Perjuangan memerlukan
ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan
menentukan kebahagiaan."
"Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan."
"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara
biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia
dan terpuji."
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan
cari alasan.
- Peribahasa Arab
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius
Itulah signifikannya pertemuan kita selama tiga pada hari yang bersejarah ini.
Justeru, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dan memanfaatkan
setiap ilmu yang dikutip sepanjang perguruan ini.
Akhir kata,
TERANGKAI KALUNGAN BUDI TERSIMPAI KENANGAN SUCI
Catatan:
Saya paparkan teks ini atas permintaan anak-anak murid dan rakan-rakan sekursus. Ada beberapa bait
yang sesuai untuk dijadikan penutup sama ada ucapan, syarahan dan sebagainya.
Alkisah
kita tau yang orang melayu ni memang tinggi budi bahasanya...tapi tau tak sebenornya kita ni
dididik untuk menjadik sarkastik dan tak menggamborkan niat hati kita secara terbuka macam
omptuih?meh hari ni kita cuba bongkor apa yang orang kita kata dan apa maksud
disebaliknya....
1.
bila kita pergi ke rumah orang, dan dah duduk lama, lepas tu bila kita nak balik, tuan
rumah kata "eh?kejap nowh datang?tinggal la lama sikit..."....nak tau apa disebaliknya?"reti
balik rupanya...ingat nak tinggal tetap bermastautin kat sini...bla...bla..."..
2.
bila kita datang kat rumah orang secara tetiba, pastu tuan rumah tu kata "laa...kenapa
datang tak bagitau...aku tak sedia apa-apa pun ni ha..."...agak-agak apa yang bermain dalam
hati tuan rumah tu??ini dia..."dan-dan lak time ni ko muncul...potong stim betul aku nak
bermanja-manja dengan anak bini"....
3.
bila kita datang rumah sesorang tu, lepas tu dia hidangkan kita air dengan biskut kering
jek...pastu dia kata "mahap la ek...layanan bujang jek...kalo ko bagitau awal-awal nak datang
tadi, ada la benda sikit nak dimasak..."..nak tau apa yang diorang ada cakap dalam hati?"apa
ko ingat kalo ko datang bagitau aku nak bagi ko makan sedap-sedap?buat lari bajet aku
jek...dahla rega barang dah naik"...
4.
kalo kita dijamu dengan makanan oleh tuan rumah, pastu kita makan ala kadar jek, tuan
rumah mesti cakap "laaa....sikitnya makan...tambah la lagi...banyak lagi lauk ni..."..tapi
sebenornya dia maksudkan ni..."janganla tambah...janganla tambah.."..
5.
kalo kita datang menyinggah jek tak masuk rumah...contohla macam setakat datang
hantor barang jek ke....tuan rumah mesti kata "eh??singgah-singgah le dulu...minum-minum
barang secawan kopi dua..."...tapi sebenornya diorang maksudkan "apa lagi...blah le...blah
le..."...
6.
bila kita datang rumah orang, pastu kena pulak anak tak reti duk diam...sibuk berlari ke
sana sini....tuan rumah mesti kata "bagus ek anak ko...pemelor...panjang akal besok budak
ni..."..tapi sebenornya diorang maksudkan ni "kawal-kawal le anak ko tu...rimas dah aku
tengok..kalo anak aku, dah aku seret dah dia atas jalan..tak reti kawal diri..."...
7.
yang ni pulak jadik kalo tetiba anak kita duk tumpahkan air ke, makan menjijis ke,
termuntah, terkencing kat karpet diorang...tuan rumah mesti kata "takpe..takpe...budakbudak...biasala tu...lap-lap ni setel la..."....tapi sebenornya diorang maksudkan ni..."weeiii...tu
karpet import dari Iran tu...hutang pun tak abis bayor lagi....nak aje aku mintak bayor la..."...
8.
dan ayat yang biasa kita dengor kalo bertandang rumah orang, ialah "mehla
masuk...buatla macam rumah sendiri ek..."...tapi sebenornya diorang maksudkan ni..."jangan
nak berlagak lebih-lebih macam tuan rumah lak...bila-bila masa jek aku humban ko keluor
kang...."...
so pada korang betul tak apa yang aku listkan pasal suara hati kebanyakan orang-orang
melayu kita ni...korang bersetuju tak kalo aku cakap yang orang kita ni memang diajor untuk
jadik berjiwa sensitif dan peka dengan keadaan orang lain walaupun mulut diorang kata tak
kisah??