Anda di halaman 1dari 10

KASYAF DALAM AJARAN KAUM SUFI

Oleh:
Dr. Abdul Hayei Bin Abdul Shukor

PENDAHULUAN
Kasyaf merupakan persimpangan jalan yang memisahkan kaum sufi
dengan majoriti umat Islam. Ahli Sunnah Wal Jamaah sepakat
memutuskan bahawa al-Qur'an, as-Sunnah, Ijma' dan Qias sebagai
sumber kepada aqidah, syariah dan akhlak. Aqidah ini samada
disedari atau tidak dicemari oleh ajaran kaum sufi yang menjadikan
kasyaf para wali, mimpi dan yaqazah dan orang-orang yang telah
meninggal dunia, bahkan dengan melihat sendiri apa tercatat di
lauh mahfuz sebagai sumber hukum yang tidak boleh dipertikaikan.
Manakala keterangan-keterangan Qur'an dan sumber-sumber utama
Ahli Sunnah terpaksa ditunduk kepada kasyaf dengan alasan alam
batin lebih mumi dan akrab kepada Allah daripada alam zahir.
Kertas ini merupakan himpunan beberapa fakta tentang kasyaf
dalam ajaran kaum sufi yang dipetik daripada bahan-bahan bacaan
yang ditulis oleh pengamal dan penyelidik-penyelidik dalam bidang
ini. Penulis tidak berhasrat memberi ulasan lebih lanjut, kerana
pertentangan prinsip antara ahli Sunnah dan kaum sufi cukup jelas
dan tidak memerlukan ulasan lagi.

ALAM GHAIB HANYA MILIK ALLAH


Al-Quran dalam beberapa firman-Nya mengajak manusia agar
menggunakan keupayaan akal dan pancaindera untuk menambah
ilmu pengetahuan, dengan ilmu mereka dapat menyakini kewujudan
dan kebesaran Allah.Tidak dinafikan keupayaan akal dan pancaindera
begitu terbatas, is tidak dapat menyingkap semua perkara yang
dicipta Allah. Apa yang diketahui amat sedikit berbanding yang
tidak diketahui. Firman Allah SWT:
Ar:

i 0.4 _151
-
Maksudnya:
"Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit
sahaja"
(Surah al-Isra':85)

31

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Justeru terbatas keupayaan akal dan pancaindera, manusia


tidak mamp u mengetahui dengan detil kejadian yang akan berlaku
pada masa hadapan, seperti bilakah qiamat akan berlaku? Bila
hujan akan turun? Bagaimana nasib bayi dalam kandungan? Bila
dan di mania berakhir ajal seseorang manusia. Semua ini biasa
diketahui k.aum sufi melalui kasyaf yang mereka percayai. Firman
Allah SWT:
- .
'11 LI L4 Ji 4 .$ .." ;0 - ,
• W...0 ul

cp.si:J
P (5pr) L4.3
r,1 ,
W 4111 01 C.' J."..) (..),ey I 4.5'

Maksudnya:
"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang
hari qiarnat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang
mengetahui dengan sebenar-sebenarnya tentang apa yang ada
dalam rahim (ibu yang mengandung) . Dan tiada seseorang pun
yang betul mengetahui apa yang akan diusahakan esok (samadn
baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui
di bumi negeri manakah is akan mati. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya" .
(Surah Luqman: 34)

Nabi sendiri tidak mengetahui baik buruk yang bakal menimpanya.


Firman Allah SWT:
.41
a Ga6 "11

CM")

Maksudnya:
"Katakanlah: "aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat
bagi diriku dan tidak dapat menolak mudharat kecuali apa

32
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-


perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan
banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan
(tentulah) Aku tidak di timpa kesusahan. Aku ini tidak lain
hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-
orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-
orang yang beriman".
(Surah Al-`Araaf: 188)

Firman-Nya lagi :
c
*
.12.1:4:3 1,6
zi.3.3 0.4- -•
• TL...10- • ' 11c....L411•0
,
Maksudnya:
"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan
segala yang ghaib, dada siapa yang mengetahuinya melainkan
Dialah sahaja, dan Dia mengetahui apa yang ada di darat
dan di laut, dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia
mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan
bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan
(semuanya) oda tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang
terang nyata" .
(Surah Al-An'aam : 59)

Jika ayat-ayat ini menjelaskan bahawa alam ghaib hanya diketahui


Allah. Wujudkah sempadan antara ghaib dan nyata, dan dimanakah
wujud persempadanannya? Imam al-Nasafi ada menyatakan:
"Ahli al-Haq (al-Syasirah dan Maturidi) membataskan sumber
ilmu yang memberikan keyakinan hanya pada tiga sahaja: Hawas yang
sejahtera, khabar yang benar dan akal. Hawas ialah lima perkara yang
sedia maklum,. Khabar shadiq ada dua iaitu mutawatir (Qur'an) dan
khabar Rasul (Hadith) dan akal termasuk dalam lchabar, ada dharuri
dan nazari"

33
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

KASYAF SUFI DAN ILMU GHAIB


Umum kaum sufi berpendapat, insan terhalang dari menyingkap
alam ghaib kerana ada hijab (sekatan). Andainya hijab ini diangkat
nescaya terbuka semua yang tersembunyi dan dapat disaksikan
samada dengan mata hati atau mata kepala. Pada mereka ilham
atau kasyaf adalah suatu jalan yang istimewa bagi mendapatkan alam
ghaib, di samping berita mutawatir dan maklumat yang berasaskan
pancaindera.
Kasyaf ialah satu istilah yang dipakai kepada pembukaan hijab
melalui ilham. Ia merupakan sumber maklumat yang menyamai
wahyu kepada nabi-nabi. Antara wahyu dan ilham dibezakan oleh
penerimanya samada nabi atau bukan nabi.
Kasyaf ditakrifkan sebagai "Menyingkap maklumat di sebalik hijab
yang berupa perkara ghaib dan perkara-perkara yang benar ada" .
Kaum sufi berpendapat, apabila seseorang dianugerahkan ilham,
maka terbukalah hijab dan dengan itu mereka dapat menyingkap
alam langit dan bumi serta berjaya menemui rahsia tujuh lapis
langit dan bumi, sidratul muntaha, Lauh Mahfuz, syurga, neraka,
kursi, Qalam dan lain-lain yang selama ini menjadi rahsia. Mereka
berpendapat tiada daun yang gugur ke bumi, tiada air yang turun
dari langit, tiada bayi yang lahir, tiada kejadian yang berlaku tanpa
pengetahuan kaum sufi yang beroleh kasyaf. Mereka mengetahui apa
yang tertulis di Lauh Mahfuz. Mereka tahu dengan bahasa apa di
tulis dan dengan pena mana dicatat setelah hijab dibuka. Maklumat
ini menurut mereka tertutup kepada ulama' yang dinamakan Ulama'
Syariat.
Kaum sufi mendakwa ilmu yang mereka perolehi diterima terus
samada daripada Allah atau Rasulullah samada secara yaqazah atau
mimpi. Mereka mengaku ilmu mereka tiada dalam al-Qur'an dan al-
Sunnah, kerana ilmu itu disifatkan laduni yang diperolehi daripada
al-Khidir yang merupakan guru kepada ulama' batin, sedangkan Nabi
Muhammad s.a.w, Nabi Musa a.s dan lain-lain hanya merupakan
guru-guru ulama' zahir.
Kaum sufi mendewa-dewakan sumber ilmu yang mereka perolehi
seperti katanya:
i. Kamu perolehi ilmu daripada guru-guru yang telah mati,
sedangkan kami menerima ilmu daripada Allah yang
sentiasa hidup dan tiada mati.
ii. Kami menyeberangi lautan, sedangkan para nabi hanya
berada di pesisirannya.

34
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

iii. Banyak hadith yang dhaif kerana rawinya disifatkan wadho',


sebenarnya sahih kerana pihak yang mendapat kasyaf itu
mendengar sendiri daripada jibril.
Menurut kaum sufi, justeru sumber ilmu berbeza maka lahir dua
syariat iaitu zahir dan batin. Syariat zahir berbeza dengan syariat
batin. Apa yang hams dalam syariat batin tidak harus dalam syariat
zahir. Apa yang diketahui oleh alam zahir tidak diketahui oleh
alam batin. Tindakan membunuh bayi tanpa dosa, memusnahkan
bahtera tanpa ganti rugi, menegakkan bangunan secara percuma
kepunyaan orang yang tidak berbudi yang dilakukan oleh Khidir
adalah suatu keharusan yang tidak harus berlaku menurut alam zahir
yang dipunyai nabi Musa a.s.
Beberapa kejadian luar biasa berlaku di kalangan kaum sufi dan
diterima atas alasan memakai syariat batin seperti persetubuhan
dengan himar, zina, minum arak, liwat, berbogel ketika berkhutbah,
mengambil harta orang tanpa izin, meraung di tengah laluan orang
ramai, memaki hamun terhadap muazzin, mencaci nabi, semua
makhluk ini tuhan, anjing dan babi tidak terkecuali, berdoa kepada
iblis agar dirahmati Allah, Fir'aun lebih alim daripada Musa, Nabi
Muhammad itu ialah Nabi yang duduk bersila di atas Mustawa,
mengetahui apa yang tertulis di Lauh Mahfuz, wali-wali lebih tinggi
kedudukan daripada nabi dan rendah sedikit daripada rasul. Semua ini
pernah dibuat atas jalan kasyaf sufi yang didakwa menerima samada
daripada Khidir, malaikat atau terus daripada Allah tanpa hijab.

TIGA TOKOH KASYAF TERAGUNG


Berikut dikemukakan sebagai contoh tiga tokoh sufi yang
berpengalaman dan banyak menyumbang dalam penyebaran dalam
ilmu yang berteraskan kasyaf. Mereka ialah Abu Hamad al-Ghazali,
Ibn 'Arabi dan Abdul Karim al-Jili.

1. Abu Hamad al-Ghazali.


Al-ghazali mengakui kasyaf tidak diperolehi melalui jalan
biasa, is didapati melalui jalan taqwa dan mujahadah, namun
menurutnya tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Al-
Ghazali menyatakan bahawa ilmu kasyaf tidak boleh ditulis
dalam kitab, disebabkan jelas bertentangan dengan hukum
syara'. Hakikat ini dibayangkan dalam kitabnya Manhaj al-

35
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

`abidin menerusi dua bait syair yang dihubungkan kepada Ali


Zainal 'Abidin yang bermaksud;
"Kadangkala ilmu ini kalau aku hebahkan rahsianya, nanti aku
dituduh penyembah berhala. Orang Islam akan menghalalkan,
kerana menganggap baiknya perkara kej i yang mereka lakukan
itu".
Kebimbangan al-Ghazali memang beralasan apabila dituduh
sebagai penyembah berhala dan layak dibunuh kerana perbuatan
itu jelas bertentangan dengan syariat.
Al-Ghazali menjelaskan kasyaf, dengan katanya;
"Hendaklah duduk dengan hati yang kosong, penuh keinginan
kepada Allah, fikirannya tidak dipisahkan dengan bacaan al-Qur'an
dan tidak juga dengan meneliti tafsir, tidak menulis hadith dan
sebagainya. Cukup dengan lisan berterusan menyebut Allah..Allah..
Allah".
Limpahan ilmu kasyaf ke dalam hati sehingga mendengar suara
al-Haq, berlaku melalui khulwah berikut:
"Khulwah itu hanya berlaku dalam rumah yang gelap, andainya
ia tidak mempunyai tempat gelap maka masuklah kepalanya dalam
baju, atau selimutnya dengan kain. Dalam keadnan ini ia mendengar
seruan al-Haq dan menyaksikan keagungan Rububiyyah"
Selanjutnya al-Ghazali berkata;
" Apabila Allah menjaga urusan hati, nescaya melimpah-limpah
rahmat ke atasnya. Teranglah nur pada hati, lapanglah dada dan
terbukalah baginya rahsia pada alam malakut"
Walaubagaimanapun, Imam al-Ghzali tidak pernah menyebut
malaikat turun kepada kaum sufi, kerana beliau sedar sesiapa
mendakwa wahyu masih turun selepas kewafatan nabi maka
ia kafir. Atas sebab ini beliau menolak dakwaan yang mengatakan
hati para wali dan kaum sufi dilimpahi ilmu yang mereka dakwa
limpahan daripada ilmu ghaib sebagai anugerah Allah dan
rahmat ke atas mereka. Dalam penegasan mengenai kasyaf sufi,
al-Ghazali cukup dengan mengatakan sebagai limpah ilmu ke
dalam hati dan juga pendengaran suara.

36
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

2. Kasyaf Ibn 'Arabi


Pemikiran kasyaf ibn 'Arabi serta pengalaman peribadi lebih
banyak didedahkan dalam kitabnya Al Futuhat A-Makiyyah
dan Fusus Al-Hukum. Ibn 'Arabi mendakwa beliau kerap
menjumpai nabi dan bertanya kedudukan martabat hadith.
Antara maklumat kasyaf yang diperolehi Ibn 'Arabi ialah
Fir'aun mati sebagai mu'min, iman iblis lebih tinggi daripada
iman Adam dan termasuk dalam kumpulan yang terselamat
daripada api neraka, kerana tidak bersedia sujud kepada
makhluk. Ibn 'Arabi yang menyokong pendapat gurunya Sahil
bin Abdullah at-Testeri itu berpendapat bahawa Allah telah
mengubah keputusan di dalam al-Qur'an, kerana Allah tidak
diwajibkan dengan apa-apa dan tidak terikat dengan apa jua
ikatan. Allah telah menetapkan keselamatan iblis pada hari
qiamat dan membersihkannya daripada segala tuduhan yang
dilemparkan kepadanya serta diberikan keampunan sepenuh
keatasnya.

3. Abdul Karim al-Jili


Pemikiran dan pengalaman kasyaf al-Jili boleh diikuti antaranya
menerusi kitab beliau berjudul Al-Insan Kamil Fil Ma'rifah
Al-Awakhir wal Awail. Al-Jili dalam kitabnya ini lebih banyak
mendedahkan beberapa kasyaf tentang bentuk alam, dan ajaran
wandatul wujud. Malah kitab ini ditulis berasaskan kasyaf yang
terbuka baginya, kata beliau:
"Aku tulis kitab ini berasaskan kasyaf yang jelas dan aku perkukuhkan
permasalahannya dengan khabar yang soheh" .
Al-Jili sepanjang kitab ini memperkukuhkan fahamannya
bahawa Allah bersifat dengan sifat makhluk dan makhluk
itu ialah 'aM Khaliq. Beliau berdasarkan kepada maklumat
kasyafnya daripada insan kamil yang bersifat dengan sifat-sifat
Allah sepenuhnya.
Al-Jili lebih jauh lagi menerusi kasyafnya dapat menyingkap
seluruh alam atas dan bawah, beliau melihat para malaikat,
menemui rasul-rasul dengan menyatakan tarikh dan tempatnya
iaitu pada bulan Rabi'ul Awal tahun 800 Hijrah. Beliau
merantau ke seluruh alam langit dan berjumpa nabi-nabi pada
setiap langit yang is lawati.

37
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Abdullah Bin Muhammad Nakula


Ustaz Abdullah Bin Muhammad Nakula menerusi bukunya "Bentuk-
Bentuk Alam Yang Mengagumkan". Buku yang mengandungi 196
halaman ini mengkaji mengenai bentuk alam dan hubungan dengan
kebudayaan Melayu banyak mengutip pengalaman kasyaf kaum sufi,
terutama ibn 'Arabi, al-Dili dan lain-lain. Pengarangnya begitu tertarik
dengan maklumat-maklumat kasyaf yang pemah dikemukakan pada
suatu ketika dahulu.
Buku ini mempertikaikan kekuatan ilmu Mustolah Hadith kerana
banyak hadith menjadi korban dalam jentera kaedah Mustolah yang
baru dibuat, kata beliau:
"Ulama' Salaf as-Solleh lebih produktif daripada orang lain dalam
menyampaikan hadith-hadith yang dipandang ganjil mengenai asal
kejadian alam, sistemnya dan lain-lain, kerana semua ini &Ukiah ganjil
bagi mereka. Tetapi saingan hadith-hadith yang mereka sampaikan ini
kebanyakannya menjadi korban dalam jentera kaedah-kaedah Mustolah
Hadith yang baru dibuat."
Seperti yang ditegaskan, bahawa penentuan sumber Islam
merupakan persimpangan jalan antara kaum sufi dengan Ahli
Sunnah wal Jamaah. Jika disedari bahawa kasyaf sebagai sumber
yang kebenarannya tidak boleh dipercayai. Apalagi jika bertentangan
dengan al-Qur'an dan al-Sunnah, maka tidak timbul masalah hadith-
hadith yang ganjil itu menjadi korban dalam Mustolah kerana alam
ini mempunyai kaedah dan aturan sendiri.
Nakula sepanjang Buku ini mempercayai sepenuhnya kasyaf
ibn 'Arabi, al-Jili dan riwayat yang diklafikasikan sebagai dhaif
atau maudu'. Kasyaf kaum sufi dari awal hingga akhir runtuh jika
diberi ruang untuk dipertikaikan kabenarannya berpandukan sumber-
sumber utama dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

PENUTUP
Seperti yang ditegaskan dalam pendahuluan di atas, penulis tidak
berminat memberi ulasan lanjut kepada maklumat kasyaf yang
dianuti kaum sufi. Kerana pengalaman-pengalaman itu lebih berupa
peribadi daripada orang-orang yang tidak dilindungi `asomah.
Bagaimanapun jika perkara itu dibiarkan berterusan dalam
masyarakat, di bawah payung tareqat-tareqat yang kononnya
mempunyai hubungan dengan tokoh-tokoh Islam silam. Lama-
kelamaan akan lebih menyulitkan institusi-institusi agama untuk

38
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

mengawal perkembangan pemikiran itu. Ini kerana sejak akhir-akhir


ini pemikiran kasyaf bukan sahaja dalam hal-hal ketuhanan, tetapi
melibatkan juga hal-hal masyarakat bahkan negara. Contohnya
dalam penentuan tarikh puasa dan hari raya, membina perkampungan
berasingan bagi tujuan jangka panjang dan sebagainya.
Pada hemat penulis jalan yang terbaik bagi menangani masalah
ini ialah kerap melakukan hewar dan dialog terbuka serta mengajak
semua pihak mengambil bahagian berpandukan kaedah Ahli Sunnah
wal Jamaah.

39

Anda mungkin juga menyukai