Anda di halaman 1dari 2

Cara Mudah Nak Tahu Kedai Guna Pelaris

Posted on March 5, 2014 under Islam by wizvax

Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu,


kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat
( Al-Hijr: 42)
Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan
bertawakkal kepada Tuhannya ( An-Nahl : 99)
Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan
berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi
berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ( Riwayat Al-Bazar &
Abu Yala, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan
mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud.Walaupun sudah jelas larangan
Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat
bomoh.
Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga dari kalangan
artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.
Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara
ini.
Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai.Di
sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid
,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih
rancak di negara kita malaysia.
Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini
hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke
semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai
makan.Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan
pelaris atau tidak.
Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar
dari kedai.

Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak
perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he
Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, khadam tu akan marah dan kita akan rasa seperti
satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai
tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq)
sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.
( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab
Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 )

Anda mungkin juga menyukai