Anda di halaman 1dari 4

Senaman Aerobik adalah satu bentuk metabolism yang melibatkan tenaga dalam otot dengan

penggunaan oksigen. Ia sukan yang amat menyeronokkan kerana bersukan mengikut rentak
musik dan berkumpulan. Selain itu juga, sukan Aerobik ini memberikan banyak kebaikan pada
kesihatan seperti menyihatkan jantung, menguatkan otot-otot badan, memberi kecerdasan
mental bagi mengurangkan tekanan dan sebagainya.

1) JENIS SUKAN YANG MUDAH


Sukan ini sering dilakukan secara latihan yang berterusan dan sangat mudah untuk dilakukan.
Langkah-langkahnya berbeza mengikut rentak muzik yang dimainkan dan ia selalunya dilakukan
serentak bersama-sama secara berkumpulan. Gaya dan langkah-langkah yang dicetuskan
melibatkan pergerakan di bahagian keselurahan anggota badan secara menyeluruh.
2) MEMBAKAR LEMAK
Kelebihan tarian Aerobik yang utama ialah membakar lemak. Walaubagaimanapun, lemak yang
terbakar dalam setiap langkah Aerobik yang dilakukan bergantung pada berat badan setiap
individu, ketinggian, kelajuan dimana anda melakukan pergerakan, dan rutin kekerapan anda
melakukan tarian Aerobik ini. Kadar ukuran lemak yang terbakar pada seseorang individu
merujuk kepada HealthStatus.com ialah :
Langkah Aerobik secara perlahan 68kg

Langkah Aerobik secara laju 68kg

477 kalori

720 kalori

3) BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG


Senaman ini baik untuk jantung anda. Tambahan pula langkah-langkah Aerobik ini
menambahkan kekuatan, fleksibiliti dan daya tahan, yang bertujuan untuk meningkatkan

kesihatan fizikal seseorang individu secara menyeluruh. Jantung anda akan mengepam dengan
laju untuk menyalurkan darah keseluruhan badan dan membekalkan oksigen yang mencukupi
oleh badan.
4) MENSTABILKAN EMOSI
Langkah Aerobik ini merupakan medium yang baik untuk mengawal emosi dan kemurungan
seseorang. Pelbagai kajian termasuk yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan dan
Kecergasan Fizikal melaporkan bahawa 50 minit sesi senam Aerobik yang dilakukan akan
menurunkan tahap tekanan, keletihan dan kemarahan. Ia juga senaman yang menyeronokkan
dimana aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan orang lain.
5) SESUAI UNTUK SEMUA ORANG
Langkah senamrobik adalah salah satu bentuk senaman yang boleh dilakukan oleh sesiapa
sahaja tidak kira peringkat umur. Ia juga boleh dilakukan dimana-mana sahaja mengikut
kesesuaian keadaan dan tempat yang selesa untuk melakukan latihan. Terdapat pelbagai
program yang berlainan disediakan untuk golongan kanak-kanak, orang muda, dewasa dan juga
warga tua.
6) MENINGKATKAN DAYA FUNGSI BADAN
Tahap kecergasan bergantung kepada keupayaan anda untuk melaksanakan tugasan harian
dengan cekap dan langkah senamrobik dapat membantu anda mencapai matlamat itu! Salah
satu faedah daripada langkah senamrobik adalah ia baik bagi membentuk dan meningkatkan
fungsi kecergasan seperti yang dikenal pasti oleh kajian yang diterbitkan dalam jurnal dipanggil,
Journal of Strength and Conditional Research. Kajian ini telah dijalankan ke atas wanita tua
yang tidak aktif selama 12 minggu dan ia menunjukkan bahawa dengan hanya melakukan 30-60
langkah senaman aerobik dalam beberapa minit dapat membantu wanita-wanita tua itu
meningkatkan ketangkasan, berjalan, keseimbangan dan fleksibiliti mereka.

Seni tari merupakan satu bentuk jenis senaman yang sangat menghiburkan.
Selain dapat bersosial dengan teman yang lain, siapa sangka begitu banyak
faedah yang kita dapat lihat melalui tarian. Antara faedah menari adalah

Facebook

Twitter

Google+

Digg

Bakar kalori Dengan menari, korang mampu membakar kalori sama


seperti berjalan ataupun mengayuh basikal. Menari dalam tempoh
setengah jam, mampu bakar kalori sehingga 300-400 kalori

Elak osteoporosis Apabila usia semakin tua, osteoporisis adalah musih


utama. Tulang rapuh ini boleh dielakkan dengan mengamalkan minum
susu yang kaya dengan kalsium. Seni tari yang melibatkan banyak
pergerakan sisi juga boleh mengelakkan osteoporosis ini dari terjadi
kepada korang

Bersosial Kalau boleh, menarilah dalam satu kumpulan yang ramai.


Semakin ramai semakin elok. Apabila ramai orang dalam satu kumpulan
yang melakukan aktiviti yang sama, budaya sihat dapat diwujudkan
dengan sama-sama melahirkan pemikiran yang positif

Anda mungkin juga menyukai