Anda di halaman 1dari 8

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca

Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil
lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati
seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.
Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita
membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik,
sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.
Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca akan mampu menulis
karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.
Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh
dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.
Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan
menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan
berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.
Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa
lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan
sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

Faedah-faedah Amalan Membaca

Membaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah.


Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak
kelebihan dan manfaat.
Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang
sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan
majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita
senantiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.
Amalan suka membaca juga boleh meningkatkan
perbendaharaan kata. Misalnya kita boleh membaca buku-buku
cerita, novel dan makalah. Perbendaharaan kata yang meluas
baik dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris akan
meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan
ataupun bertulis.
Di samping itu, amalan suka membaca boleh menambah
pengetahuan kita. Contohnya, jika kita suka membaca buku-buku
tentang sains dan sejarah yang boleh kita dapati di perpustakaan.

Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan juga sejarah


boleh ditingkatkan dan sekaligus membantu dalam proses
pembelajaran di sekolah.
Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi masa
lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran,
majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada
membuang masa dengan bermain atau menonton televisyen
sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan
sia-sia.
Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai
banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka
membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai,
"Membaca Jambatan Ilmu".

KARANGAN:CATATANPERKELAHAN
Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan. Tuliskan
sebuah catatan tentang perkelahan tersebut.
Ahad , 25 Mac 2013.
7.00 pagi
Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini disebabkan adik-beradikku sibuk
membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan
seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ayah dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan
makanan yang hendak dibawa.
8.15 pagi.
Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota Avanza.
Perjalanan ke Port Dickson mengambil masa selama satu jam setengah . Ketika
kami sampai, orang ramai sudah membanjiri pantai Port Dickson.
9.45 pagi.
Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh di bawah sebatang pokok
yang rendang. Aku, abang dan adikku pula membantu ibu mengangkat barang-barang

lalu meletakkannya di bawah pohon itu. Ibu pula mula menyusun atur barang dan
membuka bekalan yang dibawa.
10.00 pagi.
Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di kawasan gigi air
sahaja. Sementara itu ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai
langkah berjaga-jaga. Selepas puas bermandi-manda, kami naik ke pantai
dan membina istana pasir bersama-sama.
12.15 tengah hari.
Setelah lebih dua jam kami bermandi-manda dan membina istana pasir, kami
dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera dengan bekalan yang dibawa. Kami makan
dengan amat berselera sekali, maklumlah masing-masing sudah kelaparan dan
makanan yang ibu sediakan pula enak-enak belaka. Sambil itu, kami menikmati
suasana nyaman pantai Port Dickson dan melihat gelagat orang ramai yang ada di
situ.
3.00 petang.
Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira dan puas
dapat berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan
membawa kami berkelah di pantai Port Dickson lagi pada cuti yang akan datang atau
jika ada
kelapangan pada masa lain.

Catatan: Sambutan Hari Guru


Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis catatan tentang sambutan Hari Guru tersebut.
__________________________________________________________

RABU, 16 MEI 2012


7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan Hari Guru 2012. Lagu Negaraku, lagu negeri
dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Rafiq bin Sabaruddin, selaku Ketua Pengawas. Kemudian,
bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Azril.
7.40 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. Hajah Puspa Dewi, sebelum beliau membacakan perutusan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia. Kemudian Tuan Guru Besar, En. Awang Satip bin Md. Salleh menyampaikan ucapan dan seterusnya
membacakan perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran.
8.40 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru dan murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat, sebaliknya mereka hanya menjadi penonton. Seterusnya, sukaneka dijalankan dengan
beberapa acara yang menarik. Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan gembira dan mengambil bahagian.
10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuih-muih yang disediakan di kantin

sekolah.
10.40 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan
lakonan. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.
12.00 tengah hari
Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah
disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Abu Kasim bin Kamat.
12.40 tengah hari
Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru mereka. Kemudian, semua murid
beratur untuk bersalaman dengan para guru secara bergilir-gilir.
01.10 tengah hari
Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru.

Karangan Lengkap
Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
Encik Musa Bin Hassan,
Setiausaha Sukan,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
Tuan,

24 APRIL 1998.

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama


Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan Darau ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan
yang lama.
2.
Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan
sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.
3.

Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.

4.

Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Widyawati

( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )


Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,
Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan Darau.

Contoh 2
Tajuk / Soalan : Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan
sepucuk surat permohonan kepada akhbar tersebut.
Karangan Lengkap
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
______________________________________________________________________________

Ketua Pengarang,
Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) ,
Berita Harian Sendirian Berhad,
31, Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.

10 JANUARI 1997.

Tuan,
Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar
Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke
Unit Akhbar Dalam Darjah
( ADD) pada 27 Januari 1997 jam 9.30 pagi.
2.
Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit
ADD ditubuhkan dan bagaimana mengendalikannya.
3.

Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.

4.

Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.

Sekian.
Yang benar,
Nazimah
..
( NAZIMAH NAZIM )
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
Contoh 3
Tajuk/ Soalan : Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa buah buku cerita dalam surat khabar. Tuliskan sepucuk surat kepada pengurus
pemasaran untuk memesan buku-buku tersebut.
Karangan Lengkap
Kampung Tanjung Alir,
22000, Jerteh,
Terengganu.
_____________________________________________________________________________
Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,
64 & 66, Jalan Pingai,
80400, Johor Bahru.
14 OKTOBER 1998 .
Tuan,
Memesan Buku
Merujuk kepada perkara di atas, saya Ummu Atiyah Bt. Abd. Fatah telah terbaca iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat
tuan.
2.

Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut :
Bil.
1.
2.
3.

Judul Buku
Misteri Kapal Tenggelam
Misteri Patung George
Rahsia Rumah Tua

Kuantiti
1
1
2
Jumlah

Harga Seunit
RM 3.60
RM 3.60
RM 4.00
RM 11.20

3. Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 107 yang bernilai RM 11.20. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan
hantaran buku tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
..............................................................
( UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH )

Contoh 4
Tajuk / Soalan : Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk memohon kebenaran
mengadakan lawatan ke pameran buku.
Karangan Lengkap
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.

15 OKTOBER 1998.

Tuan,
Memohon Kebenaran Membuat Lawatan
Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang
bertempat di Kampung Raja, Besut.
2. Surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan dan sudah pun mendapat jawapannya. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada
tuan untuk ke pameran tersebut.
Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :
Tarikh : 17.10.1998
Masa : 10.00 pagi
Ahli : 21 orang termasuk 2 guru pengiring
Kerjasama daripada tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
..............................................
( NORAINI BT. IBRAHIM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.
Contoh 5
Tajuk / Soalan :Andaikan bahawa anda diserang demam panas. Anda tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari. Tuliskan sepucuk surat kepada guru
kelas anda untuk memberitahunya keadaan anda.
Karangan Lengkap
Kampung Awek,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru kelas,
Tahun 6 kenanga,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
20 OKTOBER 1998.
Cikgu,
Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Berhubung dengan perkara di atas, saya Habibah Bt. Ghazali murid Tahun 6 Kenanga ingin memaklumkan bahawa saya tidak hadir ke sekolah kerana
diserang demam panas.
2.

Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di salah sebuah klinik. Doktor menasihatkan saya supaya berehat selama dua hari.

3. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk makluman dan tindakan cikgu. Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang
semula ke sekolah seperti biasa.
Atas perhatian dan kerjasama cikgu, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
Yang benar,
.
( HABIBAH BT. GHAZALI )

Contoh 6
Tajuk / Soalan : Kelab Sains sekolah anda akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas. Tuliskan sepucuk surat kepada pengarah
stesen tersebut untuk memohon kebenaran.
Karangan Lengkap
Kelab Sains,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Pengarah,
Stesen Penyiaran TV3,
Sri Pentas,
50164 Kuala Lumpur.

18 OKTOBER 1998.

Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran TV3
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri
Pentas.
2. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-murid tentang cara-cara penerbitan dan penyiaran rancanganrancangan di TV3.Tambahan pula televisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan kepada murid-murid.
3.

Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :


Tarikh : 25.11.1998
Masa : 10.30 pagi
Ahli : 39 orang termasuk 4 guru pengiring

4. Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberikan jawapan dengan segera. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima
kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
..............................................................
(UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH)
Setiausaha,
Kelab Sains.
Contoh 7
Tajuk / Soalan : Sebuah buku yang kamu pinjam dari perpustakaan sekolah telah hilang. Tuliskan sepucuk surat kepada guru perpustakaan untuk
menerangkan sebab-sebab kamu tidak boleh memulangkan buku tersebut.
Karangan Lengkap
No.76, Kampung Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru Perpustakaan,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
Cikgu,

17 OKTOBER 1998.

Buku Hilang
Merujuk kepada perkara di atas, saya Khushaima bt. Khairuddin murid Tahun 6 Kenanga ingin memaklumkan bahawa buku yang saya pinjam pada 14
Oktober 1998 telah hilang.
2. Buku tersebut berjudul Menanti Hari Esok karya Naimah Haji Hassan. Saya meminjam buku tersebut pada waktu rehat. Selepas itu, saya pergi
makan di kantin. Setelah selesai makan, barulah saya sedar buku yang saya letak di atas bangku telah hilang.
3. Saya akui kehilangan buku itu berpunca daripada kecuaian diri saya sendiri. Saya memohon maaf dan berjanji akan membayar ganti rugi atas
kehilangan buku
tersebut.
Sekian untuk makluman cikgu. Terima kasih.
Yang benar,
......................................................
(KHUSHAIMA BT. KHAIRUDI)

Anda mungkin juga menyukai