Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

ZAINAB AFINA BT. SUHARTO


3 PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2012

Bagi tempoh hampir sebulan ini, saya dan pasangan kerja kursus saya telah
diberi satu tugasan mengenai masalah disiplin pelajar. Kami juga diberi tugasan
mengenai program intervensi. Tugasan tersebut hendaklah terdiri tidak lebih daripada
lima belas mukasurat sahaja. Setelah membaca dan menganalisis tugasan yang
diberikan, saya dapati bahawa tugasan ini amat sesuai dengan kami yang ingin
mendapatkan Ijazah Pendidikan dan bakal bergelar guru. Wajarlah bagi kami untuk
mengetahui mengenai selok belok masalah disiplin pelajar supaya boleh digunakan
pada masa hadapan. Jika diimbau pada zaman persediaan ijazah, kami telah diberikan
tugasan mengenai masalah pembelajaran yang terdapat pada pelajar

tetapi hanya

pada asasnya dan pastinya bukan mengenai masalah disiplin. Jadi, ini adalah peluang
bagi kami untuk lebih mendalami mengenai perkara ini.
Setelah membaca sedikit sebanyak mengenai maslah disiplin di dalam akhbar,
majalah dan internet, saya memahami bahawa statistik ini terdiri masalah disiplin
berkategori ringan, sederhana dan berat. Masalah-masalah disiplin ini sebenarnya
bermula daripada masalah kecil yang kemudiannya berkembang dan menjadi semakin
parah. Berpandukan nota-nota serta artikel yang kami jumpai, akhirnya saya faham
mengenai betapa pentingnya setiap guru mengetahui mengenai perkara ini. Lebih-lebih
lagi mengenai faktor-faktor berlakunya masalah disiplin ini memandangkan perkara ini
selalu terjadi di sekolah dan dalam kalangan pelajar. Sebelum ini, saya selalu tertanyatanya mengenai maksud sebenar masalah disiplin dan penyebab-penyebabnya secara
terperinci. Sekarang setelah menonton video mengenai masalah disiplin yang berlaku
dan mengkaji serba sedikit mengenainya, saya berasa lebih seronok dan teruja untuk
mendidik anak-anak bangsa. Cabaran itu mematangkan dan tidak akan terlepas
daripada insan yang bergelar guru.

Pada kali ini, saya dan pasangan, Hasliza Julaihi membahagikan tugasan kami
ini kepada dua. Soalan A iaitu mengenai kategori dan faktor masalah disiplin
dilaksanakan oleh saya tetapi berdasarkan perbincangan di aatara kami, manakala
pasangan saya pula melaksanakan tugasan mengenai program intervensi dengan
perbincangan bersama saya. Kami dapat merumuskan bahawa pembelajaran mengenai
isu-isu semasa

di dalam bidang pendidikan adalah amat penting dan patut dikaji

dengan lebih mendalam. Hasil pemerhatian adalah sama dengan hasil jangkaan yang
kami buat. Kami berasa sangat gembira dengan hasil tugasan kami. Rakan-rakan kami
turut memberi kerjasama yang padu dalam berkongsi maklumat bersama kami. Mereka
juga berasa teruja sama seperti terujanya kami sewaktu pertama sekali meenerima
tugasan ini.
Selain itu, saya dan pasangan telah diperkenalkan dengan pengetahuanpengetahuan baru. Setelah mendapat pendedahan mengenai sumber rujukan yang
patut kami gunakan, kami dapati banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari. Betullah
kata orang-orang tua, semakin tinggi ilmu di dada, semakin tidak tahu. Kami perlu
mencari dan terus mencari ilmu supaya tidak luput di ingatan. Tugasan ini menepati
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan generasi bermoral dan
berakhlak mulia. Setelah menjalankan kerja kursus ini barulah saya tahu bahawa
generasi yang baik datangnya daripada didikan sejak dari kecil yang bagus. Bak kata
orang-orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika salah didikannya, maka
buruklah hasilnya. Begitu juga dengan anak bangsa kita. Setelah mendapatkan
maklumat penting ini, saya menanam azam dan tekad bahawa saya akan mencuba
untuk menjadi guru yang terbaik dan faham mengenai masalah yang dihadapi para
pelajar saya. Dalam pada masa yang sama, saya dan pasangan berbincang mengenai
cara yang setepatnya untuk mempamerkan proses dan hasil tugasan kami dalam
bentuk lembaran yang akan dihantar.
Akhir sekali, kami hanya mampu berharap dan bertawakkal agar usaha kami ini
tidak disia-siakan. Secara keseluruhannya, pelbagai ilmu baru saya peroleh semasa
kuliah yang diberikan. Ilmu dan pengalaman baru sedemikian sudah tentunya dapat
membantu saya untuk mengajar kelak. Semoga semua ilmu tersebut dapat saya

manfaatkan dengan baik untuk mendidik pelajar sekaligus menghasilkan modal insan
yang berkualiti kelak.

Anda mungkin juga menyukai