Anda di halaman 1dari 51

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

Oleh
Nazri Bin Abu Bakar
Muhammad Salaebing
Shamsinah Bt. Salleh
Norizillah Bt. Mohd. Rodzes
Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara
meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam
kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai
institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang
pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion
perguruan yang secara langsung terlibat dalam sistem penyampaian ilmu.
Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi
yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang
berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke
arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.
Tahun 2004 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir
tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang
bentuk tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam bidang pendidikan
menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala
kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara
cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu
daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih
menyeronokkan.
Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai
dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan
satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Walau bagaimanapun
dalam bidang pendidikan sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan
multimedianya bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses
pembelajaran itu berkesan. Keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran
itu masih banyak bergantung pada faktor manusia iaitu guru yang membuat
perancangan. Teknologi hanyalah sebagai faktor pemangkin ke arah
mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari aspek
pedagogi serta psikologi adalah diperlukan.
Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi,
psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus
dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan
kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat
hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan

kepercayaan pada Tuhan seperti mana yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan
Negara.
Namun begitu, terdapat kajian yang membuktikan bahawa kesediaan guru
menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa ke atas 392
orang guru bahasa menunjukkan majoritinya guru-guru masih takut untuk
menggunakan komputer dalam pengajarannya. Aplikasi komputer yang kurang
dalam pengajaran bahasa di sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak
mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya (Norizan Abdul Razak,
1997). Dengan ini, kerajaan perlu melipat gandakan usaha menangani masalah
tersebut terutama di kalangan guru-guru.
Sebenarnya, kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah
membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada
kaedah konvensional di dalam bilik darjah, pengajaran bahasa kini telah
berkembang kepada kaedah pengajaran yang baru, iaitu pengajaran bahasa di
alam siber. Dengan kaedah baru ini, para pendidik bahasa dapat berkomunikasi
dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan perisian
komunikasi. Pengajaran yang menggunakan kaedah baru ini dapat membantu
mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa.
Melalui internet, penggunaan bahasa Melayu melewati batas geografi dan waktu.
Hal ini demikian kerana internet merupakan satu jaringan antarabangsa yang
menghubungkan lebih 30 000 jaringan di lebih 100 buah negara. Internet kini
mempunyai lebih 20 juta pengguna di seluruh dunia dan bilangan pengguna ini
semakin bertambah dengan penurunan harga komputer dan perisian komunikasi
(Laudon, Traver dan Laudon 1996).
Memandang bahawa penggunaan teknologi maklumat ini masih baru dalam
sistem pendidikan di Malaysia, para pendidik bahasa perlu mempunyai literasi
teknologi dan memahami keperluan komunikasi secara global. Hal ini dapat
membantu para pendidik menerapkan kaedah ini dengan berkesan. Penulisan ini
akan memberikan tumpuan kepada kaitan antara komunikasi di alam siber
dengan praktis pengajaran bahasa yang penggabungannya akan melahirkan
satu komuniti baru, iaitu komuniti elektronik (electronic community) dan bentuk
komunikasi di alam siber yang dikenal sebagai komunikasi pengantaraan
komputer (computer mediated communication). Penulisan ini akan turut
membincangkan aspek pedagogi komunikasi pengantaraan komputer, seperti
bentuk pengajaran yang komunikatif dan interaktif. Penulisan ini seterusnya akan
menyarankan kemahiran yang diperlukan oleh para guru bahasa untuk bersamasama memasuki alam pengajaran siber dan peranan institusi pendidikan guru
dalam perkembangan ini. Selain itu, penulisan ini akan turut menyingkap
kemungkinan komunikasi pengantaraan komputer dijadikan sebagai satu kaedah
perundingan antara pelajar dengan pendidik dalam pengajaran bahasa.
Menurut Laudon dan Laudon (1996), teknologi maklumat merupakan gabungan
teknologi komputer dan sistem komunikasi yang membolehkan teks, bunyi,
video, dan animasi disalurkan melalui talian. Komputer dengan kemudahan lebuh
raya maklumat merupakan satu jaringan yang meliputi kawasan yang luas,
mempunyai kepantasan yang tinggi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan
jaringan. Dengan hal demikian, teknologi ini dapat digunakan untuk membantu
pelbagai urusan dan kegiatan, sepertiperniagaan, pentadbiran, penyelidikan, dan
pendidikan. Antara perkhidmatan yang

ditawarkan oleh teknologi ini termasuklah mel elektronik, papan buletin, dan
laman web yang membolehkan para pendidikan berkomunikasi dan mengajar
dengan menggunakan talian komputer.
Pengajaran siber tidak memerlukan kehadiran di dalam kelas atau kehadiran
pelajar sewaktu syarahan. Walau bagaimanapun, satu bentuk komunikasi yang
interaktif perlu diwujudkan untuk membangkitkan suasana yang kondusif dan
praktikal untuk pembelajaran. Pelajar dan guru berkomunikasi melalui mel
elektronik, persidangan komputer, forum elektronik, papan buletin, dan laman
web. Pengajaran siber ini dijangka menjadi amalan pengajaran bahasa Melayu
pada masa hadapan. Untuk menjadikannya suatu kenyataan, guru haruslah
mempunyai pengetahuan tentang komunikasi pengantaraan komputer yang
menjadi asas pengajaran siber.
1.2 Apakah itu Komputer?
1.2.1 Konsep Asas dan Istilah
Komputer boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh ditakrifkan sebagai satu
alat yang boleh menerima maklumat, mengguna beberapa prosedur
pemprosesan kepadanya dan mengemukakan hasil maklumat baru dalam bentuk
yang sesuai kepada penggunanya. Kebanyakan komputer elektronik moden,
terutama sekali komputer yang digunakan untuk tujuan pendidikan, merupakan
komputer digital. Apa yang dimaksudkan komputer digital ialah maklumat yang
ada ditukar kepada bentuk digital ( iaitu kepada satu kod yang berasaskan
kepada sistem nombor dwi, yang hanya menggunakan dua simbol iaitu 0 dan 1)
sebelum diproses. Komputer yang direka bentuk untuk mengendalikan data yang
tidak ditukar kepada bentuk digital dikenal sebagai komputer analog, dan banyak
digunakan untuk tujuan saintifik atau teknikal yang khusus.
1.3 Sejarah dan Perkembangan Komputer.
Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan
belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap
pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan
berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh
mendorong pelajar-pelajarinya memberi tumpuan serta mengambil bahagian
yang menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran.
Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajarannya
dengan bantuan media pengajaran. Perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam
sistem penyampaian.
Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan
mencatat di atas batu, daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi
kertas dan percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang
menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai
rujukan disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, televisyen, filem,
video, VCD, DVD dan perkembangan terakhir dengan adanya teknologi
multimedia seperti penggunaan CD-ROM, internet dan e-pembelajaran (elearning).

Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap


dunia hiburan tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini
dapat memberi kesan yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang
guru, perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu
peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan memantapkan sistem
penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokkan dan
menghiburkan.
Pengenalan kepada persekitaran pembelajaran bestari adalah merupakan satu
senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan
perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini. Perkembangan
seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabung serta
memberi penekanan sebijak mungkin terhadap komponen yang terdapat dalam
strategi pembelajaran.
Usaha ini ialah ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan
yang lebih bermakna dan berkesan di mana guru-guru bukan lagi pendeta di
atas pentas (sage by the stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the
side) untuk menyampaikan pengajaran secara lebih berkesan.
Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar
dalam proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan
bersepadu. Pengajaran guru yang bersifat gpembimbingan di sisih harus
mempunyai ciri-ciri yang boleh menjana pemikiran pelajar ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Dalam
hal ini guru haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan ke arah
mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari ilmu. Ia perlu
menanamkan sifat yang boleh berdikari serta proaktif dalam segala tindakan.
Amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
seharusnyalah tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan
memberi jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad
sahaja. Apa yang harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar
terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam sesuatu pakej pembelajaran yang
memerlukan analisis dan penyiasatan secara kooperatif dan kolaboratif dalam
menyelesaikannya.
Begitu juga mengemukakan soalan-soalan yang berkehendakkan lebih banyak
berfikir dan menjana minda serta menggunakan banyak bahan daripada sumbersumber yang mudah didapati hasil daripada perkembangan teknologi ke arah
memenuhi dan mencapai hasil pembelajaran.
2.0 KOMPUTER DAN PENDIDIKAN
2.1 Apa itu E-Pendidikan?
Pengajaran dan pembelajaran melalui Internet secara amnya dikenali sebagai ependidikan (pendidikan elektronik). Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan
Malaysia menganggap e-pendidikan sebagai merangkumi g... a wide set of
applications and processes such as Web-based learning, computer-based
learning, virtual classrooms, and digital collaboration. It includes the delivery of
content via Internet, intranet/extranet (LAN/WAN), audio-and videotap, satelite
broadcast, interactive TV, and CD-ROM...h (http://www.dsv.se.se/-klas/ Learn/Elearning/e-learning.html).

Justeru itu, e-pendidikan merupakan cara pembelajaran yang menggunakan


pelbagai media dan teknologi mutakhir.
2.1.1 E-Pendidikan: Untuk Siapa, Untuk Apa?
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur
asing permasalahan ini dapat dilihat daripada dua aspek.
i. Untuk Siapa?
Kaedah pengajaran yang berasaskan pendidikan dalam bilik darjah/kuliah
mengehadkan peluang pembelajaran bagi mereka yang berada dari pusat
pengajian/akademik tersebut. Justeru itu, e-pendidikan paling sesuai
dilaksanakan untuk pelajar bahasa asing yang tidak berpeluang untuk belajar di
negara berbahasa Melayu dan ini membolehkan pelajar ini diajarkan di negara
masing-masing tetapi dalam persekitaran yang disimulasikan seperti berada di
negara berbahasa Melayu.
ii. Untuk Apa?
Secara umumnya, pendekatan dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet
diwajarkan kerana beberapa faktor, tetapi yang utama ialah jumlah tenaga
pengajar bahasa Melayu di seluruh dunia amat terhad dan kos latihan dan
penghantaran guru bahasa Melayu ke seluruh ceruk dunia sangat tinggi. Hal
yang sebaliknya juga berlaku. Agak sukar dan tidak praktis untuk membawa
banyak pelajar asing ke negara berbahasa Melayu semata-mata untuk
mengajarkan bahasa Melayu.
Selain itu, e-pendidikan mempunyai pelbagai faedah seperti:
(a) Kebebasan belajar
Pelajar dapat belajar/memilih maklumat dengan cara sendiri.
Web serasi dengan cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar kita pada
hari ini.
Pelajar dapat belajar berdikari.
(b) Menyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat, untuk rujukan pantas.
(c) Membolehkan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif.
Pelbagai kemudahan yang berasaskan teknologi (penyebaran, penambahan
dan pengeditan kandungan/maklumat kursus).
Bahan yang diterbitkan dan disampaikan kepada pelajar dengan teknologi
mutakhir ini boleh dalam bentuk tertulis, foto, dalam bentuk audio/video
ataupun esecara langsungf.
(d) Menggalakkan minat pelajar terhadap komputer.
Jurang digital dan fobia komputer dapat dikurangkan.
Pelajar dapat membiasakan diri dengan pemikiran yang terbuka tanpa
tekanan.
(e) Menjimatkan pengagihan tenaga guru.

Teknologi dapat menggantikan keperluan penempatan guru bahasa di setiap


kawasan.
(f) Menyediakan kesempatan belajar yang baik untuk golongan masyarakat yang
sibuk.
Golongan profesional dapat memanfaatkan waktu-waktu terluang (waktu rehat/
makan tengah hari ataupun waktu malam) untuk mencapai dan melayari
internet dan meneruskan pembelajaran tanpa perlu bergegas ke kampus,
terutamanya apabila kampus terletak jauh dari tempat kerja/tinggal.
(g) Membolehkan proses pembelajaran yang lebih teratur dan lebih lentur.
Tiada had waktu belajar seperti dalam bilik darjah nyata (30 minit sehari untuk
satu mata kuliah) . proses pembelajaran boleh dilanjutkan sehingga selesai atau
pun boleh dihentikan untuk disambung semula pada kesempatan yang lain.
(h) Meningkatkan kemahiran berfikir.
Dalam banyak kajian, komputer telah didapati berkesan dalam pengajaran
bahasa kerana kaedah ini menggalakkan pelajar untuk berfikir dan menjadi lebih
inkuisitif dan peka terhadap aspek-aspek bahasa dan budaya yang dipelajari.
(i) Menjimatkan kos percetakan dan penghantaran.
Kos untuk mencetak buku dan bahan ajar serta menghantarkan bahan-bahan
tersebut ke setiap pusat/institusi pendidikan dapat dijimatkan dengan adanya
kemudahan pengaliran bahan dan maklumat melalui teknologi internet.
2.2 Kekangannya?
Biarpun kaedah pengajaran dan pembelajaran ini ternyata banyak faedahnya,
namun ada beberapa perkara yang boleh menjadi hambatan kepada
pelaksanaannya. Antaranya termasuklah:
(a) Kos permulaan (Start up cost) yang tinggi.
Kaedah ini mensyaratkan pelajar/institusi mempunyai perkakasan, perisian dan
capaian kepada Internet. Buat masa ini kos kemudahan sebegini masih relatif
tinggi. Keadaan ini tentunya tidak berlaku bagi negara-negara maju tetapi
menjadi hambatan besar bagi negara-negara dunia ketiga.(Walau
bagaimanapun, kos permulaan ini dianggap wajar dan berpatutan jika dilihat
dalam jangka masa yang panjang).
(b) Pelajar lebih tertarik kepada teknologi daripada isi kandungan pelajaran.
Pembelajaran berasaskan Web ini boleh melekakan pelajar yang kurang
berdisiplin, dan mereka senang-senang sahaja menghabiskan waktu melayari
laman Web ini.
Kaedah ini meletakkan tanggungjawab yang berat kepada pelajar, lantaran
itu, hanya pelajar yang benar-benar beriltizam dapat berjaya melalui ependidikan.
(c) Kebergantungan pada perisian untuk tujuan pengajaran khusus.

Guru dan pelajar memerlukan perisian yang sesuai dalam pengajaranpembelajaran bahasa. berbanding dengan bidang-bidang lain, perisian untuk
pelajaran bahasa masih amat terhad (Jones 1987).
(d) Kursus yang ditawarkan terhad.
Kursus tertentu tidak dapat ditawarkan, misalnya Kursus Pengucapan Awam,
kerana kebolehan lisan pelajar tidak dapat dinilai melainkan dengan adanya
kemudahan tele-persidangan atau video-persidangan dan ini akan meningkatkan
kos pengajaran dan pembelajaran.
(e) Masalah teknikal yang mencelah di tengah-tengah proses pembelajaran.
Kaedah ini cenderung untuk mengalami gangguan teknikal. Oleh itu, teknologi
yang mesra pengguna amat penting dalam konteks e-pendidikan. Akan tetapi,
tiada teknologi yang dapat dijamin 100% bebas daripada masalah teknikal.
(f) Kemahiran komputeran.
Kedua-dua fasilitator/pelajar perlu memiliki kemahiran asas perkakasan dan
perisian komputer sebagai prasyarat kejayaan program e-pendidikan.
(g) Kelengkapan fasilitator/pensyarah
Keperluan untuk memiliki kemahiran komunikasi yang baik dengan pengetahuan
bahasa yang luas khususnya bahasa Melayu penting bagi seseorang fasilitator ependidikan bahasa Melayu. Guru yang mahir berkomunikasi, menganalisis dan
mendiagnosis masalah berupaya membantu, menilai dan meningkatkan
kemampuan dan prestasi pelajar.
2.3 Produk yang Diperlukan
Untuk menjayakan rencana pengajaran dan pembelajaran melalui Internet ini,
beberapa produk asas perlu disediakan.Yang pertama ialah perlunya laman Web
khusus yang dapat menemukan pelajar dan pengajar dalam suatu situasi yang
sesuai untuk proses pengajaran-pembelajaran berlangsung dengan
jayanya.Selain itu, laman Web tersebut perlulah menarik, canggih dan interaktif
supaya dapat menawan perhatian pelajar untuk suatu jangka waktu tertentu.
Di samping itu juga, bahan ajar dan alat bantu lain yang sesuai perlu disediakan
dengan mengambil kira khalayak pelajar, termasuk faktor peringkat/usia, negara
asal dan sebagainya. Produk utama yang lain termasuklah e-Pedoman (untuk
tatabahasa, ejaan dan sebagainya) dan e-Rujukan seperti kamus, tesaursus, dan
istilah.
Petikan majalah bahsaa Melayu dan rakaman perbualan (audio atau video)
dalam situasi sebenar juga perlu disediakan pada Web agar pelajar asing dapat
turut menghayati suasana dan situasi berbahasa yang semula jadi.Jikalau diteliti
contoh laman e-pendidikan berbahasa Melayu yang sedia ada pada Web kini,
memang ketara kuantiti dan kualitinya masih jauh terkebelakang berbanding
dengan laman Web untuk bahasa-bahasa utama dunia yang lain (umpamanya
bahasa Inggeris atau Perancis).
Pengajaran dan pembelajarn bahasa Melayu melalui Internet (e-pendidikan)
masih lagi pada fasal awal. Walau bagaimanapun, adanya (biarpun jumlahnya
kecil) laman-laman Web yang direka bentuk khusus untuk belajar-mengajar

bahasa Melayu memberi semangat dan harapan untuk kita menyediakan dan
menyajikan teknik dan bahan ajar yang lebih baik dan bermutu agar
pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu kepada masyarakat luar/asing
dapat digiatkan dan ditingkatkan.Sesungguhnya usaha ini wajar dilaksankan
dengan lebih giat bahasa Melayu dapat terus dikembangkan menerusi wadah
dan wahana World Wide Web yang luwes dan luas jangkauannya.
3.0 TEORI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KOMPUTER
3.1 Teori Asas Pembelajaran Bahasa
Teori-teori pembelajaran serta perkembangan media dan sistem penyampaian
elektronik telah mempengaruhi amalan dan teori reka bentuk pengajaran. Faktorfaktor masa kini dan parameter muncul tentang pendekatan konstruktivis
terhadap pengajaran dan pembelajaran kini lebih dirasai dalam semua aspek
reka bentuk pengajaran, dan juga menjadi komponen penting dalam latihan
industri. Pendidikan dan industri latihan tidak boleh abaikan kepentingan
pembelajaran lebih autentik. ICT dan potensi pengedaran lebuh raya menadikan
lebih kritikal lagi menoreh sumbangan setiap teori pembelajaran terhadap
maklumat, pembelajaran dan prestasi. Pendidik harus mula meperluas
pandangan peningkatan prestasi dalam kerja melampaui strategi pengajaran
yang mereka adalah aset terbesar, dan harus mengurus dan menjadikan modal
aset itu melalui pemerolehan, pengongsian, dan pengukuhan pada pengalaman
pelajar. Komputer,telekomunikasi, dan maklumat adalah sangga tuas dalam
mempercepatkan sistem penyampaian maklumat yang kini mempengaruhi
minda pelajar.
Ketika pendidikan menjadi lebih terbuka dan berpelbagaian, strategi
pembelajaran dan pengajaran berasaskan teknologi bersepadu akan menjadi
lebih kompleks dan membingungkan. Proses komunikasi boleh berbentuk satu
per satu, bersinkroni atau taksinkroni, bersama dengan proses komunikasi
makluman atau perbualan. Dalam bidang sidang video terdapat subset seperti
telesidang, dan telekuliah. Jaringan dan hipermedia adalah satu lagi
perkembangan strategi dan taktik yang diuruskan komputer. Paradigma
penyelidikan tradisional positivis kini diregang dengan pelbagai kemungkinan
hingga ramai persekitaran pembelajaran dipaut melalui jaringan. Ketidakpuasan
dengan hasil menjadi penghalang bagi memahami pengajaran dan pembelajaran
dari pelbagai persepektif. Ada kemungkinan bahawa lebih canggih taktik dan
strategi pengajaran, dan lebih lagi kita belajar tentang pembelajaran, lebih
mungkin kita akan menyingkirkan instruktur. Ini akan membawa konflik nilai lain.
3.2 Kerangka Teori dalam Pembangunan Pembelajaran Bahasa
Berbantukan Komputer (PBBK)
Penggunaan PBBK dalam pengajaran bahasa mempunyai asas yang kuat
berdasarkan teori pemBelajaran dan pemerolehan bahasa kedua. Umpamanya
dalam Teori Monitor yang dikemukakan oleh Krashen (1981) berhubung dengan
pemBelajaran bahasa kedua (B2), beliau menyatakan bahawa terdapat
perbezaan antara pemelajaran (learning) dengan pemerolehan (acquisition).
PemBelajaran ialah proses yang dilalui oleh pelajar secara sedar atau secara
formal, seperti pemelajaran nahu, manakala pemerolehan ialah proses di mana
seseorang individu itu mempelajari suatu bahasa tanpa disedari atau tidak
melalui cara formal seperti seorang pelajar yang berada dalam suatu

persekitaran atau suasana bahasa Inggeris digunakan untuk berkomunikasi dan


berinteraksi. Krashen berpendapat bahawa kedua-dua proses ini tidak boleh
berlaku serentak. McLaughlin (1985) pula berpendapat bahawa dari sudut
realitinya tidak ada garis pemisah yang jelas antara pembelajaran dengan
pemerolehan. Pelajar yang sedang mempelajari bahasa secara sedar atau secara
formal berkemungkinan akan mengutip atau memperoleh beberapa perkataan
frasa, atau ayat dalam bahasa itu tanpa disedarinya.
Kita berpendapat bahawa kedua-dua proses ini perlu dan tidak dapat dipisahkan
dalam pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Dengan kata lain,
sekiranya sesuatu persekitaran itu, sama ada di bilik darjah atau di luar dilik
darjah, kaya dengan input bahasa sama ada dari sudut pendengaran dan
pembacaan mahupun percakapan dan penulisan, maka pembelajaran bahasa
akan menjadi lebih bermakna kepada pelajar tersebut. Kita mendapati bahawa
pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang menggunakan multimedia
dapat memenuhi permintaan ini. Hal ini demikian kerana kedua-dua proses
pembelajaran dan pemerolehan boleh berlaku secara serentak. Langkah ini
dapat membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa Inggeris dengan lebih
berkesan.
Suatu lagi konsep yang berhubung rapat dengan konsep pembelajaran dan
pemerolehan ini ialah hipotesis monitor (Krashen 1981) yang berfungsi sebagai
penapis atau penyunting dalam percakapan atau penulisan yang cuba dilakukan
oleh pelajar B2. Konsep "affective filter" yang diperkenalkan oleh Dulay dan Burt
(1980), yang digunakan dalam hipotesis monitor ini menyatakan bahawa faktor
afektif seperti sikap, motivasi, dan personaliti banyak mempengaruhi
pemprosesan input bahasa dalam diri. Dengan kata lain, setiap pelajar yang
mempelajari bahasa mempunyai mekanisme monitor yang dipengaruhi oleh
perasaan, sikap, dan persepsinya sendiri. Pelajar yang runsing tidak mungkin
dapat belajar dengan baik walaupun apa-apa yang didengarnya atau
dipelajarinya itu mudah difahami. Ia juga tidak akan dapat menghasilkan
percakapan atau penulisan yang baik sekiranya ia mempunyai persepsi bahawa
bahasanya lemah, menyangka yang ia akan diketawakan oleh orang lain, dan
apa-apa jua perasaan negatif yang ada pada dirinya. Monitor inilah yang
menentukan kemampuan seseorang itu untuk memahami input yang
didengarinya dan kelancaran lidahnya bercakap atau menulis dalam bahasa
kedua tersebut. Dalam hal ini, Krashen dan Terrel (1983) menyarankan supaya
guru bahasa memastikan suasana atau persekitaran pemelajaran bahasa itu
kondusif, memberangsangkan, dan tidak menekan jiwa atau perasaan pelajar.
Berdasarkan teori ini, kewujudan suatu persekitaran yang kaya dengan input
bahasa serta suasana yang tidak tertekan dianggap perlu bagi menjayakan
proses pembelajaran dan pemerolehan bahasa ini. Perkara ini dapat dicapai
dengan pembelajaran bahasa berbantukan komputer. Komputer ialah suatu alat
yang tidak mempunyai perasaan dan dengan itu pelajar tidak akan merasa malu
atau takut sekiranya membuat kesilapan dalam proses interaksi pemelajaran
bahasa. Komputer memberikan ruang secukupnya kepada pelajar untuk
membaiki kesilapan dan meningkatkan penguasaan kefahaman dan kemahiran
bahasa Inggeris mengikut kemampuan diri masing-masing. Hal ini mendorong
pelajar untuk lebih aktif dalam proses pemelajaran bahasa ini.

Persekitaran yang kaya dengan input bahasa penting bagi memastikan pelajar
yang mempelajari bahasa Inggeris berinteraksi dalam bahasa tersebut. Tidak
sepertimana alat bantu mengajar yang lain, perisian komputer multimedia dapat
diprogramkan mengikut tahap tertentu. Pelajar dapat memilih tahap ini untuk
berinteraksi dengan komputer. Dalam proses interaksi ini, pelajar akan dapat
menilai kelemahan dan kemampuannya dalam penguasaan suatu bahasa kerana
komputer dapat memberikan maklum balas dengan segera kepada pelajar
tersebut. Manakala buku latihan perlu disemak oleh guru untuk tempoh sehari
dua sebelum pelajar ini dapat mengetahui sama ada jawapan yang diberikan
tepat atau sebaliknya. Dengan itu, penggunaan komputer memberikan peluang
kepada pelajar untuk berinteraksi secara lebih aktif dalam proses pembelajaran
bahasa.
Pendekatan ini selari dengan aliran pengajaran bahasa kini, iaitu pendekatan
kognitif. Proses interaksi melalui pembelajaran bahasa berbantukan komputer ini
menuntut pelajar untuk memproses arahan atau maklumat, berfikir secara
kritikal dan kreatif, memberikan tindak balas kepada arahan atau maklumat tadi,
dan kemudian menanti maklum balas dari komputer sebelum pelajar tersebut
memberikan tindak balas seterusnya. Proses interaksi ini dikenal juga sebagai
negotiation process (Long 1996) bagi memahami apa-apa yang dipelajari
sebelum pelajar mampu memberikan output atau menghasilkan respons dalam
bahasa yang dipelajari.
Hal ini berbeza daripada teknologi maklumat yang sedang hangat diperkatakan
dan yang sedang mendapat perhatian yang meluas akhir-akhir ini. Penggunaan
komputer dalam teknologi maklumat merujuk kepada pengumpulan dan
penyebaran maklumat atau data. Dengan hanya menekan kekunci tertentu atau
menaip dalam kadar yang minimum, pengguna akan dapat mengumpulkan atau
menyebarkan maklumat dengan cara yang meluas. Dari sudut teori psikologi
pendidikan, pendekatan ini dapat dikategorikan sebagai pendekatan behaviouris
yang bersifat tindak balas kepada stimuli yang diberikan. Interaksinya agak
minimum. Walau bagaimanapun, melalui pendekatan ini, kita tidak dapat
memastikan sama ada proses pembelajaran dan kefahaman berjalan dengan
baik dan berkesan atau tidak.
3.3 Penjelasan tentang Maklumat, Pengetahuan dan Pembelajaran
Sudah agak lama maklumat dan pengetahuan telah dipilih hingga kita telah
sama ratakan kedua-duanya seakan-akan satu mendahului yang lain. Ini berasal
daripada kajian intensif terhadap pengaruh media pada masyarakat khasnya
berhubungan dengan komunikasi massa. Pembelajaran berfokus kepada
perubahan tingkah laku atau kebolehan membuat sesuatu (iaitu prestasi) hasil
rangsangan persekitaran (media). Berbanding dengan fahaman behavioris,
konsepsi kognitivis terhadap pembelajaran menegaskan pembelajaran adalah
aktif, konstruktif, dan berhaluan gol. Media adalah unsur penting persekitaran
untuk membekal maklumat yang mengubahsuai pengetahuan sedia ada pelajar
melalui penambah, talaan, dan penstrukturan semual atau
ciptaan schemata (Rumelhart & Norman, 1978). Konsep manusia sebagai
pelajar pasif atau penerima maklumat kurang diterima sejak 1970-an. Yang
penting bagi pendekatan kognitif ialah pelajar aktif secara mental mengurus dan
memproses maklumat.

Pemprosesan kognitif merupakan pengurangan tanggapan kompleks kepada


struktur skematik yang berupaya dan berguna. Dalam apa jua persembahan
yang diantarakan [mediated] manusia dan bukan manusia, keperluan pelajar
untuk peroleh maklumat mungkin adalah suatu siri arahan mental bagaimana
tanggap dan mengambil bahagian persembahan skema-relevan untuk dipautkan
dengan dasar pengetahuan sedia ada (ingatan jangka masa panjang). Inilah titik
permulaan kognisi tertabur. Media dan sumber maklumat dalam apa jua bentuk
menjadi gedung maklumat skema-relevan untuk capaian, tawanan, terbaru
sebagai sumber maklumat binaan pengetahuan. Pengetahuan adalah hasil
penjelmaan maklumat peribadi (Larsen, 1986). Pengetahuan juga adalah
pengalaman atau maklumat yang boleh dikongsi dan disimpaikan (Allee, 1997).
Teknologi terbaru seperti multimedia dan hipermedia secara aktif melibatkan
pelajar, dan jika direka dan disampai dengan baik akan gerakkan proses
konstruksi melalui interaksi dengan objek sebenar atau simbolik. Apakah relevan
pembelajaran dan prestasi? Ringkasanya kita boleh andaikan kedua-dua latihan
dan amalan pengajaran akan mendidik atau membawa kepada pembelajaran
dan kemudiannya prestasi. Pengajaran berasaskan web, yang ditambah baik
lebuh raya mewakilkan mimpi yang direalisasikan menunggu-nunggu dipaut dan
menyalur sikuen-sikuen instruksi secara pantas dan dicapai dari merata-rata
lokasi. Jelas kita tidak akan meminta lebih lagi. Syarat tunggal ialah kita mereka
bentuk media yang sesuai untuk melibatkan pelajar dalam menggunakan semua
strategi yang selaras dengan pandangan behavioris, kognitivis dan konstruktivis.
3.4 Menggunakan Adunan Prinsip-prinsip dan Praktis Behavioris,
Kongitivis dan Konstruktivis dalam Reka Bentuk Strategi Pengajaran
Bahasa Melayu
Daripada perspektif Behavioris, model reka bentuk pengajaran Skinner (1953,
1954, & 1958) adalah berasaskan tiga prinsip, iaitu, (a) maklumat dalam
langkah-langkah kecil yang menambah, (b) penglibatan aktif pelajar, dan (c)
pengukuhan respons yang tepat. Ini telah membawa ke pengajaran berasaskan
komputer lelurus atau bercabang (Crowder, 1960). Teori-teori kognitif tentang
pembelajaran menjadikan pengaruh kuat terhadap reka bentuk pengajaran
sistematik dengan gol dan ciri-ciri pelajar sebagai asas reka bentuk dan
perkembangan, serta penentuan strategi instruksi yang selari dengan penilaian
formatif sebagai ciri utama reka bentuk instruksi yang baik. Perbezaan
pandangan kognitif daripada Behavioris adalah pelajar memproses secara
mental dengan aktif apa yang diterima dan memberi respons dalam pelbagai
cara mengikut perbezaan individu.
Pakar teori kognitif semasa berkembang daripada rangka ini (contoh: Salomon,
Perkins, & Globerson, 1991). Penegasan terhadap struktur pengetahuan, strategi
metakognitif untuk menyelesai masalah, dan perubahan dalam reka bentuk
kepada bidang pandangan konstruktivis. Prinsip-prinsip konstruktivis
menyebelahi pembelajaran sebagai mencipta maksud daripada pengalaman.
Pelajar membina takwilan peribadi dunia berasaskan pengalaman dan
interprestasi. Mereka yang berbeza pendapat dalam mazhab konstruktivis
bersetuju bahawa pembelajaran bukanlah penghantaran daripada individu ke
individu, dan boleh terjadi melalui penjelajahan bukanlah penghataran daripada
individu ke individu, dan boleh terjadi melalui penjelajahan peribadi,
perbincangan tentang pengalaman, dan apa yang digelar kecerdasan tertabur

merupakan manifestasi kegiatan mental yang menghubungkan cara dan maksud


melalui pencapaian (Pea, 1993).
Ini telah menciptakan masalah bagi reka bentuk pengajaran bahawa kononnya
pelajar mempunyai agenda sendiri yang bukanlah dipacukan gol seperti yang
disarankan pendekatan behavioris dan kognitivis! Tiga pendekatan terhadap
teori pembelajaran dan perbezaannya dibincang dengan teliti oleh Perkins
(1992), Driscoll (1994), dan Molenda (1997). Jadi untuk memastikan
pembelajaran wujud kita harus sedar pembelajaran yang terlibat. Kita boleh
fokuskan ketiga-tiga perspektif terhadap aplikasi. Contohnya, pendekatan
behavioris agak berkesan bagi penguasaan isi am (gmengetahui apa?).
Kemudian strategi kognitif mungkin berguna bagi taktik penyelesiaan masalah di
mana satu atau lebih konsep atau peraturan mungkin boleh atau tidak boleh
digunakan untuk penjanaan penyelesaian yang kreatif. Bergantung kepada
tugas, amalan pengajaran yang berjaya mempunyai ciri yang disokong ketigatiga perspektif. Jadi tiada sesuatu pendekatan yang terbaik, dan ia bergantung
kepada konteks. Aplikasi multimedia dan komunikasi sinkroni atau taksinkroni
oleh web dan lebuh raya elektronik membekalkan adunan yang baik bagi
pendekatan mungkin berjaya sebaik sahaja kita memahami dan menggunakan
prinsip-prinsip di belakang perspektif teori pembelajaran. Tennyson dan Breuer
(1997) mencadangkan model pautan yang menggunakan kekuatan setiap satu
atau kombinasi perspektif teori-teori pembelajaran.
4.0 KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
4.1 Apa Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)?
Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) atau Computer-Assisted
Language Learning (CALL) bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. PBBK
berkembang daripada Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau
Computer-Assisted Instruction (CAI) yang diperkenalkan pada tahun 1960-an.
PBK mula diperkenalkan di University of Illinois melalui rangkaian sistem PLATO
(Program Logic Automated Machine) yang merangkaikan universiti dan sekolah
di Amerika Syarikat. PLATO bukan sahaja menyediakan ruang untuk
menempatkan perisian PBK, tetapi juga menguruskan permintaan pembelajaran,
memantau pembelajaran, memantau perkembangan kemajuan pelajar, dan
memberikan peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk berkomunikasi melalui
komputer. Rangkaian sistem PLATO yang menggunakan kerangka komputer
utama telah diganti dengan NOVANet yang menggunakan komputer peribadi
pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas rangkaian ini
dilaksanakan, WWW (World Wide Web) mula diperkenalkan dalam dunia
teknologi maklumat pada tahun 1993. Rangkaian WWW ini memberikan ruang
yang lebih luas kepada PBBK untuk digunakan di bilik darjah tanpa sempadan.
Walaupun PBBK telah diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu, istilah ini hanya
popular pada tahun 1980-an. Dengan adanya komputer peribadi yang semakin
mudah didapati, perisian PBBK turut bercambah bagaikan cendawan. Di
Malaysia, PBBK masih baru. Meskipun perisian PBBK sudah berada di pasaran
dan dalam internet, penggunaannya masih belum meluas dan belum
disepadukan dalam sistem pendidikan di negara ini. Kebanyakan penggunaan
perisian PBBK kini merupakan inisiatif individu pendidik di sekolah atau di
universiti dalam kursus masing-masing atau melalui kelab komputer di sekolah.

Dengan kata lain, tidak ada keseragaman dalam penggunaan perisian PBBK di
sekolah atau di institusi pendidikan.
Meskipun begitu, kerajaan sedang berusaha menyeragamkan penggunaan PBBK
di sekolah melalui program sekolah bestari. Dengan adanya kerjasama daripada
pihak swasta, kerajaan berharap agar PBBK yang bermutu dapat dihasilkan dan
penggunaannya dapat disepadukan dalam kurikulum sedikit masa lagi. Usaha ini
baik, tetapi pemindahan pengetahuan dan kemahiran teknologi kepada guru
terhad dan terlalu minimum. Persoalan integrasi PBBK dalam pendidikan dan
pembangunan perisian PBBK merupakan dua perkara yang harus menjadi fokus
utama para pendidik dalam alaf baru (Supyan Hussin 1996).
4.2 Keperluan Pembangunan Perisian Pembelajaran Bahasa
Berbantukan Komputer (PBBK)
Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, negara ini memerlukan
kira-kira 125,000 tenaga yang berpengetahuan (knowledge workers) dalam
tempoh lima tahun akan datang. Hal ini menunjukkan bahawa institusi
pendidikan haruslah dapat melahirkan pelajar dan graduan yang bukan lagi
menjadi pengguna yang pasif dalam era teknologi maklumat, tetapi menjadi
pengguna yang aktif. Tajul Ariffin Noordin (1995: 360) menekankan bahawa
"apabila kita memasuki abad ke-21, mutu pelajar dan rakyat yang dikehendaki
ialah mereka yang dapat menghasilkan pemikiran, penemuan, dan ciptaan yang
terbaru dan tulen untuk disumbangkan kepada dunia."
Oleh sebab itu, para pendidik di sekolah perlu dilengkapkan dengan kemahiran
lanjutan selain kemahiran aplikasi komputer yang hanya tertumpu kepada
pemprosesan perkataan (contohnya, Word), pangkalan data (contohnya, Dbase,
Access), paparan elektronik (contohnya, Excel), dan persembahan grafik
(contohnya, Powerpoint). Pendidik seharusnya tidak menjadi pengguna (end-user
atau consumer) semata-mata, tetapi terlibat secara langsung sebagai pencipta
atau pereka (producer atau designer) perisian komputer serta mampu menilai
perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan
dan penilaian perisian haruslah menjadi kerja yang berterusan di kalangan
pendidik.
Pada ketika ini, pembangunan perisian dan penilaian perisian pendidikan masih
diserahkan sepenuhnya kepada pihak swasta atau peniaga yang tidak terlatih
dalam pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik dikatakan tidak perlu
membuang masa untuk mencipta atau membangunkan perisian. Oleh sebab itu,
banyak perisian yang berada di pasaran kini tidak menepati kehendak kurikulum
kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya dan pemikiran tempatan, tidak
menepati pedagogi suatu disiplin, dan tidak sesuai dengan cita rasa pendidik
(Supyan Hussin 1996). Di Malaysia, masih belum ada perisian pendidikan yang
diiktiraf atau diterima pakai untuk semua sekolah. Kementerian Pendidikan
menjangkakan sebanyak empat buah perisian bagi mata pelajaran Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik akan dapat dibangunkan oleh
konsortium yang dilantik pada akhir tahun lalu.
Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah kekerapan yang perlu dibuat bagi
memperbaik kandungan perisian tersebut? Oleh sebab teknologi perkakasan dan
perisian sentiasa berubah dengan cepat, maka tidak mustahil perisian yang
dihasilkan oleh konsortium atau syarikat swasta hari ini menjadi tidak sesuai lagi

pada bulan hadapan. Hal ini bermakna bahawa untuk jangka panjang, adalah
lebih menjimatkan dan berkesan sekiranya para pendidik sendiri membangunkan
perisian mengikut disiplin masing-masing dan memperbaik serta memantapkan
perisian tersebut dari masa ke masa. Sekali gus persoalan tentang keperluan
bagi memenuhi kehendak kurikulum, kesesuaian dengan budaya dan pemikiran
setempat (pelajar di sekolah luar bandar, bandar/metropolitan), kesesuaian
dengan pedagogi suatu disiplin, dan kesesuaian dengan cita rasa pendidik yang
lebih mengetahui suasana pemelajaran di sekolah akan dapat diatasi.
Pembangunan perisian pendidikan kadangkala menimbulkan keraguan dan fobia
kepada sesetengah pihak. Ada pihak yang menganggap bahawa para pendidik
agak sukar dilatih menggunakan bahasa pengaturcaraan (contohnya C++, Visual
Basic, Authorware) bagi membangunkan perisian kerana bahasa pengaturcaraan
itu melibatkan logik algoritma dan kemahiran pengaturcaraan itu sendiri. Proses
pengaturcaraan bukan sahaja memakan masa, tetapi juga membosankan kerana
banyak aspek-aspek teknikal yang perlu diketahui oleh pendidik. Walau
bagaimanapun, dengan adanya alat pengarang (authoring tools) yang lebih
mudah dan tidak memerlukan tahap logik algoritma dan kemahiran
pengaturcaraan yang tinggi seperti CoMIL (Malaysia), WinCALIS (Duke University,
North Carolina, USA), LIBRA (San Diego University, California, USA), Real English
(Monash University, Australia), Teleste Partner Tools (Teleste Open, Norway), para
pendidik akan berpeluang menghasilkan bahan PBBK multimedia dengan lebih
mudah dan cepat.
Penglibatan pendidik dalam pembangunan perisian ini memberikan implikasi
penting, iaitu perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau
di universiti. Jika sebelum ini pengajaran dan pemelajaran bahasa, misalnya,
mengambil masa lima jam seminggu, maka dengan perubahan peranan pendidik
daripada pemberi ilmu kepada fasilitator ilmu, pendidik tidak perlu bersama
dengan pelajar selama enam jam seminggu lagi. Mungkin pertemuan di bilik
darjah atau di dewan kuliah dapat dihadkan kepada tiga jam seminggu,
sementara pemelajaran berbantukan komputer bersama pendidik untuk tempoh
sekurang-kurangnya sejam seminggu sama ada di makmal atau di bilik darjah
(pendidik sebagai fasilitator atau pemerhati), dan pemelajaran kendiri oleh
pelajar (yang pada ketika yang sama tenaga pengajar bahasa berkenaan akan
terlibat dengan kerja menghasilkan bahan perisian komputer). Pengubahsuaian
beban kerja dan peranan pendidik ini perlu dibuat bagi memastikan sekolah atau
institusi berkenaan mencapai objektif yang telah digariskan.
4.3 Kajian Berkaitan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer
Meskipun keberkesanan penggunaan komputer multimedia dalam pendidikan
masih terlalu awal untuk dinilai, hasil penyelidikan yang lalu telah membuktikan
bahawa pemelajaran bahasa berbantukan komputer:

meningkatkan minat terhadap mata pelajaran (Chambers dan Spretchers


1980, Kulik dan Cohen 1980, Fisher 1983, Norhanim Hamdan 1994, Afendi Hamat
1995, Zubaidah Zakaria 1996, Hazline Mahmood 1998, Zuwati Hasim 1998),

meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa


Inggeris (Allen 1972, Magidson 1978, Supyan Hussin 1994),

meningkatkan minat terhadap mata pelajaran tersebut (Chambers dan


Sprechers 1980, Kulik, Kulik, dan Cohen 1980, McDougall 1975),


meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa
Inggeris (Allen 1972, Magidson 1978, Supyan Hussin 1994),

berkesan jika digunakan bersama-sama dengan bahan pengajaran yang


lain dalam mata pelajaran bahasa (Edwards, Norton, Taylor, Dusseldrop, dan
Weiss 1974, Fisher 1983, Supyan Hussin 1994, Ng dan Oliver 1987),

berkesan jika ianya selari dengan sukatan mata pelajaran tersebut


(Bloomeyer 1985, Supyan Hussin 1994, Zuwati Hasim 1998, Afendi Hamat 1995,
Hazline Mahmood 1998).
Walaupun belum terdapat kajian khusus yang meluas tentang keberkesanan
pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang menggunakan bahan
multimedia, kita percaya bahawa pembelajaran bahasa akan menjadi lebih
menarik, bermakna, dan produktif melalui penggunaan bahan multimedia ini. Hal
ini demikian kerana bahan multimedia dapat menggabungkan bunyi, suara,
gambar, filem, dan teks untuk mewujudkan "persekitaran" baru yang kaya
dengan input bahasa yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Keistimewaan ini tidak terdapat pada alat bantu
mengajar yang lain, seperti buku, pita audio, dan pita video yang lebih bersifat
satu hala atau unidirectional.
Penggunaan PBBK multimedia bersifat dua hala atau bidirectional. PBBK mampu
memberikan maklum balas dengan kadar yang segera dan sesuai dengan tahap
kemampuan pelajar. Hal ini menjadikan perisian PBBK lebih menarik dan lebih
berkesan. Malah, teori pembelajaran turut menyokong penggunaan gambar,
grafik, video, dan suara bagi membantu pelajar memahami dan mengingati apaapa yang dipelajari dengan lebih baik (Kemp dan Smelle 1989). Romiszowski
(1988) menyatakan bahawa pelajar dapat mengingat kira-kira 20% daripada
apa-apa yang dilihat, kira-kira 30% daripada apa-apa yang didengar, dan kirakira 60% daripada apa-apa yang dibuat. Oleh sebab perisian PBBK multimedia
mampu mengintegrasikan pelbagai bentuk media di dalamnya, maka pelajar
akan mendapatinya amat berguna dalam pemelajaran bahasa. Umpamanya,
dalam suatu kursus bahasa yang menggunakan bahan PBBK multimedia,
seorang pelajar dapat membaca dialog perbincangan melalui keratan esei yang
diberikan, mendengar dialog dan intonasi setiap ayat yang dibualkan melalui klip
suara, dan melihat gaya pergerakan anggota badan orang yang bercakap
melalui klip video. Ringkasnya, dengan adanya perisian PBBK multimedia, pelajar
dapat mempelajari suatu bahasa dengan lebih berkesan dan bermakna kerana
pelajar bukan sahaja diberikan input bahasa yang kaya, tetapi juga dapat
menggunakan ketiga-ketiga pancainderanya (deria mata, deria telinga, dan deria
sentuhan) secara aktif.
Salah satu contoh yang jelas ialah PBBK di UKM bermula pada tahun 1991
apabila diperkenalkan buat pertama kalinya dalam program latihan perguruan
TESL (Teaching of English as a Second Language) melalui kursus Educational
Technology in TESL. Matlamat utama kursus ini adalah untuk membekalkan
pengetahuan ("know-what" and "know-why") dan kemahiran ("know-how") dalam
menggunakan alat bantu mengajar audio-visual termasuklah penggunaan
komputer multimedia dalam pengajaran dan pemelajaran bahasa. Bakal guru ini
kelak diharapkan mampu mengekploitasi penggunaan komputer dalam
meningkatkan prestasi pengajaran mereka.

Format kursus Educational Technology in TESL dibahagikan kepada dua


bahagian: teori dan reka bentuk. Dalam kursus tersebut, teori berkaitan seperti
teori pembelajaran, teori pemerolehan bahasa kedua atau SLA (second language
acquisition), rasional penggunaan media tertentu dalam pengajaran, dan
pelbagai pendekatan pengajaran bahasa dibincangkan pada peringkat pertama
permulaan kursus. Kemudian pelajar akan didedahkan kepada peringkat reka
bentuk, pada peringkat ini mereka mempelajari prinsip reka bentuk arahan
(instructional design) sebelum memulakan projek perisian komputer. Pelajar
diharapkan dapat mengintegrasikan pengetahuan mereka mengenai teori
pembelajaran dan prinsip pengajaran dalam perisian. Produk yang dihasilkan
haruslah mencerminkan trend dan amalan semasa dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Pelajar digalakkan menyesuaikan perisian PBBK dengan
nilai budaya, cara pemikiran, serta latar belakang tempatan agar perisian
tersebut dapat memenuhi keperluan dan cita rasa negara. Selain penghasilan
produk multimedia PBBK, pelajar akan mempelajari cara menilai keberkesanan
bahan PBBK multimedia yang digunakan untuk tujuan pembelajaran. Kursus
tersebut turut mendedahkan pelajar kepada inovasi teknologi terkini, termasuk
koridor raya multimedia atau MSC (multimedia super-corridor), internet, e-mel,
sidang audio, sidang video, dan komunikasi satelit dalam pendidikan.
Oleh sebab hampir semua guru praperkhidmatan ini tidak ada latar belakang
kemahiran pengaturcaraan, Fakulti Pengajian Bahasa, UKM, memilih untuk
mendedahkan kemahiran menggunakan sistem pengarangan (authoring
systems) dan bukan bahasa pengarturcaraan (programming languages) kepada
mereka. Sistem pengarangan ialah perisian yang menyediakan pelbagai templet
pelajaran yang telah disediakan lebih awal untuk digunakan oleh guru. Tidak
seperti bahasa pengaturcaraan, sistem pengarangan tidak memerlukan guru itu
mengingati sintak arahan atau mahir dalam logik algoritma bagi mengaturalir
program. Sebaliknya, guru dapat memilih bentuk pelajaran sama ada
penerokaan pemelajaran (exploratory), penilaian kendiri (self-assessment), atau
sekadar peninjauan (browsing). Guru dapat memilih sama ada untuk
menggunakan format soalan objektif atau aneka pilihan, jawapan pendek, isitempat-kosong, atau dikotomous. Selain itu, guru dapat juga menentukan bentuk
maklum balas yangs sesuai untuk satu-satu tugasan dalam perisian. Kebanyakan
sistem pengarangan yang terkini membenarkan pengguna mengintegrasikan
grafik, gambar, animasi, video, dan bunyi ke dalam teks yang akan
menghasilkan pelajaran PBBK multimedia yang lebih menarik dan bermakna
kepada pelajar.
Pada awal tahun 1990-an, kursus tersebut telah menggunakan sistem
pengarangan berasaskan DOS, seperti Pinpoint, Vocab, Wordstore, Storyboard,
Gapmaster, Choicemaster, dan Testmaster yang dikeluarkan oleh Wida Software
Ltd. Britain, walaupun terdapat sistem pengarangan lain seperti CoMIL, Dasher,
and Gapkit. Lebih daripada 50 perisian PBBK telah dihasilkan oleh pelajar TESL
antara tahun 1991-1993 yang menggunakan sistem pengarangan berasaskan
DOS (Supyan Hussin, Afendi Hamat, dan Norizan Razak 1998). Kandungan
perisian yang dibangunkan merangkum sukatan pelajaran bahasa Inggeris untuk
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM), dan kursus kemahiran bahasa Inggeris yang ditawarkan di
UKM. Sebahagian daripada program tersebut telah diperbaik dan ditingkatkan
mutunya oleh pelajar berkenaan pada semester berikutnya dalam kursus, seperti
Curriculum Design and Material Development dan Testing. Ada pelajar TESL yang

menjadikan bahan perisian PBBK tersebut sebagai projek tahun akhir di UKM.
Sebahagian pelajar yang lain menggunakan perisian PBBK multimedia mereka di
sekolah tempat mereka menjalankan latihan mengajar.
Pada pertenghan tahun 1990-an, apabila teknologi mulltimedia menjadi makin
popular dalam pendidikan, sistem pengarangan multimedia semakin bertambah
di pasaran. LIBRA, WinCALIS, CoMIL, RealEnglish, Course Builder, dan Teleste
Partner Tools ialah contoh sistem pengarangan multimedia. Setelah meneliti
program pengarangan tersebut, WinCALIS telah dipilih untuk kursus Educational
Technology in TESL. WinCALIS menawarkan beberapa ciri seperti mesra-guna dan
bersepadu, di samping pelbagai kemudahan pengarangan yang lebih
menyeluruh jika dibandingkan dengan sistem pengarangan yang lain. Dari segi
pedagogi, WinCALIS lebih sesuai untuk pembangunan perisian bahasa kerana
menawarkan pelbagai templat yang memudahkan proses pengarangan. Dalam
pada itu, terdapat ciri pengajaran yang sedia terbina dalam sistem pengarangan
tersebut, seperti bentuk soalan, sistem maklum balas, rekod kemajuan pelajar,
dan kemudahan merawak tugasan atau soalan. Sejak tahun 1994, pelajar TESL
di UKM telah membangunkan lebih daripada 50 perisian multimedia PBBK
menggunakan sistem pengarangan WinCALIS (Supyan Hussin, Afendi Hamat, dan
Norizan Abdul Razak 1998). Sebahagian perisian ini telah digunakan oleh guru
pelatih di sekolah semasa latihan mengajar. Apabila mereka kembali ke kampus
semula pada semester berikutnya, mereka terus memperbaik kelemahan yang
ada pada perisian tersebut sebelum dipindahkan ke dalam CD-ROM.
5.0 KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PADA MASA KINI
5.1 Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan
dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan
pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi,
telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan internet
telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga
membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks,
bunyi, grafik dan video. Fenomena ini secara langsung mempengaruhi dan
mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini.
Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan
bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh
masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi
kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti
dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan
Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa
Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada
mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa
perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya?
Mampukah pengiat-pengiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat
penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa
Melayu?
Sebagai satu pandangan umum, masyarakat bahasa Melayu perlu
memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran

perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya
bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagiemudaf dari
sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris.
Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana
jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah
dicapai oleh bahasa Inggeris.
5.2 Isu dan Cabaran Penggunaan Bahasa Melayu Di Era ICT
Penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT yang pastinya akan melalui
pelbagai isu dan cabaran yang perlu diberi perhatian dan penelitian untuk
kepentingan masyarakat bahasanya. Umumnya, antara isu dan cabaran adalah
seperti berikut :
Pertama : Kewujudan Bahasa Melayu Dalam Konteks K-Ekonomi
Perkembangan yang pesat dalam ICT telah membawa inovasi-inovasi yang
pantas dalam mencorakkan bentuk perniagaan, struktur masyarakat dan
persaingan yang sengit dalam pasaran antarabangsa. Inovasi-inovasi yang
pantas ini telah mewujudkan ekonomi baru dunia yang dikenali sebagai Kekonomi atau pun ekonomi berasaskan pengetahuan. Di dalam konteks ini,
pengetahuan merupakan nadi kepada segala bentuk perlakuan dan pemikiran
manusia dalam bidang ekonomi. Kewujudan bahasa merupakan kepentingan
dalam aspek pengetahuan kerana ia sumber penting dalam berkomunikasi.
Sehubungan dengan itu, seharusnya ICT menjadi saluran penggunaan bahasa
Melayu untuk kesinambungan status sejarahnya sebagai bahasa lingua franca
dalam cabaran ICT. Bahasa Melayu perlu cukup kukuh dan mantap untuk
membolehkan ianya berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud
dalam kehidupan dan seiringan dengan bahasa-bahasa moden lain seperti
bahasa Inggeris, Sepanyol, Mandarin, Perancis, Arab dan Jepun.
Kedua : Dominasi Bahasa Utama Dunia Di Peringkat Maya
Perkembangan ICT merupakan saluran kepada epenjajahanf bahasa di
peringkat maya oleh bahasa yang mendominasi penggunaannya di peringkat
antarabangsa seperti bahasa Inggeris. Sejarah telah membuktikan bahasa
Melayu telah berjaya menempuh beberapa zaman yang mencabar
kewibawaannya dalam persaingan penggunaan bahasanya dengan bahasabahasa yang lain. Umpamanya, kesan dari penjajahan negara-negara Barat di
rantau kepulauan Melayu oleh Portugis, British, Belanda dan Sepanyol telah
memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan penggunaan bahasa
Melayu di kalangan masyarakat bahasanya kerana perluasan penggunaan
bahasa kedua dalam kehidupan seharian mereka. Namun di atas kekuatan
semangat nasionalisme dan kesedaran kemerdekaaan di kalangan masyarakat
bahasanya membolehkan bahasa Melayu terus dipertahankan dan mengekalkan
martabatnya di arena antarabangsa. Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai
bahasa kebangsaan seperti di negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Malah di beberapa daerah di Thailand Selatan dan Filipina Selatan masih
terdapat masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu. Walaupun katakatanya diungkapkan dalam bunyi, tatabahasa, nahu dan ungkapan yang
berbeza serta dibatasi oleh sempadan antarabangsa tetapi ia tetap dan masih
dikatakan bahasa Melayu kerana asal-usulnya ialah dari bangsa Melayu yang
serumpun.

Ketiga : Kemampuan Menjana Idea Baru, Kreativiti dan Inovasi dalam


Memantapkan Penggunaan Bahasa Melayu
Masyarakat bahasa Melayu perlu menerima hakikat perkembangan ICT adalah
berhubung kait secara langsung dengan kemampuan menjana idea baru,
kreativiti dan inovasi dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu.
Ketrampilan bahasa Melayu di era siber adalah bergantung kepada sejauhmana
masyarakat bahasanya mampu menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan
persekitarannya. Masyarakat bahasa Melayu perlu menukar mindset kepada
penggunaan bahasa Melayu yang didorongi oleh pengetahuan supaya
memperolehi manfaat daripada penggunaan ICT ekoran daripada hasil
perkembangan global. Sehubungan itu, strategi perlu dirancang dengan teratur
untuk memantapkan kekuatan dalaman bahasanya yang telah terbina sekian
lama. Pengalaman lalu membuktikan keupayaan masyarakat berbahasa Melayu
yang didokongi oleh bangsa Melayu telah dapat mempertahankan dan
mendaulatkan bahasa Melayu dengan cekap dan berkesan di arena
antarabangsa terutama di rantau Nusantara ini. Namun, pengalaman masa lepas
belum pasti menjamin kejayaan masa depan. Senario abad ke 21 jauh lebih
mencabar dan penuh ketidaktentuan serta amat berbeza dengan perubahan
yang dialami sebelumnya. Ini ditambahi lagi perkembangan pesat ICT dan
penggunaanya di dalam masyarakat dunia.
Keempat : Persepsi Kedudukan Bahasa Melayu Terhadap Penguasaan Bahasa
Inggeris
Penekanan terhadap K-ekonomi yang dipercepatkan dengan kepesatan
perkembangan ICT telah menjadikan penggunaan bahasa Inggeris semakin
unggul sebagai bahasa pengantar masyarakat dunia selaras dengan
pengiktirafan yang diberikan kepadanya sebelum ini sebagai bahasa
antarabangsa. Perkembangan bahasa Inggeris ini telah menimbulkan reaksi yang
berbeza-beza di kalangan pemimpin-pemimpin, cendiakawan-cendiakawan,
budayawan-budayawan dan sasterawan-sasterawan di seluruh dunia berkaitan
dengan kesannya terhadap kedudukan bahasa-bahasa lain yang melambangkan
identiti sesuatu kaum atau bangsa.
Peluasan dan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa tidak dapat
dielakkan. Masyarakat dunia secara langsung telah dipengaruhi oleh peluasan
bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk menghadapi K-ekonomi. Peluasan
bahasa Inggeris ini didorongi oleh keperluan memperolehi maklumat dan
pembelajaran di peringkat maya melalui kemajuan ICT. Fenomena ini tidak
bermaksud untuk menidakkan kepentingan bahasa Melayu tetapi meletakkan
bahasa Inggeris sebagai bahasa alat berkomunikasi dalam teknologi maklumat,
internet dan dagangan antarabangsa. Manakala, bahasa Melayu ialah bahasa
kebangsaan, bahasa perpaduan dan jati diri masyarakat bahasanya. Namun
tidak mustahil dengan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh dari semua pihak
akan menjadikan bahasa Melayu mempunyai peranan yang besar dalam
penggunaannya di dalam ICT. Sehubungan dengan itu, penggunaan bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris oleh masyarakat bahasanya mempunyai peranan
yang berbeza dan tidak seharusnya menimbulkan konflik jika masyarakat
bahasanya jelas tentang peranan penguasaan dan penggunaan kedua-dua
bahasa tersebut.

Kelima : Memperkayakan Bahasa Melayu


Bahasa Melayu bersifat keterbukaan dan berkembang dari semasa ke semasa.
Sejak dalam penjajahan Portugis, Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu telah
berkembang menyeresapi istilah-istilah asing dan lantas memperkayakan bahasa
Melayu. Istilah-istilah seperti lampu, almari, bendera, buku, bola dan meja
merupakan contoh-contoh istilah terbitan daripada bahasa-bahasa asing. Malah,
sebelum penjajahan, bahasa Melayu juga telah meminjam dari bahasa-bahasa
Sanskrit dan Arab seperti istilah sastera, bulan, akhirat dan zahir.
Pengembangan bahasa Melayu akan lebih ketara apabila kita memasuki zaman
baru seperti di era ICT. Seringkali ada istilah-istilah baru asing yang diterbitkan
dan diperkenalkan. Justeru itu, untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama,
bahasa Melayu harus berkembang dalam menerbitkan istilah-istilah baru bagi
menterjemaah istilah-istilah baru yang asing. Istilah-istilah baru seperti tetikus,
perisian, perkakasan, siber, laman, jaringan, internet dan batang bedek telah
berjaya diterbitkan dan digunapakai. Walaupun begitu, keterbukaan sifat bahasa
Melayu seharusnya sentiasa dipantau perkembangannya dengan ketat agar
tiada penyelewengan dalam memelayukan istilah-istilah asing.
Keenam : Memasyarakatkan Bahasa Melayu Melalui Ruang Siber
Bahasa Melayu sebagai identiti buat masyarakat di beberapa negara di rantau
Asia Tenggara. Bangsa Melayu di Singapura mempunyai eBahasa Melayu
Singapuraf dan bangsa Melayu di Indonesia mempunyai eBahasa Indonesiaf,
dan Malaysia berbangga dengan eBahasa Malaysiaf. Keberkesanan untuk
melaksanakan penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT terletak di bahu
masyarakat bahasanya. Inilah masanya untuk masyarakat bahasa Melayu
menempa nama di persada antarabangsa dengan menggunakan dunia siber
yang menghubungkan di seluruh pelusuk dunia.
Dalam merelisasikan penggunaan bahasa Melayu di peringkat maya bukanlah
satu perkara yang boleh diambil mudah dan remeh temeh. Banyak kegiatan
ilmiah dan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan agar perkembangan
penggunaan bahasa Melayu dianggap ehidupf dan etidak matif oleh
masyarakat dunia. Kegiatan-kegiatan yang telah dan akan dilaksanakan dengan
kemudahan ICT seharusnya mempunyai matlamat yang sejajar dengan arus
pemodenan dan persejagatan masyarakat dunia agar ia dapat memaparkan
bahawa semua kegiatan yang diadakan adalah benar-benar menggunakan dan
menjiwai sepenuhnya bahasa Melayu. Usaha orang perseorangan dan syarikatsyarikat masyarakat Melayu dalam menfdotcomfkan bahasa Melayu ke dalam
alam internet perlu diteruskan dan diberikan sokongan sewajarnya oleh
masyarakat bahasanya. Membawa bahasa Melayu dalam konteks masyarakat
Melayu di peringkat maya adalah satu usaha yang perlu dilakukan dengan tekad
dan azam yang kuat. Dengan menfdotcomfkan bahasa Melayu di dalam
gerbang internet akan menyediakan ruang untuk pelunsur menggunakan bahasa
Melayu di internet dan seterusnya meningkatkan imej bahasa Melayu seiringan
dengan bahasa-bahasa seperti bahasa Inggeris, Peranchis, Jepun dan Cina. Ia
suatu nilai yang penting untuk menangkis segala tanggapan bahawa bahasa
Melayu tidak mampu bersaing atau tiada tempat di persada dunia.

Ketujuh : Pensejagatan Dasar Bahasa Melayu Di Peringkat Maya


Masyarakat di beberapa negara yang masih mendaulatkan bahasa Melayu
sekarang ini sedang mempelajari bahasa kedua ataupun bahasa ketiga adalah
kerana keperluan ICT dagangan. Namun penguasaan bahasa asing ini tidak
seharusnya melunturkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri. Masyarakat
bahasa Melayu mesti mengguna, mengukuh dan memperluas bahasa Melayu di
peringkat maya untuk tujuan kenegaraan dan membezakan jati diri masyarakat
bahasa Melayu dengan masyarakat-masyarakat bahasa yang lain. Bahasa asing
yang diketahui hanya digunakan sebaiknya apabila berdagang dan
berkomunikasi dengan masyarakat bahasa lain.
Bagi mencapai hasrat tersebut, peranan dan tanggungjawab negara-negara
yang masyarakatnya masih berbahasa Melayu adalah membina empayar dan
mengembangkan sastera, budaya dan penerbitan dalam bahasa Melayu di
peringkat maya. Persefahaman dan kerjasama dalam perkembangan di peringkat
maya ini perlu menggunakan teknologi terkini seperti ICT untuk dimanupulasikan
sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi dalam
memperkembang bahasa Melayu. Munsyi Abdullah telah membuktikan
bagaimana perkembangan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan tindakan
proaktif beliau terhadap penggunaan teknologi percetakan pada zamannya. Oleh
itu, dasar persejagatan bahasa Melayu di peringkat maya juga dapat
direalisasikan dalam era ICT dengan mengaplikasikan semangat nasionalisme,
pengetahuan dan teknologi terkini.
Kelapan : Perubahan Sistem Pendidikan
Institusi pendidikan adalah medium penting untuk mengukuhkan lagi nilai dan
keperluan bahasa Melayu di kalangan golongan generasi muda bangsa Melayu
melalui sistem pendidikan yang mengambilkira penyerapan dan penyebatian
kemajuan dan perkembangan ICT. Misalnya, generasi muda akan mempunyai
peluang untuk menghalusi bahasa Melayu ke dalam jiwa mereka melalui
kegiatan dan aktiviti bercorak bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi
maya yang diasaskan oleh kemudahan internet. Melihat kepada dominasi bahasa
Inggeris di internet adalah disedari bahasa ini merupakan pencetus teknologi
dan ilmu pengetahuan pelbagai bidang yang diinginkan oleh masyarakat dunia.
Dalam hal ini, masyarakat bahasa Melayu mestilah tegas menentukan
kedudukan bahasa Melayu dan peranan bahasa yang diperlajari dalam sistem
pendidikan mereka. Jika bahasa asing yang diperlajari memerlukan makmal dan
program khusus dalam menguasainya maka tidak perlu diketepikan juga
kepentingan penyediaan prasarana dan program sedemikan kepada bahasa
Melayu dalam sistem pendidikan.
Di peringkat dunia, penutur bahasa Melayu adalah seramai lebih 250 juta orang.
Ini meletakkan kedudukan status bahasa Melayu ditempat keempat teramai
penuturnya selepas bahasa Mandarin, Sepanyol dan Inggeris. Jadi tidaklah
mustahil bahasa Melayu boleh menjadi bahasa komunikasi dan dipelajari di
seluruh dunia melalui teknologi maya jika masyarakat bahasanya mengambil
kesempatan dari pembentukan dunia sejagat tanpa sempadan dan sekatan yang
menjadi fenomena sekarang ini.

Kesembilan : Evolusi Bahasa Melayu dalam Perkembangan ICT


Proses evolusi bahasa Melayu turut berlaku dalam perkembangan era ICT.
Penggunaan bahasa Melayu di internet semakin meluas di mana semakin ramai
pengguna-pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan unsur
komunikasi tersebut. Ini dibukitkan dengan terdapatnya banyak laman-laman
dan penggelungsur berbahasa Melayu di internet yang dibentuk dari negaranegara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura. Perkembangan ini juga diiringi
dengan penyediaan kemudahan e-mail dan chat yang secara tidak langsung
membantu melestarikan bahasa Melayu. Penerimaan pakai internet ini telah
membawa proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya.
Sebagai contoh kesan dari penggunaan ruang siber yang serba mudah dan serba
luas telah menghasilkan istilah-istilah baru yang boleh digelarkan
sebagai ebahasa Melayu Internetf. Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang
(nanti), afkum (assalamualaikum), wflam (wafalaikumsalam), dowang
(mereka), tipon (telefon) dan persal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah
dibuat kepada kata gantinama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau).
Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner
(bagaimana) dan maner (mana).
Pada pragmatiknya, situasi ini merupakan satu percubaan yang menarik dalam
evolusi bahasa Melayu. Namun demikian manupulasi bahasa seumpama ini jika
tidak dibendung mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri.
Amalan seperti ini akan menghasilkan ayat-ayat yang tidak gramatik kerana
menyeleweng daripada hukum-hukum tatabahasa. Timbul juga perkembangan
pemelatan kata-kata, kata-kata bersifat irama, istilah spesifik dan penggunaan
simbol-simbol dengan tujuan untuk memeriahkan suasana perbualan, kemesraan
dan peringkasan teks dalam berkomunikasi di peringkat maya.
Walau bagaimanapun perkembangan seperti ini perlu dilihat sebagai satu
percaturan yang menarik dan sihat yang perlu dimantau supaya tidak berlaku
penyelewengan bahasa dari alam maya ke alam realiti. Pengguna-pengguna
internet seharusnya mewujudkan persefahaman untuk memastikan bahasa
Melayu tetap terpelihara. Sebagai langkah awal, bahasa Melayu internet
sebaiknya disimpan sahaja di dalam internet agar kemurnian dan kedinamikan
bahasa Melayu lebih terserlah dan kekal relevan serta biarlah ia berkembang
mengikut tapak penggunaannya.
Masyarakat bahasa Melayu tidak boleh mempertahan bahasa Melayu hanya
dengan menguasai bahasa itu. Di samping strategik yang teratur, masyarakat
bahasa Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu cara menyebarkan
maklumat di dalam era ICT. Dengan mempelajari usaha-usaha dari tokoh-tokoh
bidang ICT seperti Bill Gate dan laman-laman perintis seperti Yahoo, Hotmail dan
MSN adalah perlu usahawan-usahawan dari masyarakat bahasa Melayu
memasuki peringkat ICT bukan sahaja persaingan di Malaysia, Singapura,
Indonesia dan Brunei malah di peringkat global.
Perkembangan globalisasi dan liberasasi hendaklah dilihat sebagai satu peluang
masyarakat berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal
disanjung oleh bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu dengan
memanupulasikan ICT sepenuhnya. Oleh itu, segenap sudut dan ruang yang
sempit perlu dilebarkan agar bahasa Melayu mempunyai nilai yang simbolik dan

tidak luput dek hujan, tidak lekang dek panas. Masyarakat berbahasa Melayu
perlu mencari jalan dalam menambah nilai bahasa di pasaran dunia. Ini
merupakan satu tugas berat bagi pengiat bahasa dan masyarakat Melayu
khususnya untuk terus berusaha mencari jalan, kaedah serta hipotesis
meningkatkan nilai bahasa Melayu di persada era ICT. Bagaimanapun, nilai
bahasa Melayu tidak boleh dijual beli dalam pasaran yang bersifat sejagat. Nilai
dan harga bahasa Melayu bergantung sejauh mana masyarakat Melayu di
Nusantara membuat epelaburanf sewajarnya di pasaran dunia globalisasi
yang sedang mengagungkan bahasa Inggeris sebagai epelaburf utama.
Bahasa Melayu di dalam era ICT perlu dilihat sebagi satu keperluan dan bekalan
yang penting dalam masyarakat bahasanya untuk menghasilkan satu identiti
bangsa yang tulen dan sejati. Pada masa yang sama, biarlah bahasa Melayu
dapat memupuk jati diri masyarakat bahasanya lebih-lebih lagi dalam arus
pemodenan dan penyejagatan dunia. Jangan biarkan bahasa Melayu
menyerantau di ruang siber tanpa dipedulikan oleh masyarakat bahasanya
sendiri dan akhirnya pupus di mata dunia.
6.0 IMPLIKASI PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
6.1 Komunikasi Pengantaraan Komputer dalam Pengajaran Bahasa
Melayu
Komunikasi pengantaraan komputer memerlukan perkakasan seperti komputer,
modem, dan talian yang dihubungkan dengan talian telefon. Dengan adanya
komputer yang dihubungkan dengan talian telefon ini, kita dapat berkomunikasi
dan menyusuri lebuh raya maklumat, mencapai maklumat, dan mendapatkan
perkhidmatan yang ditawarkan melalui internet. Komunikasi berperantaraan
komputer merangkum perkhidmatan mel elektronik, papan buletin, persidangan
komputer, sembang siber, dan laman web.
6.1.1 Mel Elektronik
Melalui mel elektronik, pengguna berkomunikasi dengan menggunakan teks
sahaja. Walaupun teknologi terkini menawarkan perkhidmatan video dan suara,
komunikasi secara teks didapati digunakan dengan lebih meluas. Guru dan
pelajar dapat berkomunikasi dari komputer peribadi masing-masing dengan
menggunakan perisian tertentu, seperti Eudora, Nescape Communicator, dan
Microsoft Explorer. Perisian komunikasi ini dapat menyimpan, menghantar, dan
mencetak mel elektronik. Penerima mel pula dapat membaca dan membalas mel
elektronik ini. Komunikasi melalui mel elektronik dapat berlangsung dalam
bentuk formal atau tidak formal.
Mel elektronik membolehkan komunikasi dilakukan dengan cepat dan mudah.
Guru dapat menggunakan mel elektronik untuk berunding dengan pelajar yang
berada di tempat yang jauh. Walau bagaimanapun, komunikasi melalui mel
elektronik ini dianggap tidak sempurna kerana tiada intonasi, ekspresi wajah,
dan gerak laku yang turut merupakan unsur penting dalam komunikasi.
6.1.2 Papan Buletin
Papan buletin dapat digunakan untuk memaparkan maklumat terkini dan bahan
pemelajaran. Guru dapat menggunakan papan buletin ini untuk memaklumkan

maklumat kursus, seperti latihan, tarikh persidangan, tempat pertemuan, dan


bahan berkaitan kepada pelajar.
6.1.3 Persidangan Komputer
Persidangan ini meliputi forum elektronik yang lebih interaktif dan melibatkan
lebih banyak pengguna. Sidang konferen ini membolehkan para pengguna
membaca dan menulis mesej, serta berbincang secara spontan tentang suatu
isu. Para guru bahasa Melayu dapat menggunakan sidang ini untuk
membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan bahasa.
6.1.4 Sembang siber
Perkhidmatan ini membolehkan para pelajar berbual-bual dalam bentuk bertulis,
iaitu dengan menggunakan teks. Perbualan ini berlansung dalam keadaan tidak
formal dan tidak terancang. Perbualan dapat dilakukan bersama-sama dengan
pengguna lain yang mengunjungi laman sembang siber ini. Guru bahasa Melayu
dapat mengatur pertemuan dengan pelajar di laman ini supaya satu bentuk
perbualan yang mencapai keperluan kemahiran bahasa pelajar dapat dilakukan.
6.1.5 Laman Web
Perkhidmatan ini membolehkan para guru memberikan syarahan, latihan, atau
maklumat kursus dalam talian. Laman ini dihubungkan dengan beberapa laman
web lain supaya pelajar dapat menyusur maklumat lain yang berkaitan dengan
perkara yang dipelajari. Laman ini dapat dibangunkan dengan lebih lengkap
untuk tujuan pengajaran. Jika komputer mempunyai kemudahan multimedia,
pelajar juga dapat mendengar dan melihat imej yang diprogramkan. Interaksi
begini sudah tentu lebih mencabar dan memberikan motivasi kepada pelajar.
Para pendidik harus menggunakan perkhidmatan ini dalam pengajaran bahasa
Melayu.
6.2 Masalah dan Cabaran
Persoalan untuk menjadi bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa siber pada zaman
teknologi maklumat merupakan satu persoalan besar yang perlu ditangani
secara bijaksana oleh pengkaji dan pencinta BM. Persoalan ini perlu diambil
berat agar kedudukan dan kedaulatan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan sentiasa terpelihara. Amanat yang disampaikan oleh bekas Menteri
Pendidikan (Datof Seri Najib Tun Abdul Razak) ialah sebahagian daripada
persoalan yang perlu dikupas dan dibicarakan oleh semua pihak. Dalam amanat
itu, Menteri Pendidikan menyeru supaya BM dimajukan seiring dengan kemajuan
teknologi maklumat agar BM tidak mudah diketepikan dengan alasan bahawa
pemakaian dan penerimaan khalayak terhadap bahasa Inggeris adalah lebih
mudah. Hal ini sedemikian kerana jika BM terus disisih dan terpinggir,
keperibadian bangsa Malaysia akan turut terjejas.
Usaha ke arah mensiberkan istilah BM dalam teknologi maklumat sedang dan
terus dilakukan oleh pihak yang terlibat, seperti Dewan Bahasa dan Pustaka,
Perbadanan Multimedia Super Coridor (MSC), Kementerian Pendidikan, Institut
Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), ahli
akademik, pencinta bahasa dan orang perseorangan yang sentiasa mengambil
berat akan masa depan dan kedudukan BM. Namun demikian, dalam
melaksanakan usaha murni itu, terdapat masalah dan kekangan yang

menjadi eduri dalam dagingf kepada BM untuk terus dinobatkan sebagai


bahasa siber pada zaman teknologi maklumat. Masalah dan cabaran ini perlu
diatasi bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Kedudukan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dalam
Perlembangan Malaysia jelas dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana
pihak. Hal ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 yang
berbunyi:
Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen
dengan syarat bahawa:
a. tiada sesiapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi
apa-apa maksud lain daripada maksud rasmi) atau daripada mengajar atau
belajar apa-apa bahasa lain;(Perlembagaan Persekutuan 1993)
Kedudukan dan keutuhan BM dalam Perkara 152 di atas membuktikan bahawa
kedudukan BM hendaklah dipertahankan dalam apa-apa urusan rasmi ataupun
tidak rasmi. Hal ini tidak ketinggalan dalam teknologi maklumat. BM hendaklah
diguna pakai dan diterima sepenuhnya oleh khalayak tanpa sebarang prejudis
terhadap kebolehan dan keupayaan BM untuk mengupas dan mengulas segala
maksud seperti halnya bahasa Inggeris.
Dalam usaha untuk menonjolkan diri sebagai bahasa siber, sudah tentu BM
mengalami cabaran getir dalam menyaingi kemantapan bahasa Inggeris yang
telah dijulang sebagai bahasa dunia. Namun, permasalahan ini bukanlah titik
terakhir untuk kita mengalah dan memberikan laluan kepada bahasa Inggeris
untuk dijadikan bahasa siber di negara kita. Kita seharusnya berganding bahu
dalam menghadapi segala masalah dan cabaran yang mendatang, sekiranya
semua pihak ingin mengecapi kejayaan. Hal ini bertepatan dengan kata-kata
bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datof Dr. Abdul Shukor Abdullah
(1999) yang ingin melihat BM diangkat sebagai bahasa siber dalam era
mutimedia. Beliau berkata bahawa bahasa Melayu akan diberi keutamaan dalam
penyediaan perisian maklumat Koridor Raya Multimedia seperti yang dijanjikan
oleh Menteri Pendidikan.
Pemertaban bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa
perpaduan, bahasa ilmu, dan sebagainya sering menghadapai saingan dan
cabaran. Masalah dan cabaran ini perlu dihadapi dengan secepat mungkin dan
bijaksana agar kemelutan ini dapat diatasi dengan segera. Terdapat banyak
masalah dan cabaran yang dihadapi oleh BM dalam usaha untuk dimahkotakan
sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat ini.
6.2.1 Dominasi Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Universal
Pemakaian dan penerimaan bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa utama di dunia
tidak dapat dinafikan. BI diagung-agungkan melalui pelbagai nama. Phillipson
memberikan dua gelaran kepada BI iaitu yang pertama sebagai bahasa dunia
dan bahasa antarabangsa dan kedua sebagai bahasa perhubungan luas dan
jendela dunia. Memang sewajarnyalah BI dinobatkan sebagai bahasa utama
dunia kerana perkembangannya, pemakaiannya, dan penerimaannya dalam
semua aspek kehidupan di dunia seperti politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan

lain-lain lebih awal daripada BM. Peranan BM dalam kesemuaaspek ini hanya
mula berkembang selepas negara mencapai kemerdekaan sehingga kini.
Namun demikian, pengaruh BI bukanlah batu penghalang kepada BM untuk
sama-sama mendapat pengiktirafan pengguna BI. Dalam konteks ini, pengguna
dan penerima BM hendaklah memainkan peranan penting. Seharusnya
persaingan dengan BI menjadi asas yang kukuh untuk meningkatkan
penggunaan dan pelaksanaan BM dalam teknologi maklumat. Tidak mustahil BM
diterima dengan mudah sebagai bahasa siber, kerana secara semula jadi, BM
memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan BI baik dari segi ejaan, sebutan,
makna dan sebagainya. Kesamaan ciri-ciri yang ada pada BI .BM ini perlu diambil
kira dalam usaha memperkembang dan memperbanyak istilah BM dalam
teknologi maklumat. Dengan cara ini, kita berharap BM akan menjadi bahasa
siber lebih cepat daripada yang dijangkakan.
6.2.2 Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Teknologi Maklumat
Penggunaan BI sebagai bahasa siber dalam bidang teknologi maklumat sudah
lama berlaku. Penganalan komputer pada awal abad dua puluh di Amerika
merupakan faktor dominan BI terus diangkat menjadi bahasa teknologi
maklumat. Penciptaan pelbagai perisisan komputer seperti perisian Microsoft,
Lotus, IBM, Apple dan sebagainya jelas menunjukkan pemonopolian BI sebagai
bahasa siber yang utama. Kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat
pada zaman mutakhir ini membuktikan lagi bahawa BI terus mendominasi
semua program dan perisian dalam teknologi maklumat. Pengenalan Internet
misalnya, jelas memperlihatkan pengaruh kuat BI terhadap pengguna Internet di
seluruh dunia. Bagi mereka yang ingin menerokai alam Internet, mereka
terpaksa menggunakan dan memahami BI. Segala arahan yang terpapar pada
skrin menu semuanya dalam BI.
6.2.3 Sikap Memandang Rendah Kebolehan BM
Sanjungan terhadap BI amat berkaitan rapat dengan sikap yang terlalu
mengagung-agungkan statusnya. Tidak dapat dinafikan bahawaVI terlau hebat
disaingi oleh mana-mana bahasa, terutamanya bahsa dunia dan bahasa
antarabangsa yang lain pada ketika ini. Tidak dapat dinafikan juga peranan BI
sebagai bahasa penyalur kebanyakan ilmu. Kehebatan BI memang tidak dapat
kita nafikan, tetapi pada masa yang sama kita harus berbangga dengan
kemampuan dan kebolehan BM dalam kepastiannya yang lampau, kini dan akan
datang.
Sikap memandang rendah akan kebolehan BM sebagai bahasa siber dalam
bidang teknologi maklumat dalam kalangan rakyat perlu dikikis dan dibuang.
Perasaan buruk sangka ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kebolehan BM
untuk dijadikan bahasa siber. Kini, diketahui bahawa ramai yang memandang
rendah akan kemampuan dan kebolehan BM sebagai bahasa siber. Mereka
seboleh-bolehnya cuba menafikan kemampuan dan kebolehan BM dan dalam
masa yang sama terus merajakan BI sebagai bahasa siber di negara kita.
Dalam konteks negara Malaysia, kita seharusnya menyanjung usaha kerajaan
untuk melihat BM dijadikan salah satu bahasa siber di samping BI dalam dunia
teknologi maklumat. Kita seharusnya sama-sama menyumbang ke arah
mensiberkan BM sebagai bahasa siber dalam teknologi maklumat.

6.2.4 Kekurangan Perisian Bahasa Melayu


Biarpun BM sudah mantap kedudukannya, hasrat kita untuk mensiberkan BM
akan terjejas sekiranya perisian dalam BM masih kurang dihasilkan. Perisian
yang terdapat dalam pasaran semuanya dicipta oleh pengeluar perisian ternama
duniaseperti Microsoft, IBM, Apple dan lain-lain. Ketiadaan perisian dalam BM
merupakan salah satu faktor yang menghalang usaha menjadikan BM sebagai
bahasa dalam bidang teknologi maklumat.
6.2.5 Kekurangan dan Ketidakupayaan Istilah Bahasa Melayu
Secara dasarnya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan dalam
pembentukan atau penggubalan istilah baru dalam BM. Pelbagai usaha dibuat
oleh DBP bagi memperbanyak istilah baru khususnya peminjaman istilah
daripada bahasa asing khususnya BI. Tetapi, masalah penciptaan istilah yang
berkaitan dengan teknologi maklumat yang seratus peratus menggunakan BI
sedikit sebanyak menjejaskan peluang BM untuk sama-sama bertapak sebagai
bahasa siber. Bahasa istilah daripada BI tidak dapat diterjemahkan ke dalam BM
sebaliknya dikekalkan dalam BI. Kekangan peristilahan daripada BI ke BM
menjadi masalah dan cabaran kepada BM untuk diangkat menjadi bahasa siber
utama bersama-sama dengan BI.
Di samping kekurangan istilah BM dalam komputer dan Internet, terdapat juga
istilah BI yang telah diterjemahkan ke dalam BM yang tidak tepat.
Ketidaktepatan men terjemah istilah bahasa siber ini ke dalam BM akan
menjejaskan peluang BM untuk dijadikan bahasa siber. Secara tidak langsung
akan terus memahkotakan BI sebagai bahasa siber tanpa digugat oleh BM.
6.3 Penyelesaian Masalah
Permasalah dan cabaran yang dikemukakan ini ialah sebahagian daripada
banyak masalah dan cabaran yang sedang dan bakal dihadapi oleh B.M sebelum
dapat dinobatkan sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat ini.
Oleh itu, bagi mastikan BM mampu dan dapat menjadi bahasa siber, langkah
untuk mengatasi permasalahan dan cabaran tersebut perlu dicari. Hal ini
bertepatan dengan hasrat Menteri Pendidikan yang menyeru agar perancangan
bahasa, pejuang bahasa, sarjana bahasa dan sastera, kerajaan, IPT awam dan
swasta, syarikat-syarikat bertaraf MSC, orang perseorangan dan lain-lain agar
dapat bersepadu memikirkan cara untuk menjadikan BM sebagai bahasa siber
dalam era teknologi maklumat kini. Antara jalan penyelesaiannya ialah:
6.3.1 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
DBP memainkan peranan penting ke arah memantapkan penggunaan istilah
teknologi maklumat terkini. Perterjemahan istilah daripada BI dan BM yang
terdapat dalam teknologi maklumat dapat membantu BM menjadi bahasa siber
secepat mungkin. Sekiranya penterjemahan istilah bahasa siber BI dari internet
dilakukan dengan segera, nescaya BM mampu digunakan sebagai istilah siber
setanding dengan BI dalam internet. Hal ini secara tidak langsung akan
membantu penggunaan internet dalam dan luar negara mempelajari BM sebagai
bahasa siber.
DBP telah menerbitkan Kamus Komputer pada tahun 1995 sebagai panduan
kepada penggunaan komputer dan internet merujuk istilah dalamm teknologi

maklumat daripada BI ke dalam BM. Usaha mentejemahkan dan mengamuskan


istilah bahasa siber berterusan agar hasrat untuk menjadikan BM sebagai bahasa
siber akan menjadi kenyataan.
6.3.2 Kementerian Pendidikan
Kerajaan, melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tidak ketinggalan
berusaha menjadikan BM sebagai bahasa siber. Penubuhan Sekolah Bestari
merupakan langkah awal ke arah menjadi BM sebagai bahasa siber pada zaman
teknologi maklumat. Misalnya, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran,
kandungan kurikulum BM sekolah bestari juga berbeza daripada kurikulum BM
yang dipelajari di sekolah pada masa kini. Menurut Khododi Haji Ahmad dalam
nota ringkas tentang pentafsiran sekolah bestari, kurikulum BM sekolah bestari
lebih memberikan tumpuan kepada:
. Pembinaan kemahiran dan kecekapan berbahasa di kalangan pelajar sebagai
alat pengayaan ilmu dan alat untuk berkomunikasi.
. Usaha menampung keperluan untuk pelbagai aspek komunikasi bagi bidang
kognitif, fizikal, efektif dan emosi secara bersepadu.
. Kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara meneyeluruh melalui
pembacaan bahan ilmu dan hasil kesusateraan.
. Rasa bangga dan cintakan tanah air dalam satu wawasan budaya yang
dihasratkan.
Kewujudan sekolah bestari juga merupakan sebahagian daripada manifestasi
tersurat dan tersirat untuk melihat BM dijadikan bahasa siber. Komitmen KPM
untuk memberi keutamaan di dalam penyelesaian perisian bagi semua mata
pelajaran sekolah bestari dalam BM jelas. Kini terbukti banyak perisian bagi mata
pelalaran BM, Sains dan Matematik telah dalam BM.
Di samping itu, pelbagai usaha dilakukan oleh KPM bagi memastikan sekolah
bestari yang dirancang dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1999. Misalnya,
KPM telah mengikat perjanjian dengan syarikat MSC untuk membina perisian
pendidikan dari Tahap 1 hingga ke Tingkatan 5 dengan menggunakan BM. Setiap
perisian yang dibuat berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
KBSR dan KBSM Edisi Sekolah Bestari. Semua perisian dalam BM ini diharapkan
akan dapat membantuk memantapkan kedudukan BM sebagai bahasa siber
dalam dunia teknologi maklumat dan pendidikan di negara kita.
6.3.3 Perbadanan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Perbadanan MSC ditubuhkan oleh kerajaan bagi menjayakan hasrat untuk
menjadikan sebuah negara yang terulung di rantau sebelah sini dalam dunia
teknologi maklumat. Pembinaan kompleks MSC di Sepang merupakan rentetan
daripada impian negara untuk merealisasikan teknologi maklumat sebagi
medium dalam setiap urusan kehidupan di negara kita, temasuk dalam dunia
pendidikan.
Dari aspek pendidikan, Perbadanan MSC tidak ketinggalan dalam usaha
membantu KPM dan kerajaan untuk sama-sama menadikan BM sebagai bahasa
siber di MSC. Misalnya, Perbadanan MSC dengan bantuan DBP telah sama-sama
menterjemah istilah dalam bahasa teknologi maklumat daripada bahasa Inggeris

ke BM sehingga terhasilnya Kamus Komputer. Malah, Perbadanan MSC juga


berusaha memperbanyak halaman web danghome pageh yang menggunaka
BM sebagai pengantarnya dalam internet.
6.3.4 Memperbanyak Halaman Web
Langkah kerajaan untuk menjadikan BM sebagai gahasa siber tidak akan berjaya
sekiranya rakyat tidak sama-sama menjayakannya. Antara sumbangan rakyat
dalam mensiberkan BM dalam dunia teknologi maklumat adalah dengan
mewujudkan halaman web dan ghome Pageh sama ada secara individu,
berkumpulan, organisasi dan sebagainya telah menampakkan kejayaan. Jika kita
tinjau dalam internet misalnya, terdapat beribu-ribu halaman web dan ghome
pageh yang ditulis dalam BM.
Dengan wujudnya halaman wab ghome pageh dalam BM dan beridentitikan
negara Malaysia, kita mengharapkan masyarakat untuk mempelajari BM. Perkara
ini tidak mustahil untuk dicapai. Apabila BM tersebar luas dalam dunia siber
terutamamya dalam internet, sudah pasti kita akan menjangkakan penggunaan
untuk mengetahui maklumat yang ditulis dalam BM.
Usaha untuk menobatkan BM sebagai bahasa siber perlu mendapat sokongan
daripada semua pihak, terutamanya daripada mereka yang cintakan BM, baik
kerajaan, agensi kerajaan, agensi swasta, orang perseorangan mahupun sesiapa
sahaja untuk sama-sama memahkotakan BM sebagai bahasa siber seperti yang
dikehendaki oleh KPM.
6.3.5 Peranan Institusi Pendidikan dan Latihan Guru
Institusi pendidikan dan latihan guru perlu mengambil kira perkembangan terkini
dalam pendidikan supaya latihan perguruan yang ditawarkan dapat membantu
para guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. Norizan (1998)
menyenaraikan beberapa saranan yang dapat digunakan untuk melatih guru.
Antaranya termasuklah langkah menerapkan dan mengintegrasikan komponen
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berperantaraan komputer.
Supaya para guru berasa selesa menggunakan kemudahan komunikasi
berperantaraan komputer, cara komunikasi bentuk ini perlu disediakan dan
digunakan dalam program perguruan itu sendiri. Di samping itu, tahap literasi
teknologi maklumat perlu ditingkatkan. Kursus yang berkaitan dengan teknologi
maklumat yang merangkum pengetahuan tentang teknologi maklumat dan
kemahiran menggunakannya secara praktis patut ditawarkan sebagai kursus
wajib. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat perlu mengambil tiga
komponen. Komponen itu ialah:
1. Kemahiran asas teknologi maklumat yang meliputi kemahiran menggunakan
perisian asas dan aplikasi, menyusur internet, dan menggunakan alat teknologi
dalam pengajaran, seperti komputer, paparan kristal cecair (LCD), dan peralatan
multimedia dalam pengajaran.
2. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat yang meliputi kemahiran
mencari bahan dan menilai keberkesannannya, mengenal pasti dan menilai
perisian, menganalisis kesesuaian maklumat dan hasil kerja pelajar, dan
mengetahui aspek pedagogi dan model pengajaran dalam penggunaan teknologi
maklumat.

3. Kemahiran inovasi teknologi maklumat yang meliputi kemahiran


membangunkan perisian dan bahan pengajaran, membangunkan laman web,
dan mengisinya dengan maklumat pengajaran.
Guru yang menggunakan perkhidmatan komunikasi pengantaraan komputer ini
perlu mempunyai pengetahuan minimum berikut:
1. Pengetahuan tentang cara menggunakan Program Pencarian maklumat
seperti Nescape Navigator, Microsoft Explorer, dan sebagainya.
2. Pengetahuan tentang penggunaan mel elektronik.
3. Pengetahuan tentang cara menjadi ahli suatu komuniti.
4. Pengetahuan tentang etiket perhubungan di alam siber.
5. Pengetahuan tentang cara mengikuti dan mengambil bahagian dalam
persidangan komputer dan sembang siber.
Inovasi terhadap pengajaran bahasa dilakukan bukan kerana mengikut tren
semata-mata, tetapi untuk mengembangkan kemahiran bahasa Melayu. Dalam
hubungan ini, literasi komputer merupakan keperluan yang sangat diperlukan
oleh guru dan pelajar. Oleh sebab itu, program latihan perlu dirangka dengan
segera untuk membolehkan komunikasi berperantaraan komputer ini dijalankan
dan seterusnya digunakan sebagai alat bantu mengajar bahasa. Selain itu,
peralatan juga perlu disediakan. Guru perlu mempunyai capaian kepada sistem
untuk menyalurkan bahan pengajaran mereka dan berkomunikasi dengan
pelajar. Walau bagaimanapun, pada masa ini, tidak banyak pelajar yang memiliki
komputer peribadi di rumah. Hal ini dapat menjejaskan prestasi pelajar tersebut
kerana daripada banyak kajian yang dilakukan (Lorentsen 1989 dan Wells 1992
dalam Bates 1995) didapati bahawa prestasi pelajar yang menggunakan
komunikasi pengantaraan komputer dalam pemelajaran suatu kursus lebih baik
apabila mereka mempunyai kemudahan komputer di rumah.
6.4 Kelebihan Menggunakan Komunikasi Pengantaraan Komputer
Beberapa kajian tentang komunikasi berperantaraan komputer dan
keberkesanannya telah dijalankan dalam usaha membantu pelajar menguasai
suatu bahasa. Kebanyakan kajian ini berkaitan dengan pengajaran bahasa
Inggeris. Walau bagaimanapun, kajian ini dapat dijadikan asas untuk mencuba
menggunakan komunikasi pengantaraan komputer dalam pengajaran dan
pemelajaran bahasa Melayu. Soh Bee Lay dan Soon Yee Ping (1991)
menggunakan mel elektronik dalam pengajaran bahasa Inggeris dan mendapati
bahawa para pelajar dalam kajian ini dapat menulis dengan berkesan. Mel
elektronik ini turut membantu pelajar berkomunikasi dengan guru secara lebih
teratur.
Mowrer (1996) mengatakan bahawa komunikasi pengantaraan komputer
merupakan bentuk komunikasi yang unik dan dapat membantu pembelajaran di
dalam kelas. Melalui mel elektronik, pelajar dapat berhubung dengan guru
tentang pelbagai masalah bahasa. Pelajar yang malu atau jarang-jarang
bersuara dan mengeluarkan pendapat di dalam kelas akan berasa lebih selesa
apabila berkomunikasi dengan guru melalui mel elektronik. Komunikasi
pengantaraan komputer dapat membantu perhubungan pelajar-guru dan pelajar-

pelajar, di samping dapat merapatkan jurang berbezaan antara seorang pelajar


dengan seorang pelajar lain dalam kursus yang sama.
Wild dan Winiford (1993) pula mengatakan bahawa mel elektronik dapat
membantu pemelajaran bahasa. Mel elektronik mengaplikasikan strategi
pemelajaran berbentuk kolaboratif dan komunikatif. Para pelajar dapat
berkomunikasi secara spontan. Projek bahasa berbentuk multidisiplin antara
institusi yang berlainan dapat dijalankan secara kolaboratif. Penggunaan
perkhidmatan komunikasi ini membolehkan lebih banyak projek bahasa
dijalankan dalam talian sahaja. Hal ini sudah tentu menjimatkan kos dan
mengurangkan tempoh pelaksanaan suatu projek.
6.5 Aspek Pedagogi Komunikasi Penggunaan Komputer
Penglibatan pelajar bahasa dalam forum elektronik, mel elektronik, atau
sembang siber dapat membantu pemahaman dan penggunaan bahasa dalam
konteks sebenar. Perkhidmatan komunikasi ini dapat digunakan sebagai pelantar
komunikasi bahasa yang berkesan kerana komunikasi pengantaraan komputer ini
merentas sempadan dan budaya. Walau bagaimanapun, aplikasinya hendaklah
memenuhi objektif pengajaran bahasa dan mengikut peraturan dan etiket
perbincangan di alam siber.
Penggunaan komunikasi pengantaraan komputer dapat meningkat autonomi
pelajar dan mewujudkan suasana pemelajaran yang interaktif. Pelajar dapat
mengambil bahagian secara aktif dan diberi kebebasan sepenuhnya untuk
membuat suatu keputusan berkaitan dengan pemelajaran. Walau
bagaimanapun, pelajar perlu lebih bertanggungjawab terhadap pemelajaran
mereka sendiri. Guru pula dapat mengajar dan menyampaikan maklumat dan
kandungan kursus yang sama tanpa bias kepada pelajarnya. Di samping itu,
waktu interaksi dengan pelajar dapat dipendekkan dan lebihan waktu di dalam
kelas dapat digunakan untuk memberikan perhatian yang lebih dan bantuan
kepada pelajar yang lemah. Komunikasi pengantaraan komputer menjadi asas
pengajaran jarak jauh.
Komunikasi pengantaraan komputer memudahkan kerjasama dan koloborasi
antara dua buah institusi pengajian atau lebih. Di samping itu, guru dan pelajar
dapat berinteraksi pada peringkat antarabangsa dan keadaan ini menghasilkan
satu bentuk komuniti baru yang dikenal sebagai komuniti elektronik.
Ciptaan terbaru teknologi komputer ini, jika digunakan dan diselia dengan baik,
dapat membantu menghasilkan pentadbiran kursus bahasa yang lebih cekap,
menjimatkan kos dan masa, dan memberikan keanjalan waktu yang lebih kepada
tenaga pengajar. Pengajaran dan pemelajaran dapat dijalankan di mana-mana
sahaja, sama ada di tempat kerja, di rumah, atau di perpustakaan. Penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi pengantaraan komputer ini dapat
menjimatkan kos penggunaan bilik seminar, kos pengangkutan, dan penginapan
para pengajar.
Walau bagaimanapun, kaedah pengajaran yang menggunakan komunikasi
pengantaraan komputer ini bukan kaedah pengajaran yang baru. Aplikasi yang
betul dan memenuhi strategi pemelajaran bahasa dan prinsip pengajaran
bahasa. Dengan menggunakan komunikasi pengantaraan komputer ini, para
penggunanya tidak perlu bersemuka. Oleh sebab itu, komunikasi pengantaraan
komputer ini mempunyai prospek yang baik untuk digunakan sebagai alat

berhubungan untuk tugas perundingan yang merangkum tugas membaiki


penulisan, menyelia projek, dan berhubung dengan para pelajar dengan lebih
kerap untuk mengetahui tahap pencapaian mereka. Namun, tidak banyak kajian
yang dijalankan untuk mengetahui keberkesanan perundingan dalam talian ini.
Penulis berpendapat bahawa komunikasi pengantaraan komputer ini lebih
praktikal dan menjimatkan kos. Oleh sebab itu, kajian lanjut tentang
keberkesanannya perlu dilakukan.
Dalam bidang lain, seperti bidang perniagaan, bidang sains, dan bidang teknikal,
komunikasi pengantaraan komputer sudah menjadi satu cara perhubungan yang
disenangi dan menjimatkan. Oleh sebab itu, jika digunakan dan diselia dengan
baik, komunikasi pengantaraan komputer dapat menghasilkan suasana
pengajaran dan pemelajaran yang baik untuk pengajaran bahasa Melayu. Walau
bagaimanapun, guru harus peka terhadap komunikasi di alam siber ini kerana
komunikasi berperantaraan komputer ini kadang-kadang dieksploitasi untuk
tujuan yang tidak baik, tidak beretika, dan tidak bermoral. Guru perlu tahu
menggunakan dan mengendalikan teknologi dan berkemahiran untuk membantu
pelajar menggunakan teknologi maklumat ini dengan tujuan yang positif dan
betul.
7.0 HALA TUJU PEMBELAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KOMPUTER
7.1 Harapan dan Masa Depan
Jika teknologi sepadu mewakilkan ICT kita boleh tambah baikkan pada rangka
pengajaran multimedia sedia ada. CD-ROM boleh dikembang dengan rangka
modul sedia kala; kita boleh gantikan menu dengan pelbagai isi yang disusun
dalam mod gsiasat dan putush. Dan untuk sub-topik kita boleh rujuk pelajar ke
fail-fail video oleh pakar dalam subjek. Untuk penilaian, pelajar boleh capai
pelayan institusi melalui web dan dibekal senario yang lebih terbuka agar
mereka dapat lakukan penyelesaian terhadap masalah yang dipaparkan. Pelajar
boleh memilih daripada pelbagai alternatif terbenam dalam pemilihan jawapan,
dan juga masukkan respons berbentuk esei.
Sekiranya pelajar memilih dari bank soalan alternatif, beliau akan terima maklum
balas serta-merta dari pangkalan data. Bagi maklum balas terbuka, sistem sedia
ada akan dikumpul dan diri serah kepada pengurus pangkalan-pangkalan
pengetahuan. Apa yang dipentingkan ialah pelajar kini bertanggungjawab akan
pembelajaran sendiri, dan lambat-laun akan mengesan pangkalan pengetahuan
untuk kemajuan diri. Tugas muktamad adalah untuk mendapatkan pengalaman
pelajar dan menjadikan pengetahuan baru sebagai aset intelektual, satu kaedah
menjadikan organisasi pembelajaran suatu kenyataan. Mod ini akan memenuhi
kriteriagbelajar melalui membuath bukan untuk belajar. Lama-kelamaan ia
akan menjadi budaya pembelajaran dalam pendidikan.
Persembahan harus bersimulasikan keadaan autentik, membolehkan pelajar
bersifat ingin tahu dan menjelajah (malah menaggung risiko), dan memapar
senario dalam kaedah yang menarik serta organisasi pembelajaran yang
dicadang Senge (1990), universiti dijadikan tumpuan perkembangan individu
dijadikan penggerak pertukaran maklumat dan penambahbaikan pengetahuan.
Lembaran baru kemudian akan diperoleh melalui antara muka pasukan [team
interface] (Brown, 1986). Persekitaran yang menyokong kolaborasi dan alatan

yang membolehkan kolaborasi akan menjadi trend hari muka (Schrage, 1990).
Intranet/Internet dan WWW akan menjadi tulang belakang maklumat.
Bolehkah kaedah yang sama diguna dalam sekolah dan universiti? Masalah ini
harus dibicara sebagai teknologi prestasi manusia. Harus diandaikan di sini
bahawa sekolah atau universiti sudah mempunyai prasarana yang cukup, dan
kleinnya juga kenal dan faham komputer. Pengajaran akan memudahcarakan
pembelajaran sesuatu topik dengan penggunaan pangkalan-pangkalan
pengetahuan sepenuhnya. Modus operandi adalah seperti berikut:
Simulasi situasi pembelajaran realistik yang relevan bagi pengguna.
Menggalakkan pelajar gingin tahuh dan jelajah pelbagai sumber
maklumat.
Menggambarkan senario pembelajaran dalam kaedah kreatif dan menarik.
Bekalkan maklum balas pakar.
Pengajar meletakkan asas, dan pelajar mencari penyelesaian secara individu
atau kolaboratif. Pelajar kemudian menggunakan stesen kerja untuk dail masuk
pelayan untuk diuji alatan pangkalan data pelayan. Tempoh masa untuk
menyiapkan tugas, kemajuan dan skor timbun tambah dirakam untuk tindakan
pengajar. Dengan tersebarnya banyak perisian dan begitu banyak maklumat
dalam internet, perlombongan pengetahuan boleh dilakukan untuk mengesan
dan memuat simpan maklumat relevan pada pelayan pengajar, dan tidak
menghadkan pelajar ke isi tempatan. Kepakaran dalam perisian dan konfigurasi
perkakasan diperlukan mengurus sistem sedemikian.
Kajian Roslan dan Habibah (2000) jelas menunjuk potensi pendidikan secara
talian tetapi ia masih memerlukan banyak usaha untuk menjadikannya merupai
pendekatan modul interaktif bercetak sedia ada! Di samping itu kita perlu
memahami sepenuhnya apakah yang dibayangkan Sistem Rangkaian Hibrid
yang dikatakan sistem yang mungkin untuk pendidik menggunakan kelebihan
pangkalan-pangkalan pengetahuan serta memuat-simpan dan mengedar aset
atau pangkalan pengetahuan. Kita boleh pandangkan sistem hibrid (rajah 1)
sebagai sesuatu yang disokong dengan talian komunikasi dalam dan luar tapak.
Di samping itu terdapat interaksi aktif pelajar dengan alat pangkalan data untuk
capai keapada pelayan atau pangkalan data. Sistem hibrid membenarkan pelajar
bertindak balas bukan sahaja dengan isi CD-ROM semasa belajar, tetapi juga
menjelajah dan mengembang dari pangkalan data tetap melalui pangkalan data
tertabur. Di samping interaksi bersemuka antara pelajar dan pengajar tempatan,
pelajar boleh berkomunikasi dengan orang lain melalui alatan perbincangan
seperti ruang sembang, e-mel dan listserv. Pangajar, sebagai gedung
pengetahuan, boleh berkomunikasi dengan pelajar secara sinkroni atau
asinkroni, dan boleh mengubahsuai, pinda, atau mengehadkan capaian kepada
pangkalan pengetahuan jika perlu. Ciri yang lain pada sistem ini memerlukan
satu mekanisme memuat simpan pengetahuan dan tersedia untuk orang lain.
Jadi pengajaran adalah strategi prarancang berasaskan pedagogi untuk
menyampai maklumat terpilih yang tersusun dan berurutan dengan niat
mengakibatkan pelajar belajar, dan hasil akhir biasanya merupakan (tetapi tidak
terhad kepada) kemahiran dan pengetahuan, dan pengajaran dan latihan.

Pendidikan yang berjaya dicerminkan dalam prestasi yang bertambah baik dalam
situasi sebenar (dan tidak sahaja pada situasi rekaan). Apa yang diandaikan ialah
pindahan pembelajaran dari yang disimulasi ke yang praktikal. Bagi mereka yang
menyayangi paradigma konsstruktivis,gpenggunaan pengetahuan dalam situasi
sebenarh tidak dipanggil pindahan pembelajaran, tetapi konstruksyen semula
untuk mengaktifkan tingkah laku dalam situasi yang baru!
Teknologi menambah nilai kepada kurikulum, tidak mempengaruh perubahan
kualitatif (mencapai gol yang lebih autentik dan kompleks) (Ertmer, 1999).
Pemilihan keputusan pengajaran yang tepat untuk memilih reka bentuk yang
sesuai adalah kritikal dalam mengembangkan persekitaran untuk Web dan Lebuh
Raya Multimedia. Adalah tidak cukup hanya melabur dalam teknologi sahaja;
sistem sokongan pembelajaran harus ada, dan bekerjasama dengan persekitaran
pembelajaran dalam organisasi. Melalui komunikasi elektronik, mengimbas
persekitaran luar dan menawan pengetahuan yang wujud dalam organisasi. CDROM Hibrid dengan struktur web atau lebuh raya merupakan mod berkesan
untuk memperoleh pangkalan-pangkalan data sedia ada untuk muat simpan
serta pembinaan pengetahuan. Kini Sekolah Bestari dibekal dengan CD-ROM,
dan kemungkinan besar pengajaran tidak terhad kepada isi yang termuat pada
CD-ROM. Adalah munasabah pihak pengembang CD-ROM ini juga menambah
baik kepada saluran maklumat CD-ROM dengan pautan melalui alamat web
supaya apabila pengguna (guru dan pelajar) klik padanya, mereka dapat akses
kepada laman web yang sesuai untuk tujuan pengayaan dalam bidang yang
dibicarakan. Ini akan membantu dalam arah pembinaan persekitaran web hibrid
untuk sekolah.
Oleh sebab rangkaian WWW sudah mula bertapak dalam dunia pendidikan dan
penggunaannya pula agak meluas, langkah yang dapat diambil oleh institusi
pendidikan seterusnya ialah memilih perisian PBBK multimedia yang terbaik
yang dihasilkan oleh pelajar, dan menempatkan perisian itu dalam laman web.
Langkah ini akan memudahkan perkongsian bahan PBBK melalui internet dalam
"bilik darjah/kuliah yang tiada sempadan." Langkah ini membolehkan lebih
banyak bahan PBBK multimedia tempatan digunakan di dalam negara dan di
dunia luar.
Walaupun sebahagian daripada bahan PBBK ini mungkin mengandungi unsur
budaya tempatan yang tidak serasi dengan budaya suatu bangsa yang lain, kita
percaya bahawa perisian PBBK tersebut akan memberikan peluang kepada dunia
luar untuk memahami budaya dan pemikiran bangsa Malaysia. Hal ini akan
memupuk semangat toleransi dan rasa hormat di kalangan pengguna di seluruh
dunia. Kandungan perisian PBBK ini perlu dinaikkan tarafnya dari masa ke masa
untuk menarik perhatian lebih banyak pengunjung dan pengguna. Sekiranya hal
ini dapat direalisasikan, tenaga pengajar akan lebih banyak terlibat dalam
penyediaan bahan PBBK multimedia untuk pembelajaran bahasa tanpa
sempadan, penyelenggaraan, dan penaiktarafan kandungan perisian untuk
laman web dari masa ke semasa, pemantauan kemajuan pelajar, penyediaan
sistem maklum balas kepada pelajar, dan pengurusan pembelajaran bahasa
yang lebih dinamis.
Dalam tahun-tahun yang mendatang, lebih banyak institusi pengajian tinggi
akan menyediakan peruntukan kewangan yang lebih besar untuk
pengembangan teknologi maklumat dan aktiviti berkaitan dengan teknologi

maklumat dalam pendidikan. Aktiviti pembangunan perisian PBBK multimedia


haruslah diperluas bukan sahaja bagi menampung kekurangan bahan
pengajaran dan pembelajaran tempatan, malahan aktiviti pembangunan perisian
PBBK multimedia akan menjimatkan kos pengurusan pendidikan untuk jangka
panjang. Sekali gus, sistem pendidikan jarak-jauh dalam negara yang akan
menggunakan internet dan intranet sebagai media asas pada masa yang akan
datang akan menjadi lebih mantap. Perisian PBBK multimedia akan terus
mendapat tempat di dalam dunia tanpa sempadan pada alaf baru ini.
Pembangunan perisian PBBK multimedia masih belum mendapat perhatian yang
meluas di negara ini. Kebanyakan penggunaan perisian berkenaan di institusi
pendidikan dalam negara bertolak daripada inisiatif pendidik secara individu dan
tidak digerakkan oleh institusi pendidikan atau kementerian. Walaupun pada
umumnya kos pembangunan perisian PBBK multimedia ini menjimatkan dalam
jangka masa pendek, kebaikan yang dapat diperoleh daripada pembangunan
perisian tempatan yang seiras dengan budaya dan pemikiran tempatan amat
diperlukan bagi memastikan kualiti pendidikan yang lebih terserlah. Di samping
itu, inovasi dalam tuntutan pendidikan masa depan memerlukan lebih banyak
pendidik untuk terlibat secara aktif dalam merancang kandungan pemelajaran
yang lebih dinamis, menghasilkan bahan perisian multimedia yang dapat dicapai
dari jauh melalui internet, dan memantau proses pemelajaran dan kemajuan
pelajar. Dengan hal yang demikian, para pendidik di Malaysia tidak lagi
bergantung pada pihak luar dalam penggunaan perisian PBBK multimedia.
7.2 Syor dan Cadangan
Dalam menghadapi globalisasi, rintangan terhadap penggunaan bahasa Melayu
dalam teknologi maklumat amat besar sekali. Penghayatan dan promosi
penggunaan bahasa Melayu menjadi semakin sukar apabila kepentingan
ekonomi menjadi cagarannya. Namun, jumlah penutur bahasa Melayu yang
melebihi 200 juta di dunia ini sebenarnya sudah cukup untuk menjadikan bahasa
Melayu bahasa teknologi maklumat serantau yang mempunyai nilai ekonomi.
Kini yang amat penting ialah kekuatan dan semangat tambahan untuk
merealisasikan hasrat ini, termasuk kerjasama yang bersepadu antara semua
negara berbahasa Melayu.
Selain itu, pelbagai usaha mungkin dapat dilaksanakan demi kemajuan
penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat,antaranya termasuklah:
1. Memberikan pengiktirafan sewajarnya dan berterusan kepada orang yang
berjuang memartabatkan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat.
Penghantaran dapat dilaksanakan melalui skim ganjaran atau anugerah secara
berkala.
2. Menjadikan perkhidmatan penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi
maklumat sebagai tanggungjawab sosial kerajaan. Pihak kerajaan, melalui
Dewan Bahasa dan Pustaka, dapat menyediakan perkhidmatan mencari istilah
dan bahasa dalam teknologi maklumat untuk semua golongan penggunaan
bahasa Melayu di negara ini secara percuma. Perkhidmatan ini dapat
dipopularkan melalui gerbang web bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka yang
sedia ada.
3. Menyediakan prasarana yang lebih dinamik untuk pengembangan istilah dan
bahasa dalam gerbang web DBP yang sedia ada. Sesiapa sahaja boleh

memberikan cadangan dan pendapat terhadap sebarang perkara baru yang


timbul berkaitan dengan penggunaan istilah dalam teknologi
maklumat.Pengesahan terhadap istilah dan bahasa yang betul kemudiannya
dapat dilakukan dengan cepat oleh pakar bahasa yang dilantik. Dengan cara ini
sahaja bahasa Melayu berupaya berkembang seiring dengan kepesatan
perkembangan teknologi maklumat itu sendiri.
4. Meningkatkan permuafakatan dan kerjasama dalam teknologi maklumat
berbahasa Melayu pada peringkat negara serantau yang mampu memberikan
pulangan bernilai ekonomi yang sewajarnya.
5. Melonggokkan perisian aplikasi generik berbahasa Melayu yang murah dan
mudah diperoleh di pasaran negara. Usaha ini dapat dilakukan dengan bantuan
pihak seperti NITC (National IT Council), Perbadanan Pembangunan Multimedia
(MDC), dan IPTA. Dalam era teknologi maklumat ini, tampaknya hanya bahasa
Inggeris yang diiktiraf sebagai bahasa global. Walau bagaimanapun, John Naisbitt
dalam buku The Global Paradox, mengatakan bahawa semakin "global" dunia ini
semakin kuat pula timbulnya kesedaran nasionalistik penduduk setempat seperti
yang sedang berlaku di beberapa buah negara Eropah. Oleh sebab itu, kita amat
berharap agar usaha teknologi maklumat dapat diseiringkan dengan keperluan
terhadap globalisasi.
Saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula ialah :
1. Kementerian Pendidikan dengan seberapa segera menyediakan perunntukan
yang mengcukupi bagi menyediakan prasarana dan peralatan untuk
membangunkan dan menggunakan ICT dalam pangajaran dan pembelajaran di
sekolah.
2. Kelengkapan yang mengcukupi perlu disediakan di PSPN, PKG dan PSS sebagai
tempat untuk guru-guru mendapat nasihat dan latihan.
3. Sediakan latihan dan kursus-kursus dalam bidang ICT bagi semua guru-guru
untuk menghadapi perkembangan ICT bagi masa hadapan.
4. Makmal-makmal komputer perlu diperbanyakkan di peringkat sekolah untuk
memberi peluang kepada setiap pelajar menggunakan komputer dan
memahirkannya.
5. Perlu menghantar guru keluar negara bagi menjalani latihan yang lebih
profesional.
Berdasarkan kepada syor dan cadangan tersebut diharapkan pelbagai inovasi
dapat dilaksanakan demi mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini merupakan satu
cabaran yang perlu diterima oleh semua pihak bagi melahirkan individu celik
komputer dalam menghadapi alaf baru.

8.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN


KOMPUTER DI SEKOLAH

8.1 Penggunaan ICT dalam Pengajaran Bahasa Melayu


Kepercayaan kini ialah ICT adalah cara dalam mana pendidikan yang lebih baik
akan diperolehi. Ini membanyangkan sumbangan utama teknologi untuk
meningkatkan pendidikan. Contoh demi contoh merujuk kepada teknologi
perkaskasan seakan-akan teknologi-teknologi itulah yang membawa kepada hasil
yang diharapkan. Pada sebahagiannya ini mungkin benar, tetapi yang
merumitkan ialah memastikan proses yang selari dengan teknologi itu berfungsi.
Kerap kali kelemahan teknologi disembunyikan dan tidak diberi perhatian
langsung. Pengajaran boleh dilatih, pelajar didorong menyertai dalam percubaan
Pembelajaran Bestari, perkakasan mungkin berada, tetapi adakah pendekatan
kepada pengajaran novel atau inovatif?
Apa yang kita saksi adalah kemahiran terlatih yang ditunjuk-tunjuk dalam masa
sebenar dan yang mungkin memerlukan penyesuaian. Beberapa pengajar
mungkin tertarik dengan idea konstruktivisme, tetapi akan menghadapi masalah
melaksanakannya dalam bilik darjah. ICT boleh menjadi pemudah cara yang kuat
bagi pengajaran dan pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan
untuk berjaya. Jika pengukuran pencapaian mungkin boleh dipersoalkan. Kita
boleh menyepadukan ICT dengan lebih berakal kalau kita memahami teknologiteknologi lembut.
8.2 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu
Permintaan untuk mendapatkan maklumat dengan segera dan pantas telah
merubah senario pendidikan dan pengajaran sekarang. Pengajaran dan
pembelajaran cara konvensional hanya terhad di dalam kelas dan tidak mampu
melepasi sempadan geografi sesebuah negara. Untuk memastikan sistem
pendidikan negara terus menepati aspresiasi masyarakat, maka satu pendekatan
dan kaedah baru yang bersifat global harus diteroka.
Oleh yang demikian, satu kaedah baru dibentuk agar penyebaran maklumat
dapat dilakukan dengan pantas, tepat, murah, meluas dan sekata. Ini amat
penting dilakukan agar pengarjaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat
berkembang luas seiring dengan teknologi maklumat yang begitu pesat
membangun. Dengan perkembangan teknologi maklumat inilah, kita tidak dapat
lari dari menggunakan komputer. Hal ini kerana, komputer merupakan alat
termaju masa kini yang berupaya mendapat dan bertukar-tukar maklumat tanpa
mengira sempadan dan masa. Atas kesedaran bahawa bahasa Melayu itu harus
bergerak maju ke depan, maka satu laman
web.www.khazanahmelayu.mmu.edu.my dibina. Diikuti oleh perisian
kursusBahasa Melayu untuk Penutur Asingf melalui intranet Universiti
Multimedia dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dihasilkan. Melalui pengalamanpengalaman inilah dapat menyingkap sejauh mana komputer membantu
pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu. Kertas kerja ini akan
memfokuskan kepada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di
samping kemahiran tatabahasa yang sering dititikberatkan dalam sesuatu
pengajaran bahasa.Dalam pengajaran bahasa terdapat tiga kemahiran penting
yang sering dititikberatkan iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Oleh itu kita lihat sejauh mana komputer dapat memainkan peranannya
dalam kemahiran-kemahiran ini.

8.2.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Kemahiran mendengar diperlukan dalam pelbagai situasi misalnya ucapan,
syarahan, pidato, perbahasan, forum, wawancara, perbualan antara ibu bapa
dan ahli keluarga, mendengar nyanyian, puisi, seloka, pantun, gurindam, berita,
menonton drama, filem dan sebagainya. Keperluan untuk mendengar ini boleh
berlaku di mana-mana sahaja mengikut tujuan sama ada dalam interaksi sosial,
mendapatkan hiburan atau maklumat dan pengetahuan.
Kesemua situasi ini boleh kita rakamkan meliputi audio dan video dan dimuatkan
dalam satu perisian kursus. Ini dapat dijadikan rujukan utama kepada para
pelajar kerana mereka dapat mendengar model menyebutnya dengan betul dan
berulang-ulang kali. Setelah mendengar, pelajar akan mengajuk atau melafazkan
bahan yang diperdengarkan itu dengan sebutan, intonasi, gaya dan irama yang
betul. selain daripada itu adat resam, disiplin dan sopan santun dalam
berinteraksi juga dapat diketengahkan. Misalnya bagaimana hendak memulakan
percakapan, bagaimana hendak mencelah dan menyampuk apabila orang lain
sedang bercakap.
Teknologi komputer dapat membantu bersedia sebelum pengajaran di dalam
kelas dimulakan. Misalnya pelajar boleh melihat dahulu, mendengar dan
memahami topik pelajaran yang bakal diajar sebelum masuk ke kelas. Oleh itu,
semasa di dalam kelas, pelajar dapat menambahkan pemahaman ketika guru
menerangkannya.
Dalam kemahiran mendengar ini proses mendengar yang melibatkan telinga
sebagai alat yang menerima bunyi-bunyi bahasa dan otak untuk berfikir dan
memahami apa yang didengar ini penting. Namun begitu bagi melengkapkan
proses ini latihan diperlukan. Untuk setiap topik di dalam perisian kursus
disediakan latihan bagi menguji tahap kefahaman para pelajar sama ada melalui
latihan mendengar petikan, perbualan atau sebagainya dan kemudian memilih
jawapan yang tepat seperti mana yang telah disediakan di dalam perisian kursus
tersebut. Ini melibatkan soalan seperti apakah, siapakah, bilakah atau di
manakah. Manakala soalan-soalan seperti mengapakah, bagaimanakah,
jelaskan, huraikan, bandingkan, bahaskan dan sebaginya dapat dikendalikan di
dalam ruang forum atau sembang, atau melalui e-mail.
Untuk memantapkan pelajar dengan kemahiran bertutur, pensyarah pula
memainkan peranan penting di sini. Setelah teknologi komputer digunakan
sebagai panduan atau model bagaimana perbahasan atau perdebatan
berlangsung, maka di dalam kelas guru boleh memberikan topik-topik tertentu
yang difikirkan sesuai dan mampu menarik minat pelajar untuk dibahaskan.
Kita tahu bahawa dalam puisi Melayu terdapat pantun, gurindam, seloka, talibun
dan sebagainya. Namun begitu, tahukah kita bagaimana bentuk, gaya, lagu,
irama dan intonasinya? Melalui teknologi komputer jugalah kita mampu untuk
menonjolkan puisi-puisi Melayu ini dan mengembangkannya di serata dunia dan
yang pentingnya model bacaan puisi ini dijadikan contoh kepada para pelajar.
Bacaan pantun boleh kita dengar dalam cakera padat gTatabahasa Bahasa
Melayuh di permulaan dan penutup setiap modul.
Untuk kemahiran bertutur, ucapan atau petikan boleh dipertonton kepada para
pelajar, misalnya ucapan pembukaan atau penutup Persidangan Agong UMNO di
PWTC oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed. Selain daripada itu, video tentang

perisitiwa 11 September 2001. Bahan ajar seperti ini boleh dijadikan topik
perbincangan yang hangat di dalam kelas.
Model bahasa Melayu lisan yang baik diperlukan kerana apabila pelajar
mendengar ia akan meniru model tersebut apabila bercakap nanti. Oleh itu,
pemilihan model adalah penting dalam pengajaran bahasa. Di Malaysia sendiri
mungkin kita tertanya-tanya intonasi, gaya dan sebutan yang bagaimanakah
yang betul dalam bacaan berita, di RTM, TV3 atau NTV7?
Matlamat dalam pengajaran bahasa Melayu ialah kebolehan pelajar bertutur
menurut sistem bunyi bahasa Melayu baku, maka model bahasa Melayu amat
diperlukan. Di Malaysia sendiri kita terkeliru apatah lagi pelajar-pelajar bahasa
Melayu di luar negara. Dengan teknologi komputer jugalah kita dapat
menyebarkan bahasa Melayu di luar negara. Dengan teknologi komputer jugalah
kita dapat menyebarluaskan contoh dan model ini yang disahkan oleh pakar
bahasa seperti yang akan temui dalam cakera padat Tatabahasa Bahasa
Melayu.
8.2.2 Kemahiran Menulis
Antara kemahiran menulis yang saya gunakan dalam pengajaran bahasa di MMU
termasuklah melalui e-mail, ruangan sembang dan laman web
www.khazanahmelayu.mmu.edu.my.
Misalnya untuk menulis surat kiriman rasmi, terlebih dahulu saya menjelaskan
format surat kiriman rasmi kepada para pelajar di dalam kelas di samping nota
yang telah sedia ada di dalam enota talian MMUf. Kemudian diberikan iklan
jawatan kosong yang disiarkan di dalam akhbar utama Malaysia berserta soalan
supaya mereka menulis surat kiriman rasmi untuk memohon pekerjaan yang
diiklankan kepada saya melalui e-mail. Selepas meneliti dan memeriksa surat
tersebut dari segi isi, format, pemilihan kata dan tatabahasa, akan dihantar
semula kepada pelajar jawapan permohon berserta pembetulan jika ada
kesalahan dari segi pemilihan kata dan tatabahasa.
Selain daripada itu, melalui ruangan sembang dan e-mail juga, dikemukakan
topik atau isu-isu semasa yang menjadi bualan hangat kepada pelajar-pelajar,
misalnya isu penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan
matematik di sekolah ataupun dihantarkan imej yang berkaitan dengan sesuatu
topik. Setiap pelajar mesti mengemukakan pendapat dan pandangan mereka
dan secara tidak langsung semua pelajar terlibat dalam perbahasan maya ini di
samping mengasah minda dan kemahiran menulis. Penilaian boleh dibuat dari
segi sejauh mana penglibatan pelajar dalam sembang tersebut.
Dalam laman web www.khazanahmelayu.mmu.edu.my pula, saya telah sediakan
laman-laman untuk berbalas pantun, bersajak, menulis cerita kanak-kanak,
cerpen dan peribahasa. Dalam laman berbalas pantun, pelajar atau pelayar
laman web ini boleh bertanya khabar, menyatakan perasaan dan sebagainya
melalui pantun, mereka juga boleh bersajak. Bagi yang berminat menulis cerita
pendek atau cerita kanak-kanak mereka boleh menulis dan hantarkan di laman
ini. Keistimewaan ruangan cerita pendek ini ialah pelajar boleh menyambung
cerita-cerita ini mengikut kehendak dan imaginasi sendiri. Manakala ruangan
peribahasa pula, pelajar boleh menyumbang peribahasa dan makna atau
maksudnya di samping memberi kemudahan menggunakan peribahasa ini untuk
menulis atau untuk perbualan sehari-hari.

8.2.3 Kemahiran Membaca


Untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan pelajar, misalnya
membaca berita, laporan, pengumuman, taklimat dan sebagainya, contoh atau
model diberikan dalam perisian kursus supaya pelajar dapat meniru model
bahasa lisan yang baik.
Dalam cakera padat gTatabahasa Bahasa Melayuh misalnya, disediakan audio
dan teks yang dianimasikan mengikut sebutan yang diperdengarkan. Ini
membantu pelajar menyebut dengan cara yang betul dan boleh diulang berkalikali mengikut keperluan masing-masing.
Paparan dalam cakera padat ini juga disediakan dengan menarik. Umpamanya
selain teks dan audio, elemen-elemen multimedia yang lain seperti video, grafik,
imej dan animasi untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam sesuatu topik
yang dipelajari. Misalnya dalam satu skrin terdapat teks Anggota bomba
menaikkan tangga. Ada animasi imej anggota bomba yang sedang menaikkan
tangga dan voice over yang menyebut ayat tersebut. Begitu juga dengan
teks, animasi, imej dan voice over Anggota bomba menaiki tangga untuk
menyelamatkan mangsa kebakaran itu. Kedua-dua ayat ini mempunyai
perbezaan yang ketara dan visual akan memudahkan para pensyarah
menjelaskannya kepada pelajar dan begitu juga sebaliknya, gabungan elemenelemen multimedia dapat membantu dan memudahkan pemahaman pelajar.
8.2.4 Kemahiran Tatabahasa
Selain daripada kemahiran berbahasa, kemahiran tatabahasa juga merupakan
salah satu daripada elemen penting yang perlu dikuasai. Mungkin bagi
sesetengah orang, tatabahasa merupakan sesuatu yang membosankan. Namun
begitu, melalui teknologi komputer ini mampu untuk kita menangani masalah ini.
Misalnya di dalam cakera padat Tatabahasa Bahasa Melayu, penerangan
tentang konsep disampaikan dengan memberikan definisi, huraian, contoh dan
latihan.
Sesuatu topik tatabahasa dimulakan dengan bahan rangsangan yang
memperkatakan tentang tema kemalaysiaan kerana di sini kita boleh turut
memperkenalkan adat, budaya dan topik tatabahasa tersebut. Setelah pelbagai
corak, gaya dan bentuk dan dipersembahkan dengan bantuan elemen-elemen
multimedia seperti audio, video, animasi, teks dan grafik, diikuti pula oleh
latihan.
Soalan latihan yang boleh disediakan melalui teknologi komputer ini ada
pelbagai jenis, misalnya soalan aneka pilihan, betul dan salah, padanan, seret
dan letak, mengisi tempat kosong dan sebagainya. Apa yang menariknya, setiap
pilihan jawapan itu disediakan dengan respons yang menyatakan sebab-sebab
jawapan itu salah atau betul. dengan cara ini pelajar dapat belajar sesuatu
walaupun jawapan pilihannya salah.
Satu lagi keistimewaan cakera padat Tatabahasa Bahasa Melayu ialah
terdapatnya Petua Munsyi iaitu petua, nasihat, petunjuk atau panduan yang
berguna kepada para pengguna untuk memahami tatabahasa bahasa Melayu.
Begitu juga dengan prototaip yang dibina untuk gWarna-warna Malaysiah iaitu
gabungan laman web (yang mencerminkan tentang geografi, tempat-tempat

menarik, budaya dan ekonomi di Malaysia) dengan cakera padat, eBelajar


Bahasa Melayuf. Dalam topik kata tanya misalnya, sediakan bahan rangsangan
iaitu perbualan di kaunter pertanyaan di sebuah hotel. Setelah memperkenalkan
kata tanya dan ayat tanya tersebut, diikuti pula dengan definisi dan huraian
serta penerangan tentang kata tanya dan ayat tanya serta contoh-contohnya.
Untuk memantapkan lagi kefahaman pengguna, sediakan soalan-soalan yang
berkaitan dan jawapan atau respons bagi setiap pilihan jawapan.
Berdasarkan perbincangan ini, jelas teknologi komputer mampu dan berupaya
untuk membantu dalam pengajaran bahasa Melayu yang bersifat global. Dengan
teknologi yang ada kita dapat berkongsi maklumat dan idea dari seluruh pelosok
dunia tanpa mengira waktu dan tempat. Dengan adanya teknologi ini pelajar
dapat belajar bahasa mengikut kesesuaian masa mereka sendiri. Kita amat jelas,
mengajar bahasa memang tidak cukup hanya 3 jam seminggu, selebihnya
pelajar sendiri perlu berusaha memantapkan lagi penguasaan bahasa mereka.
Oleh itu, dengan adanya teknologi komputer ini, dengan cakera padat, laman
web dan sebagainya membantu mereka belajar sendiri dan peranan utama
pengajar, menolong dan memudahkan pelajar belajar sendiri.
Namun tidak dinafikan, dengan teknologi komputer ini menuntut kita
meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk berfikir, mencari idea-idea
yang kreatif dan kritis dalam pengajaran berbantukan komputer. Pastinya guru
tersebut perlu pakar dalam bahasa dan juga tahu menggunakan teknologi
komputer walaupun tidak sebijak pakar TM (teknologi maklumat) atau pakar
komputer yang menjadi bidang utama mereka.
Bukanlah suatu perkara yang mudah juga untuk kita menghasilkan laman web
atau perisian kursus, namun jika kita menggabungkan pakar-pakar dalam bidang
multimedia, teknologi maklumat, reka bentuk bahan pengajaran dan pakar
kandungan atau subjek, hal ini tidak menjadi masalah dan objektif kita untuk
memperluas sempadan geografi penggunaan bahasa Melayu, di samping
memperkenalkan bahasa, sastera dan budaya Melayu kepada masyarakat
antarabangsa bukan satu omong-omong kosong lagi.
8.3 Inovasi Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer
Di negara kita, inovasi penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat dibahagikan kepada dua frasa utama. Frasa pertama
bermula pada tahun 1981 hingga tahun 1989. Frasa ini lebih memberikan
tumpuan kepada pengajaran literasi komputer di bawah aktiviti kelab komputer
sebagai sebahagian daripada pelajaran Kemahiran Hidup. Frasa kedua pula
bermula pada tahun 1990 dengan pendekatan yang lebih condong kepada
pengajaran berintegrasikan komputer.
Dalam usaha untuk meluaskan penggunaan komputer dalam pengajaran, maka
pada bulan Jun 1992, Kementerian Pendidikan telah menjalankan projek terbesar
yang terkenal sebagai gProjek Komputer dalam Pendidikanh di 60 buah
sekolah menengah. Bagi memperluas penggunaan komputer di kalangan pelajar,
maka program ini diperkembang kepada 120 buah sekolah menengah.
Pada tahun 2001, pengajaran berbentuk komputer mula dicuba di 90 buah
sekolah bestari di bawah projek Rintis Sekolah Bestari, Kementerian Pendidikan.
Dalam projek rintis ini, sebanyak empat mata pelajaran sekolah menengah dan
sekolah rendah telah menggunakan perisian kursus yang disediakan secara

berperingkat-peringkat. Mata pelajaran yang terlibat dalam percubaan ini ialah


Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik. Perisian kursus
berkenaan disediakan oleh empat buah syarikat swasta dengan usaha sama
Kementerian Pendidikan.
Pengajaran berbantukan komputer ialah pengajaran yang dijalankan dengan
menggunakan perisian kursus yang dibina khas untuk sesuatu kemahiran, tajuk,
atau pelajaran. Melalui perisian inilah, pelajar atau pengguna akan mempelajari
sesuatu, sama ada secara bersendirian ataupun dengan bimbingan guru.
Melalui pengajaran berbantukan komputer, pelajar dapat terangsang untuk
belajar iaitu belajar sendiri tanpa guru, memilih kemahiran atau tajuk mengikut
urutan tertentu, mengulang pelajaran beberapa kali mengikut keperluan, belajar
mengikut keupayaan dan kelajuan masing-masing, berlatih menyebut, membaca
dan menghafazkan sesuatu mengikut model yang diperdengarkan, memperoleh
maklum balas segera dalam bentuk teks, suara atau grafik, maklumat tambahan
dan sebagainya.
Dalam mata pelajaran bahasa Melayu, terdapat tiga kemahiran utama iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran
menulis bagi pelajar-pelajar tingkatan tiga. Bagi pelajar tingkatan satu, dua,
empat dan lima, tiga kemahiran tersebut ialah bidang interpersonal, bidang
maklumat dan bidang estetik. Di samping kemahiran tatabahasa merupakan
aspek penting dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Dalam hubungan ini, kita
akan dapat melihat bagaimana pentingnya komputer membantu pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan melalui kemahiran tersebut.
Dengan menggunakan perisian kursus, pelajar akan dapat meningkatkan
kemahiran berpidato, berdebat, berpuisi, dan sebagainya. Hal ini demikian
kerana pelajar dapat mendengar model tentang kemahiran tersebut dengan
betul. Setelah mendengar, pelajar akan mengajuk atau melafazkan bahan yang
diperdengarkan itu dengan sebutan, intonasi, gaya dan irama yang betul.
Berdasarkan pengalaman yang lalu, kita dapati bahawa pelajar dan pengguna
bahasa Melayu masih keliru tentang cara menyebut beberapa perkataan tertentu
seperti bestari, debat, panel, peka dan sebagainya. Dapatkah perkataan tersebut
disebut dengan betul? Lazimnya, dalam bahagian lisan, perkataan tersebut akan
dipaparkan pada skrin yang kemudiannya disusuli pula oleh suara yang
menyebut perkataan tersebut mengikut sebutan baku. Pengguna kemudiannya
dikehendaki mengajuk menyebut perkataan itu dengan betul.
Kemahiran membaca pula dapat ditingkatkan dengan mendengar model bacaan
yang diperdengarkan. Contohnya, bagaimana pelajar hendak membaca berita,
membaca laporan, membaca pengumuman, membaca pantas, menyatakan
makna berdasarkan konteks menganalisis maklumat membuat taakulan dan
membuat rumusan?
Lazimnya, perisian kursus yang disediakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu
akan menyediakan panduan dan petua serta latihan untuk meningkatkan
kebolehan pelajar dalam kemahiran berkenaan. Contohnya, dalam hal membaca
berrita, bentuk sebutan, intonasi, dan gaya yang bagaimanakah yang
seharusnya diikuti, jika model bacaan berita yang tekal tidak disediakan sebagai
panduan pelajar?

Walaupun bacaan seperti yang disiarkan di TV melambangkan jati diri masingmasing, dalam perkembangan bahasa Melayu, harus ada yang baku atau
standard sekurang-kurangnya dari segi intonasinya atau sebutannya. Oleh itu
untuk panduan sekolah, perisian kursus yang disediakan juga mengambil
pertimbangan tentang cara bacaan berita yang betul dan baku.
Di samping itu pemaparan bahan juga disediakan dengan menarik. Contohnya,
selain teks, disediakan juga gambar, grafik, animasi dan sebagainya bagi
memudahkan pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk yang sedang dipelajari.
Bagi teks tertentu,terdapat juga pop-up, sama ada dalam bentuk penerangan
ataupun gambar yang bertujuan untuk memberikan kemudahan membuat
rujukan secara serta merta. Pop-up ini digunakan hanya apabila diperlukan oleh
pelajar, iaitu dengan mengklik perkataan berkenaan. Sebaik sahaja perkataan
diklik, maka terpaparlah penerangan ringkas tentang perkataan tersebut yang
kadang-kadang disertai gambar atau animasi yang sesuai.
Antara kemahiran menulis yang dicadangkan dalam sukatan pelajaran bahasa
Melayu termasuklah menulis karangan berformat dan tidak berformat. Contoh
karangan berformat ialah surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi.
Dengan menggunakan perisian kursus, maka pelajar akan diberikan tutorial
tentang cara menulis surat rasmi dan surat tidak rasmi. Penerangan yang
terdapat dalam tutorial ini bersifat ansur maju, iaitu latihan dibuat secara
berperingkat-peringkat sehingga pelajar mahir menulis surat mengikut format
yang betul. Di samping itu, bagi memudahkan pelajar, templat tertentu
disediakan dan pelajar hanya dikehendaki mengisikan maklumat yang sesuai
ditempat kosong yang terdapat dalam templat berkenaan.
Kemahiran tatabahasa juga merupakan elemen penting yang perlu dipelajari.
Aspek tatabahasa ini disampaikan mengikut pendekatan tutorial. Tutorial ialah
penerangan tentang sesuatu konsep yang disampaikan dengan memberikan
definisi, huraian, dan contoh yang berkaitan. Tutorial disampaikan dengan
berperingkat-peringkat, iaitu bermula daripada konsep yang paling mudah
sehinggalah peringkat yang lebih kompleks. Setiap peringkat itu disediakan
dengan latihan yang sesuai dengan konsep yang diterangkan.
Lazimnya, perisian kursus seperti ini kurang menyediakan latihan berbentuk
subjektif. Namun demikian, jika talian berbentuk subjektif diperlukan, contoh
atau cadangan jawapan untuk semakan pelajar atau penggunakan disediakan.
Berdasarkan huraian tersebut jelaskan bahawa inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu yang terkini adalah dengan berbantukan komputer.
Guru-guru perlu menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan komputer di
era globalisasi ini. Oleh itu pengetahuan guru dalam bidang ini perlulah lebih
meluas dengan mengikuti kursus-kursus intensif yang dianjurkan oleh
Kementerian Pendidikan.
Seterusnya, bagi memantapkan lagi pelaksanaan program pengajaran
berbantukan komputer di sekolah ini sewajarnya guru-guru bahasa diberi kursus
literasi teknologi maklumat dari semasa ke semasa. Hal ini amat penting bagi
menyediakan guru-guru bahasa yang mampu menangani cabaran-cabaran di
dalam pengajaran berbentuk maya ini. Selain itu, modul pembanguNan perisian
juga wajar ditawarkan kepada mereka bagi melahirkan guru-guru bahasa yang
berkebolehan dan berliterasi untuk memproses perisian bahasa melayu dengan

menggunakan sistem pengaturcaraan. Modul pembangunan perisian ini juga


perlu kerana pada masa ini tidak banyak perisian-perisian bahasa Melayu yang
dibangunkan mengikut keperluan kurikulum dan juga budaya Melayu.
Sehubungan itu pakar bahasa Melayu dan mereka yang telibat di dalam bidang
pengajaran bahasa perlu mewujudkan satu kumpulan pembangunan perisian
kursus yang terdiri dari pakar bahasa, pengatur program komputer dan pereka
grafik.
Institusi Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan juga boleh mengadakan
pertandingan mereka bentuk perisian bahasa Melayu untuk menambahkan
bilangan perisian yang sedia ada dan menggalakkan pembangunan perisian
bahasa itu. Dengan pertambahan ini, pengajaran bahasa berbantukan komputer
dapat berkembang kerana komputer dan perisiannya dapat membantu
meningkatkan pangajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Dengan ini, bilangan pelajar yang mengikuti pelajaran bahasa dapat dijalankan
di luar kelas formal dan ini satu strategi untuk mengembangkan bahasa Melayu
di dalam dan di luar negeri. Pembelajaran kendiri ini membolehkan pendidikan
jarak jauh dijalankan melalui rangkaian internet untuk mencakupi pelajar bahasa
yang lebih ramai. Pertandingan mereka bentuk laman web umpamanya
merupakan salah satu aktiviti yang menarik dan dapat memantau usaha
memperbanyak lagi bahan pengajaran bahasa Melayu di dalam internet.
Secara keseluruhannya dapatlah dinyatakan bahawa inovasi yang berlaku
dengan menggunakan komputer sebenarnya dapat menarik minat lebih banyak
pengguna bahasa dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi. Hal ini di
sokong oleh kajian Harasim (1989 dan 1990), dan Walther (1996). Sebagai guru
bahasa di alaf baru, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu perlu diperluas dan dipertingkat lagi demi mengembangkan
bahasa Melayu di alam siber.
Berdasarkan inovasi yang berlaku institusi pendidikan guru dan latihan guru
perlu mengambil kira perkembangan terkini dalam pendidikan supaya latihan
perguruan yang ditawarkan dapat membantu para guru menggunakan teknologi
maklumat dalam pengajaran. Norizan (1998) menyenaraikan beberapa saranan
yang dapat digunakan untuk melatih guru. Antaranya:

Kemahiran menggunakan perisian asas dan aplikasi, menyusur internet


dan menggunakan alat teknologi maklumat.

Kemahiran inovasi teknologi maklumat yang meliputi kemahiran


membangunkan perisian dan bahan pengajaran.
Berdasarkan fakta tersebut inovasi yang begitu ketara dalam pengajaran
menggunakan teknologi maklumat khususnya komputer ialah:
a) Pengajaran bahasa Melayu menggunakan komputer dapat membantu
interaksi pelajar agar lebih interaktif dan spontan. Soalan-soalan yang diajukan
di dalam perisian-perisian kursus dan melalui talian internet mempunyai maklum
balas yang tepat dan cepat. Pelajar dapat mengetahui jika jawapan yang mereka
berikan itu betul atau salah. Jika salah mereka akan diberi penerangan dan
pertolongan dalam talian juga ada disediakan. Jika jawapan mereka betul, pujian
yang berbentuk memberi motivasi kepada pelajar akan dipaparkan di skrin.
Interaksi ini adalah dua hala antara pelajar dengan komputer.

b) Bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu boleh


diprogramkan di dalam bentuk multimedia. Bahan maklumat dapat disampaikan
dengan data, teks, imej, video, animasi, bunyi dan suara.Kemudahan multimedia
ini membuatkan teks yang dibaca lebih seronok hanya kerana ia disampaikan
dengan animasi dan bunyi. Ini membantu suasana pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu lebih berkesan dan hidup. Penerangan sesuatu konsep dapat
dilakukan dengan mudah. Penggunaan teknologi maklumat dapat membantu
membawa alam kehidupan ke dalam bilik darjah dan menjadikan proses
pembelajaran lebih realistik. Guru-guru dan pelajar juga didedahkan kepada satu
timbunan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk pendidikan.
c) Aktiviti kelas pula lebih berpusatkan kepada pelajar (student centered).
Pengajaran komputer membolehkan tumpuan diberikan kepada setiap pelajar
dengan tiada halangan dan bias. Ini sejajar dengan kaedah pendidikan masa kini
yang menekankan tumpuan kepada pelajar. Setiap pelajar juga dapat mengawal
pembelajaran bahasa Melayu masing-masing dari segi kelajuan, kemahiran, dan
tahap latihan. Dari segi kelajuan, pelajar boleh melambatkan atau mempercepat
pelajaran bahasa mengikut kesesuaian tahap kefahaman dan kelajuan
pembelajaran masing-masing. Jika dilihat dari segi kemahiran pula, pelajar boleh
memilih pelajaran bahasa sesuai dengan tahap kemahiran mereka iaitu
peringkat permulaan, pertengahan atau mahir. Pelajar yang mahir mungkin tidak
perlu melakukan latihan permulaan. Dari segi latihan pula, pelajar boleh
membuat latihan dengan berulang kali atau membuat cubaan menjawab secara
berulang-ulang tanpa merasa malu jika membuat kesilapan. Pelajaran yang
diulang-ulang ini juga tidak berubah dari segi mutu penyampaiannya.
i. Cara pembelajaran juga boleh dilakukan secara kendiri. Dengan kaedah
pembelajaran bahasa menggunakan komputer, pembelajaran bahasa boleh
dijalankan di mana-mana sahaja dan tidak tertakluk di dalam kelas bahasa yang
formal atau di dalam makmal komputer. Pelajar boleh mengikuti pelajaran
bahasa di rumah, di perpustakaan atau di tempat-tempat lain yang menyediakan
perkakasan yang sesuai dan talian internet di dalam suasana yang kondusif
untuk pembelajaran mereka. Waktu pembelajaran juga terhad. Dominasi guru
juga dapat dikurangkan dan ini dapat membantu pelajar-pelajar yang malu untuk
berinteraksi dan memberi maklum balas di dalam kelas merasa selesa berbuat
demikian dengan komputer.
ii. Demikan juga dengan aspek pentadbiran kelas. Penggunaan komputer
membolehkan interaksi pelajar dan guru dijalankan walaupun di luar bilik darjah
dan di luar waktu pengajaran. Pelajar, guru dan pentadbiran sekolah boleh
berinteraksi dengan mudah menggunakan mel elektronik di dalam dan juga di
luar sekolah.
iii. Penilaian boleh dijalankan secara komprehensif. Penggunaan komputer
membolehkan penilaian dijalankan di dalam talian di mana ia lebih komprehensif.
Komputer berupaya untuk mambantu para guru membuat set penilaian,
menjalankan penilaian dan menilai set soalan penilaian mereka dan kebolehan
pelajar menjawab soalan-soalan tersebut. Soalan-soalan yang diberikan kepada
pelajar boleh dianalisis dan satu kumpulan soalan-soalan berkenaan dipanggil
penilaian berkomputer. Penilaian di dalam talian ini juga membolehkan pelajar
memilih permasalahan untuk diselesaikan dengan cara mencari maklumat
tertentu. Kerja ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. Pelajar

akan dinilai dari segi kebolehan mereka menilai maklumat, menggunakan


maklumat dan mempersembah maklumat mereka dalam bentuk laporan atau
persembahan.
iv. Peranan guru sebagai pengemudi ilmu. Peranan guru bahasa adalah lebih
sebagai fasilitator dan juga pengemudi ilmu. Tugas guru di dalam kelas yang
menggunakan komputer ialah membantu pelajar untuk mencari maklumat,
menyusuri laman web yang berkaitan dan menggunakan maklumat yang
tersedia untuk menyelesaikan masalah. Guru-guru juga berperanan sebagai
pembantu makmal yang dapat membantu pelajar dari segi teknikal.
9.0 KESIMPULAN
Kesediaan Malaysia untuk menerima teknologi maklumat sebagai salah satu
agenda dalam Wawasan 2020 telah mula direalisasikan menerusi projek mega
Koridor Raya Multimedia (MSC). Projek yang menampilkan beberapa aplikasi
besar seperti kerajaan elektronik dan sekolah bestari ini telah menjadi
pemangkin kepada pembudayaan teknologi maklumat dalam kalangan
masyarakat.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjadikan masyarakat negara ini
masyarakat yang celik komputer. Hal ini amat penting untuk memastikan
teknologi maklumat dapat berfungsi sebagai satu bidang industri yang dapat
memberikan sumbangan ekonomi yang penting kepada negara. Hingga kini,
usaha memartabatkan teknologi maklumat terus mendapat perhatian kerajaan.
Namun, dalam keghairahan ini, kita mungkin terlupa bahawa teknologi
maklumat yang sedang berkembang di Malaysia kini masih berbudaya asing.
Sebahagian besar unsurnya seperti bahasa, persembahan, dan kandungan
maklumat masih beracuan Barat. Pada masa ini, pelbagai dasar teknologi
maklumat telah digubal, terutama yang berkaitan dengan persembahan dan
kandungan maklumat.
Dalam bidang komunikasi pengantaraan komputer dapat menarik lebih banyak
pengguna bahasa dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi seperti malu
dan segan. Komunikasi antara pelajar dengan guru mungkin berlansung dengan
lebih baik dan lebih mesra berbanding dengan komunikasi secara bersemuka.
Hal ini telah disokong oleh kajian Harasim (1989), Harasim (1990), dan Walther
(1996). Penulis menyarankan agar guru bahasa mencuba berkomunikasi dengan
pelajar dengan menggunakan komunikasi pengantaraan komputer dan mencuba
khidmat ini untuk tugas perundingan dengan pelajar bahasa. Cara ini dapat
membantu memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam internet dan secara
langsung dapat mengembangkan bahasa Melayu di alam siber serta meletakkan
bahasa Melayu di paras antarabangsa.
Selain itu, berdasarkan teaching, learning and computing: a national survey of
school and teachers, center for research on information technology and
organizations indicator ICT terhadap penggunaan internet oleh guru-guru ialah:
i. Sekolah awam boleh mengases internet.
ii. Internet disambungkan dalam bilik darjah.
iii. Guru menggunakan maklumat untuk pengajaran.

iv. Guru menggunakan e-mail untuk menghubungi guru-guru di sekolah lain.


v. Pelajar menggunakan web site dalam pengajaran.
vi. Menggunakan internet lebih daripada dalam bilik darjah.
vii. Internet digunakan dalam berbagai-bagai lokasi.
viii. Internet digunakan dalam subjek pengajran.
ix. Internet digunakan diberbagai peringkat pengajaran.
(http://www.unesco.org/bangkok/education/ict/teaching)
Melalui teknologi maklumat juga dapat membantu guru-guru dalam pengajaran.
Melalui ICT dapat memperkembangkan bahan-bahan multimedia yang dapat
membantu menyediakan bahan-bahan latihan yang baik, dapat mengadakan
simulasi, dapat menganalisis maklumat yang sedia ada yang membolehkan guru
menggunakan teknologi untuk pembelajaran. Dalam perkara ini ICT dapat
membantu guru meningkatkan perkembangan profesional mereka melalui
latihan, pembelajaran dan kursus-kursus yang diadakan.
Berdasarkan berbagai-bagai kajian, hasilnya menunjukkan penggunaan ICT
dalam pendidikan menjadikan:
i. Kurang arahan dan lebih pengajaran berpusatkan pelajar
ii. Meningkatkan emphasis ke atas individu
ii. Lebih masa untuk guru menasihati pelajar
iii. Meningkatkan minat dalam pengajaran
iv. Meningkatkan pengalaman berkaitan dengan perkembangan teknologi
v. Guru boleh mempelbagaikan penggunaan teknologi
vi. Meningkatkan pentadbiran dan penghasilan guru
vii. Pengulangan dan memikirkan semula terhadap kurikulum dan strategi
pengajaran
viii. Tingkatkan penglibatan dalam pendidikan dengan agensi masyarakat.
iv. Tingkatan pentadbiran guru dan komunikasi dengan ibu bapa.
(http://www.unesco.org/bangkok/education/ict/teaching)

BIBLIOGRAFI
Allee, V. (1997). The knowledge evolution: Expanding organizational intelligence.
Boston: Butterworth-Heinemann.
Bates, A.W. (1995). Technology, Open learning and Distance education. London:
Routledge.
Bloom, B.S. (1965) Taxonomy of educational objectives. Handbook 1: The
cognitive
domain. London: Longmans.
Brown, J.S. (1986). A Personal perspective on collaborative tools. Austin, Texas:
Computer-supported Cooperative Work Conference. Disember 1985.
Clark, R.E. (1992). Reconsidering research on learning and media. Review of
Educational Research, 53, 445-459.
Clark, R.E. (1994). Media will never influence learning. Educational Technology
Research and Development, 42, 21-29.
Crowder, N.A. (1960). gAutomatic tutoring by instrinsic programmingh. Dalam
A.A.
Lumsdaime & R. Glaser (Eds.) Teaching machines and programmed learning: A
source book (pp. 286-298). Washington, DC: Development of Audiovisual

Instruction, National Educational Association.


Driscoll, M.P. (1994). Psychology of learning for instruction. Boston, Mass: Allyn &
Bacon.
Ertmer, P.A. (1999). gAddressing first-and second-order barriers to change:
Strategies for technology integrationh. Educational Technology Research and
Development, 47(4), 47-61.
Fongs S.F. & Ng. W.K. (1996). gInstructional Design Considerations for
prototyping
multimedia computer-based learning coursewareh. Kertas kerja dibentangkan
dalam MCCE EDUCOMPf96 Symposium, suatu Persidangan antarabangsa yang
dikendalikan untuk pakar komputer dalam pendidikan dan dianjurkan
Computertimes dan IBM, di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, 28-29 Mei
1996.
Fong S.F. & Ng, W.K. (1998). gAuthoring Considerations for Effective Multimedia
Softwaresh. Kertas kerja dibentangkan dalam MERA Inaugural Conference
sanjuran Persatuan Penyelidikan Pendidikan Malaysia [Malaysian Educational
Research Association] di Ferringhi Beach Hotel, Pulau Pinang, 28-30, Disember,
1998.
Fong S.F. & Ng, W.K. (1999). gEffects of Animation on Learning of Mitosis on a
Multimedia Computer-based Program among Students of Different Psychological
Profilesh. Kertas kerja dibentangkan dalam Malaysian Educational Research
Association-Educational Research Association of Singapore MERA-ERA
(Malaysian Educational Research Association-Educational Research Association of
Singapore) Joint Conference 1999 yang bertema gEducational Challenges in the
New Milleniumh dan dikendalikan di Melaka, 1-3 Disember, 1999.
Harasim, L. (1989). gOnline Education: A New Domainh dlm. Mason, R. Dan
Kaye,
A. (Ed.) Mindweave: Communication, Computers and Distance Education.
Oxford: Pergamon Press.
Harasim, L. (1990). Online Education: Perspective on a New Environment.
New York: Praeger.
Laudon K.C. dan Laudon J.P. (1996). Management Information System. Edisi 4.
New

Jersey: Prentice Hall International.


Laudon. K.C., Traver. C. G. Dan Laudon, J.P. 1996. Information Technology and
Society (Edisi2). Cambridge: Course Technology, Inc.

Lorentsen, A. (1989). Presentation and Analysis of Project Computer Aided


Distance
Teaching: A Project at Jutland Open University, Aalborg: Aalborg University,
Department of language and International Studies.
Mason (1989). gAn Evaluation of Cosy an Open University Courseh dlm.
Mason, R.
Dan Kaye, A. (Ed.) Mindweave: Communication, Computers and Distance
Education. Oxford: Pergamon Press.
Mowrer, D.E. (1996). g A Content Analysis of Student/Instructor Communication
via
Computer Conferencingh dlm. Higher Education 32: 2, hlm. 217-241.
Norizan Abdul Razak (1998). CALL: Some Pedagogical Issues. Bangi: Siri
Penerbitan Fakulti Pengajian Bahasa UKM
Norizan Abdul Razak (2000). Komunikasi di Alam Siber: Paradigma Baru
Pengajaran
Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 44 (10), 1055-1062.
Siti Saniah Abu Bakar (2002). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa
Melayu. Dalam Abdullah Hassan Prosiding Persidangan Antarabangsa
Pengajian Melayu Beijing Ke-2 (Jilid 2, m.s. 1027-1037). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Soh Bee Lay dan Soon Yee Ping (1991). gEnglish by E-mail Creating a Global
Classroom via The Medium of Communication Technologyh dlm. ELT Journal
45: 5, hlm. 287. Oxford University Press.
Walther, J.B. (1996). gComputer Mediated Communication: Impersonal
Interpersonal
and Hypersonal Interactionh dlm. Communication Research 23: 1. Sage
Periodicals Press.
Wells, R. (1992). Computer Mediated Communication for Distance Education:
An International Review of Design, Teaching and Institutional Issues,
Pennsylvania: American Centre for The Study of Distance Education,

Pennsylvania State University Press.


Wild. R. H. Dan Winniford, M. (1993). gRemote Collaboration among Students
Using E-mailh dlm. Computer Education 21: 3, hlm. 193-203. Pergamon Press.
Wong, P. (1999). gPreparing Student Teachers for IT Integration into
Instructionh.
Prosiding Persidangan Tahunan ke-12, The Education Research Association, hlm.
83-90. Singapura: Educational Research Association.

Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Anda mungkin juga menyukai