Anda di halaman 1dari 5

1) Azan ditelingan kanan dan Iqomah di telinga kiri

2) Sujud syukur - Suami disunnahkan melakukan sujud syukur sebaik sahaja anak
keluar dari rahim ibu sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan perbanyakkan
zikrullah (Tasbih-Subhanallah, Takbir-Allahuakhbar & Tahmid-Alhamdulillah).
3) Mencuci uri
- Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
- Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
- Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk
pastikan uri tersebut bersih dan suci)
- Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
- Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih.
(Untuk hilangkan bau hanyir darah) Bau hanyir darah boleh menarik deria
binatang untuk menggali dan memakannya.
- Perahkan limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk
mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
- Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah
reput. Ini bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik
merata-rata ketika hendak membawanya nanti.
- Boleh juga diikat di dalam kain (tak semestinya kain putih) seperti sup bunjut.
Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempat yang yang hendak
ditanam.
- Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek
anjing nanti atau binatang binatang lain nanti
- Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam
dalam dan timbus.
- Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan
surau/masjid.
- Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan
binatang2 lain.
- Jangan di letak lilin, paku dan barangan yang boleh mendatangkan syirik dan
khurafat.
4) Beri nama yang baik dalam masa 7hari kelahiran
5) Baca Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan - Bayi yang
baru lahir disunnahkan Tahnik. Iaitu mengunyah kurma sehingga lumat lalu
menggosokkan kurma ke lelangit mulut bayi bagi melatih bayi mengunyah dan
membantu menguatkan mulut bayi untuk makan.
6) Mendoakan Anak. - Hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa
yang paling mustajab ialah doa ibubapa untuk anaknya. Berdoalah memohon
keberkatan untuk anak dan memohon perlindungan anak dari godaan syaitan.

7) Bercukur Rambut - Disunnahkan untuk mencukur rambut bayi pada hari ketujuh
kelahiran bayi. Rasulullah SAW menyuruh supaya mencukur rambut bayi dan
disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak.
8) Aqiqah Untuk Anak Lelaki. - Hukum Aqiqah adalah sunnah muakkad dan afdhal
dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kita kepada
Allah SWT kerana telah mengurniakan anak. Bayi lelaki sunnah diaqiqahi
dengan 2 ekor kambing. Namun jika hendak dilakukan seekor dulu, tidaklah
dilarang kerana menurut ulamak; sekalipun aqiqah untuk anak lelaki digalakkan
dua ekor kambing, namun jika dilakukan seekor sahaja ia adalah sah dan
terhasil pahala aqiqah. Nabi SAW sendiri walaupun menggalakkan dua ekor,
tetapi baginda hanya melakukan seekor sahaja untuk cucunya. Ibnu 'Abbas RA
menceritakan; Rasulullah SAW melakukan aqiqah bagi Hasan RA dan Husain
RA dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi
(untuk Husin) (HR Imam Abu Daud. Sunan Abu Daud, 2841).
Apabila telah dilakukan seekor, kemudian dilakukan lagi seekor maka yang
kedua dianggap penyempurnaan bagi aqiqah yang pertama, namun pahalanya
tidak sama dengan yang pertama kerana ibadah aqiqah -apabila telah tiba
waktunya- lagi segera/cepat dilaksanakan, lagi baik.
Masa terbaik melakukan Aqiqah ialah pada hari yang ke tujuh bayi dilahirkan
(hari lahir dihitung sebagai hari pertama jika dilahirkan siang hari). Saidatina
'Aisyah RA menceritakn; Nabi SAW melakukan aqiqah untuk Hasan dan Husin
pada hari ketujuh, baginda memberi nama kepada mereka berdua dan baginda
menyuruh supaya dibuang kekotoran dari kepala mereka berdua (yakni dicukur
rambut mereka) (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim dengan sanad yang
baik menurut Imam Nawawi. Lihat; al-Majmu, jil. 8, hlm. 320).
Menurut ulamak; Jika tidak dapat dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan
dilakukan sebelum habis tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum
dilakukan, maka disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga,
maka disunatkan sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum
dilakukan, maka disunatkan sebelum mencapai umur baligh. Jika setelah sampai
umur baligh masih belum lagi diaqiqahkan, maka gugur sunat tersebut dari
wali/penjaga dan ketika itu diberi pilihan kepada bayi untuk melakukan aqiqah
bagi dirinya (apabila ia dewasa). (Kifayatul-Akhyar, hlm. 534
9) Mengkhatankan Anak.- Sunnah dikhatankan bayi pada hari ketujuh kelahiran
untuk kebersihan dan mencegah penyakit seksual. Menjadi sunat untuk bayi
perempuan dan satu kewajiban bagi bayi lelaki.

Anda mungkin juga menyukai