Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan :

Bunyi berada di sekeliling kita. Ia tidak boleh dilihat tetapi boleh dirasa
melaluigetaran. Ia memberi amaran kepada kita akan bahaya, membantu kita
dalam navigasi,menghiburkan kita dan yang paling penting, membolehkan kita
berkomunikasi denganmeluahkan perasaan kita dengan bersuara.Bunyi ialah
sejenis gelombang membujur yang boleh merambat melalui pepejal,cecair dan
gas. Bunyi dihasilkan oleh suatu sistem yang bergetar seperti getaran talabunyi
atau kon pembesar suara. Oleh itu, bunyi ialah sejenis gelombang mekanikal.
Secara amnya gelombang bunyi bergerak melalui perambatan molekulmolekuludara. Apabila kon pembesar suara bergetar ke hadapan, molekulmolekul udara dihadapannya dimampatkan. Apabila kon pembesar suara
bergetar ke belakang,molekul-molekul udara di hadapannya direnggangkan. Ini
akan menghasilkan satu sirimampatan dan regangan molekul-molekul udara.
Rajah 1: Gelombang bunyi yang dihasilkan oleh kon pembesar suara yang
bergetar Molekul-molekul udara bagi gelombang bunyi bergetar pada arah yang
samadengan arah perambatan bunyi tersebut. Maka, gelombang bunyi juga
merupakansejenis gelombang membujur.
Selain itu, tenaga bunyi dipindahkan oleh getaran-getaran mampatan dan
renggangan udara. oleh itu, bunyi tidak boleh merambat melaluivakum.Halaju
bunyi dalam satu medium bolehlah dirumuskan sebagai :
v =hP di mana P = panjang gelombang

Keputusan:

Pengenalan
Bunyi ialah sejenis gelombang membujur yang boleh merambat melalui
pepejal,cecair dan gas. Bunyi dihasilkan oleh suatu sistem bergetar seperti
getaran tala bunyi, getaran tali gitar atau getaran kon suatu pembesar suara.
Oleh itu, bunyi ialah sejenis gelombang mekanikal.Tenaga bunyi dipindahkan
oleh getaran molekul-molekul udara dalam siri mampatan dan regangan udara.
Oleh itu bunyi tidak boleh dirambat melalui vakum.
Halaju bunyi dalam suatu medium diberi sebagaiV =f

Gerakan perambatan molekul-moleku udara ini menghasilkan halaju v, panjang


gelombang dan frekuensi gelombang f.
Halaju gelombang bunyi dalam suatu gas dipengaruhi oleh :
a) suhu gas
b) jisim molekul gas
Halaju gelombang bunyi adalah lebih tinggi jika suhu persekitaran gas
yangdilaluinya adalah tinggi berbanding dengan suhu yang lebih rendah. Pada
suhu yang sama, halaju gelombang bunyi adalah lebih tinggi bagi gas
yangmempunyai molekul gas yang lebih kecil berbanding dengan molekul gas
yang lebih besar. Gelombang bunyi bergerak atau merambat dengan halaju yang
lebih tinggi dalam pepejal dan cecair dan gas. Hal ini disebabkan oleh molekul
pepejal dan cecair adalah lebih rapat jika dibandingkan dengan molekul-molekul
dalam gas. Gelombang bunyi juga menghasilkan fenomena-fenomena
pantulan,pembiasan, pembelauan dan interferen

Keputusan :
Aktiviti 1

Aktiviti
Tala bunyi diketuk dengan tapak kasut
dan didekatkan dengan air
Ketuk tala bunyi dengan tapak kasut
dan dekatkan dengan telinga

Pemerhatian
Air akan terpercik dan bergetar
Bunyi dengungan akan terhasil

Aktiviti 2:
Ketinggian botol kaca : 20.5 cm
Botol
penuh (A)
penuh (B)
penuh (C)

Jarak hujung botoldengan


permukaan air
15.6 cm
11.5 cm
6.0 cm

Ketinggian air
4.9 cm
9.0 cm
14.5cm

Pemerhatian apabila permukaan botol ditiup


Botol

Pemerhatian

Inferens

penuh (A)

Rendah

Lebih sedikit jumlah air


dalam botol kaca, lebih
banyak udara yang
terdapat di dalamnya.
Maka, udara akan
bergetar dengan
perlahan dan
menghasilkanfrekuensi
yang rendah apabila
permukaan botol ditiup.
Dengan ini,kelangsingan
bunyi yang
dihasilkanadalah rendah.

penuh (B)

Sederhana

Apabila banyak jumlah


air dalam botol kaca,
sedikit udara terdapat di
dalamnya.Maka, udara
akan bergetar dengan
laju dan menghasilkan

frekuensi yang tinggi


apabila permukaan botol
ditiup. Dengan ini,
kelangsingan bunyi yang
dihasilkanadalah tinggi.
penuh (C)

Bunyi siulan yang tinggi

Apabila lebih banyak


jumlah air dalam botol
kaca, lebih sedikit udara
yang terdapat dalam
botol kaca. Maka, udara
akan bergetar dengan
laju dan menghasilkan
frekuensi yang tinggi
apabila permukaan botol
ditiup. Dengan ini,
kelangsingan bunyi yang
dihasilkan adalah lebih
tinggi.

Pemerhatian apabila sisi botol diketuk dengan pensel


Botol

Pemerhatian

Inferens

penuh (A)

Paling kuat

Apabila botol diketuk


pada sisinya
menyebabkan getaran
pada botol dan air
bukannya udara di dalam
botol. Apabila jumlah air
kurang di dalam botol,
maka getaran yang
terhasil adalah tinggi dan
menghasilkan bunyi yang
lebih langsing.

penuh (B)

Sederhana

Apabila botol diketuk


pada sisinya
menyebabkan getaran
dan menghasilkan bunyi.
Pada masa ini botol dan
air yang menghasilkan

getaran bukannya udara


didalam botol. Apabila
jumlah air bertambah di
dalam botol, maka
getaran yang terhasil
adalah rendah dan
menghasilkan bunyi yang
kurang langsing.
penuh (C)

Perlahan

Apabila botol diketuk


pada sisinya
menyebabkan getaran
dan menghasilkan bunyi.
Pada masa ini botol dan
air yang menghasilkan
getaran bukannya udara
didalam botol. Apabila
jumlah air lebih banyak di
dalam botol, maka
getaran yang terhasil
adalah lebih rendah dan
menghasilkan bunyi yang
tidak langsing.

Perbincangan
1. Dalam Prosedur 6, botol manakah yang menghasilkan kelangsingan
yang

lebih

tinggi?

Apakah

yang

menyebabkan

perubahan

kelangsingan dari botol ke botol?


Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan dalam Prosedur 6, botol yang
mempunyai penuh isipadu air yang menghasilkan kelangsingan bunyi yang
lebih tinggi. Manakala, botol yang mempunyai penuh isipadu air akan
menghasilkan kelangsingan bunyi yang lebih rendah. Perbezaan kelangsingan
bunyi yang dihasilkan disebabkan oleh jumlah udara yang terdapat di dalam
botol tersebut. Botol yang mempunyai penuh isipadu air mempunyai jumlah
udara yang lebih sedikit berbanding botol yang mempunyai penuh isipadu air.

2. Jelaskan bagaimana bunyi dihasilkan dalam Prosedur 8? Botol manakah


yang menghasilkan kelangsingan yang lebih tinggi? Apakah yang
menyebabkan perubahan kelangsingan daripada botol ke botol?
Untuk menghasilkan bunyi dalam Prosedur 8, botol akan diketuk dengan pensel
di bahagian sisinya. Isipadu air yang dimasukkan ke dalam botol adalah berbeza
untuk menghasilkan bunyi yang berbeza. Berdasarkan pemerhatian yang
dijalankan dalam Prosedur 8, botol yang mempunyai penuh isipadu air akan
menghasilkan kelangsingan bunyi yang lebih tinggi berbanding botol yang
mempunyai penuh isipadu air. Kelangsingan bunyi yang terhasil adalah
berbeza disebabkan oleh getaran yang berlaku pada botol dan juga air yang
terdapat dalam botol tersebut bukannya jumlah udara yang terdapat dalam botol.
3. Bandingkan bunyi yang dihasilkan dengan meniup melalui permukaan
botol dan mengetuk sisi botol. Apakah perbezaan kelangsingan untuk
setiap botol? Terangkan jawapan anda.
Dengan meniup melalui permukaan botol, botol yang mempunyai penuhi
sipadu air yang menghasilkan kelangsingan bunyi yang lebih tinggi. Manakala,
botol yang mempunyai penuh isipadu air akan menghasilkan kelangsingan
bunyi yang lebih rendah. Perbezaan kelangsingan bunyi yang dihasilkan
disebabkan oleh jumlah udara yang terdapat di dalam botol tersebut. Botol yang
mempunyai penuh isipadu air mempunyai jumlah udara yang lebih sedikit
berbanding botol yang mempunyai penuh isipadu air. Apabila udara yang
terdapat di dalam botol adalah lebih sedikit, udara akan bergetar dengan laju dan
frekuensi yang dihasilkan adalah tinggi dan kelangsingan bunyi yang terhasil
turut tinggi.Dengan mengetuk sisi botol, botol yang mempunyai penuh isipadu
air akan menghasilkan kelangsingan bunyi yang lebih tinggi berbanding botol
yang mempunyai penuh isipadu air. Kelangsingan bunyi yang terhasil adalah
berbeza disebabkan oleh getaran yang berlaku pada botol dan juga air yang
terdapat dalam botol tersebut bukannya jumlah udara yang terdapat dalam botol.
Apabila jumlah air lebih banyak di dalam botol, maka getaran yang terhasil
adalah lebih rendah dan menghasilkan bunyi yang tidak langsing.

4. Dengan merujuk data yang terdapat di dalam jadual, bagaimanakah


ketinggian isipadu udara mempengaruhi kelangsingan? Bagaimanakah
ketinggian isipadu air mempengaruhi kelangsingan?
Dengan merujuk data yang terdapat jadual, botol A mempunyai isipadu
ketinggian udara yang tinggi iaitu 15.6 cm dan menghasilkan kelangsingan yang
rendah. Manakala, botol C mempunyai isipadu ketinggian udara yangrendah iaitu
6.0 cm tetapi menghasilkan kelangsingan yang tinggi. Semakin rendah isipadu
udara yang terdapat dalam botol, semakin laju getaran yang dihasilkan oleh
udara di dalam botol itu apabila botol ditiup. Maka,kelangsingan yang dihasilkan
adalah lebih tinggi.Botol A mempunyai ketinggian isipadu air yang lebih rendah
iaitu 4.9 cm dan menghasilkan kelangsingan yang tinggi apabila botol diketuk.
Manakala, botol C mempunyai ketinggian isipadu air yang tinggi iaitu 14.5 cm
dan menghasilkan kelangsingan yang rendah apabila diketuk. Hal ini
kerana,apabila botol diketuk, getaran terhasil oleh air dan botol tersebut.
Semakin tinggi isipadu air, semakin sedikit getaran yang terhasil, maka
semakinrendah kelangsingan bunyi yang terhasil.
5. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berkaitan hubungan antara bunyi
yang dihasilkan dan medium yang membantu rambatan bunyi?
Bunyi ialah sejenis gelombang membujur yang boleh merambat melalui pepejal,
cecair dan gas. Bunyi memerlukan medium untuk membantunya merambat.
Apabila permukaan botol ditiup, bunyi dirambat melalui udara yang terdapat di
dalam botol tersebut. Melalui udara, bunyi akan merambat dengan lebih perlahan
berbanding merambat dalam cecair dan pepejal. Dengan itu, bunyi akan
merambat dengan lebih laju apabila kuantiti udara yang terdapat di dalam botol
adalah sedikit. Semakin sedikit kuantiti udara yang terdapat di dalam botol,
semakin tinggi frekuensi dihasilkan dan kelangsingan bunyi yang dihasilkan
adalah tinggi Manakala, apabila botol diketuk dengan pensel, getaran yang
terhasil adalah daripada botol dan juga air yang terdapat di dalam botol dan
bukannya udara yang terdapat dalam botol tersebut. Oleh itu, bunyi dirambat

melalui medium cecair dan pepejal. Semakin kurang ketinggian air yang terdapat
di dalam botol,lebih laju bunyi dirambat melalui pepejal dan cecair. Maka,
frekuensi yang dihasilkan adalah tinggi dan kelangsingan bunyi yang dihasilkan
adalah tinggi.
6. Violin ialah alat muzik bertali, seruling dan klarinet adalah alat muzik tiup
kayu dan trumpet adalah alat muzik brass. Apakah persamaan bag isetiap
alat muzik berikut?
Alat muzik brass merupakan alat muzik yang mempunyai peniup yang
bersambung pada tiub panjang yang dipenuhi udara. Apabila peniup ditiup,
getaran bibir dan peniup akan menghasilkan frekuensi bunyi. Getaran udara
yang terhasil dalam tiub panjang yang dipenuhi udara menyebabkan bunyi yang
boleh kita dengar. Manakala, alat muzik tiup kayu juga menghasilkan bunyi
dengan cara yang sama. Tetapi, getaran bunyi dihasilkan oleh alat muzik kayu
tersebut. Apabila udara ditiup melalui alat muzik kayu, alat muzik ini akan
bergetar dan menghasilkan frekuensi getaran yang menghasilkan bunyi.Untuk
alat muzik bertali pula, getaran akan terhasil apabila tali pada alat muzik tersebut
dipetik. Getaran bunyi terhasil disebabkan tali pada alat muzik tersebut.Setiap
alat muzik menghasilkan bunyi dengan cara yang sama iaitu melalui getaran
bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut.

Kesimpulan

Bunyi terhasil disebabkan getaran. Bunyi memerlukan medium untuk merambat


seperti pepejal, cecair dan juga udara. Kelangsingan bunyi yang terhasil apabila
permukaan botol ditiup dipengaruhi oleh kuantiti udara yang terdapat dalam botol
tersebut. Apabila sisi botol diketuk, getaran yang terhasil turut dipengaruhi oleh
kuantiti air yang terdapat dalam botol tersebut.Kelangsingan bunyi yang tinggi
akan terhasil apabila meniup permukaan botol sekiranya kuantiti udara di dalam
botol adalah sedikit. Manakala, apabila mengetuk sisi botol, kelangsingan bunyi
yang terhasil adalah tinggi sekiranya kuantiti air yang terdapat dalam botol
adalah sedikit.
.

Anda mungkin juga menyukai