Anda di halaman 1dari 8

1MDB (1Malaysia Development Berhad) sentiasa menjadi buah mulut ekoran laporan panas

The Edge dan penjelasan Tun Dr Mahathir, Datuk Kadir Jasin, Rafizi Ramli, Tony Pua
termasuk Datuk Ariff Sabri manakala yang terbaru Datuk Khairuddin Abu Hassan yang
semalam membuat laporan polis terhadap CEO Arul Kanda Kandasamy yang didakwanya
berbohong lapor Free Malaysia Today MRM
Foto Tun Dr Mahathir dengan caption oleh The Malaysian Insider: Sekumpulan pegawai
tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimarahi Tun Dr Mahathir Mohamad
dalam satu perjumpaan bersama bekas perdana menteri itu 4 Disember lalu, menurut bekas
ketua pengarang kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin.
Ikuti penjelasan terbaru Datuk A Kadir Jasin di bawah:
BERITA terbaru mengatakan bilion-wan (billionaire) nombor dua terkaya di Malaysia, T.
Ananda Krishnan atau lebih terkenal dengan singkatan AK bersedia memberi pinjaman RM2
bilion untuk atasi masalah hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sesiapa saja yang kenal atau tahu modus operandi perniagaan AK akan bertanya: Apakah
1MDB yang ditubuhkan sebagai tabung berdaulat (sovereign fund) negara akhirnya menjadi
hak milik AK?
Tidak banyak dilaporkan dan dibahaskan secara terperinci mengenai syarikat tabung
berdaulat itu dalam media berbahasa Melayu berbanding media berbahasa Inggeris.

Tan Sri Ananda Krishan Foto TMMO


Jadi izinkan saya bercerita selengkap yang mungkin mengenainya agar orang Melayu
khususnya dan pengguna bahasa Melayu amnya boleh memahami isu ini dengan lebih
mendalam. Berikut adalah maklumat dan isu pokok mengenainya:1. 1MDB dilaporkan bertaraf tabung berdaulat Malaysia. Ertinya ia milik negara. Sebarang
kecelakaan yang berlaku ke atasnya menjadi tanggungan negara dan rakyat jelata.
2. Asal 1MDB adalah Terengganu Investment Authority (TIA atau Lembaga Pelaburan
Terengganu) yang bertujuan menjamin pembangunan ekonomi Terengganu secara jangka
panjang dan lestari sambil memelihara kebajikan ekonomi rakyat Terengganu.

3. Ia ditubuhkan pada tahun 2008 ketika pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan
pada waktu (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Kewangan.
4. Diberitakan TIA mempunyai dana (modal) permulaan RM500 juta, tetapi tidak jelas apa
yang terjadi dengan wang itu. Ada yang mengatakan ia hangus.
5. TIA diubahkan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada bulan Januari
2009. Pada 22 Julai tahun itu, Mohd Najib, sebagai Perdana Menteri, berkata keputusan
menjadikan TIA badan kerajaan pusat bertujuan memperluaskan manfaatnya kepada seluruh
rakyat Malaysia.
6. 1MDB bolehlah dianggap anak didik Mohd Najib. Beliau adalah Pengerusi Lembaga
Penasihat 1MDB yang berupa badan pembuat dasar tertingginya.
7. Dalam temu ramah dengan TV3 pada 21 Januari lepas, Mohd Najib berkata kerajaan hanya
memperuntukkan sebanyak RM1 juta sebagai modal kepada 1MDB.
8. Mohd Najib adalah ketua eksekutif de facto 1MDB dalam kapasiti beliau sebagai
Pengerusi Lembaga Penasihat.
9. Pada 30 September 2009, 1MDB dan rakan strategiknya, PetroSaudi International Limited
mengumumkan penubuhan syarikat usaha sama AS$2.5 bilion yang bertujuan mempelopori
pengaliran masuk pelaburan terus Arab ke Malaysia.
10. 1MDB berkembang pesat di Malaysia dan luar negara dengan membeli aset-aset
prasarana seperti penjana elektrik, membeli konsesi perlombongan dan memajukan hartanah.
Ia meminjam (berhutang) dengan banyak dengan menjual bon di dalam dan luar negara.
11. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 ia mempunyai harta bernilai RM51.4 bilion,
hutang RM49.97 bilion dan menderita kerugian RM665.4 juta.

Jho Low anak tauke Cina Pulau Pinang berparti

12. Ia menjadi kontroversi apabila parti-parti pembangkang, media atas talian, media
ekonomi dan penganalisis pasaran mula melaporkan kegiatan luar biasa yang melibatkan
seorang misteri bernama Jho Lo (Jho Taek Lo), anak seorang tauke Cina Pulau Pinang. Jho
Low dan beberapa orang rakan Arabnya dari PetroSaudi dikatakan menjadi otak (brain) di
sebalik kegiatan luar biasa1MDB.
13. Mereka ini pula menjalani kehidupan mewah (high life) di pusat-pusat hiburan Amerika
dengan melibatkan tetamu-tetamu bintang filem, termasuk pelakon filem lucah, dan
mendakwa akrab dengan mogul filem Hollywood.
14. Dakwaan ini menjadi lebih berwibawa apabila salah seorang daripada mereka, Riza
Abdul Aziz, berkongsi menerbitkan filem berjudul The Wolves of Wall Street pada tahun
2013 dengan belanja AS$100 juta (kira-kira RM330 juta). Riza adalah anak (Datin Seri)
Rosmah Mansor dengan suami pertamanya.

(Dari kiri): Jho Low dan Riza Aziz di pelancaran Wolves of Wall Street
15. 1MDB sekali lagi menarik minat orang ramai apabila ia dilaporkan berbelanja mewah
menaja kempen Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2013, khususnya di Pulau
Pinang.
16. Enam hari sebelum pengundian PRU 2013 ia membeli 234 ekar tanah pegangan bebas
dengan harga RM1.38 bilion di negeri itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,
dilaporkan berkata harga yang dibayar oleh 1MDB adalah 95% lebih tinggi daripada
penilaian bagi tanah di sekitar kawasan itu pada tahun 2011. Tanah yang dibeli itu pula
mempunyai ramai setinggan. Ini mencetuskan spekulasi yang Jho Low, sebagai anak tauke
Pulau Pinang, berperanan dalam urus niaga itu.
17. Satu lagi berita sensasi ialah beberapa hari sebelum hari mengundi PRU 2013, 1MDB
membawa keluar wang sebanyak RM7.18 bilion untuk dilaburkan dalam bentuk Segregated
Portfolio di pusat kewangan luar pantai Cayman Islands.
18. Soal yang kerap ditanya ialah mengapa 1MDB tidak melabur wang itu di Labuan yang
setaraf dengan Pulau Cayman. Pengurusan 1MDB dilaporkan berkata Labuan tidak
mempunyai instrumen kewangan yang mereka idamkan. Kerajaan mendakwa pelaburan itu
telah dilunaskan dan hasilnya dibawa pulang. Tetapi pada 10 Januari lalu, Presiden dan
Pengarah Eksekutif baru 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, dilaporkan berkata 1MDB gagal
memenuhi jadual membawa pulang kesemua wang tersebut.

19. Serentak itu, 1MDB juga gagal membayar balik hutang berjumlah RM5.5 bilion yang
diperolehnya daripada konsortium bank tempatan yang dikenal pasti sebagai Maybank,
AmBank dan RHB. [Rujukan kepada CIMB terpaksa dipadamkan kerana sebab-sebab
tertentu. Sila ambil maklum.]
Baca lanjut di Datuk A Kadir Jasin - The Scribe
Bank Negara grills top executives as 1MDB fails to settle RM2 billion debt again TMI
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard Now
you know dont say thank
User Online

Klik Icon Share MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sebarkan!


1MDB Datuk A Kadir Jasin Jho Low Politik Malaysia Tan Sri Ananda Krishnan

Ana Ghoib

Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina

More articles by Ana Ghoib


Pos Berkaitan

1MDB
Datuk A Kadir Jasin
Jho Low
Politik Malaysia
Tan Sri Ananda Krishnan

Kira-kira Dr Mahathir: RM27 bilion wang 1MDB hilang?

Penjelasan Dr Mahathir bagaimana wang 1MDB hilang

Nasihat PM adalah arahan, kata Dr M

Najib mesti undur kerana kehilangan dana 1MDB, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir soal mana lagi RM27 bilion 1MDB?

1MDB beri penyata palsu kepada Bank BSI Singapura, dakwa portal

Gossip Artis - Celebrity News Blogezine

Johan dapat ganti rugi RM160,000, isteri hilang RM20,000

Rozana Beri Keterangan Tanpa Pandang Awie

Zizan dan Nor Edura Diyana gadis sekampungnya bakal isterinya

Black Dedah Gambar Pelajar Universiti Hina Anaknya Beruk

Tuntutan RM1 Juta Awie Terhadap Isteri Ditolak Mahkamah

Johan dapat ganti rugi RM160,000, isteri hilang RM20,000

Rozana Beri Keterangan Tanpa Pandang Awie

Zizan dan Nor Edura Diyana gadis sekampungnya bakal isterinya

Black Dedah Gambar Pelajar Universiti Hina Anaknya Beruk

Tuntutan RM1 Juta Awie Terhadap Isteri Ditolak Mahkamah

Johan dapat ganti rugi RM160,000, isteri hilang RM20,000

Rozana Beri Keterangan Tanpa Pandang Awie

Zizan dan Nor Edura Diyana gadis sekampungnya bakal isterinya

Black Dedah Gambar Pelajar Universiti Hina Anaknya Beruk

Tuntutan RM1 Juta Awie Terhadap Isteri Ditolak Mahkamah

Cari Berita & Info Apa Sahaja Di MRM

Anda mungkin juga menyukai