Anda di halaman 1dari 4

Kuasa dan Kebebasan

Isu 1MDB masih belum selesai, malah ia membuka beberapa isu baru
yang nampak begitu jengkel di mata umum.
Banyak persoalan intrik muncul bersamanya. Meskipun ia tidak kurang
pentingnya, kita memerlukan penambahbaikan dasar dan amalan
politik untuk melonjak makna kepada apa juga pilihan intrik yang ada.
Masalah utama campur tangan kerajaan dalam aktiviti
ekonomi
Masalah awal 1MDB bermula apabila Najib Razak
membelakangi liberalisasi ekonomi yang dikemukakannya.

sendiri

1MDB menjadi satu lagi syarikat berkaitan kerajaan yang diwujudkan


ketika begitu banyak jenis syarikat yang sama mengawal ekonomi
negara. Liberalisasi ekonomi yang bertujuan mengurangkan campur
tangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi jelas larut dalam kata-kata
sahaja.
Sebab mengapa ramai ahli ekonomi menolak campur tangan
berlebihan ini kurang mahu difahami oleh ahli-ahli politik kerana
mereka sedar dengan campur tangan itu mereka berpeluang menjana
kekayaan peribadi atau kepada keluarga dan kroni.
1MDB sangat jelas menunjukkan bagaimana campur tangan kerajaan
dalam aktiviti ekonomi adalah sebahagian resepi kepada pelbagai
masalah.
Pertama, 1MDB membuat hutang yang cukup besar. Hutang ini bukan
sahaja secara tidak langsung menyumbang kepada kesan himpitan
keluar (crowding out effect), tetapi juga menambah beban tanggungan
hutang negara kerana ia diberi jaminan oleh kerajaan persekutuan
Malaysia.
Kemudian, kita mendengar keputusan aneh 1MDB membeli penjana
tenaga bebas pada kadar harga melebihi pasaran, dengan bayaran
komisen 10% dan kadar faedah pinjaman sebanyak 5.9%. Sekiranya
ahli lembaga pengarah dan pemegang jawatan eksekutif 1MDB
berpengalaman dalam bidang korporat, umum yakin pembelian ini
tidak akan dibuat. Ia hanya mungkin sekiranya ada campur tangan
kuasa lain.
Kerjasama dengan Petro Saudi, di mana pendedahan menunjukkan
sebuah syarikat kerjasama dibentuk terlebih dahulu oleh Petro Saudi

sebelum adanya persetujuan 1MDB, malah dibuat dalam keadaan


tergesa-gesa, tidak menggambarkan ada usaha wajar (due diligence)
yang cukup sebagaimana lazimnya sebuah syarikat seperti ini
beroperasi. Sekali lagi, ia hanya mungkin berlaku jika ada campur
tangan kuasa lain.
Apabila sebahagian hutang 1MDB telah matang dan perlu dibayar,
ternyata syarikat ini tidak mempunyai wang untuk membayar dan
perlukan bantuan kerajaan untuk berbuat demikian.
Sekonyong-konyong, kita diberitahu bahawa 1MDB diberi hak milikan
jumlah aset yang cukup lumayan harganya dengan pembelian pada
harga yang rendah. Aset ini sebahagiannya tiba-tiba akan dibeli oleh
Tabung Haji pada harga yang lebih tinggi.
Kemudian kita mendapat tahu Ketua dan Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif serta Anggota Panel Pelaburan dan Ahli Lembaga Pengarah
Tabung Haji turut terlibat dalam 1MDB dengan pelbagai jawatan
antaranya sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Pengerusi anak syarikat
1MDB dan Panel Penasihat 1MDB. Jika ini bukan konflik kepentingan,
apakah namanya?
Selepas itu, umum dimaklumkan Tabung Haji menjual semula tanah ini
atas nasihat Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.
Di sini, kita meragui bukan sahaja konflik kepentingan yang ada tetapi
usaha wajar yang dibuat oleh Tabung Haji dan sekali lagi, campur
tangan kuasa lain.
Masalah lain cubaan menutup pekung
Apabila sebahagian wang yang dipinjam 1MDB gagal dibayar sehingga
memerlukan kerajaan membayarnya, selain campur tangan kuasa lain
untuk membolehkan apa juga cara untuk menyelamatkan 1MDB
berhasil, ia sudah cukup untuk menunjukkan ada yang tidak kena
dengan syarikat ini. Tambahan pula, dalam tempoh relatif singkat,
pertukaran firma-firma audit terkenal dan ketua-ketua pegawai
eksekutif tidak memberikan imej yang positif.
Akhirnya timbul dakwaan Najib Razak menerima wang berjumlah
USD700 juta ke dalam akaun peribadinya.
Sekiranya ini wang daripada 1MDB, kita tertanya adakah apa yang
didakwa oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB yang baru sebagai
laporan audit terhadap syarikat itu boleh dipercayai? Sekiranya ia
sumbangan politik orang kaya dari Arab, ia perlu didedahkan. Ini

kerana jumlahnya sangat luar biasa. Malah, seorang calon presiden


dalam pilihan raya di Amerika Syarikat sukar memobilisasi dana
sebanyak itu.
Ketika siasatan dan intrik politik berjalan, kita dikejutkan dengan
rombakan kabinet serta beberapa tindakan yang jelas dilihat
bermotifkan politik.
Bukan sahaja Muhyiddin digugurkan daripada kabinet, Peguam Negara
yang terlibat dalam pasukan petugas khas untuk menyiasat mengenai
wang yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak telah
ditamatkan perkhidmatan lebih awal. Empat orang anggota
jawatankuasa kira-kira awam (PAC) dimasukkan ke dalam kabinet.
Dalam tempoh siasatan, tiba-tiba dimaklumkan Ketua dan Timbalan
Ketua Pesuruhjaya bercuti dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menjadi sasaran siasatan dan muncul juga sejumlah
blog yang menyerang Gabenor Bank Negara.
Kenyataan seorang daripada Pengarah SPRM yang ditukar jawatan dan
hari ini baru diumum dikembalikan kepada SPRM bahawa tindakan luar
biasa polis menyiasat SPRM berpunca daripada arahan pihak lain jelas
mudah diterima umum meskipun ia dinafikan pihak polis.
Demi Malaysia yang lebih baik
1MDB dan kemasukan wang ke akaun peribadi Najib Razak adalah kes
yang cukup besar untuk menarik perhatian ramai, baik di dalam atau
di luar negeri. Ia boleh disifatkan sebagai skandal kewangan terbesar
terhadap seorang Perdana Menteri di Malaysia.
Untuk menangani semua masalah ini dan mengelak daripada ianya
berulang, empat perkara asas mesti segera dilakukan:
1)
Gubal akta kebebasan maklumat. Dengannya, pihak yang
berkuasa akan lebih sukar untuk menutup akses kepada maklumatmaklumat penting, khususnya yang dapat membantu siasatan.
Kebebasan maklumat akan meningkatkan kuasa orang ramai.
2)
Jamin kebebasan media. Media adalah elemen semak dan
imbang yang tidak memerlukan permit untuk beroperasi. Cukup
dengan menamakan pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan
kandungan dan penerbitannya.
3)
Desentralisasi kuasa. Agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan
SPRM perlu diletakkan di bawah parlimen dan diberi kuasa mendakwa.
Kuasa pendakwaan yang banyak kepada Peguam Negara mesti

dikurangkan kerana dalam kes-kes tertentu seperti ini, boleh berlaku


konflik kepentingan dengan tugasnya menasihati kerajaan. Tidak ada
sesiapa pun boleh mengatasi atau mempengaruhi undang-undang
supaya memihak kepada dirinya secara tidak benar.
4)
Jamin kebebasan ekonomi. Kerajaan mestilah mengurangkan
campur tangan dalam aktiviti ekonomi, sebaliknya memainkan
fungsinya untuk menggubal mana-mana peraturan untuk memastikan
persaingan yang adil. Dasar perlindungan harus diminimakan
sebanyak mungkin untuk membolehkan kesan sebenar ekonomi yang
didorong oleh swasta dirasai dan dinikmati.
Ingatlah, kuasa pemerintah yang tidak terbatas sangat lebih
berbahaya berbanding kebebasan rakyat. Menutup suara bebas
bukanlah bukti mereka memfitnah tetapi petunjuk bahawa pemerintah
takut dengan apa yang mahu diperkatakan mereka. Campur tangan
kerajaan dalam aktiviti ekonomi hanya akan memperkaya segelintir
pihak yang rapat dan berkepentingan.
-Amin Ahmad ialah Pengarah Eksekutif, Institute for Leadership and
Development Studies (LEAD)

Anda mungkin juga menyukai