Anda di halaman 1dari 5

Pada zaman dahulu, seekor musang yang sedang berjalan-jalan di dalam

rimba terjumpa seekor arnab yang sedang menikmati makanannya lobak.


Arnab tidak menyedari kemunculan musang yang berada di belakangnya
tersentak

apabila

musang

memanggilnya

dalam

nada

yang

mempermainkannya, Arnaaab, Arnaaab. Sambil memegang makanannya,


arnab menoleh ke arah kiri, tetapi ia tidak nampak apa-apa pun, tetapi
makanannya telah hilang separuh tanpa disedarinya; ia menoleh ke arah
kanan, ia masih tidak nampak apa-apa pun, dan pada masa inilah,
makanannya telah pun dirampas habis secara senyap-senyap oleh musang.
Musang

meneruskan

perjalanannya

sambil

mencari

mangsa

yang

seterusnya. Musang ternampak gajah yang belalainya penuh dengan buah


pisang yang baru dipetiknya. Musang pun terfikir: Gajah takut kepada tikus,
kan? Haha. Musang yang berdiri di belakang gajah terus menjerit ke arah
gajah, Tikus! Tikus!!! Segalanya dalam jangkaan musang. Gajah melompat
ke atas pokok dan menggantungkan dirinya pada dahan pokok. Musang pun
pergi ke hadapan untuk mengutip buah pisang yang jatuh daripada belalai
gajah. Gajah yang tergantung pada dahan pokok terjatuh daripada pokok dan
berasa pening. Musang senyum tersengih-sengih.
Hati musang penuh riang kerana ia mendapat makanan percuma tanpa
sebarang usaha. Sambil berjalan-jalan, ia ternampak pula monyet yang
sedang sibuk makan manggis. Wah, sedapnya! Ini lagi sedap!!! Air liur using
meleleh apabila nampak mimik muka monyet yang sedang menikmati dunia
manggisnya.
Musang cuba mendekati monyet dengan bertegur sapa dengannya, Hai,
monyet!
Monyet yang tidak senang dengan kehadiran musang lalu menjawabnya,
Apa hal?
Musang cuba membodek monyet, Wuuhuu.Banyak betul manggis kau!
Tanpa rasa ragu terhadap musang, monyet menjawab, Aa.Aku memang
suka makan manggis. Sedap.

Musang meneruskan usaha tipu helahnya. Sambil mengambil manggis


daripada tangan monyet menggunakan ekornya, sambil musang berkata,
Kalau tak silap aku, inilah manggis yang paling sedap di hutan ni, kan?
Monyet bersetuju dengan musang sambil menganggukkan kepalanya, Ya.
Kamu mahu makan semua manggis ni ke?
Yeelah!
Musang berlakon seakan-akan ia terperanjat dengan apa-apa yang
diperkatakan oleh monyet itu. Rugi.Rugi.RugiRugi. Macam mana
kalau aku katakan dengan sebiji manggis ni aku dapat gandakan kepada tiga
(sambil berkata ia telah menukarkan sebiji manggis pada ekornya kepada
tiga), tiga jadi tiga sembilan, dari sembilan jadi 27 (sambil mengira pada tanah
untuk menunjukkan kepada monyet), dan dari 27 jadi puluh-puluh-puluh!
Untunglah kau! Sambil meyakinkan monyet, musang menguis debu tanah.
Untuk membolehkan monyet lagi percaya kepadanya, musang berkata, Aku
janji dalam masa dua bulan, aku boleh buat kamu kaya dengan manggis!
Masa tu nanti, kamu boleh makan manggis hari-hari.
Monyet tertarik dengan apa-apa yang diperkatakan oleh musang. Sambil ia
merenung ke atas langit, ia mula berimaginasikan banyak manggis gugur
daripada langit ke atas badannya! Wah, manggis! manggis! manggis! Dia
berangan-angankan bilangan manggis terlalu banyak sampaikan ia boleh
menggelongsor di atasnya. Setelah ia sedar daripada imaginasi dan
mimpinya, ia bertanya kepada musang, Boleh percaya ke?
Musang menunjukkan seolah-olah ia tidak kisah sama ada monyet percaya
kepadanya ataupun tidak. Tak percaya tak apa. Musang menoleh ke
belakang dan beredar.
Monyet yang tidak ingin melepaskan peluang untuk memperoleh banyak
manggis berasa cemas dengan musang yang ingin beredar lalu lekas
memanggilnya, Eh, nanti nanti musang. Akunak, taapiii, dua bulan tu
lama sangat sambil menggaru kepalanya.
Musang gelak lalu berkata, Kalau nak manggis banyak, kenalah sabar sikit.

Dengan perasaan yang berat hati, monyet bersetuju dengan tawaran musang
itu, ArghhhBoooleeeehlah!
Musang mengutip manggis yang telah dikupas oleh monyet sebelum itu beri
kepadanya, IniKamu punya.Makan. sambil menolak manggis itu ke dalam
mulut monyet. Musang membongkokkan badannya, dan memeluk manggis di
atas tanah, Ini semuaAku punya!
Monyet terkejut dengan apa-apa yang diperkatakan oleh musang. Ah! Kamu
punya?
Musang menjelaskan kepada monyet dengan penuh ikhlas, Tak tak tak.
Maksud saya, cukup dua bulan, kita jumpa balik di sini. Aku janji! Manggis
kamu ni akan berganda-ganda.
Monyet mengulangi perkataan ganda di telinga monyet. Monyet pula mula
bermimpi tentang manggis yang berganda yang akan menunggukannya dua
bulan selepas itu.
Musang menolak monyet, Kau balik dulu. Biar aku yang uruskan.
Monyet sekarang betul-betul percaya akan monyet. Baiklah. Aku percaya
akan kau. Terima kasih, musang! Janji ye!
Musang menjawab monyet, Janji.
Monyet yang ingat musang betul-betul akan dapat menggandakan bilangan
manggisnya yang sedia ada berasa sangat gembira sambil melompat-lompat,
Tak sabar-sabar! Nak makan manggis!
Sesudah percakapannya, monyet melompat ke arah pokok.
Tipu helah musang sekali lagi berjaya memperdayakan monyet
Musang bersandar di atas pokok sambil menikmati manggis yang kononnya
akan berlipat ganda selepas dua bulan untuk dipulangkan balik kepada
monyet.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Selepas dua bulan, musang meneruskan pemburuan makanannya dengan
tipu helahnya. Masa untuk makan.

Tiba-tiba, monyet menjerit namanya, Musang! Hai! Hihihi.


Dengan penuh hairan, musang berkata, Monyet? Apa kau buat di sini?
Monyet menunjukkan gelagatnya kepada musang tentang perihal perjanjian
untuk melipatgandakan manggis yang diberikan oleh monyet dua bulan
sebelum itu.
Musang buat seolah-olah ia tidak ingat janjinya dengan monyet dua bulan
sebelum itu.
Monyet meneruskan usahanya untuk membolehkan musang mengingat
kembali janji musang dengannya, Dah dua bulan ni. Mana manggis aku?
Musang meneruskan lakonannya, Manggis? Dua bulan? OhYang tu!
Belum sampai dua bulan lagi!
Monyet keliru dengan jawapan musang, DahDah lebih dua bulan ni!
Musang cuba mengelirukan lagi monyet, Betul ke? Kamu silap kira ni?!
Monyet mempertahankan dirinya, Tak! Aku tak silap! Pokok kat depan aku
setiap bulan mesti berbuah. Ini dah kali kedua pokok tu berbuah!
Musang melawan balik hujahan monyet itu, Tapi, pokok aku tu tidak berbuah
pun.
Monyet sudah keliru.
Musang meneruskan hujahannya, Kau nak tipu aku ye, monyet?
Dengan perasaan tidak puas hati tetapi keliru, Ah? Mana ada?! Aku tak tipu!
Musang

berhujah

kepada

monyet

seolah-olah

ia

yang

betul

dan

kebenarannya berpihak kepadanya, Jadi, siapa yang tipu siapa?


Monyet yang berasa dirinya diperdayakan oleh musang berasa amat marah
lalu berkata, Aku tak peduli. Hal ni mesti diselesaikan hari ni juga!
Musang menjawab, Suka hati kaulah.
Mereka berjumpa dengan kancil.

Monyet berkata kepada kancil, Kancil, saya mau kamu jadi hakim. Kau kan
bijak? Musang tipu aku! Dia ambik semua manggis aku dan janji akan beri
balik manggis yang berlipat ganda dua bulan selepas itu. Dah dua bulan dah
ni.
Musang cuba menafikan, Tak sampai dua bulan pun! Kau tengok atas, bulan
ada satu je, mana ada dua? Tunggu sampai ada dua bulan dululah pokok aku
baru akan berbuah manggis!
Monyet

bertambah

geram

mendengar

penjelasan

musang.

Monyet

menceritakan peristiwa manggisnya ditipu oleh musang kepada kancil.


Kancil memanggil arnab dan gajah sebagai saksi bagi tipu helah yang pernah
dilakukan oleh musang terhadap mereka.
Musang disabitkan kesalahan dan tidak dapat berkata apa-apa. Musang
dipinggirkan oleh binatang lain sejak hari itu.

Anda mungkin juga menyukai