Anda di halaman 1dari 4

Meningoencephalitis

Encephalitis adalah satu proses inflammasi yang melibatkan tisu otak, yang menyebabkan
kegagalan fungsi otak.Meningoencephalitis pula adalah juga satu proses inflammasi yang
melibatkan tisu otak dan selaput otak (meninges).1(Gambarajah 1)

Gambarajah 1
Dianggarkan, sebanyak 4,000 kes encephalitis baharu di UK setiap tahun. Jangkitan yang
melibatkan kumpulan dewasa boleh menjadi satu jangkitan yang teruk.2
Jangkitan virus secara terus ke otak adalah dipercayai penyebab utama keadaan di atas.1
Etiologi
Kajian mendapati jangkitan virus secara terus (direct) ke otak oleh virus Herpes simplex (HSV)
merupakan satu jangkitan yang serius. Lain-lain virus adalah seperti Varicella-zoster, EpsteinBarr, Cytomegalovirus, enteroviuses, adenoviruses, rabies, dan Japanese B encephalitis.
Pemerhatian perubatan juga mendapati situasi klinikal berkaitan gejala encephalitis berlaku
kesan dari reaksi autoimmun (in- direct) selepas jangkitan sistemik virus Influenza, measles,
rubella, varicella, dan HIV.
Selain dari virus, jangkitan sekunder atau primer boleh berlaku dengan kuman-kuman yang lain
seperti tuberculosis, mycoplasma, listeria, Lyme disease, cat scratch fever, leptospira, brucella,
legionella, dan neurosyphilis.

Organisma lain yang boleh terlibat adalah:

Rickettsial: Rocky Mountain spotted fever, endemic typhus, epidemic typhus, Q fever

Fungal: cryptococcosis, coccidiomycosis, histoplasmosis, candidiasis.

Parasitic: trypanosomiasis, toxoplasmosis, echinococcus, schistosomiasis, amoebiasis

Pelbagai organisma boleh terlibat dalam meningoencephalitis. Bagaimanapun ujian makmal


terkini masih lagi sukar mengenalpasti penyebab utama bagi kes-kes meningoencephalitis
seluruh dunia.1
Gejala
Kegagalan fungsi otak akut boleh bermula dengan demam selesema, sakit kepala, dan diikuti
dengan hilang kewarasan fikiran, sawan dan koma.1
Gejala separa akut pula adalah berkait rapat dengan kenaikan tekanan dalam kepala seperti sakit
kepala yang teruk,pening, perasaan loya seperti nak muntah, sawan dan fikiran keliru.1
Gejala-gejala lain adalah seperti fotofobia, kegagalan deria rasa dan kekejangan otot leher.1
Komplikasi
Akut2

Kegagalan fungsi jantung dan pernafasan yang memerlukan bantuan pernafasan dan
ubatan penstabil tekanan darah.

Ketidakstabilan metabolik dalam darah.

Sawan yang sukar dikawal.

Jangkitan kuman sekundari dalam darah dan paru- paru.

Reaksi pembekuan pembuluh darah ( DIVC)

Jangka panjang2

Gangguan emosi dan psikologi

Kegagalan daya ingatan

Kegagalan fungsi otak secara keseluruhan yang menyebabkan kegagalan fungsi fizikal
secara menyeluruh.

Rawatan
Terapi empirik
Pelbagai jenis virus mungkin menjadi penyebab kepada meningoencephalitis, maka ubat
antiviral yang khusus adalah terhad kepada jangkitan yang disebabkan oleh kumpulan
herpesvirus, terutama sekali virus herpes simplex. Kajian mengesahkan, semakin awal
pemberian rawatan khusus untuk herpes simplex encephalitis,ia dapat mengurangkan kadar
kematian dan sekuela yang serius seperti kegagalan fungsi otak.1
Rawatan ubat antiviral khusus adalah intravena (IV) acyclovir 10mg/kg setiap 8 jam bagi
kumpulan dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai fungsi ginjal yang normal perlu dimulakan
bagi setiap kes yang disuspek menghidap encephalitis sementara menunggu keputusan kajian
makmal.1
Rawatan sampingan ubat antibiotik IV boleh dimulakan sekiranya memenuhi kriteria bagi
jangkitan kuman di tisu otak atau meninges.1
Terapi khusus
Rawatan khusus ubat antiviral mengikut keputusan isolasi dan inkubasi virus tertentu adalah
membantu dalam perawatan lanjutan encephalitis.1
Rawatan khusus ubat antibiotik dan lain-lain adalah perlu berdasarkan keputusan isolasi dan
inkubasi kuman-kuman berkenaan.1
Pencegahan
Sesetengah kumpulan virus penyebab encephalitis boleh dicegah dengan vaksinasi, seperti
Japanese encephalitis dan rabies.2
Kawalan vektor( nyamuk) juga dapat mengawal jangkitan seperti terhadap kumpulan arbovirus.2
Rujukan
1. Alan et al, The Management of Encephalitis: Clinical Practice Guidelines by the
Infectious Diseases Society of America,Clinical Infectious Diseases 2008;47:30327
2. www.patient.co.uk/encephalitisandmeningoencephalitis/2012

Semakan Akhir : 10 Oktober 2014


Penulis
: Dr. Mohd Sufian b. Adenan
Dato' Dr. Hj. Md Hanip b.
Akreditor
:
Rafia

http://www.myhealth.gov.my

Anda mungkin juga menyukai