Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) KALI PERTAMA 2012

Tarikh : 02/02/2012 Hari : Khamis Masa : 01.15 petang Tempat :Bilik Gerakan SKSA Agenda yang dibincangkanialah: 2.1 Perutusan Guru Besar/PK Pentadbiran Ucapan terima kasih kerana hadir.Beliau menegaskan peri pentingnya guru-guru memberi penekanan dalam permasalahan ini da nmengharapkan agar mencapai sifar linus pada awal tahun tiga dan selewat-lewatnya akhir tahun tiga.Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat kerana dapat bekerjasama memenuhi kehendak jabatan dalam mengisi maklumbalas terhadap keputusan saringan secara on- line.

2.2

Pelantikan AJK Linus Terdapat beberapa orang ahli barusepertiPn. Ramlah (MatematikTahun 1), Pn. Hjh. Samsiah(BM Tahun 1) danPn.Amnah (BM Tahun 3). Pn. Hjh. Nik Yah berharap mereka dapat mengajar dengan ikhlas dengan tujuan untuk membasmi Linus tegar dan linus.Gunalah berbagai kaedah atau teknik pengajaran yang sesuai asalkan objektif NKRA tercapai.

Tindakan: Guru-guru tahun 1,2dan 3 2.3 Program Linus Oleh kerana murid tahun 1 seramai 69 dan kelas tidak boleh dipecahkan kepada 3, Pn. Farhanah berharap program kelas intervensi perlu dirancangkan selepas saringan linus nanti. Tindakan: Guru Matematikdan BM tahun 1 Bagi murid- murid tahun 2, walaupun seramai 6 orang berada di dalam pengawasan Pn.Jamilah (kelas pemulihan), mereka perlu diberi perhatian di dalam bilik darjah bersama-sama murid lain dari aspek latihan membaca dan menulis kerana dalam masa yang sama mereka mereka turut dinilai dalam KSSR. Tindakan: Guru matapelajaran Pencerapan dan pemantauan Pegawai-pegawai dari PPD, JPN dan NKRA sendiri akan membuat lawatan dari masa kesemasa ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Oleh itu, guru-guru haruslah bersedia sebagaimana yang sepatutnya.

2.4

Guru-guru sepatutnya menggunakan modul linus yang disediakan bagi mengurangkan jumlah murid Linus peringkat awal lagi. Dari segi rekod mengajar, guru-guru perlu ada senarai nama murid linus dan mengenalpasti murid tersebut manakala headcount linus ditampalkan di belakang buku rekod mengajar Rancangan harian pula perlumengikuti contoh yang sudah didedahkan dalam ceramah LDP pada November lalu.Bagi kelas bercampur pula perlu ditambah aktivt iliterasi/numerasi di bawah aktiviti pembelajaran KSSR. Tindakan: Guru BM dan Matematik 2.5 Tangga Ilmu. Guru-guru tahun 1 sepatutnya menambahbaik papan kenyataan linu s dengan pengisian ilmu yang menarik dan bermakna.Begitu juga dengan sudut-sudut dinding yang menjadi sasaran matapelajar-pelajar tahun satu.Pengisian ilmu meliputi semuapelajaran yang difikirkan perlu dan bermanfaat kepada murid. Tindakan: Semua guru matapelajaran 2.6 Aktiviti Linus Aktiviti linus literasi dan Numerasi perlu dimasukkan bersama-sama aktiviti panitia BM dan Matematik .Ketua panitia sepatutny amengambil tahudan mengambil caknakerana ini adalah program besa rkerajaan (NKRA) Tindakan: Ketua Panitia dan guru-guru AJK Linus 2.7 Hal-hal lain. Pn. Wan Hamidah menjelaskan bahawa jadual harian BM beliau sekarang di darjah 2P dan 3C.Oleh itu, Puan Wan Amnah yang mengambilalih kela s 3P perlu mengenalpasti murid-murid yang sudah melepas ilinus tetapi masih lemah berbanding dengan murid perdana. Puan Jamilah berharap guru-guru lain perlu memberi perhatian kepada 6 orang murid linus yang mengikuti kelas pemulihan semasa berada di dalam bilik darjah kerana dalam masa yang sama mereka juga mengikuti KSSR. PK Pentadbiran berharap agar guru-guru dapat bekerjasama bagi membasmi linus pada selewatnya akhir tahun 3.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang. Disediakan oleh: .. (Farhanah bt. Ab. Rahman) S/U PanitiaBahasaMelayuSKSA. Disahkan oleh: (Pn.Hjh. Nik Yah bt.Mahamood) PK Pentadbiran SKSA

Anda mungkin juga menyukai