Anda di halaman 1dari 12

SETIA EMAS

73

Nama : _____________________________________

011
Tarikh : ______________

SETIA EMAS
011
Bahasa
Melayu
Kertas 1
UPT
2005 / 2006
50 minit

011

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN


TAHUN ENAM : 2005 / 2006

BAHASA MELAYU
Kertas 1
Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.
2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

SETIA EMAS

74

SETIA EMAS

011

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

011 Setia Emas - Ujian Pertengahan Tahun 2005 / 2006

SETIA EMAS

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B,
C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.
Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 19


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar 1

Para Penonton __________ tangan setelah menyaksikan


persembahan nyanyian berduet itu.
A
B
C

bertepuk
bersilang
bertampar

Gambar 1

Soalan 2 berdasarkan gambar 2

Sempena Hari Guru, Cikgu Siti Halimah __________ hadiah


daripada murid-muridnya.
A
B
C
D

membeli
menerima
memberikan
menyampaikan

Gambar 2

Nurfadilah seorang murid yang cemerlang. __________ pihak sekolah menganugerahinya


Tokoh Murid Cemerlang pada tahun ini.
A
B
C
D

Sejak itu
Jika begitu
Lantaran itu
Namun begitu

Soalan 4 berdasarkan gambar 3

Pada pagi itu, Mak Cik Tipah sedang __________ air di


dapur.
A
B

merebus
menanak

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

SETIA EMAS

75

SETIA EMAS
C
D

011

mengukus
menjerang

Gambar 3

Soalan 5 berdasarkan gambar 4

Sempena perayaan Hari Guru, Wan Zalela telah memberi


__________ bunga kepada guru kelasnya.
A
B
C
D

seikat
setangkai
sejambak
sekuntum

Gambar 4

Nurul Shuhaibah __________ lembaran kamus itu untuk mencari makna perkataan yang
tidak difahami.
A
B
C
D

memusing-musing
membelek-belek
mengkaji-kaji
melihat-lihat

Soalan 7 berdasarkan gambar 5

Setiap tahun sebelum menjelang hari raya, Siti Liyana akan


membantu ibunya __________ lemang.
A
B
C
D

menyalai
memasak
membakar
memanggang

Gambar 5

Beberapa orang daripada kumpulan pendaki gunung itu masih dalam perjalanan manakala
yang lain telah sampai di __________ nya.
A
B
C
D

sisi
hujung
puncak
pangkal

Soalan 9 berdasarkan gambar 6

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

SETIA EMAS

76

SETIA EMAS
9

011

Abang membawa beberapa __________ rambai yang baru


dipetik dari dusun datuk.
A
B
C
D

ikat
gugus
tandan
tangkai

Gambar 6

Soalan 10 berdasarkan gambar 7

10

Shahidan sedang __________ bola takraw yang dilambung


oleh apit kanannya.
A
B
C
D

melibas
merejam
melontar
memukul

Gambar 7

11

Puan Maria menghadiahkan __________ kalung mutiara kepada anak gadisnya sempena
ualang tahun kelahirannya yang ke dua belas.
A
B
C
D

12

seurat
sebutir
sebilah
seuntai

Albert dan adiknya terpesona melihat padi yang __________ di sepanjang perjalanannya
ke Alor Setar.
A
B
C
D

menguning
kekuningan
dikuningkan
menguningkan

Soalan 13 berdasarkan gambar 8

13

Harwan Singh dan Hamidi __________ kerana sudah lama


tidak bertemu.
A
B
C

berpelukan
bersalaman
bertamparan

Gambar 8

Soalan 14 berdasarkan gambar 9

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

SETIA EMAS

77

SETIA EMAS
14

011

Lelaki tua itu jatuh __________ apabila kakinya tersepak


seketul batu yang agak besar.
A
B
C
D

terduduk
tersandar
terjelepok
terperosok

Gambar 9

Soalan 15 berdasarkan gambar 10

15

Puan Choo sedang __________ tepung untuk membuat


kuih donat.
A
B
C
D

menguli
mengaul
meramas
membancuh

Gambar 10

16

Beberapa __________ kayu api dan beberapa __________ papan lapis disusun di atas
para-para oleh datuk.
A
B
C
D

puntung keping
batang batang
ketul longgok
ikat potong

Soalan 17 berdasarkan gambar 11

17

Cik Linda hendak menyediakan juadah pada tengah hari itu,


dia sedang __________ bawang besar.
A
B
C
D

meraut
menyiang
menghiris
mengupas

Gambar 11

18

__________ para ibu bapa __________ para guru mestilah bekerjasama menangani
masalah disiplin murid masa kini.
A
B
C
D

Bukan saja namun


Walaupun tetapi
Baik mahupun
Kian kian

Soalan 19 berdasarkan gambar 12

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

SETIA EMAS

78

SETIA EMAS
19

011

Seekor siput kelihatan __________ di atas seketul batu


yang besar
A
B
C
D

menjulur
menyusur
mengesot
merangkak

Gambar 12

Soalan 20
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
20

Ura-ura hendak mendirikan sebuah pasar raya di kawasan itu senyap begitu sahaja.
A
B
C
D

Rancangan
Cadangan
Desakan
Saranan

Soalan 21
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
21

Melissa Chong kelihatan tenang sewaktu pembedahan ke atas bapanya dijalankan.


A
B
C
D

kacau
bosan
gelisah
runsing

Soalan 22
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
22

Para penonton tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan hakim pertandingan itu.
A
B
C
D

berat sebelah
berat tangan
berat tulang
berat hati

Soalan 23
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.
23

Sudah. Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu dengan keluarganya.
A
B
C
D

Bilakah Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu?


Sudahkah Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu?
Dengan siapakah Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu?
Mengapakah keluarga Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu?

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

SETIA EMAS

SETIA EMAS

79

011

Soalan 24
Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.
24

Siapakah yang akan merasmikan Karnival Borong Sakan itu?


A
B
C
D

Saya rasa perasmi tidak penting.


Karnival akan merasmikan Borong Sakan itu.
Karnival Borong akan dirasmikan oleh Sakan.
Jika tidak silap, Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Soalan 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25

Pihak kerajaan menggalakkan rakyat membeli barangan buatan tempatan bagi


memulihkan ekonomi negara.
A
B
C
D

Rakyat disaran memulihkan ekonomi pihak kerajaan tempatan serta membeli


barang-barang buatan negara.
Rakyat dan pihak kerajaan bersetuju membeli barangan buatan tempatan untuk
memulihkan ekonomi negara.
Rakyat dimestikan oleh pihak kerajaan membeli barangan buatan tempatan bagi
memulihkan ekonomi negara.
Rakyat digalakkan oleh pihak kerajaan membeli barangan buatan tempatan bagi
memulihkan ekonomi negara.

Soalan 26 dan Soalan 27


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
26

27

I
II
III
IV

Amir tercicir bas sekolah kerana bangun lewat pagi tadi.


Isi di dalam kotak itu tercicir kerana bocor di bawahnya.
Kakak tercicir tas tangannya sewaktu keluar daripada teksi itu.
Nama Khalid telah tercicir daripada senarai pemain bola sepak sekolahnya.

A
B
C
D

I dan II sahaja
II dan III sahaja
III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja

I
II
III
IV

Anak bongsu Raja Mahmud sedang beradu di kamarnya.


Peserta tarik tali itu beradu tenaga untuk menentukan juara.
Mangsa rompakan beradu kejadian itu di balai polis berdekatan.
Pasukan sekolah kami telah mendapat tempat kedua dalam beradu itu.

A
B
C
D

I dan II sahaja
I dan IV sahaja
II dan III sahaja
II dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30


Pilih ayat-ayat yang betul.

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

SETIA EMAS

SETIA EMAS
28

29

30

80

011

I
II
III
IV

Semua pelajar-pelajar diminta beratur semasa membeli makanan di kantin.


Kita mesti belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang gemilang.
Anisah tidak putus-putus menerima ucapan tahniah atas kejayaannya.
Di waktu pagi, puncak gunung itu diselubungi kabus tebal.

A
B
C
D

I dan II sahaja
II dan III sahaja
III dan IV sahaja
I, II, III dan IV sahaja

I
II
III
IV

Mengedar dadah adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang.


Setiap golongan perlu bekerjasama untuk menjayakan wawasan negara.
Lagu permintaan ini ditujukan kepada rakan-rakan yang mengenali dirinya.
Siew Fong berasa bangga kerana terpilih mewakili sekolah dalam perbahasan.

A
B
C
D

I dan II sahaja
II dan III sahaja
I, II dan III sahaja
I, II, III dan IV

I
II
III
IV

Penduduk Kampung Rahmat saling tolong-menolong membersihkan kawasan surau.


Kedua-dua orang pengantin itu kelihatan berseri di atas pelamin.
Bapa Jamalul adalah seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Seri Kandi.
Puan Lela menghidangi tetamunya dengan sepiring kuih abuk-abuk.

A
B
C
D

I dan II sahaja
I dan III sahaja
II dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

SETIA EMAS

SETIA EMAS

81

011

Sejenak bersamamu perpustakaan


Selautan ilmu terbentang
Di sini tersemai wadah pendidikan
Bersama bibit-bibit pengetahuan
Yang menumbuhkan pepohon kehidupan
Perpustakaan
Ladang pembacaan, teman ketika kesunyian
Yang mengukir segala bicara, tentang sains dan teknologi
Tentang sejarah dan kebudayaan, tentang falsafah dan sosiologi
Perpustakaan
Di sini pembinaan jasmani dan kerohanian
Yang mengasuh sejuta pendidik, saintis dan politikus
Yang melahirkan sejuta ahli korporat, pemimpin dan budayawan
Yang membina mahkota kesejahteraan ummah
Perpustakaan
Pembina mahligai kesejahteraan rakyat
Telaahlah buku-buku, majalah dan akhbar
Pergunakanlah CD, video dan mikrofilem
Berkerlipan permata menyinari kehidupan

31

Apakah jenis puisi di atas?


A
B
C
D

32

Mengapakah perpustakaan penting dalam hidup kita?


A
B
C
D

33

Kerana perpustakaan sesuai dijadikan tempat mengulang kaji


Kerana perpustakaan mempunyai pelbagai sumber ilmu
Kerana perpustakaan menyediakan banyak buku cerita
Kerana perpustakaan melahirkan sejuta korporat

Yang berikut adalah tugas pustakawan, kecuali


A
B
C
D

34

Syair
Sajak
Pantun
Gurindam

menyusun buku di rak mengikut sistem perpuluhan Dewey.


memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai untuk dibeli.
menguruskan peminjaman dan pemulangan buku.
memasang alat pendingin udara di perpustakaan.

Frasa berkerlipan permata menyinari kehidupan bermaksud


A
B
C
D

hidup kita akan sejahtera menjadi politikus.


hidup kita akan sejahtera menjadi budayawan.
hidup kita akan sejahtera jika mempunyai permata.
hidup kita akan sejahtera jika mempunyai ilmu pengetahuan.

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

SETIA EMAS

SETIA EMAS

35

82

011

Apakah harapan pemuisi dalam rangkap yang terakhir?


A
B
C
D

Orang ramai digalakkan pergi ke perpustakaan apabila terasa sunyi


Orang ramai berbincang di perpustakaan untuk memajukan masyarakat
Orang ramai membuat penyelidikan dan menambah ilmu di perpustakaan
Orang ramai menyumbang kos memperbesar dan mempercantik perpustakaan

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Sabtu 12 Mac 2005
7.40 pagi
Berhimpun di kantin sekolah. Seramai 40 orang ahli unit beruniform akan menyertai
perkhemahan di Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Cikgu Kamal sibuk memberi arahan kepada kami.
8.30 pagi
Bas bertolak meninggalkan kawasan sekolah. Sepanjang perjalanan kami menyanyi dengan
iringan petikan gitar Cikgu Azmi.

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

SETIA EMAS

SETIA EMAS

83

011

10.30 pagi
Sampai ke tapak perkhemahan. Kami diarahkan mengangkut segala peralatan seperti khemah,
peralatan memasak dan bekalan makanan.
11.00 pagi
Setiap kumpulan memasang khemah dengan bantuan guru-guru. Beberapa orang murid
perempuan dengan bantuan Cikgu Ng Mei Kwan dan Cikgu Nona sibuk memasak untuk makan
tengah hari.
1.00 petang
Makan tengah hari. Walaupun hanya berlaukkan sardin dan telur goreng, kami makan dengan
begitu berselera. Selepas makan kami berehat.
2.00 petang
Dibawa meredah hutan. Perjalanan agak sukar. Pegawai Jabatan Hutan Kuala Kangsar yang
mengetuai kami turut menerangkan tentang beberapa jenis pokok dan kegunaannya. Tiba-tiba
kami terdengar jeritan. Rupa-rupanya beberapa orang budak perempuan terserempak dengan
seekor biawak bukit.
4.30 petang
Kembali ke tapak perkhemahan. Cikgu Kamal membenarkan kami mandi di sungai. Kami
bersorak kegembiraan.
8.00 malam
Makan malam. Sambil makan, Cikgu Kamal memuji kerjasama yang kami tunjukkan setakat ini.
8.30 malam
Persembahan kebudayaan. Setiap kumpulan diminta membuat satu persembahan. Guru-guru
pun tidak kurang hebatnya. Cikgu Nurul berduet dengan Cikgu Nona menyampaikan lagu Aci
Aci Buka Pintu.
Cikgu Azmi pula menghiburkan kami dengan petikan gitar dan lawak
jenakanya yang mencuit hati.
Ahad 13 Mac 2005
6.00 pagi
Setelah mandi, murid Islam solat subuh dan murid bukan Islam menghadiri kelas Pendidikan
Moral. Kemudian setiap kumpulan menyediakan sarapan pagi, iaitu roti dan telur setengah
masak.
8.00 pagi
Aktiviti mencari harta karun. Setiap kumpulan diberikan sebuah peta.
10.00 pagi
Cikgu Kamal mengarahkan setiap kumpulan membuka khemah dan mengemaskan barangbarang kerana bas yang membawa kami pulang akan sampai sebentar lagi.
11.00 pagi
Bas mula meninggalkan tapak perkhemahan Ulu Kenas yang memberikan banyak pengalaman
dan kenangan kepada kami.

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

SETIA EMAS

SETIA EMAS
36

Guru Pengakap
Guru Disiplin
Guru Muzik
Guru Sains

Maksud berduet dalam petikan di atas ialah


A
B
C
D

40

Mereka berasa takut


Biawak bukit sejenis haiwan berbisa
Mereka berasa terkejut apabila melihat seekor biawak yang besar
Biawak bukit itu menjelirkan lidahnya dan cuba mematuk mereka

Pada pendapat kamu, apakah jawatan Cikgu Azmi di sekolah?


A
B
C
D

39

40 orang
42 orang
45 orang
46 orang

Mengapakah murid-murid perempuan menjerit apabila terserempak dengan biawak bukit?


A
B
C
D

38

011

Berapa orangkah yang menyertai perkhemahan ke Ulu Kenas?


A
B
C
D

37

84

bersaingan.
bersendirian.
berkumpulan.
berpasangan.

Siapakah yang mengetuai perkhemahan tersebut?


A
B
C
D

Cikgu Nona
Cikgu Azmi
Cikgu Nurul
Cikgu Kamal

- KERTAS SOALAN TAMAT -

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

SETIA EMAS

Anda mungkin juga menyukai