Anda di halaman 1dari 8

UTARID

Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari, kira-kira 57.9 juta
kilometer dan planet terkecil di dalam sistem suria. Diameter Utarid adalah 40%
lebih kecil daripada Bumi, dan 40% lebih besar daripada Bulan. Malahan
saiznya juga lebih kecil daripada bulan Musytari, Ganymede dan bulan Zuhal,
Titan.
Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan
contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Di
permukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada
saiznya di Bumi. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat
diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di
permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat
cerah. Tidak banyak diketahui mengenai planet ini, kapal angkasa yang pertama
daripada dua buah kapal yang mendekati planet Utarid adalah Mariner 10 dari
tahun 1974 hingga 1975, yang hanya memetakan 45% daripada permukaan
planet.[1] Kapal angkasa yang kedua adalah kepal angkasa MESSENGER, yang
memetakan lagi 30% permukaan planet semasa penerbangannya pada 14
Januari, 2008.[1] MESSENGER akan membuat dua laluan lagi mengelilingi
planet Utarid, diikuti dengan penyertaan orbit pada tahun 2011, dan akan
meninjau dan memetakan seluruh planet berkenaan.

ZUHRAH

Zuhrah (Inggeris: Venus; juga dikenali sebagai Kejora)


merupakan planet kedua terdekat kepada Matahari,
mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini
diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud bunga kerana
bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakanakan bunga. Jika dirujuk pada nama bahasa Inggeris pula,
planet ini dinamakan bersempena dewa Venus, dewa cinta
Rom. Ia merupakan objek semula jadi yang paling terang di
waktu malam, kecuali Bulan, mencapai magnitud kecerahan
4.6. Oleh kerana Zuhrah merupakan planet inferior dari Bumi,
ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya
mencapai maksimum sebanyak 47.8. Zuhrah mencapai
kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau pun
terbenam, disebabkan alasan tersebut ia selalunya disebut
sebagai Bintang Pagi atau pun Bintang Petang.

BUMI

Bumi (Jawi: , bahasa Inggeris:Earth) merupakan planet ketiga daripada


matahari. Ia juga boleh dirujuk sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra.[1]
Rumah kepada jutaan spesies,[2] termasuklah manusia, bumi juga merupakan
satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud.
Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira
4.54 bilion tahun yang lalu,[3][4][5][6] dan kehidupan muncul di permukaannya di
dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600
juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.
Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil
magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran
ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi
bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa
lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera,
Termosfera, dan Eksosfera.

MARIKH

Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan
dinamakan sempena nama Dewa Peperangan Tamadun Rom (Dewa Peperangan
Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit
pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu
bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah
planet dari 8 planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet
dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :57.9 juta kilometer ke Utarid,
108.2 juta kilometer ke Zuhrah,
149.6 juta kilometer ke Bumi,
227.9 juta kilometer ke Marikh,
778.3 juta kilometer ke Musytari,
1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,
2,871.0 juta kilometer ke Uranus,
4,497.0 juta kilometer ke Neptun,

MUSYTARI

Musytari adalah planet kelima daripada matahari dan juga planet yang terbesar
daripada sembilan planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata
planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :57.9 juta kilometer ke Utarid
108.2 juta kilometer ke Zuhrah
149.6 juta kilometer ke Bumi
227.9 juta kilometer ke Marikh
778.3 juta kilometer ke Musytari
1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
2,871.0 juta kilometer ke Uranus
4,497.0 juta kilometer ke Neptun
5,913.5 juta kilometer ke Pluto.
Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di
antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat
pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.

ZUHAL

Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar
di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan
Musytari, Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi
bergas.
Zuhal berasal dari bahasa Arab tetapi sekiranya dilihat didalam Bahasa Inggeris,
ia dikenali sebagai planet Saturn, diambil sempena tuhan Rom, Saturnus, yang
menyerupai Yunani Kronos (Titan bapa kepada Zeus) dan juga Babylon iaitu
Ninurta. Simbolnya adalah sabit dewa dalam bentuk ringkas stylized (Unicode:
).
Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di
antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat
pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.
Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cecincin yang utama terdiri
kebanyakannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu.
Sebanyak enam puluh bulan-bulan mengorbit planet berkenaan. Titan, bulan
Zuhal yang terbesar (selepas Ganymede), yang merupakan bulan yang lebih
besar dari planet Utarid dan ia merupakan satu-satunya bulan di dalam Sistem
Solar yang mempunyai kemudahan atmosfera.[5]

URANUS

Uranus ( )merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan


planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi
jisimnya di Sistem Suria. Planet ini dinamakan sempena dewa langit Yunani
purba iaitu Uranus (Yunani Kuno: ), bapa kepada Cronus (Saturnus)
dan datuk kepada Zeus (Jupiter). Walaupun ia boleh dilihat dengan mata kasar,
planet ini tidak dikenal pasti oleh tamadun purba kerana kesuramannya dan
putaran orbitnya yang perlahan.[2] Sir William Herschel mengumumkan
penemuannya pada 13 Mac 1781 dan ini menyebabkan garis sempadan yang
diketahui dalam Sistem Suria buat pertama kalinya dalam sejarah moden dapat
dikembangkan. Uranus juga planet pertama yang ditemui melalui teleskop.
Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya
mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada gergasi gas yang lebih
besar seperti Musytari dan Zuhal. Ahli falak kadangkala meletakkan mereka di
kategori yang berbeza dipanggil "gergasi ais". Atmosfera Uranus yang sama
dengan Musytari dan Zuhal dalam komposisi utama seperti hidrogen dan helium
mengandungi lebih "ais" seperti air, ammonia dan metana dengan unsur surih
hidrokarbon. Planet ini mempunyai atmosfera yang paling sejuk di Sistem Suria
dengan suhu minimum 49 K (224 C. Atmosferanya mengandungi struktur
awan yang berlapis dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang
paling rendah dan metana pula pula berada di awan yang paling atas.
Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus kebanyakannya terdiri daripada ais dan
batu.

NEPTUN

Neptun merupakan salah sebuah dari sembilan planet dalam sistem suria.
Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria
adalah seperti berikut :

57.9 juta kilometer ke Utarid


108.2 juta kilometer ke Zuhrah

149.6 juta kilometer ke Bumi

227.9 juta kilometer ke Marikh

778.3 juta kilometer ke Musytari

1,427.0 juta kilometer ke Zuhal

2,871.0 juta kilometer ke Uranus

4,497.0 juta kilometer ke Neptun

5,913.5 juta kilometer ke Pluto.

Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di


antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat
pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.

Anda mungkin juga menyukai