logik. Teknik seperti bunyi yang jelas, saiz penglihatan dan warna harus juga diambil kira. Beliau turut menekankan ciri fizikal seperti selamat digunakan, mudah digunakan dan disimpan,tahan lasak, ringkas dan sentiasa kemas kini. Bahanbahan ini adalah lebih baik jika boleh dikaitkan dengan mata pelajaran lain. Kesemua aspek ini amat berguna kepada guruguru kerana beliau banyak menekankan cara pemilihan yang tepat.

Kepentingan ciri Bahan Bantu Mengajar ini juga dijelaskan oleh Razali (1990, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s.15) mengariskan beberapa kriteria pemilihan bahan seperti berikut: 1. tepat dengan tajuk 2. tahan lama dan ekonomi 3. saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar 4. mudah disimpan 5. kepelbagaian penggunaan. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, m.s. 21). Kajian Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan bukan realistik. Di mana dalam kajian ini, beliau telah menguji dua teori yang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang. Hasil kajian beliau mendapati warna memberi suatu demensi untuk pemahaman yang lebih, iaitu pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala Fungsi warna pula adalah sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej. Seterusnya, Noraziah (1981, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 13 ) memberi beberapa ciri pemilihan bahan yang boleh diambil kira oleh seseorang guru iaitu bahan tersebut tidak semestinya mahal, boleh dibuat oleh guru sahaja atau bersama pelajar dengan bimbingan guru. Bahan itu perlulah sederhana dan mudah didapati, boleh digunakan lebih dari satu mata pelajaran. Ia juga mudah di bawa, ringan dan mudah diganti, mudah disimpan dan tidak merbahaya.

2.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar Kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer dapat meningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk belajar. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Jonassen (1996, dalam Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh, 2003, m.s. 75), para pelajarnya yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Terdapat banyak perisian pendidikan matematik yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklum balas daripadanya.

BAB 3 METODOLOGI Bab ini akan membincangkan tentang prosedur dan proses kajian yang dipilih untuk dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dan data tentang masalah minat pelajar yang perlu dipupuk melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Sekolah Kebangsaan Jati. Ianya memberikan tumpuan kepada reka bentuk kajian, sample kajian, instrumen kajian, , prosedur kajian dan analisis data. 3.1 Reka bentuk Kajian Reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari maklumat dan mengawal varians. Oleh yang demikian, satu reka bentuk kajian yang kemas diperlukan untuk mendapatkan maklumat-maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Reka bentuk tinjauan (survey) telah dipilih dengan menggunakan kaedah soal selidik di dalam proses kajian ini. Kaedah tinjauan didapati sesuai dalam pengurusan kajian seperti ini kerana ia mengkaji tentang minat responden terhadap tajuk persoalan yang dikemukakan. Selain itu ia hanya melibatkan kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat daripada responden-responden yang terlibat sahaja. Kajian ini menumpukan perhatian untuk mengkaji perkaitan di antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat. Kaedah soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular di kalangan para penyelidik. Ini adalah kerana soalan soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan jelas sehingga boleh dijawab oleh responden tanpa memerlukan kehadiran penyelidik. Melalui penggunaan soal selidik, identiti responden dapat dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan-soalan berkaitan tanpa kekangan atau keraguan. Namun begitu, langkah pengawasan yang longgar akan menghasilkan tahap perolehan yang rendah. Penyelidik berpendapat adalah sukar untuk mendapatkan data melalui kaedah lain kerana faktor kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi. Oleh itu penggunaan soal selidik telah dijadikan sebagai alat kajian

kerana ianya dianggap paling sesuai dalam mendapatkan maklumat bagi usaha menjawab persoalan yang telah ditimbulkan pada awal kajian ini. 3.2 Instrumen Kajian Instrumen kajian ialah soal selidik. Soal selidik ini untuk mendapatkan maklumatmaklumat mengenai kajian. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian A mengandungi 16 item berkaitan dengan hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Item-item ini bertujuan untuk mendapatkan data mengenai pandangan pelajar tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam menarik minat mereka. Manakala Bahagian B, 6 item berkisar mengenai jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang dapat menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik. 4 item lagi berkenaan dengan ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar. Antara ciricirinya ialah kesesuaian Bahan Bantu Mengajar dengan isi kandungan yang diajar oleh guru, manakala kejelasan pula untuk mendapatkan maklumat mengenai adakah Bahan Bantu Mengajar itu dapat dilihat dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya ciri menarik memberi erti dari segi rupa bentuk dan warna yang digunakan pada Bahan Bantu Mengajar berkenaan. Ciri kekemasan pula, sama ada bahan itu kemas dan utuh dari segi binaannya, iaitu tidak mudak rosak jika digunakan oleh pelajar nanti. 6 item lagi mengenai jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang paling menarik perhatian pelajar bila digunakan. Dalam kajian ini, jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar diklasifikasikan kepada 6 kumpulan seperti berikut: 1. bahan bercetak: buku rujukan, majalah, surat khabar dan sebagainya. 2. bahan bukan bercetak: gambar, poster, lukisan, gambarajah, peta dan sebagainya. 3. bahan 3 Dimensi: model, spesimen, bongkah dan sebagainya. 4. bahan tayangan: Projektor lutsinar(OHP), Projektor slaid, filem bergerak dan sebagainya. 5. sistem audio: radio, perakam pita audio, piring hitam dan sebagainya. 6. system video/TV/komputer: perakam pita video, rencana, dokumentari, program TV Pendidikan, perisian dan sebagainya.

Penggunaan Skala Likert membolehkan pengumpulan data tentang darjah persetujuan reponden terhadap setiap item yang digunakan. Responden dikehendaki memilih dan membulatkan pada nombor peringkatan likert yang mengandungi 4 nilai skor. Skala dan skor adalah seperti dalam jadual 3.1 di bawah. Jadual 3.1 Skala Pemeringkatan Likert Aras Persetujuan Skor Sangat Tidak Setuju (STS) 1 Tidak Setuju (TS) 2 Setuju ( S ) 3 Sangat Setuju (SS) 4 Jadual 3.2 Analisis skor bagi min. Skor Min Petanda 1.00 2.00 Sangat Negatif 2.01 3.00 Negatif 3.01 4.00 Positif 4.01 5.00 Sangat Positif Min yang didapati akan menunjukkan keputusan pernyataan sama ada ke arah positif atau ke arah negatif. Jika min menunjukkan ke arah positif, maka pernyataan tersebut diterima dan sebaliknya. Seterusnya dapatan akan dibincangkan hasil dari analisis data. Hasil daripada perbincangan dan dapatan maka boleh dikemukakan untuk memperbaiki keadaan sedia ada ke arah yang lebih baik. Analisis inferensi, Ujian Korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan di antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru. Penyelidik menggunakan aras signifikan 0.01 sebagai panduan bagi menunjukkan hubungan positif atau negatif.

Kekuatan hubungan di antara dua pembolehubah pula ditentukan melalui nilai pekali korelasi ( r ) yang dihasilkan. Pekali korelasi ( r ) hasil darab momen Pearson boleh mengambil sebarang nilai di antara -1 hingga +1. Nilai pekali 1 samada positif atau negatif menunjukkan hubungan sempurna. ( Mohd Majid Konting, 2000, m.s.469 ) Pekali korelasi positif menunjukkan hubungan yang mengikut arah yang sama. Manakala nilai pekali negatif yang signifikan menunjukkan hubungan yang berlawanan. Nilai pekali negatif yang tidak signifikan menunjukkan tidak ada hubungan. Semakin besar nilai pekali korelasi bagi faktor-faktor yang dikaji, semakin kuat hubungan di antara faktorfaktor itu. Jadual 3.3 menunjukkan penentuan pekali korelasi berdasarkan sumber yang dipetik daripada Best dan Khan ( 1989, dalam Muriatun Mohd Said, 1998, m.s.21 ). Jadual 3.3 Penentuan Korelasi Berdasarkan Pekali Korelasi (r) Nilai ( r ) Kekuatan hubungan 0.00 hingga 0.20 Korelasi boleh diabaikan 0.21 hingga 0.30 Korelasi positif lemah 0.31 hingga 0.60 Korelasi positif sederhana 0.61 hingga 0.80 Korelasi positif kuat 0.81 hingga 1.00 Korelasi positif sangat kuat -0.00 hingga -0.20 Korelasi negatif boleh diabaikan -0.21 hingga -0.30 Korelasi negatif lemah -0.31 hingga 0.60 Korelasi negatif sederhana -0.61 hingga -0.80 Korelasi negatif kuat -0.81 hingga -1.00 Korelasi negatif sangat kuat

3.3 Sampel kajian Kajian ini untuk meninjau sama ada wujud hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik oleh pelajar-pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Jati. Sampel dalam kajian ini melibatkan 40 orang responden daripada 120 orang pelajar tahun 5 di sekolah berkenaan. Sampel ini telah di ambil secara rawak. 3.4 Prosedur Kajian Bagi menjayakan aktiviti pengumpulan data, beberapa langkah tertentu diambil oleh penyelidik. Di antaranya termasuklah memohon kebenaran dari pihak-pihak yang berkenaan, seperti Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan pihak sekolah yang telah dipilih. Langkah pertama yag dilakukan oleh penyelidik ialah mendapatkan surat pengesahan daripada pejabat Fakulti Seni dan Muzik untuk menjalankan kajian tinjauan seperti mana yang telah dirangkakan. Setelah pengesahan diperolehi, barulah langkah-langkah selanjutnya dilaksanakan. Langkah seterusnya ialah penyelidik akan mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan), pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan akhir sekali dari pihak sekolah iaitu Guru Besar sekolah di mana kajian ini akan dijalankan. Di antara perkara-perkara yang akan dimaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah ialah menerangkan tentang tujuan kajian ini diadakan, penglibatan responden kajian serta tarikh dan masa soal selidik akan diedarkan. Selepas pemilihan dibuat, pihak penyelidik akan memberikan penerangan kepada responden yang berkenaan tentang kajian dan cara bagaimana borang soal selidik perlu dilengkapkan. Penyelidik akan memberikan penjelasan bagi setiap item soal selidik, supaya responden lebih memahami apa yang dikehendaki oleh item berkenaan. Set soal selidik ini akan dikumpulkan semula setelah responden selesai menjawabnya tanpa menghadkan masa.

3.5 Analisis Data Soal selidik yang telah dijawab akan dipunggut oleh pengkaji secara terus daripada responden. Sebelum data dianalisis, soal selidik disemak terlebih dahulu untuk memastikan semua soal selidik dijawab oleh responden mengikut arahan yang diberikan. Kesemua data yang dikumpulkan akan dianalisis secara deskriptif dan inferens dengan menggunakan pakej perisian SPSS.Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan hubungan di antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap pembelajaran Matematik. Penganalisaan data dibuat dengan mencari % , min dan sisihan piawai. Jadual analisis skor ditunjukkan seperti di jadual 3.2.

Anda mungkin juga menyukai