Anda di halaman 1dari 6

1103/1

Bahasa Set
Melayu
Kertas 1
2009 JABATAN PELAJARAN PERAK
1

LEARNING TO SCORE 2009

Skema
Jawapan

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

[Lihat sebelah
GARIS PANDUAN GURU BM 1

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

BAHAGIAN A

Tugasan Soalan : Murid dapat menulis cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat.

Pendahuluan : Amalan gaya hidup sihat dapat membentuk individu dan


masyarakat yang cergas dan cerdas. Generasi pada hari ini harus
disemai dengan amalan gaya hidup sihat agar tidak terlibat
dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Isi 1 : Pengambilan makanan yang seimbang


- Perlu mendapatkan makanan yang berkhasiat agar terhindar
daripada sebarang penyakit.
- Digalakkan mengambil makanan seimbang dan
mengurangkan makanan berlemak

Isi 2 : Kegiatan rekreasi


- Melakukan kegiatan berfaedah sama ada secara individu atau
berpasukan.
- Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah

Isi 3 : Bersukan :
- Melalui aktiviti bersukan, tubuh seseorang akan menjadi sihat
– kerana badan berpeluh dan otot-otot dapat berfungsi dengan
baik.

Isi 4 : Rawatan kesihatan :


- Mendapat nasihat daripada pegawai perubatan / pakar bagi
memastikan badan sentiasa sihat
- Pemeriksaaan kesihatan berkala
- Dapat rawatan awal agar penyakit tidak berpanjangan
- Dapat mengambil langkah-langkah pencegahan

Ungkapan menarik : - Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih


- Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
- badan cergas, otak cerdas
GARIS PANDUAN GURU BM 1
BAHAGIAN B

SOALAN 1 :

Anda terpilih menjadi pemenang dalam satu peraduan yang dianjurkan oleh sebuah
akhbar tempatan. Peraduan itu menawarkan hadiah wang tunai sebanyak satu juta
ringgit .

Sebagai seorang pelajar yang bijak, jelaskan cara-cara anda menggunakan wang
tersebut.

1. Tugasan soalan :

Pelajar dapat menjelaskan cara-cara menggunakan wang tunai sebanyak


satu juta ringgit.

2. Format
- Tiada

3. Idea / Isi
- Menyimpan wang tersebut di dalam bank
- Memberi sumbangan kepada ibu bapa / keluarga
- Membeli saham (ASB / ASN / Saham Wawasan)
- Membeli buku-buku rujukan untuk peperiksaan
- Membeli hartanah (rumah / pejabat kedai / tanah dan lain-lain)
- Menderma kepada orang miskin / anak-anak yatim / orang kurang
upaya / badan-badan kebajikan

SOALAN 2 :

Ada pendapat yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia wajar mempunyai ahli
keluarga yang besar. Anda bersetuju dengan pendapat tersebut.

Huraikan pendapat ada.

1. Tugasan soalan :

Pelajar dapat menghuraikan kewajaran rakyat Malaysia mempunyai ahli


keluarga yang besar.

2. Format
a. Tiada

3. Idea / Isi
a. Malaysia masih mempunyai keluasan tanah yang belum diterokai –
petempatan.
b. Negara mempunyai keluasan tanah yang subur untuk pertanian –
peluang pekerjaan dan sumber makanan.
c. Banyak peluang pekerja yang belum diisi oleh rakyat tempatan.
d. Malaysia berpotensi sebagai sebuah negara maju menjelang tahun
2020 – banyak tenaga kerja diperlukan.
e. Negara kaya dengan pelbagai sumber alam yang belum diterokai
sepenuh
f. Pengguna bertambah – hasil produk negara mudah dipasarkan.
g. Lambang kebahagian sesebuah keluarga

SOALAN 3 :

Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan anjuran Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Tajuk syarahan itu ialah ’ Cintailah Bahasa Kita’

Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

1. Tugasan soalan :

Pelajar dapat menyediakan sebuah teks syarahan yang bertajuk ‘Cintailah


Bahasa Kita’

2. Format
Syarahan :

a) Menghadap majlis
b) Tuan-tuan di tengah-tengah syarahan
c) Penutup syarahan – Sekian, terima kasih.

Tolak 1 markah jika tiada format


Maksimum 2 m.

3. Idea / Isi :
a. Sebab perlu mencintai bahasa Malaysia:
i) Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi negara.
ii) Bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan nasional.
iii) Bahasa melambangkan / identiti bangsa Malaysia.

b. Cara-cara menyintai bahasa Malaysia :


i) Menggunakan bahasa Malaysia yang betul / standard
dalam pertuturan harian.
ii) Memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai
bahasa rasmi.
iii) Menganjurkan bulan bahasa.
iv) Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di
institusi pengajian tinggi / sekolah
SOALAN 4 :

Peningkatan suhu global akan menjejaskan kehidupan penduduk dunia.

Berikan saranan anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh masyarakat dunia
untuk menangani masalah peningkatan suhu global.

1. Tugasan soalan :

Pelajar dapat memberikan saranan / cadangan tentang usaha-usaha yang


perlu dilakukan oleh masyarakat dunia untuk menangani peningkatan suhu
global.

2. Format
a. Tiada

3. Idea / Isi
a. Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
b. Elakkan pembakaran terbuka / pencemaran alam.
c. Berkongsi kenderaan dan menggunakan pengangkutan awam
d. Penanaman pokok-pokok hijau /pokok hiasan / pokok teduhan di
setiap kawasan petempatan / perumahan / pentadbiran.
e. Mengurangkan penggunaan CFC
f. Penguatkuasaan akta / peraturan mengekalkan hutan / mewujudkan
hutan simpan / laksanakan penebangan hutan secara terancang

SOALAN 5 :

Anda telah menonton sebuah drama yang telah disiarkan oleh stesen televisyen
tempatan. Banyak keistimewaan yang terdapat dalam drama tersebut. Anda ingin
mengulas drama tersebut untuk dimuatkan dalam ruangan sastera sebuah akhbar .

Tulis ulasan anda itu selengkapnya.

1. Tugasan soalan :

Pelajar dapat menyediakan ulasan tentang keistimewaan drama yang


disiarkan oleh stesen televisyen.

2. Format
Ulasan drama
i. Tajuk drama
ii. Pengulas
Tolak 1 markah jika tiada format. Maksimum 2 markah.

3. Idea / Isi
Keistimewaan drama diulas daripada aspek berikut
i. Watak dan perwatakan / lakonan / pelakon
ii. Latar tempat / masa / masyarakat.
iii. Persoalan
iv. Nilai
v. Pengajaran
vi. Teknik plot / teknik penceritaan

Anda mungkin juga menyukai