Anda di halaman 1dari 1

Membaja

Nitorgen (N) yang paling penting. Pastikan bekalan mencukupi terutamanya pada peringkat
pertumbuhan awal sehingga peringkat berbunga. Nitrogen digunakan dalam proses
fotosintesis dan perlu dibekalkan untuk meningkatkan hasil. Fosforus (P) menggalakkan
pertumbuhan akar jagung, pembentukan benih dan mempercepatkan kematangan
manakala kekurangan kalium memperlahankan tumbesaran pokok dan akar. Kadar
penggunaan baja NPK yang disyorkan untuk penanaman jagung ialah 120:60:60 hingga
120:60:120 kg/ha. Penentuan kadar yang paling sesuai harus mengambilkira faktor-faktor
seperti keadaan tanah, iklim, varieti jagung, densiti penanaman, jenis baja yang digunakan
dan peringkat tumbuhan.
Separuh baja Nitrogen, separuh baja Kaliam dan kesemua baja Fostat diguna waktu
menanam. Baki baja diberikan 3-4 minggu selepas menanam. Penggunaan bahan organik
digalakkan di tanah berpasir dan kurang subur. Pembajaan untuk tanah mineral adalah
seperti berikut:Jenis Baja

Kadar Baja
(Kg/Ha)

NPK (12:12:17:2)
Urea

500
130

Masa Membaja
(1 hari sebelum
ditanam)
1
15

Urea

130

35

Baja organik yang digunakan untuk projek


pertanian.

Cara Baja

Dibajak ke dalam tanah.


Ditabur 15 cm dari barisan jagung dan
digaulkan
ke dalam tanah.
Ditabur 20 cm dari barisan jagung dan
digaulkan
ke dalam tanah.

menabur baja pada Tanaman jagung kami.

Anda mungkin juga menyukai