Anda di halaman 1dari 4

SJK(T) BEDONG

BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 VETRI / 2015


Imbuhan Pinjaman
Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan
awalan dan akhiran.
Awalan maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh:
Maha Maksud
Mahaguru
Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan
atau universiti, profesor, ketua sesuatu kumpulan silat.
Maharaja
Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar
Mahasiswa
Penuntut di universiti
mahasiswi
Penuntut perempuan di universiti
Awalan tata - : yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan
atau
sistem
Tata Maksud
Tatacara
Susunan acara, agenda
Tatabahasa
Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan
perkataan dan proses pembinaan ayat ( penyusunan
kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu.
Tatacara
Cara dan peraturan
Tatanegara
Susunan dan bentuk pemerintahan negara.
Tatasusila
Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik.
tatatertib
Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin.
Akhiran wan :
-wan
Angkasawan
Bangsawan
Budayawan
Cendekiawan
Dermawan
Jelitawan
Jutawan
Hartawan
Karyawan

bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh:


Maksud
Orang yang pergi ke angkasa lepas.
Orang yang berbangsa atau keturunan mulia.
Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)
Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar,
intelektual
Orang yang suka menderma ( pemurah )
Gadis atau wanita yang jelita atau cantik
Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak
Berharta , kaya
Penghasil karya, pencipta atau penulis.

Negarawan

Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara,

M.SANTHI/BM/THN5/2015

Olahragawan
Peragawan
Pustakawan
Rupawan
sejarawan
Sukarelawan
Usahawan
Wartawan

orang yang memegang atau pernah memegang tampuk


pemerintahan sesebuah negara.
Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil
bahagian dalam olahraga.
Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan
pakaian.
Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan
perpustakaan, ahli perpustakaan.
Perempuan yang cantik.
Ahli sejarah
Orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka rela.
Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan,
pengusaha.
Orang yang menulis berita atau rencana untuk media
massa.

Akhiran man : bermaksud yang ahli atau pemilik sesuatu sifat.


Contoh:
- man
Maksud
Budiman
Orang yang berbudi
Seniman
Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta
hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya
seperti pelukis, penyair, penyanyi.
Akhiran wati : bermaksud perempuan yang ahli Contoh:
- wati
Maksud
Olahragawati Orang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil
bahagian dalam olahraga.
Peragawati
Permpuan yang memperagakan atau mempamerkan
pakaian yang dipakainya.
Seniwati
Bintang filem
Sukarelawati Orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan
sukarela.
Akiran - ita : bermaksud wanita. Contoh:
-ita
Maksud
bidunita
Penyanyi atau pelakon wanita.
SJK(T) Bedong
Bahasa Malaysia Tahun 5 Vetri/2015
M.SANTHI/BM/THN5/2015

Nama :

Tarikh :

Latihan: ( Imbuhan Pinjaman)


Isi tempat kosong di bawah dengan imbuhan pinjaman yang paling
tepat.
1.Filem-filem yang dilakonkan oleh .................................. Tan Sri P. Ramlee
masih
menjadi kegemaran rakyat Malaysia hingga sekarang.
2. Semua ................................ media massa dijemput hadir untuk membuat
laporan tentang Malam Anugerah Gemilang 2012.
3. Sekumpulan ........................ negara telah bersiap sedia untuk menyertai
misi
menyelamat di negara itu.
4. Semua penonton terpegun apabila mendengar ................................
Datuk Sharifah Aini menyanyikan lagu Bunga Tanjung.
5. .................................. China sentiasa mengambil berat tentang masalah
yang
dihadapi oleh rakyatnya.
6. Beberapa orang ................................ menggayakan kemeja dan kot hasil
rekaan Rizalman dalam pertunjukkan fesyen itu.
7. ....................................... pesawat itu sedang memberi taklimat ringkas
kepada
para penumpang tentang cara-cara memakai jaket keselamatan.
8. Tingkah laku dan .............................. yang baik perlu kita amalkan
sepanjang
masa.
9. Sikap Encik Sopian yang ........................................ itu sangat dikagumi
oleh
penduduk Taman Bahagia kerana beliau sentiasa membantu orang yang
ditimpa musibah.
M.SANTHI/BM/THN5/2015

10. Beberapa orang .................................... sedang menyusun buku buku di


dalam rak dengan kemas dan teratur.
pustakawan

seniman

wartawan

dermawan

tatasusila

bidunita

sukarelawan

Negarawan

peragawan

pramugari

M.SANTHI/BM/THN5/2015

Anda mungkin juga menyukai