Anda di halaman 1dari 32

1

Ebook ini disediakan oleh:


Mohd Noor Mohd Tahir
www.CoachMohdNoor.com

Pernyataan Hakcipta
Ebook ini adalah 100% percuma. Tuan dan puan digalakkan untuk menyebarkan
ebook ini tanpa mengubah maklumat di dalamnya. Tidak dibenarkan untuk menjual
ebook ini dengan apa cara sekalipun.

Penghargaan Buat Pembaca yang dirahmati Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan dan puan,


Pertama-tamanya, izinkan saya untuk mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran pada
Allah S.W.T, Tuhan yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang, atas kasih
sayangNya yang menyebabkan saya dapat menyiapkan ebook '10 Tips Kejayaan
Tutor A+' Panduan Orang Biasa Menjadi Tutor Luar Biasa.
Tujuan ebook ini ditulis adalah untuk membantu dan meningkatkan motivasi
tuan dan puan dalam menjadi tutor yang berjaya tanpa mengira latar belakang tuan
dan puan.
Antara tujuan ebook ini dihasilkan adalah untuk memberi maklumat yang
bermanfaat bagi tuan dan puan yang sudah dan belum menceburi bidang Home
Tuition & Quranic Home Based' yang semakin mendapat permintaan yang tinggi
daripada ibu dan bapa.
Ebook ini juga bukanlah suatu teori semata-mata, tetapi telah dibuktikan
melalui pengalaman kami terlibat dalam bidang ini semenjak tahun 2007 lagi. Di
samping itu, ia adalah juga pengalaman tutor-tutor Akademi Infitah yang memberikan
sepenuh komitmen dalam usaha untuk mendidik dan memberi ilmu kepada
masyarakat. Semoga apa yang dikongsikan ini akan memberi suatu momemtum
kepada kita semua untuk lebih berusaha untuk memberi' kepada orang lain.

Infitah Home Based Learning:

www.infitahhometuition.com
www.mengajialquran.com
3

Penepatan minda atau niat ini adalah perkara yang mula-mula sekali dalam menjadi
Tutor A+. Dengan penetapan niat yang betul dan mempunyai matlamat yang jelas,
kerjaya sebagai tutor akan menjadi lebih efektif. Niat yang betul ini juga amat ditekan
dalam Islam seperti hadis yang pertama dalam Hadis 40 karya Imam Nawawi.

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah
SAW bersabda : "Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut
niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan
Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan
Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk
dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

Pentingnya untuk menetapkan niat terlebih dahulu sebelum memulakan kerjaya


ini:

Apa niat anda sebagai tutor?

Apakah matlamat anda sebagai tutor?

Apa target anda sebagai tutor?

Selain itu, besyukur dengan apa yang anda lakukan dan sentiasa bersikap positif
dalam apa jua keadaan. Seperti banyak perkara dalam kehidupan, sikap adalah
kunci untuk mencapai kejayaan. Dalam usaha untuk menjadi tutor yang berjaya,
adalah perlu untuk mempunyai sikap yang positif. Ibu bapa, guru dan pelajar anda
akan tertarik kepada tenaga positif anda dan terus merujuk anda kepada rakan-rakan
mereka atas sikap anda yang menarik itu. Ini dikatakan sebagai silaturrahim.

Antara sikap positif yang boleh diamalkan adalah sentiasa berfikiran positif yang
pelajar anda boleh berjaya hatta mereka pernah menghadapi banyak kegagalan
sekalipun.Jika dirujuk kisah-kisah orang berjaya adalah mereka pernah gagal dalam
hidup mereka. Namun, mereka tidak sekali-kali tunduk mahupun pasrah terhadap
kegagalan itu. Bahkan bagi mereka, ialah suatu tiket atau pelaburan yang perlu
dibayar untuk berjaya.

Begitu juga dengan orang dewasa yang ingin mempelajari al-Quran & fardhu ain.
Walaupun telah dewasa dan berumur,disebabkan keinginan yang tnggi untuk belajar,
usah sesekali memperlecehkan niat atau usaha mereka dan berfikir yang tidak baik
tentang masa silam mereka. Ajarilah mereka dengan sabar kerana Allah tidak pernah
menilai hasilnya tetapi usaha yang kita lakukan.

Bagi diri sendiri pula, anda perlu yakin bahawa anda mempunyai kemampuan
untuk mengajar walaupun anda tidak mempunyai latar belakang dalam bidang
pendidikan. Menurut pengalaman kami, ramai tutor yang pada mulanya berasa tidak
yakin untuk mengajar disebabkan tiada pengalaman mengajar sebelum ini. Namun,
disebabkan oleh minat yang tinggi dan tunjuk ajar yang diberikan, mereka mampu
menjadi tutor yang berjaya dan menjana pendapatan dengan kemahiran yang ada
terpendam dalam diri mereka selama ini. Mengikut pengalaman kami sendiri,
kebanyakan orang mampu menjadi tutor yang baik apabila mereka berniat untuk
membantu pelajar dan ibu bapa. Komitmen sebagai home tutor juga tidak setinggi
menjadi tutor di pusat tuisyen atau kelas. Anda hanya perlu mengajar minimum
seorang, 2 orang, 3 orang dan paling ramai 5-6 orang. Bergantung kepada keadaan.

Minat dan keghairahan untuk memberi dan membantu orang lain akan
memberikan kita suatu kuasa yang luar biasa kepada seseorang manusia dalam
melakukan tindakan. Sikap positif ini juga boleh diamalkan oleh anda sendiri untuk
untuk menjadi seorang tutor yang berjaya. Walaupun anda tidak mengambil jurusan

pendidikan atau tiada pengalaman mengajar. Anda mampu berjaya dalam bidang ini
dengan syarat anda mempunyai:
1. Semangat yang kuat untuk membantu orang lain.
2. Berminat untuk mendidik dan mengajar pelajar tanpa mengira latar belakang
mereka
3. Keghairahan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain.

Walaupun anda pernah gagal suatu masa dahulu, ia bukanlah penyebab


untuk anda tidak boleh berjaya sebagai tutor. Anda bangkit daripada kegagalan dan
mendapat kejayaan itu merupakan suatu pengalaman yang anda boleh kongsikan
bersama pelajar anda. Selain itu, anda juga boleh kongsikan dengan pelajar
bagaimana anda bangkit daripada kegagalan tersebut agar menjadi inspirasi kepada
mereka untuk mengejar kejayaan. Anda juga tidak perlu risau dengan persaingan
daripada guru-guru yang lebih berpengalaman.Kerana majoriti gurutidak mengajar
'home tuition' disebabkan faktor sibuk dan sebagainya. Jika ada, mereka lebih
berminat untuk mengajar dipusat tuisyen atau dirumah sendiri.

Pasaran untuk home tuition juga terlampau luas walaupun terdapat banyak
pusat tuisyen. Ini boleh dilihat pada banyaknya agensi yang menawarkan khidmat
'matching' tutor dan pelajar yng tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Niche
pusat tuisyen dan home tuition juga berbeza kerana home tuition mensasarkan
pembelajaran fokus dan sesuai untuk pelajar tersebut berdasarkan tahap mereka.
Anda boleh cuba mencari perkataan home tuition', home tutor', private tuition' dan
yang berkaitan di enjin carian Google. Pasti anda menemukan banyak laman web,
agensi yang menawarkan perkhidmatan matching' di antara tutor dan klien. Ini
menunjukkan potensi yang besar dalam bidang ini. Kami juga dihubungi oleh klien
hampir setiap hari yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan belajar di rumah
ini disebabkan faktof masa dan kualiti pembelajaran yang ingin diperolehi.

Penjenamaan sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Jika orang bercakap


tentang mi segera, apakah jenama yang terlintas dalam fikiran mereka? Bagaimana

pula dengan ayam goreng yang sedap? Pastinya orang akan memikirkan tentang
Kentucky Fried Chicken. Pasti kereka akan terfikir tentang logo KFC serta taglinenya
yang popular iaitu 'finger lickin good'.

Apa yang hendak difokuskan ialah walaupun anda baru bermula sebagai tutor,
mulalah untuk memikirkan tentang jenama yang ingin anda bawa. Tidak semestinya
anda mempunyai logo atau tagline untuk bermula menjadi tutor. Ia mungkin
mengambil masa untukmemikirkan logo dan tagline kerana ia akan membawa
jenama anda yang akan berkekalan. Anda akan dikenali jika anda membawa sesuatu
niche dalam perniagaan. Contohnya anda pandai mengajar dalam bidang matematik
yang mudah. Jadi mungkin anda boleh jenamakan modul anda 'Ez Math' atau Fun
English .

Jika anda ingin mengajar al-Quran dan fardhu ain, anda mungkin boleh
menggunakan nama Islamik seperti Akademi Infitah, jadi ia akan dapat menarik klien
ingin mendapatkan perkhidmatan seumpama itu. Anda juga boleh menjenamakan
perniagaan anda dengan mempunyai kad perniagaan dengan anda. Setiap kali anda
melangkah keluar dari rumah anda adalah satu peluang untuk mencari pelanggan
baru. Mempunyai kad perniagaan profesional membolehkan anda memperkenalkan
diri serta perniagaan dengan pantas dan mudah. Logo dan tagline yang menarik dan
bersesuaian juga akan membantu menyampaikan mesej perniagaan anda.

10

Sekurangnya-kurangnya anda mempunyai nama gelaran seperti Cikgu Bob,


Cikgu Aiman, Cikgu Maryam, Ustaz Arif, Along dan yang sewaktu dengannya yang
menunjukkan anda seorang pendidik atau tutor. Nama anda akan lebih mudah
tersebar dan dikenali apabila anda memberikan perkhidmatan yang bagus.

11

12

Apabila anda dihubungi oleh ibu bapa dan mereka bersetuju untuk mengambil
perkhidmatan anda, persediaan diperlukan sebelum memulakan pengajaran.
Pastikan anda melakukan 'screening' bagi pelajar tersebut supaya anda dapat
mengetahui tahap mereka. Ini boleh dilakukan melalui telefon atau pertemuan
pertama dengan keluarga tersebut. Jika mereka memilih untuk perkhidmatan home
tuition' cara yang boleh dilakukan untuk proses screening adalah dengan melihat
kertas ujian atau peperiksaan pelajar.

Selain itu, proses screening juga boleh dijalankan dengan melihat buku
latihan yang digunakan di sekolah. Daripada situ kita akan mendapat maklumat
tentang tahap pelajar tersebut. Yang paling penting, anda boleh bertanya sendiri
kepada ibu bapa dan pelajar tentang prestasi anak mereka.

Jika mereka memilih perkhidmatan belajar al-Quran di rumah, proses


screening' boleh dilakukan dengan bertanya sendiri kepada pelajar berkenaan tahap
mereka sama ada asas (Iqra, Qiraati, Muqaddam) atau boleh meminta mereka
membaca sedikit daripada ayat al-Quran. Di samping itu, anda juga boleh
bertanyakan jika mereka sudah mempelajari ilmu tajwid untuk memudahkan tugas
anda nanti.

13

Apabila anda telah mengetahui tahap mereka, anda boleh merancang cara
dan teknik untuk mengajar mereka berdasarkan tahap mereka. Selain itu, anda boleh
menyediakan bahan mengajar yang besesuaian dengan pelajar dan bidang anda
seperti buku rujukan, buku latihan, alat bantuan mengajar, bahan photostat, laptop,
al-Quran, buku tajwid dan sebagainya. Ini akan menujukkan yang anda adalah
seorang tutor yang profesional!

14

15

Menjaga hubungan yang baik dengan orang di sekeliling anda merupakan kunci
untuk mencapai kejayaan terutamanaya dengan ibu hapa mahupun guru-guru
disekeliling anda. Ini adalah kerana mereka merupakan sumber anda mendapatkan
maklumat tentang silibus terkini seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ini
adalah penting bagi seorang tutor yang bukan merupakan tenaga pengajar di
sekolah.

Berdasarkan pengalaman kami, kebiasaannya ibu bapa akan bertanyakan


samada anda adalah merupakan seorang guru ataupun tidak. Sekiranya anda bukan
seorang guru di sekolah, anda masih boleh menjadi seorang tutor tuisyen yang
bagus dengan mengupdate sebarang perkembangan terbaru tentang sistem
pendidikan.

Kebiasaannya guru sekolah juga jarang mengajar Home Tuition, jadi ia


merupakan suatu peluang kepada anda. Kenali mereka melalui sahabat, saudara
mahupun kenalan anda.

Di samping itu, anda juga perlulah mempunyai hubungan yang baik dengan
pengusaha pusat tuisyen, agen home tuition dan rakan-rakan yang sama-sama
terlibat dalam bidang ini untuk bertukar-tukar pandangan serta memperolehi ilmu
baru supaya anda sentiasa update dengan maklumat semasa.

Jangan pernah berasa ragu untuk melabur dalam ilmu dengan menghadiri
seminar, bengkel membeli buku, ebook dan sebagainya kerana ia pasti memberi
pulangan yang berbaloi. Cubalah tanya pada orang yang berjaya, berapakah mereka
telah laburkan dalam pelaburan ilmu. Itulah yang menjadikan diri mereka berjaya
pada hari ini.

16

17

Walaupun anda tidak mempunyai Ijazah dalam Pendidikan, ia bukanlah penghalang


untuk anda menjadi seorang tutor yang profesional jika anda mampu mengawal
keadaan dengan baik. Ada sestengah keadaan di mana anda akan berurusan
dengan ibu bapa tau pelajar yang mempunyai kerenah yang tersendiri. Dari
membatalkan kelas di saat-saat akhir. Tutor-tutor kami memang mempunyai
pengalaman sebegitu. Contohnya tutor sudah tiba di rumah, namun tutor tidak
mengetahui bahawa kelas terpaksa dibtalkan di atas sebab-sebab tertentu.

Ada juga pelajar yang tidak suka atau ingin belajar. Namun, kerana dipaksa
oleh ibu bapa, akhirnya mereka mengikutinya juga dengan hati yang terpaksa. Jadi
sebagai seorang tutor yang profesional, anda tidak perlu menyalahkan mereka. Apa
yang perlu anda lakukan adalah menarik perhatian mereka dan menukar minda
mereka untuk menyukai belajar subjek berkenaan.

Insyallah, dengan menggunakan kaedah yang betul, anda akan mendapati


bahawa anda akan menikmati nikmat mengajar di samping pelajar anda akan
mendapat nikmat belajar.

Untuk mengekalkan tahap profesionalisme anda pada setiap masa adalah


dengan memperbaharui niat seperti yang terkandung dalam hadis pertama Imam
Nawawi iaitu 'Segala amalan bermula dengan niat.
Sentiasa tanyakan pada diri anda:

Apa niat aku mengajar?

Apakah objektif aku mengajar pelajar ini?

Apakah perubahan yang aku ingin lihat dlaam diri mereka?

Apa cara yang terbaik yang dapat aku lakukan untuk membantu pelajar ini?

Apakah kekuatan yang ada dalam diri aku untuk membantu pelajar ini?

18

Apakah peluang yang aku perolehi jika aku dapat membantu pelajar ini?

Apakah penambahbaikan yang aku perlu lakukan untuk membantu pelajar ini?

Apakah yang aku risaukan dalam usaha untuk membantu mereka berjaya?

Jadi, dengan sentiasa bertanyakan soalan ini dalam diri kita, insyallah niat kita
diperbaharui dan semangat kita akan sentiasa berada dalam keadaan yang optimum
untuk mengajar.

19

20

'Kita adalah apa yang kita fikirkan.'


Pernah dengan pernyataan tersebut? Adakah anda pendidik kelas A atau pendidik
yang sekadar cari makan? Kedua-dua jawapan tersebut adalah betul berdasarkan
apa yang anda niat, rasa dan fikirkan. Pilihan berada di tangan anda.

Kebiasaannya pelajar yang ketinggalan dalam bidang pelajaran merupakan


pelajar yang mempunyai 'cabaran' samada dengan rakan, guru ataupun ibu bapa
sendiri. Peranan anda sebagai pendidik bukanlah semestinya anda menyelesaikan
masalah mereka. Tetapi cukup untuk memahami keadaan kereka dan jangan
sesekali menghukum mereka atas kesalahan yang lalu. Pendidik kelas A sentiasa
membawa anak muridnya untuk melihat masa hadapan yang cemerlang dan bukan
untuk meratapi kegagalan di masa lepas. Ingatlah bahawa tiada istilah gagal dalam
kehidupan. Yang anda hanyalah kejayaan yang sedang ditangguhkan.

Pendidik A+ bukan sahaja berfungsi untuk mengajar tetapi juga mendidik


pelajarnya dari segi akademik dan akhlak. Pelajar yang berjaya adalah mereka yang
mendapat keputusan yang baik dari segi akademik dan cemerlang dari sudut
sahsiah.

Apa ertinya jika seorang pelajar untuk cemerlang dalam akademik tetapi
lantaran akhlak dan sahsiah yang kurang baik menyebabkan ia tidak disukai oleh
rakan-rakan, guru-guru mahupun orang lain.

Selain itu, Pendidik A+ juga bijak melihat potensi anak muridnya dan
mendorongnya untuk mencapai kejayaan tersebut dalam bidang yang diminati oleh
anak muridnya.

21

22

Mengikut Teknik Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad yang dikaji oleh
Tim Psikologi Hadith, Nabi suka memuji para sahabat dan tidak mengeji atau
memarahi apabila ada individu yang melakukan kesalahan. Maklumat lanjut boleh
diperolehi di www.ustazahsitikhadijah.blogspot.com.

Jadi, tugas kita adalah mendorong pelajar untuk cemerlang. Cari apa yang
baik pada diri pelajar itu dan puji pada waktu tersebut. Ini akan meningkatkan
motivasi mereka untuk terus membuat kebaikan.

Berbanding jika kita hanya memarahi atau mengeji mereka apabila mereka
melakukan kesalahan, ia akn menjatuhkan semangat dan jati diri mereka untuk lebih
cemerlang.

Para pengajar sering terlepas pandang perkara yang penting ini. Mereka
sering mencari-cari kesalahan pelajar sehinggakan terlupa untuk memuji mereka di
kala mereka membuat perkara yang baik atau menjawab dengan betul. Jika dikaji
bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pendidik hebat yang telah menunjukkan
contoh teladan yang baik. Baginda tidak pernah menyatakan kesalahan bagi

23

perkara-perkara tersebut walaupun hakikatnya perkara tersebut merupakan suatu


kesalahan.

Baginda telah menunjukkan suatu contoh yang terbaik untuk kita ikuti sebagai
pendidik terulung. Manusia dahagakan perhatian terutamanya kanak-kanak dan
remaja. Ada kalanya mereka melakukan kesalahan semata-mata ingin mendapat
perhatian dari kawan-kawan, ibu bapa dan guru-guru walaupun mereka tahu natijah
daripada perbuatan mereka itu. Jadi berikan pujian atas kebaikan yang mereka
lakukan kerana ia akan lebih mendorong mereka untuk membuat kebaikan lagi pada
masa hadapan.

Pujian boleh diberikan dalam sekecil-kecil perkara seperti berani menjawab


soalan sehingga sebesar-besar kejayaan seperti mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Jika mereka melakukan kesalahan, tidak perlu
nyatakan 'salah'. Tetapi berilah penerangan atau kaedah jawapan yang betul supaya
dapat mendorong mereka untuk tidak putus asa apabila melakukan kesilapan.

Di samping itu, apabila mereka bertanyakan soalan-soalan yang mungkin


remeh pada pandangan kita, jangan sesekali marah atau merendah-rendahkan diri
mereka kerana dikhuatiri mereka akan menjadi fobia untuk bertanyas pada masa
akan datang. Bertanya adalah suatu alat untuk mereka mendapat kejayaan. Orang
yang berjaya akan memilih soalan yang betul untuk meningkatkan potensi diri
mereka. Jika kita tidak menghargai pertanyaan mereka, mereka akan menjadi seperti
kebanyakan pelajar sekarang yang sering malu untuk bertanya walaupun pada
perkara yang baik.

Sekali sekala ucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan pelajar atas
kerjasama yang diberikan melalui ucapan, sms, emel, kad ucapan dan sebagainya.
Mereka pasti akan menghargai anda sebagai pendidik super dalam hati mereka :)

24

25

Sebagai tutor dan pendidik, kemahiran mendengar adalah penting.


Terkadang pelajar mempunyai masalah yang menyebabkan mereka tidak dapat
fokus pada pelajaran. Jadi sebagai tutor yang berkualiti, anda boleh menukar imej
dari seorang tutor kepada seorang kawan, abang atau kakak bagi mendengar
masalah kita. Tidak semestinya kita meyelesaikan maslah mereka, tetapi cukup
dengan mendengar maslaah dan cuba memahami keadaan mereka. Ambil masa
untuk mengenali diri mereka serta keluarga mereka. Mungkin dari situ anda akan
memahami kenapa mereka bertindak sedemikian.

Anda bukan sahaja akan mengetahui punca masalah mereka, tetapi anda juga
akan membentuk satu hubungan kerja dan persahabatan dengan pelajar dan ibu
bapa anda. Pelajar akan menikmati kebebasan bercakap kepada anda sebagai
rakan dan mentor dan pastinya mereka tidak sabar-sabar untuk menunggu kehadiran
anda dalam setiap sesi.

Dengan memahami mereka, barulah kita dapat mengajar dengan berkesan.


Jika mereka mempunyai masalah, pasti pengajaran anda tidak dapat diterima
seoptimum mungkin oleh pelajar. Jadi, ambil waktu untuk memahami diri, minat, apa
yang tidak disukai. Seperti contoh, ada seorang pelajar saya amat meminati bola
sepak dan kurang minat untuk belajar. Ibunya sangat risau dengan keadaan itu,
meminta saya membantu dengan memberikan 'home tuition'. Setelah saya
mengenali pelajar tersebut, beliau sebenarnya budak yang pandai dan meminati bola
sepak. Beliau seorang yang pendiam, namun apabila saya membuka cerita tentang
bola sepak, beliau pasti akan berasa seronok. Selepas itu baru saya akan
memulakan pengajaran saya pada hari itu dan dia memberi kerjasama yang baik
semasa sesi pembelajaran.

26

27

Sebagai salah seorang tutor yang berjaya, anda perlu ada kemahiran 'menjual diri'.
Menjual diri di sini bukan bermaksud negatif. Tetapi pandai mempromosikan diri
sebagai seorang yang 'ahli' dalam bidang tuisyen ini. Sehebat manapun kita
mengajar, tanpa kemahiran pemasaran yang betul, kemahiran kita itu tidak dapat
diperluaskan dan tidak dapat digunakan sevara optimum untuk membantu lebih
ramai lagi para pelajar yang mengharapkan bantuan kita di luar sana.

Teknik-teknik pemasaran secara 'online' dan 'offline' perlu digabungkan dalam


memberi impak yang maksimum kepada usaha kita. Sepanjang pengalaman kami
berada dalam industri ini,pelbagai teknik pemasaran yang telah digunakan.
Berpuluh-puluh ribu telah dilaburkan untuk pemasaran serta mendalami pelbagai
ilmu dalam bidang pemasaran ini. Ramai orang yang berkebolehan mengajar, tetapi
yang membezakan di antara tutor berjaya dan kurang berjaya adalah di samping
teknik pengajaran yang baik dan servis yang bagus adalah capaian yang luas
kepada bakal prospek.

Sebagai tutor profesional, ia adalah penting untuk mempunyai sebuah laman


web yang memasarkan perniagaan anda dengan cara yang profesional. Setelah
laman web anda sendiri adalah cara terbaik untuk memasarkan diri anda,
mempamerkan testimoni anda daripada pelanggan semasa dan masa lalu, detail
harga dan kadar setiap jam serta memberikan maklumat latar belakang dan rujukan
anda.

28

Dengan mempunyai laman web anda sendiri akan menyebabkan anda


terkehadapan berbanding beribu-ribu tutor-tutor yang lain. Jika mempunyai bajet,
anda boleh membuat web sendiri atau mengupah orang lain dengan domain
wwww.nama anda/brand.com. Jika tidak boleh bermula dengan blog percuma seperti
blogspot.com atau wordpress.com.

Kaedah pemasaran melalui laman sosial seperti facebook dan twitter memang
amat perlu untuk perkhidmatan anda. Ini adalah kerana majoriti rakyat Malaysia
mempunyai akaun di laman sosial dan yang paling ia adalah percuma. Yang paling
baik ialah anda mempunyai akaun fan page anda sendiri.

Selain itu untuk pemasaran offline, anda boleh gunakan bunting, flyers, poster,
business card untuk memberitahu tentang perkhidmatan anda dengan jelas. Dalam
poster dan flyers, pastikan anda menyatakan secara jelas:

Siapakah anda/ syarikat anda?

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan?

Apakah tawaran yang membuatkan perkhidmatan anda unik berbanding lain?

Apakah website/blog anda?

Apakah facebook anda?

Apakah nombor telefon untuk dihubungi?

Jadi, manfaatkan kelebihan teknologi dengan optimum pada zaman globalisasi


ini. Jika tidak, kita kan ketinggalan berbanding orang lain. Jika anda ingin menjadi
sebahagian dari Famili Infitah iaitu sebagai tutor, anda boleh melakukan pendaftaran
di www.infitahhometuition.com. Jika anda memerlukan Personal Coaching iaitu
tunjuk ajar dan langkah demi langkah untuk mencipta jenama anda sendiri dan
mencapai

target

anda

sebagai

seorang

tutor,

mohon

hubungi

saya

di

www.CoachMohdNoor.com/hubungi.
29

30

Tidak kira anda adalah tutor secara sepenuh masa atau separuh masa, jangan
sesekali merendah diri kerana anda adalah pendidik yang turut membantu kejayaan
para pelajar. Walaupun anda bukan merupakan guru sekolah, pensyarah kolej
mahupun universiti, jasa anda pasti akan dinilai oleh Allah sebagai ilmu yang
bermanfaat dengan niat yang betul.

Setiap orang ada cara masing-masing untuk menyumbang kepada agama,


bangsa, masyarakat dan negara. Ini adalah salah satu cara yang mulia. Di samping
itu, anda juga akan turut mendapat gaji yang setimpal dengan usaha anda. Dengan
kadar Rm20-rm50 dan mengajar lebih kurang 3-4 jam sehari, 5 hari seminggu, gaji
anda lebih kurang sama atau lebih daripada kerjaya lain. Jika lebih lagi masa anda
peruntukkan, lebih lagi anda akan perolehi. Ia juga tidak mustahil bagi anda untuk
mencapai sehingga 5 angka sebulan seperti yang telah kami perolehi. Namun niat
perlu sentiasa diperbaharui agar objektif mendidik itu sentiasa diutamakan.

Selamat menjadi tutor yang berjaya

31

Akan datang Januari 2013..

Sila ikuti perkembangan di


www.CoachMohdNoor.com

Facebook: CoachMohdNoor.com

32

Anda mungkin juga menyukai