Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AKHIR

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu aktiviti yang


dapat menambahkan pengetahuan dan pengelaman baru dalam dunia
pendidikan bagi seorang guru pelatih. Banyak pengetahuan dan pengalaman
baru yang diperolehi hasil daripada PBS yang telah saya jalankan di SK
Pekan Bongawan, Sabah.
Walau pun banyak kemudahan dan aspek yang ditekankan di sekolah
ini, namun masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dari
pelbagai aspek tertentu supaya sekolah boleh melahirkan pelajar yang lebih
baik dan sempurna. Sudah tentu setiap perkara mempunyai kebaikan dan
keburukannya tersendiri tetapi sedikit perubahan dan tindakan perlu dilakukan
untuk merealisasikan misi dan visi sekolah serta matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Keadaan bilik darjah di sekolah kurang memuaskan dari aspek
keselesaan dan keselamatan yang diperlukan untuk menjadi bilik darjah yang
kondusif. Cermin pada pada tingkap-tingkap di kebanyakan bilik darjah tidak
lengkap sepenuhnya di mana hampir keseluruhan cermin pada tingkap
kebanyakan pecah. Selain itu, struktur meja di dalam bilik darjah didapati
tidak kukuh dan berada dalam keadaan baik. Jika diperhatikan laci meja
tersebut kebanyakannya sudah berlubang dan hanya terdapat ruang untuk
menulis sahaja.
Di bilik darjah juga paparan maklumat, sudut pembelajaran, sudut
bacaan dan paparan bahan pembelajaran tidak diselaraskan di semua bilik
darjah. Ada kelas yang lengkap dengan kriteria-kriteria di atas namun
terdapat juga kelas yang kurang mementingkan perkara di atas ataupun tidak
ada dana yang cukup untuk melakukannya. Begitu juga dengan peraturan
sekolah di mana peraturan am sekolah tidak dilekat sepenuhnya oleh pihak
pentadbiran. Saya ada mengusulkan hal ini dan pihak sekolah menyatakan
bahawa peraturan am tersebut dikatakan dalam proses untuk melekatkan dan
menampalkan di bilik darjah.

Kelemahan-kelemahan seperti di atas perlu diperbaiki supaya suasana


sekolah menjadi lebih ceria dan perkembangan minda pelajar menjadi lebih
baik dan sihat. Walaupun begitu, terdapat kekuatan yang saya lihat di sekitar
sekolah ini dari segi keceriaan sekolah, aktiviti dan program sekolah serta
pencapaian sekolah tidak kira dalam bidang akademik mahupun aktiviti
kokurikulum.
Menurut pemerhatian saya, sekolah ini banyak menggantung kata-kata
hikmat di kawasan sekitar sekolah. Usaha seperti ini menyebabkan
persekitaran sekolah kelihatan ceria dan dapat mewujudkan suasana
pembelajaran dalam kalangan murid-murid walaupun di mana mereka
berada. Selain itu, minda murid juga dapat dijana dengan baik.
Masalah disiplin di sekolah adalah di antara sekolah-sekolah yang
mempunyai peratusan masalah disiplin yang rendah. Ini dibuktikan melalui
rekod murid yang bersih daripada kes-kes berat seperti buli, merokok dan
yang lain-lain. Hal ini berlaku disebabkan oleh usaha keras pihak pentadbiran
untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid, dan juga kerjasama
daripada murid-murid di sekolah ini untuk mematuhi semua peraturan sekolah
selain menghormati guru-guru mereka.
Terdapat banyak kelebihan dan kekuatan yang telah saya lihat di
sekolah ini termasuk usaha-usaha setiap guru dalam memastikan agar
sekolah sentiasa menjadi sekolah yang terbaik di daerah ini. SK Pekan
Bongawan banyak mencapai kejayaan di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan. Pencapaian ini bukan sahaja hanya dalam bidang kokurikulum,
malah dalam bidang akademik. Perkara ini telah saya perhatikan sejak saya
masih bersekolah di sini lagi. Kerjasama antara guru-guru dan murid-murid
adalah kunci kejayaan kepada pencapaian ini.
Selain dapat melihat kekuatan dan kekurangan pada sekolah yang
dapat saya ambil iktibar, saya juga dapat mengetahui cara pengurusan
sesebuah sekolah dan rutin harian sesebuah sekolah. Secara amnya objektik
utama PBS ini telah saya capai sepenuhnya.

Kesimpulannya PBS ini dapat mendedahkan saya kepada budaya


sekolah. Saya dapat mempelajari daripada PBS ini mengenai pengurusan
pihak pentadbiran sekolah, sesi P & P yang berkesan dan berjaya, dan yang
paling penting sekali adalah saya dapat membina persesi dan sikap positif
terhadap profesion perguruan. Saya menyimpulkan bahawa PBS seharusnya
diwajibkan kepada semua guru pelatih bagi mendedahkan guru pelatih
kepada budaya sekolah dan profesion perguruan itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai