Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Pertanian

RBT 3119
Brendon Melton
930928-12-6489
Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana telah dapat menyiapkan juga
tugasan RBT 3119 Perniagaan dan Keusahawanan. Saya telah menerima tugasan ini dari
pensyarah penasihat saya iaitu Cik Hajah Norazmah SuJai pada interaksi yang ke dua.
Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terdapat pelbagai cabaran yang perlu saya
tempuhi baik mahupun dalam bidang jahitan atau pertanian.Bagi tugasan pertanian, ia
benar-benar mengajar saya sifat kesabaran .Kekangan masa dengan tugas hakiki tidak
mematahkan semangat saya untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang
pembiakan tanaman ini.Semua maklumat yang saya perolehi samada dari internet, tukang
kebun sekolah, guru Kemahiran Hidup dan individu-individu tertentu, saya kumpul sebaik
mungkin dan menganalisisnya dengan lebih jelas.Saya buang segala rasa segan untuk
bertemu dengan mereka yang arif dalam bidang pembiakan tanaman ini.
Semangat yang jitu ini,mendorong saya untuk mencari lebih banyak maklumat yang
berkaitan tugasan yang diberi supaya ia dapat dikupas dengan lebih jelas dan tepat serta
berguna kepada saya dimasa akan datang. Melalui tugasan yang diberikan,ia memberi
pengalaman baru amat berguna dalam pembelajaran saya terutama dalam bidang
pertanian.Di dalam bidang ini,saya telah menimba ilmu dalam pembiakan tanaman sperti
jagung, sengkuang dan lada. Secara tidak langsung,saya telah mempelajari sesuatu yang
baru dalam penanaman tumbuhan yang sebelum ini saya hanya lihat tanpa ingin
mengetahui dengan lebih lanjut.
Namun kini, saya sangat teruja untuk menanam jagung serta tanaman yang lain
bersama dengan rakan sekumpulan. Selain menghasilkan jagung, tanaman yang lain juga
seperti lada, sengkuang dan lain lain menghasilkan bahan yang boleh digunakan dalam
masakan saya. Tugasan yang diberikan secara berkumpulan ini, telah melatih saya untuk
bersikap rajin, tekun dan bersungguh-sungguh serta bertanggungjawab dengan amanah
tugas yang diberikan kepada saya serta mengajar saya tentang nilai bekerjasama apabila
bekerja dengan rakan rakan yang lain. Banyak perkara yang saya pelajari sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Saya berharap usaha saya ini dapat memberi manfaat kepada
saya dan anak-anak didik yang akan datang.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai