Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Projek UPSR di rancang untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang
akhlak dan peribadi selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Untuk
mencapai tujuan tersebut, jawatankuasa Projek Kecemerlangan UPSR
bertanggungjawab menggerak, merancang, dan melaksanakan pelbagai program
peningkatan pelajar dan diharap dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti
pencapaian pelajar.
1.RASIONAL
Memenuhi tuntutan semasa dan relevan dengan keadaan kehidupan alaf baru yang
dapat memenuhi hasrat dan aspirasi SKST berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Rukun Negara.
2.VISI
Melahirkan pelajar yang cemerlang, memiliki jati diri, berkeyakinan dan mampu
berdikari, di samping itu, pelajar juga mampu meneroka ilmu pengetahuan dan
mantap dari segi sahsiah dan akademik serta bersedia menggunakan maklumat
dengan lebih berkesan demi kemajuan diri dan negara.
3.MISI
Merancang aktiviti dan menyediakan pelajar dalam peperiksaan UPSR dan
melaksanakan program yang terancang bagi mempertingkatkan kualiti dan kuantiti
pencapaian pelajar.
4.MATLAMAT
4.1 Merancang aktiviti dan program yang teratur bagi mempertingkatkan
pencapaian pelajar dalam peperiksaan UPSR 2015
4.2 Meningkatkan kesedaran peri pentingnya peperiksaan UPSR dalam hidup
pelajar.
4.3 Menyedarkan pelajar tentang potensi diri dan lebih berfokus dalam bidang
pembelajaran.
4.4 Membantu dan menyokong aktiviti panitia matapelajaran bagi meningkatkan
pencapaian pelajar.

OBJEKTIF AM
Untuk memastikan prestasi cemerlang pelajar-pelajar dari segi kualiti dan kuantiti
dalam peperiksaan UPSR 2015.
OBJEKTIF KHAS

Memastikan peratus bilangan pelajar lulus semua matapelajaran adalah


tinggi.
Menerapkan sikap berusaha dalam memperbaiki diri dan memajukan diri.
Mencapai peratus kelulusan yang tinggi dalam semua matapelajaran dan GPS
sekolah dapat diturunkan.
Melahirkan pelajar yang lulus semua matapelajaran seramai 18 orang.
Memberi dorongan dan bimbingan kepada pelajar untuk berusaha secara
berterusan bagi mencapai prestasi terbaik.
Melahirkan pelajar yang mendapat 5A seramai sekurang-kurangnya 6 orang.

PENGURUSAN

Penubuhan Jawatankuasa Projek Kecemerlangan


Mesyuarat dan Taklimat
Kursus dan perbengkelan
Penyeliaan dan bimbingan
Cuti terancang
Program pembentukan akhlak, motivasi dan pembinaan sahsiah diri

GURU

Pengajaran dan pembelajaran


Pengendalian ujian peperiksaan
Analisa soalan (analisis item) setiap kali selepas peperiksaan
Kelas peningkatan bimbingan petang
Kursus dalam perkhidmatan

PELAJAR

Kemahiran belajar dan berfikir secara kreatif dan kritis


Melaksanakan kerja kursus (PEKA,SBOA, PAFA dan PLBS)
Latihan dan kerja rumah
Jadual pengurusan masa
Kem-kem matapelajaran
Kelas peningkatan prestasi
Program pembentukan akhlak, motivasi dan pembinaan sahsiah diri

PENYELIAAN DAN BIMBINGAN

Kelas peningkatan prestasi


Latih tubi/latihan
Pembetulan
Nota-nota dan buku latihan
Amalan kemahiran belajar
Pelaksanaan aktiviti projek/projek kecil matapelajaran

PENILAIAN

Ujian
Formatif
Sumatif
Peperiksaan setara
Peperiksaan TOV

Oti (1,2,3
Peperiksaan percubaan UPSR

Anda mungkin juga menyukai