Anda di halaman 1dari 8

1 1103/2

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
Set
2009 JABATAN PELAJARAN PERAK
1
2½ jam

LEARNING TO SCORE 2009

BAHASA MELAYU
Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen
Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak


[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1
2 1103/2

Soalan 1: Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi pengguna mendapatkan ubat di farmasi dan cara-cara memulihkan
keyakinan pengguna terhadap ubatan hospital. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Belakangan ini produk herba, tonik dan makanan tambahan dijual secara meluas dan merupakan
satu perkembangan positif daripada sudut penjagaan kesihatan. Penjualan produk ini,
membentuk persaingan sengit yang memaksa penggunaannya bagi tujuan promosi semata-mata
sedangkan aspek yang lebih penting seperti fakta saintifik, kesan sampingan, keracunan dan
bahaya ubat, langsung tidak disentuh.

Pembukaan lebih banyak farmasi merupakan fenomena biasa kini. Pada masa yang
sama, ada juga usaha untuk mengelirukan pengguna sehinggakan ada yang tidak dapat
membezakan antara herba, tonik dan makanan tambahan berbanding ubat sama ada tradisional
atau moden. Lebih teruk lagi, ada farmasi yang berubah menjadi klinik dan ada klinik yang
kelihatan macam farmasi. Walaupun harga ubat di negara ini rata-rata agak mahal tetapi hal ini
tidak menghalang produk tersebut laris dan popular.

Produk herba, tonik dan makanan tambahan dijual di hampir semua jenis farmasi dan
premis perniagaan ubat. Pengeluar produk ini telah mempromosikan dan mengiklankan
sewenang-wenangnya sebagai ‘ubat mujarab’ tanpa sedikit pun menyertakan hasil kajian atau
bukti kukuh. Ada pengguna yang terpengaruh hingga sanggup mengetepikan pengambilan ubat
hospital cuma kerana penyakit yang dihidapinya turut tersenarai sebagai satu penyakit yang dapat
disembuhkan oleh ubat tadi. Sebenarnya, pengguna sukar membuat satu keputusan tepat kerana
tertekan dengan penyakit yang dihidapi. Ubat yang tidak tepat dari segi penggunaan dan rawatan
bukan sahaja sia-sia malah mendedahkan diri sendiri kepada keracunan dan kesan sampingan.
Justeru, tabiat penggunaan ubat yang tidak betul dalam kalangan pengguna perlu dipandang
serius dan diperbetul secara agresif tetapi sistematik sebelum keadaan ini di luar kawalan.

Pengguna beranggapan membeli ubat di farmasi lebih menjimatkan masa dan tenaga.
Hakikatnya tidak ramai yang menyedari bahawa ada ubat yang boleh dibeli dan dimakan begitu
sahaja dan ada pula ubat yang dikawal di bawah akta tertentu yang mempunyai prosedur yang
berlainan. Dalam begitu banyak jenis rawatan yang ada, garis panduan yang mudah diikuti
mungkin dapat membantu individu membuat keputusan dan pemilihan rawatan yang lebih baik.
Prosedur seperti konsultasi yang terdapat di hospital dan dianggap remeh bagi sesetengah orang
tidak terdapat di farmasi. Tambahan pula, pekerja di farmasi sentiasa mengamalkan konsep
mesra pelanggan. Atas sebab kebiasaan, mereka lebih senang membeli ubat terus dari farmasi
atau kedai ubat dan bukan mendapatkan preskripsinya terlebih dahulu. Tabiat sebegini boleh
menyebabkan ketagihan dan mengancam nyawa.

Oleh itu, perbuatan merawat diri sendiri dengan mengambil ubat tanpa mengikut peraturan
dan nasihat perubatan semestinya berisiko besar. Orang ramai perlu disedarkan dan dibimbing ke
arah penggunaan ubat yang lebih berhemah.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rakyat Wajar


Dididik Ambil Ubat Secara Bijak oleh Hazimy Hassan, Lidah
Pengarang, Berita Harian, 3 Ogos 2006)

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1
3 1103/2
Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata diperbetul secara agresif. [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga perkara yang akan berlaku sekiranya masyarakat terus mendapatkan ubat
dari farmasi. [3 markah]

(iii) Kemukakan empat punca harga ubat-ubatan di negara ini begitu mahal mengikut
pendapat anda. [4 markah]

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAFIAH : (Terhenti, menjeling masam pada Umar, terdiam seketika, tapi


bersemangat semula) Kalau you bercita-cita hanya nak jadi guru, tak
payah masuk universiti pun you boleh jadi guru. Apa susahnya?
Tengok, banyak orang boleh jadi guru, tak payah pandai cakap
Inggerís pun, boleh jadi guru.

UMAR : (Sedikit kesal) You terlalu memikirkan diri sendiri. I suka jadi guru dan
kita pun memang kekurangan guru.

SAFIAH : (Tak sabar) You ni nasionalis sangat….

UMAR : (Memandang penuh pada Safiah) Ya, nasionalis tak nasionalis, cuba
you, tengok. Tiap tahun beribu-ribu murid masuk sekolah, tapi berapa
orang guru yang bertambah? Berapa orang mahasiswa-mahasiswa
yang mahu jadi guru?

SAFIAH : (Cepat geram) You terlalu statis!

UMAR : (Berpaling dari Safiah, perlahan tapi pahit) You terlalu ingin nak main
salji sahaja, mahu duduk-duduk di London atau Amerika (membisu
beberapa lama)

SAFIAH : (Terdiam, memandang Umar, kemudian membongkok ke hadapan,


menyentuh sedikit tangan Umar, dan berkata dengan nada baru, logik
dan lembut) I Tahu You nak berkhidmat dalam negeri, I tahu you
bercita-cita nak berjasa kepada bangsa. I hargai. Tapi I bercakap
sebagai tunang you, yang ikut sama memikirkan masa depan kita....
Dan di luar negeri pun you dapat berkhidmat dengan bangsa, you
boleh memperkenalkan negeri kita di luar negeri....
Dipetik daripada
’Serunai Malam’
Oleh Usman Awang dalam antologi Anak laut ,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1
4 1103/2
(i) Mengapakah Umar bercita-cita ingin menjadi guru? [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh berbakti dan berjasa terhadap
negara? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu perwatakan Safiah daripada petikan dan dua perwatakan Safiah
yang lain daripada keseluruhan drama. [3 markah]

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sultan pun bersabda kepada Bermamat P.nti. dan Maidana P.nti. “ Katakanlah kepada
anakku Si Beraim Bapa, aku menyuruhkan ia menaiki kuda itu di hadapan jamu helat asing,
tandilnya lasykar pendekar Keling itu, suruh pacu kudanya itu ke Tukas.” Maka Bermamat P.nti.
dan Maidana P.nti. pun menjunjungkan sabda yang maha mulia itu kepada Tun Beraim Bapa. “ Ya
tuanku Tun Beraim Bapa, sabda paduka ayahanda naiklah tuanku ke atas kuda itu di hadapan
jamu orang helat asing lasykar pendekar Keling itu.”

Maka Tun Beraim Bapa pun menyembah sultan, lalu baginda naik ke atas kudanya. Maka
dipacunya lalu ditarikkannya di medan. Maka ia pun berkhidmat kepada sultan, tatkala akan naik
kuda itu, maka dipacunya pula. Maka (kuda) itu pun bangkit lalu ke udara. Maka dipacunya pula
lalu dihalakannya pula ke Tukas. Maka dengan seketika itu juga lenyaplah daripada mata sultan.
Maka sultan pun berbiji sabak, katanya, ” Wah, anakku lenyaplah ia! Di mana kutaha engkau
kucari, kataku tiada diturutnya, kerana kuda itu gila tiada pernah dikenderai orang.” Maka Tun
Beraim Bapa pun tiba-tiba dengan sesaat itu juga raiba ia di hadapan sultan itu serta bermain-
mainkan kudanya, seperti merak menggigal lakunya. Maka sultan pun haibat melihat dia seperti
gajah meta lakunya.

(Dipetik daripada
’Kepahlawanan Tun Beraim Bapa’
dalam antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata menyuruhkan ia menaiki kuda itu.


[2 markah]

(ii) Nyatakan tiga keistimewaan yang dimiliki oleh Tun Beraim Bapa seperti yang
digambarkan dalam petikan. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah sultan menitahkan Tun Beraim Bapa supaya
menunggang kuda yang liar itu di hadapan tetamu-tetamunya? . [3 markah]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1
5 1103/2
Soalan 2(d) - Petikan Pantun

Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Pantun Kiasan

Tikar pucuk, tikar mengkuang,


Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

Buah bacang masak serangkai,


Burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.

Tebang gelam, tebang kenanga,


Batangnya tumbang menimpa gedung;
Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.

Pokok terap tumbuh di bukit;


Belat berbanjar panjang ke hulu;
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.

Limau Bentan di tepi tingkap,


Budak-budak melempar burung;
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pulak cicak mengkarung.

Antologi Anak laut


Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud Ikan busuk jangan dibuang. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempunyai sikap rendah diri?
[3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini. [4 markah]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1
6 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata akronim di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i) tabika
(ii) purata
(iii) cikgu
(iv) hakis
(v) jaluran
(vi) kugiran
[6 markah]
(b) Tulis petikan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

“Perlukah saya menyalin nota ini, cikgu?” kata Saiful kepada Cikgu Rosmawati. “Saiful,
nota ini penting untuk kamu mengulang kaji nanti.” kata Cikgu Rosmawati. “Cikgu, boleh
saya gunakan buku tatabahasa? Saya terlupa membawa buku nota.” Kata Saiful.
“Mengapa tidak, asalkan kamu buat catatan.” Kata cikgunya. “Oh, panjangnya nota ini
cikgu!” Kata Saiful. “Sudahlah tu, Saiful, salin sahaja cepat sebelum loceng berbunyi untuk
rehat.” Kata Cikgu Rosmawati.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.
Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksudnya.

(i) Setiap murid mesti membaca sekurang-kurangnya senaskah surat khabar untuk
menimba maklumat dan meluasi ilmu.

(ii) Kerajaan mahu mesin pengimbas di semua Komplek Kastam dibaiki segera bagi
memastikan tahap keselamatan negara ini sentiasa dijamin daripada aktiviti
penyeludupan.

(iii) Perdana Menteri mengajak rakyat menitik beratkan kerjasama dan perpaduan
kaum dalam pembentukkan sebuah negara yang aman dan harmoni.
[6 markah]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1
7 1103/2

(d) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Pemakanan yang sihat dengan terkawal amat penting untuk memupuk kesihatan tubuh
badan. Pengetahuan kandungan nutrisi makanan mempengaruhi tumbesaran kesihatan
manusia. Banyak perkara yang terjadi melibatkan kanak-kanak yang mengalami obesiti
atau kekurangan zat makanan kerana tidak mendapat didikan tentang pemakanan yang
perlu diberi perhatian oleh kita.
. [6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

Yaakob berasal daripada keluarga yang sederhana. Adik-beradiknya ramai dan


menyukarkan ibu bapanya menanggung keluarga mereka. Perkara ini menyebabkan
Yaakob bertekad untuk mengubah kehidupan keluarganya. Walaupun menghadapi
pelbagai halangan, dia tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh. Dia memulakan
perniagaan secara kecil-kecilan untuk mengumpulkan modal. Akhirnya Yaakob berjaya
membina jaringan perniagaan perubatan tradisional yang diimpikannya. Setelah
kehidupannya mewah, Yaakob telah lupa diri. Dia melupakan ahli keluarganya yang telah
banyak memberikan sokongan kepadanya. Ketika berlaku kemelesetan ekonomi,
perniagaan Yaakob telah muflis. Yaakob menyesal kerana mengabaikan keluarganya,
tetapi semuanya sudah terlambat.
[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah novel-novel yang berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh


(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii)Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Pengarang sering menggunakan unsur imbas kembali dalam sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa menunjukkan
unsur imbas kembali yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[7 markah]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1
8 1103/2

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan dua persamaan dari aspek
pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1

Anda mungkin juga menyukai