Anda di halaman 1dari 27
PERBANDINGAN CIRI-CIRI MOTOR ARUHAN TIGA FASA MENGGUNAKAN PENGHIDUP MOTOR TERUS PADA TALIAN, PENGHIDUP MOTOR BINTANG DELTA. DAN "SOFT-STARTER” MOHD FITRI B. MOHD YUSUF Laporan Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik ( Kuasa Industri ). Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknikal Malaysia Melaka May 2007 ABSTRAK ‘Motor aruhan tiga fasa mempunyai arus mula yang tinggi dan boleh mencapai sehingga lapan kali ganda daripada arus kadaran. Masalah ini akan menyebabkan kejatuhan voltan pada punca bekalan, secara tidak langsung akan memberi gangguan kepada pengguna yang lain semasa motor mula dihidupkan. ‘Sofi-Starter’ adalah salah satu cara untuk mengatasinya. Aplikasi daripada kaedah ini dapat mengurangkan voltan pada motor ketika beban rendah. Ini menyebabkan kehilangan teras dikurangkan dan penjimatan kuasa boleh dicapai. Dalam projek ini, ciri-ciri motor aruhan menggunakan ‘sofi-starter’, penghidup motor bintang-delta dan penghidup motor terus pada talian akan dikaji. Selain itu, parameter-parameter penting motor aruhan seperti rintangan, daya kilas, arus, kecekapan, kuasa serta kelajuan akan dianalisa. Objektif daripada kajian ini mengetahui dan membezakan kelebihan ‘soft-starter’ dengan penghidup motor yang lain. ABSTRACT ‘Three-phase induction motors have the inconvenient of a very large starting current, which can go up to eight times the starting current rated value. This fact causes other energy users to be disturbed during such a start period, as it will cause a voltage drop on the energy mains supply. In order to minimize this undesirable effect, soft-starter is used to start three-phase induction motors. Soft-starter is aimed at the application of a reduced voltage to the motor for its start and reduction of voltage when the motor is at low load. In this case the iron losses are decreased and energy conservation is achieved. In this research, the characteristic of three-phase induction motor have been studied and compared to the others induction motor starter. Besides, parameters of induction motor such as resistive, torque, current, efficiency, and speed also to be analyzed. The objective of this research is to identify and differentiate the advantages between soft-starter and other induction motor starters. BABI PENGENALAN PROJEK Li Latar Belakang Projek Sebahagian besar daripada tenaga elektrik digunakan untuk mengendalikan motor elektrik. Terdapat pelbagai jenis motor elektrik, tetapi sebahagian besamya adalah merupakan motor aruhan tiga fasa. Aplikasi daripada motor aruhan banyak digunakan di industri. Motor aruhan banyak digunakan kerana ia menawarkan prestasi lebih baik daripada motor arus ulang alik yang lain, murah, tahan lasak dan penyelenggaraannya mudah kerana tiada penukar tertib, dan sesuai pada kelajuan tinggi. Penghidup motor digunakan untuk membolehkan motor bekerja dengan selamat semasa mula-mula dihidupkan hinggalah ia diberhentikan semula. Selain itu, penghidup motor digunakan untuk melindungi sesebuah motor elektrik daripada arus tinggi sewaktu mula dihidupkan. Mengikut peraturan IEEE setiap motor elektrik hendaklah dilengkapi dengan alatan-alatan kawalan seperti kawalan pemberhenti dan hidup, pelindung beban lampau dan pengasing[1]. Sesebuah penghidup motor _biasanya dilengkapi dengan alatan-alatan kawalan kelajuan dan menterbalikkan arah putaran ‘motor, tetapi bukan semua penghidup motor memerlukan alat-alat ini. Terdapat beberapa cara digunakan untuk menghidupkan motor aruhan seperti menggunakan penghidup terus pada talian, bintang-delta, rintangan rotor, dan juga auto- trasformer. Sejak wujudnya peranti semikonduktor seperti tyristor dan diod, ia membolehkan motor aruhan dihidupkan dengan peranti-peranti elektronik ini malah penggunaannya lebih popular kerana ia menawarkan pretasi yang lebih baik daripada penghidup motor biasa. Salah satu contohnya adalah penggunaan soft-starter. Kajian ini akan membuat perbandingan di antara penggunaan penghidup motor jenis terus pada talian, bintang delta dan juga soft-starter. Kajian ini membuat perbandingan dan analisis terhadap ciri-ciri motor aruhan tiga fasa dengan menggunakan ketiga-tiga jenis penghidup motor ini. Perbandingan yang dijalankan adalah dari segi arus, kelajuan, dan daya kilas. 1.2 Penyataan Masalah Apabila bekalan voltan 415 dibekalkan terus kepada motor aruhan didapati bahawa arus permulaan yang tinggi di antara empat hingga lapan kali ganda daripada arus kadaran. Ini menyebabkan sistem lain terganggu semasa motor mula dihidupkan dan kejatuhan voltan pada punca bekalan. Motor aruhan juga mempunyai daya kilas yang tinggi semasa dihidupkan dan akan menyebabkan gegaran berlaku. Akibat daripada gegaran ini juga akan menyebabkan berlaku kerosakkan pada bearing dan seterusnya memendekkan jangkahayat motor tersebut. Selain itu, kelajuan motor aruhan juga adalah terhad dan tidak boleh berubah. 1.3 Objektif Projek Daripada penyataan masalah yang diberikan, satu kajian tentang motor aruhan tiga fasa menggunakan variable voltage dan variable frequency dijalankan, Hasil kajian ini mensasarkan objektif-objektif di bawah :- 14 © Membezakan penggunaan soft-starter dengan penghidup motor terus pada talian dan penghidup motor bintang-delta dari aspek pendawaian, komponen dan operasi © Mengira dan mengukur parameter-parameter motor seperti arus, daya kilas, rintangan, induktan dan kelajuan berdasarkan plat nama pada motor aruhan © Menyambung dan membuat ujian untuk penghidup motor terus pada talian, bintang-delta dan soft-starter ‘© Menganalisis perbezaan ciri-ciri motor aruhan dengan menggunakan sofi- starter, penghidup motor terus pada talian dan penghidup motor bintang- delta. Skop Projek Kajian ini adalah berkisar tentang ciri-ciri motor aruhan tiga fasa menggunakan soft- starter, penghidup motor terus pada talian, dan penghidup motor bintang delta ke atas motor aruhan tiga fasa. Kajian ini akan membuat perbandingan dan analisis tethadap ketiga-tiga jenis penghidup motor ini. Perbandingan dilakukan dari segi daya kilas, arus, dan juga kelajuan. Soft- starter yang digunakan adalah Constant Frequency Variable Voltage Converters (CFVV) dan Variable Voltage Variable Frequency. Selain itu, projek ini juga akan menganalisis mengenai litar setara motor aruhan, graf daya kilas melawan kelajuan dan persamaan yang terdapat pada motor aruhan, Pengiraaan juga dilakukan untuk parameter-parameter penting motor aruhan supaya mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang motor aruhan. Pemahaman tentang sifat-sifat motor aruhan diperlukan dalam menjalankan projek ini. Selain itu, pemahaman tentang jenis-jenis penghidup motor ini juga diperlukan BABII KAJIAN ILMIAH 2.1 Pengenalan Kajian ilmiah ini adalah berkaitan dengan motor aruhan. Kajian terhadap cara~ cara menghidup motor aruhan dapat menambahkan pengetahuan tentang kaedah-kaedah yang digunakan dalam untuk menghidupkan motor aruhan. Selain itu, kajian ini meliputi penggunaan sofi-starter dan kesan penggunaanya berbanding dengan penghidup motor yang lain, Kajian ini juga mengupas penjimatan tenaga menggunakan sofi-starter. 2.2 Cara Menghidupkan Motor Aruhan Terdapat pelbagai kaedah yang digunapakai untuk menghidupkan motor aruhan. Setiap kaedah yang digunapakai ini mempunyai kelebihan masing-masing. Kaedah yang biasanya digunakan adalah penghidup terus pada talian, bintang-delta, rintangan rotor, auto-transformer dan soff-starter. Kaedah pengurangan voltan atau voltan terturun seperti penghidup bintang delta, sofi-starter dapat mengurangkan daya kilas ketika motor aruhan dihidupkan dan dapat mengelakkan berlakunya kerosakkan pada beban. Kaedah penghidup terus pada talian adalah cara yang paling mudah dan ringkas, kos alatan yang murah dan rendah dan paling berpontensi. Kaedah ini menggunakan sesentuh dan sumber voltan dibekal sepenuhnya pada terminal motor [4]. Penghidup terus pada talian ini sesuai digunakan untuk motor yang kecil iaitu yang berkeupayaan kira-kira setengah hingga 1 kuasa kuda. Ia akan disambungkan secara terus ke bekalan melalui suis kendalian tangan atau penyentuh magnet. Sebaik sahaja bekalan diberikan ke motor, motor akan terus berputar. Pada masa motor mula bergerak, arus permulaan amat tinggi iaitu kira-kira 6 hingga 9 kali ganda arus beban penuh, Arus ini akan berkurang apabila motor telah berputar. Motor yang biasa menggunakan penghidup ini ialah motor sangkar tupai dan motor perintang pemutar [1]. Penghidup bintang-delta hanya digunakan untuk motor 3 fasa yang berukuran sederhana. Tujuan utama menggunakan penghidup ini ialah untuk mengurangkan arus permulaan iaitu dengan menukar sambungan belitan stator motor dari bentuk bintang menjadi bentuk delta. Motor akan terus berputar dalam sambungan delta sehinggalah diberhentikan. Voltan yang diterima oleh setiap belitan stator sambungan bintang ialah 1/3 voltan talian dan voltan ini lebih rendah daripada voltan asal [3]. Penghidup rintangan rotor dikhususkan untuk motor aruhan jenis rotor berbelit di mana ia boleh dihidupkan pada beban penuh dengan pelarasan rintangan yang sesuai. Setelah motor berputar, rintangan ini akan dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga tiada rintangan langsung dan rotor dilitar pintaskan iaitu ketika motor mencapai kelajuan penuh. Penurunan rintangan rotor ini akan menambahkan daya kilas motor [3]. Pemula auto-transformer digunakan apabila motor 3 fasa memerlukan pelarasan kilas permulaan yang berbeza-beza yang disebabkan oleh beban-beban yang berlainan keupayaannya. Biasanya digunakan untuk motor yang berukuran sederhana dan besar schingga 75 kW. Pelarasan kilas permulaan ini dapat dilakukan dengan mengurangkan voltan yang dibekalkan ke motor melalui setiap auto-transformer yang dipadankan dengan keupayaan beban yang hendak dipusingkan. Secara langsung, dapat mengurangkan arus pada permulaan motor [3]. Masalah yang dihadapi apabila bekalan terus dibekalkan kepada motor adalah arus permulaan yang tinggi ketika motor mula dihidupkan dan akan menyebabkan gangguan pada sistem lain. Selain itu, pelarasan kelajuan juga tidak dapat dilakukan. Masalah ini dapat diatasi ialah menggunakan penukar peranti elektronik iaitu soft- starter, Terdapat dua jenis sofi-starter yang digunakan iaitu Constant Frequency Variable Voltage Converters (CFVV) dan Variable Voltage Variable Frequency (VVVE). Penghidup soft-starter menggunakan penerus kawalan silikon (SCR) sebagai komponen utama. Dengan mengubah firing-angle pada voltan SCR, voltan ketika motor aruhan dihidupkan dapat dikawal [4]. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk menghidupkan motor aruhan. Pemilihan kaedah yang sesuai menghidupkan motor aruhan adalah berdasarkan analisis pada keseluruhan sistem kuasa dan juga kos. 2.3 Kesan Penggunaan Soft-Starter Dalam jurnal ini [5] membincangkan perbandingan penjimatan tenaga ke atas motor aruhan dengan menggunakan sofi-starter. Kajian ini mengkaji penggunaan soft- starter ke atas tiga buah motor aruhan yang mempunyai kuasa yang berbeza iaitu 3kW, 7.5 kW dan juga 22 kW dari jenis sangkar tupai. Bacaan yang diambil daripada ujian dijalankan dibandingkan dengan motor aruhan yang tidak menggunakan soft-starter. Terdapat dua kaedah kawalan yang digunakan untuk penjimatkan tenaga iaitu frequency converter dan juga variable voltage. Frekuensi Converter ialah nilai frekuensi dan voltan boleh dikawal manakala variable voltage nilai frekuensi adalah tetap dan nilai voltan boleh dikawal. Terdapat dua ujian yang dijalankan iaitu ujian statik dan dinamik. Semasa ujian statik, parameter motor dan parameter keluaran diambil bacaan untuk mendapatkan nilai faktor kuasa, kehilangan kuasa, kecekapan,dan juga jumlah tenaga yang digunakan. Motor arus terus digunakan sebagi beban dalam sistem ini. Setiap ujian statik ini dijalankan selepas 8 minit beroperasi. Dalam ujian dinamik pula bacaan arus, voltan, daya kilas, dan kelajuan diambil. Selain itu, nilai arus talian pada harmonik beban tork 0%, 25%, 50%, 75%, 100%, dan 110% diambil bacaan. Peralatan utama yang digunakan untuk ujian ini adalah Voltech PM 30004, Vibrometer, osiloskop jenis Tektronik TDS 420 dan Spectrum Analyzer. Gambarajah 2.1 dan Gambarajah 2.2 menunjukkan sambungan yang dilakukan pada kedua-dua ujian tersebut. Jadual 2.1 menunjukkan senarai motor dan soft-starter yang digunakan dalam kedua-dua ujian ini. Drive System Softstanter AC Motor my Motor ou Lt tts Mn 2 Mi Grid Vatu0s Vig lin: Pn C8 8p PP Gambarajah 2.1 : Ujian statik [5]. Drive System Softstarter AC Motor | oe Motor] i , ER “| a ' 92a current amonice Gambarajah 2.2 : Ujian dinamik [5]. Tea No. | MotorNo. | Motor Size | Softsiarter No. Sohtaner Type 1 A 3kw ~ 2 A 3kw 1 Control Technique SFEI-S 3 B 7354W : 4 B 73 kw 2 Control Technique SFEL-16 5 B 75 6W 3 ‘ABB PSD 18 6 B 136w 4 Danfoss MSD 17 1 c 2 W S . 3 © new 5 Control Technique SFEI-14 9 € Zw 6 ‘ABB PSD 45 10 € Zw 7 Danfoce MSD 45 Jadual 2.1 : Motor dan sofistarter yang digunakan (5). Daripada ujian yang dijalankan beberapa keputusan diperolehi. Keputusan pertama ‘menunjukkan kecekapan motor aruhan menggunakan soft-starter dan motor aruhan yang tidak menggunakan sofi-starter. Gambarajah 2.3 schingga Gambarajah 2.5 menunjukkan keputusan yang diperolehi. Softntarter Pmotor = 9 kw a Normalized power [8] (a) Gambarajah 2.3 : Graf kuasa melawan kecekapan untuk motor berkuasa 3kW [5]. Normatized power [2] @) Gambarajah 2.4: Graf kuasa melawan kecekapan untuk motor berkuasa 7.5kW [5]. Boftaterter 00 Tate effiency {3} ‘30 Normalized power [98] (c) Gambarajah 2.3 : Graf kuasa melawan kecekapan untuk motor berkuasa 22kW [5]. Daripada Gambarajah 2.3, Gambarajah 2.4 dan Gambarajah 2.5 menunjukkan bahawa apabila soft-starter beroperasi pada 60% beban peningkatan kecekapan berlaku, manakala jika beroperasi pada beban tinggi kecekapan menurun. Apabila voltan 10 diturunkan, kelajuan motor akan semakin berkurang. Gambarajah 2.6 menunjukkan graf kelajuan melawan kuasa. Speed [rpm] 1475, 4450 1429 © Motor ‘A + Soft. 50 7s tized power (%] Noem Gambarajah 2.6: Graf kelajuan melawan kuasa bagi motor 3 kW [5]. Daripada gambarajah 2.6 didapati bahawa kelajuan akan berkurang apabila penjimatan tenaga menggunakan soft-starter tetapi ia adalah kurang berkesan. Bacaan dan keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua ekperimen ini akan dibandingkan dengan motor aruhan yang tidak menggunakan soft-starter. Daripada kedua-dua ekperimen ini dapat disimpulkan bahawa:- Motor aruhan jenis sangkar tupai boleh dikawal menggunakan soft-starter. Dengan mengawal voltan, kecekapan sistem adalah meningat pada beban rendah. Pada beban melebihi 60%, kecekapan sistem akan menurun menggunakan soff- ‘starter Kesan soft-starter terhadap kelajuan adalah kurang berkesan Soft-starter dapat mengurangkan daya kilas dan arus permulaan ketika motor aruhan dihidupkan. il 2.4 Penjimatan Tenaga Menggunakan Soft-Starter Aplikasi daripada kaedah soft-starter adalah mengurangkan arus ketika motor mula dihidupkan serta motor ketika berada pada beban rendah. Dalam eksperimen yang dijalankan peralatan Voltech 300 digunapakai untuk mengambil bacaan kuasa reaktif, kuasa aktif, kuasa nyata, dan faktor kuasa. Gambarajah 2.5 menunjukkan AC Controller tiga fasa yang digunakan untuk membekalkan voltan pada stator motor (6). re 74 si { Motor | as 7 Gambarajah 2.7 : AC controller [6] Sebanyak tujuh kali bacaan diambil dalam eksperimen ini. Setiap kali bacaan yang diambil mempunyai beban yang berbeza. Untuk penjimatan tenaga, graf penjimatan tenaga melawan daya kilas diplotkan. Gambarajah 2.8 menunjukkan graf penjimatan tenaga melawan daya kilas. ¥ < 5 Torae pm Gambarajah 2.8 : Graf penjimatan tenaga melawan daya kilas (6). Ts ‘Torque [Nn] Gambarajah 2.9 : Graf penjimatan tenaga melawan daya kilas [6]. Didapati bahawa penjimatan tenaga adalah tertinggi menggunakan sofi-starter berbanding menggunakan penghidup auto-trasformer. Daripada ckserimen yang dijalankan dapat dibuat kesimpulan bahawa dengan menggunakan soft-starter dapat mengurangkan voltan mula pada motor. Kehilangan teras dikurangkan dan penjimatan tenaga boleh dicapai [6]. BAB III TEORI 3.1 Pengenalan Prinsip motor elektrik adalah menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal. Motor aruhan mempunyai dua bahagian utama iaitu stator dan rotor. Stator ialah bahagian yang tidak bergerak dan rotor ialah bahagian yang berputar. Di dalam bab ini akan menerangkan tentang komponen-kompenen utama motor aruhan dan prinsip asas operasi motor aruhan tiga fasa. Putaran medan magnet dan konsep kegelinciran akan diterangkan. Selain itu, litar setara untuk motor aruhan dan graf daya kilas melawan kelajuan diterangkan. 3.2. ‘Bahagian Utama Motor Aruhan Motor jenis ini menggunakan bekalan 3 fasa. Stator dan rotor dipisahkan oleh celahan udara, Kedua-dua lilitan stator dan rotor membawa arus ulang alik. Arus ulang alik dibekalkan secara langsung kepada stator ke rotor melalui proses aruhan. Oleh yang itu, motor ini dikenali sebagai motor aruhan. Binaan motor ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu : 14 3.2.1 Stator ( bahagian tetap ) 3.2.2 (bahagian bergerak ) 3.2.1 Stator Stator ialah bahagian yang pegun di dalam motor. Ia diperbuat daripada lapisan keluli dan mempunyai lurah-lurah alur hampir mengelilingi keseluruhan belitan stator. Stator ini disokong oleh rangka motor yang diperbuat daripada besi tuangan atau plat keluli. ‘Terdapat tiga gegelung yang dipasang pada stator. Antara satu gelung ke gelung yang lain dipisahkan pada 120° elektrik. Ini bertujuan untuk mendapatkan putaran magnet yang seimbang apabila gelung tersebut disambungkan pada ketiga-tiga gelung tersebut. Saiz dawai gelung bergantung kepada kuasa sesebuah motor. Jika kuasa sesebuah motor besar, maka besar saiz dawai yang digunakan. Gegelung-gegelung ini mestilah dijauhkan daripada kelembapan kerana keadaan ini boleh merosakkan lapisan penebat pada dawai gelung menyebabkan berlakunya litar pintas. Di kotak pangkalan motor ini tedapat enam terminal untuk keluaran dan masukkan setiap gegelung ini. Setiap dua terminal mewakili satu gegelung. Tugas utama stator adalah sebagai teras untuk menghasilkan medan magnet disamping sebagai pelengkap litar magnet. Gambarajah 3.1 : Binaan stator [12] 1S 3.2.2 Rotor Rotor ialah bahagian yang berputar pada motor. Ia berbentuk silinder dan berpenebukan keluli atau lapisan — lapisan besi bertebat. Terdapat dua jenis rotor iaitu sangkar tupai dan pemutar berbelit. Bagi jenis pemutar berbelit, terdapat tiga belitan gegelung pada alur pemutar yang diakhiri dengan tiga gelang gelincir. Belitan ini disambungkan secara bintang. Bagi rotor sangkar tupai pula mempunyai batang-batang kuprum atau aluminium dipasang selari dengan aci berhampiran dengan permukaan rotor. Ke semua hujung-hujung batang ini dikimpal atau dipateri keras secara gelang agar berlaku litar pintas, Batang-batang pengalir ini tidak ditebat. Kadangkala terdapat juga batang-batang pengalir tidak dipasang selari dengan aci tetapi melintang dengan beberapa sudut darjah. Ini bertujuan untuk mendapatkan daya kilas yang lebih sekata dan mengurangkan bunyi dengung magnet semasa motor bekerja. Tugas rotor ialah untuk memutarkan aci. Bagi membolehkan berputar, ia perlulah menjadi magnet dan seterusnya magnet ini dapat berputar mengikut putaran magnet di stator. Oleh kerana itu, secara tidak langsung tugas rotor adalah sebagai penghasil _medan magnet yang akan bertindak balas dengan stator. Aci yang disambungkan ke rotor akan dipasangkan ke beban. Ini bererti stator menjadi perantaraan yang membolehkan aci dan beban dipasang. Binaan rotor [12] 3.3 Prinsip Asas Operasi Motor Aruhan Apabila bekalan voltan sinusoidal tiga fasa seimbang dibekalkan, medan magnet berputar akan terhasil di stator. Penghasilan medan magnet ini disebabkan oleh turun naiknya arus di belitan pada stator mengikut gelombang frekuensi bekalan. Laju putaran medan ini bergantung kepada frekuensi bekalan dan bilangan kutub. Hubungannya adalah seperti dibawah :- 120f ess 3.1) Lar GD f = frekuensi n,= kelajuan segerak ( kelajuan putaran medan magnet ) P= bilangan kutub Ini bererti semakin besar frekuensi, semakin tinggi kelajuannya dan semakin banyak kutubnya, semakin rendah kelajuaan putarannya. Sebagai contoh, perhatikan jadual 3.1. Jadual 3.1- Bilangan kutub dan kelajuan Frekuensi 50 Hz Bilangan Kutub(P) | Kelajuan (Ns) 2 3000 rpm 4 1500 rpm 6 1000 rpm 8 750 rpm 7 Bagi menjelaskan bagaimana medan magnet ini dihasilkan apabila bekalan 3 fasa diberikan kepada stator, perhatikan contoh gambarajah 3.3. Al 7]120" Gambarajah 3.3 -Gelombang frekuensi arus tiga fasa Gelombang sinusoidal bekalan 3 fasa yang ditunjukkan telah dibahagikan kepada beberapa ketika, iaitu bermula dari ‘0’ hingga ‘360°. Setiap ketika akan ditunjukkan secara gambarajah litar arus dan medan terhasil. Sebagai contohnya, pada ketika ‘0’ arus fasa merah mula menurun daripada maksimum positif kepada sifar. Arus fasa kuning berada pada nilai 0 Ampere. Arus fasa biru pula mula beransur naik daripada maksimum, negatif. Di sini didapati bahawa tiada medan di fasa kuning kerana ketiadaaan arus, medan di fasa merah dan biru sama kuat tetapi bertindak dalam berlainan arah. Oleh kerana susunan belitan ini berada pada jarak yang sama iaitu 120° elektrik, kumpulan pengalir yang membawa arus yang sama akan membentuk satu kutub “U’ dan satu kutub $°. Kutub-kutub inilah yang menjadi panduan sama ada medan magnet itu berputar atau tidak [3]. Medan magnet yang berputar ini akan memotong pengalir-pengalir di rotor ataupun mengaruhkan daya gerak elektrik pada rotor. Arus akan terhasil pada pengalir rotor akan berinteraksi dengan flux medan magnet berputar. Tindakbalas ini seterusnya akan memutarkan rotor mengikut arah yang sama dengan putaran madan magnet. 3.4 Konsep Kegelinciran Daya kilas terhasil apabila fluks stator memotong konduktor rotor menghasilkan arus dan juga fluks di dalam konduktor. Jika kelajuan rotor mencapai kelajuan segerak (kelajuan rotor sama dengan kelajuan medan magnet berputar) jadi fluks tidak dapat memotong konduktor rotor. Oleh itu, tiada voltan teraruh, tiada arus motor, dan seterusnya tiada daya kilas terhasil dan putaran rotor mulai perahan, Apabila putaran mulai perlahan, fluks dari stator sekali lagi memotong konduktor rotor menyebabkannya Kembali berputar. Hasilnya putaran rotor lebih perlahan daripada kelajuan segerak. Perbezaan kelajuan ini dinamakan kegelinciran. Gambarajah 3.4 menunjukkan konsep T T a | s T [sip=0 s, = Gambarajah 3.4: Konsep kegelinciran [12] kegelinciran [8]. Hubungan kegelinciran boleh ditulis seperti persamaan 3.2 0, = 0,-0, G2 @,= kelajuan slip ( kegelinciran ) @,= kelajuan segerak , = kelajuan rotor 3.5 Litar Setara Motor Aruhan Motor aruhan sangkar tupai, litar rotomya diwakili oleh litar setara satu fasa. Jika arus mengalir di dalam stator dan rotor, medan magnet berputar akan terhasil dalam celahan udara. Kedua-dua medan magnet ini berputar berputar pada kelajuan yang sama dalam celahan udara dan seterusnya menghasilkan medan magnet gabungan yang berputar pada kelajuan segerak. Medan gabungan ini akan mengaruhkan voltan di dalam stator pada frekuensi bekalan dan mengaruhkan voltan pada rotor dengan frekuensi gilinciran. Jadi litar setara untuk motor aruhan samalah seperti litar setara untuk transformer. Litar setara motor aruhan adalah penting dalam menganalisis motor aruhan tiga fasa. Gambarajah 3.5 menunjukkan litar setara untuk motor aruhan [7]. Gambarajah 3.5 - Litar Setara Per Fasa Motor Aruhan R, = Rintangan belitan stator R, = Rintangan pengalir rotor L,= Kearuhan bocor belitan stator Kearuhan bocor belitan rotor S = Kegelinciran Kuasa daripada stator yang melintasi celahan udara diberikan pada persamaan 3.4 aR, _P, "sos P=3I, GA) 20 Motor aruhan biasanya beroperasi pada gelinciran rendah ( s=0.01-0.05), jadi kuasa tersusut adalah tinggi. Kuasa di dalam persamaan 3.4 ialah kuasa daripada stator yang melintasi celahan udara dan oleh itu merangkumi kerugian tembaga pada rotor dan kuasa mekanikal yang dihasilkan oleh motor. Persamaan 3.4 boleh di tulis semula sebagai : P=Pp =I, [R, + fa -s)] G.5) Rintangan yang bergantung kepada kelajuan iaitu rea —s) mewakili kuasa mekanikal yang dihasilkan oleh motor: Pramas =H, Bs) 66 Dari sini bolehlah disimpulkan bahawa kuasa masukan ke motor adalah sama dengan kuasa yang melintasi celahan udara. Kuasa ini juga bersamaan dengan kuasa kerugian tembaga ditambah dengan kuasa mekanikal yang terhasil. Jadi untuk menjamin kecekapan motor aruhan perlu dikendali pada nilai gelinciran yang kecil supaya lebih banyak kuasa yang melintasi celahan udara ditukar menjadi kuasa mekanikal. Sebahagian kuasa mekanikal ini pula digunakan untuk mengatasi kerugian putaran dan kerugian geseran dan bakinya ialah kuasa keluaran pada aci. Sebagai ringkasan boleh dikatakan bahawa: Kuasa Masukan = Kuasa Melintasi Celahan Udara = Kerugian Tembaga Pada Rotor + Kuasa Mekanikal DAN Kuasa Mekanikal = Kerugian Putaran + Kerugian Geseran + Kuasa Keluaran Pada Aci 21 3.6 — Ciri-Ciri Motor Aruhan Untuk kelajuan yang berubah, motor aruhan jenis sangkar pemutar berbelit lebih sesuai digunakan kerana rintangan tambahan boleh dimasukkan ke dalam motor untuk mengubah kelajuaannya dan meningkatkan daya kilas permulaan seperti yang terdapat di dalam pengankut barang. Untuk kegunaan pam, penghembus, dan kipas yang kuasanya hampir-hampir malar, daya kilas permulaan adalah sederhana sahaja, lebih sesuai dan murah menggunakan motor aruhan sangkar tupai. Gambarajah 3.6 menunjukkan ciri-ciri daya kilas — kelajuan bagi motor aruhan sangkar tupai tiga fasa. Gambarajah 3.6: Ciri-ciri daya kilas motor aruhan Tugq = Daya Kilas maksimun Treg = Daya Kilas Beban Penuh Atau Kadaran T yeicat = Daya Kilas Tanpa Beban. eq = Kelajuan Beban Penuh Atau Kelajuan Kadaran @, — =Kelajuan Segerak 22 Apabila beban motor meningkat, gelinciran akan meningkat untuk memuatkan beban yang baru ini tetapi jika beban ditingkatkan lagi akan tiba suatu ketika apabila motor ini tidak dapat menghasilkan sebarang daya kilas tambahan dan motor ini akan berhenti. Inilah tahap daya kilas maksimun atau kadang-kadang disebut tork kandas. Daya kilas maksimun akan berlaku apabila nilai galangan “+ mencapai nilai yang sepadan dengan 3 galangan yang di lihat di stator. Persamaan daya kilas maksimun diberikan pada persamaan 3.7 [2]. r-3 “2 on mex s@,.| R, +R? +(X, +X.) Nilai gelineiran pada daya kilas maksimun diberikan pada persamaan 3.8 R G8) VR? +(% + Xn) 3.7. Kawalan Kelajuan ‘Apabila disambung kepada bekalan voltan malar, motor aruhan bertindak sebagai motor kelajuan malar. Kelajuannya hampir sama dengan kelajuan segerak. Untuk kegunaan dalam industri motor yang mudah diubah kelajuaannya adalah lebih popular. Lazimnya motor arus terus lebih mudah diubah kelajuaannya tetapi penggunaan motor ini adalah mahal dan memerlukan penjagaan yang rapi kerana wujudnya penukar tertib dan berus karbon. Motor aruhan dapat digunakan untuk mengawal kelajuan dengan menggunakan peranti-peranti elektronik sebagai pemacu motor tersebut. Kaedah ‘mengawal kelajuan motor aruhan adalah seperti berikut : 23 3.7.1 -Mengubah Bilangan Kutub 3.7.2 —Kawalan Voltan Pada Stator 3.7.3 —Kawalan Frekuensi 3.7.1 Mengubah Bilangan Kutub Kelajuan motor aruhan hampir-hampir sama dengan kelajuan segerak, jadi kelajuannya boleh diubah dengan menukar bilangan kutub motor. Ini selaras dengan persamaan 3.1 yang telah dibincangkan iaitu : _ of P Kaedah ini boleh dilakukan dengan menukar sambungan pada gegelung dalam lilitan stator. ns 3.7.2. Kawalan Voltan Stator Daripada persamaan 3.9, dapat dibuat kesimpulan bahawa daya kilas berkadar terus dengan kuasa dua voltan talian pada stator. 2 A G9) (R, + Bey (x, 85 $ s Melalui kaedah ini, jika sesebuah motor aruhan memutarkan sebuah kipas, kelajuannya boleh diubah dalam lengkungan julat yang luas hanya dengan menukar voltan pangkalan pada stator. Voltan pangkalan V, boleh diubah nilainya dengan menggunakan peranti tyristor. Sistem ini disebut pengawal voltan arus ulang alik. Pengawal ini dapat menukar voltan arus ulang alik malar kepada bekalan voltan arus ulang alik boleh ubah. Jika isyarat picuan tyristor diubah, tyristor akan dipicu pada sudut yag berlainan dan voltan 24 melintasi stator akan berubah dan seterusnya akan mengubah kelajuan motor. Sisitem ini sesuai digunakan untuk mengawal kelajuan kipas yang disambung kepada motor aruhan. Kesan daripada penggunaan pemacu ini ditunjukkan di dalam graf daya kilas melawan kelajuan pada Gambarajah 3.7. 0 20 40 60 80 700 120~«4D CO. w (rad/s) Gambarajah 3.7: Graf daya kilas melawan kelajuan apabila voltan pengkalan ditingkatkan. Daripada graf, didapati bahawa nilai voltan pengkalan dapat dikawal menggunakan pemacu ini. Apabila bekalan voltan dapat dikawal, maka daya kilas sesebuah motor aruhan juga dapt dikawal. Sistem ini juga disebut sebagai Constant Frequency Variable Voltage. 3.7.3 Kawalan Frekuensi Kelajuan segerak dan kelajuan pemutar boleh diubah dengan mengubah frekuensi voltan bekalan yang dikenakan kepada stator. Ini adalah selaras dengan persamaan 3.1. Kaedah ini memerlukan sebuah peranti yang disebut penukar frekuensi. Voltan pengkalan diubah dengan kadar yang sesuai, selaras dengan perubahan nilai

Anda mungkin juga menyukai