Anda di halaman 1dari 6

ANALISIS KANDUNGAN

MODEL ASSURE
Bidang : Sukatan dan Geometri
Tajuk : Masa dan Waktu
Tahun : Tahun 2 (Tahap 1)
LANGKAH

HURAIAN MODEL

A - Analyze
(Analisis
pelajar)

HURAIAN ANALISIS
Maklumat-maklumat yang perlu dianalisis
oleh guru adalah seperti yang berikut:

learner
ciri-ciri Ciri-ciri umum murid
- Tahap : Tahap 1 (Tahun 2)
- Umur : 8 tahun
- Latar belakang murid: Kebanyakkan
murid berasal dari golongan
keluarga sederhana.
- Keadaan Kelas: Selesa
- Bilangan Murid: 30 orang (13 orang
murid perempuan, 21 orang murid
lelaki).
- Kelas pertama daripada 4 kelas bagi
tahun 2.
Pengetahuan/pengalaman sedia ada
- Murid sudah dapat menyatakan waktu
-

dalam jam.
Murid sudah mengenal tanda
senggatan dan angka yang
menandakan gandaan lima minit pada
muka jam pada pembelajaran lepas.

Tajuk : Masa dan Waktu


2

S State objectives
(Menyatakan objektif)

Pada akhir pengajaran dan


pembelajaran, murid-murid akan dapat:

1. Menyatakan waktu dalam jam dan


gandaan lima minit.
2. Menunjukkan waktu dalam jam dan
gandaan lima minit.

S Select Methods, Kaedah Pengajaran:


Media & Materials
- Kaedah
Soal
Jawab
(Guru
(Memilih
Kaedah,
menyoal pukul berapa sekarang
Media & bahan
sambil menunjukkan jam analog
kepada
murid.
Jam
analog
menunjukkan pukul 2:00. Guru
menyoal murid untuk mencungkil
balik pengetahuan sedia ada
mereka untuk menyatakan waktu
dalam
jam.
Kemudian
guru
menggerakkan
jarum
minit
sebanyak 5 minit dan menyoal
murid pukul berapa sekarang. Guru
cuba membuatkan pelajar berfikir
dan
kemudian
memberikan
jawapan kepada murid setelah
mendengar
respon
daripada
mereka. Guru menyoal murid lagi
bagaimana
murid
tahu
jam
menunjukkan 2:05. Guru menerima
respon yang pelbagai dari murid
dan
kemudian
memberikan
jawapan.
Guru
menerangkan
konsep gandaan lima minit kepada
murid.)
-

Kaedah
Aktiviti
(Guru
menjalankan 2 aktiviti kecil iaitu
Pengembaraan Doraemon dan
Rakan-Rakan dan Siapa Cepat.
Murid akan meneroka sendiri
tentang konsep gandaan 5 minit
melalui aktiviti yang disediakan
guru. Guru hanya akan menjadi
pemantau. Guru hanya menolong
sekiranya
murid
memerlukan
bantuan dan murid melakukan

kesilapan. Aktiviti ini bertujuan


mengukuhkan konsep gandaan
lima minit.)
-

Kaedah
Koperatif
(Murid
dibahagikan
kepada
beberapa
kumpulan kecil semasa aktiviti
Pengembaraan Doraemon dan
Rakan-Rakan dan Siapa Cepat.
Aktiviti
ini
bertujuan
untuk
mengukuhkan lagi pemahaman
murid tentang konsep gandaan lima
minit pada muka jam).

Media dan Bahan:


-

Persembahan
multimedia
(slaid
PowerPoint) yang digunakan untuk
menerangkan konsep gandaan lima
minit kepada murid. Guru perlu peka
untuk menghasilkan slaid yang mudah,
jelas, tepat dan menarik serta
bersesuaian dengan konsep yang ingin
ditekankan.
Persembahan
ini
membantu murid untuk memahami
konsep yang disampaikan guru dengan
lebih baik dan mudah. Murid juga
faham akan konsep gandaan lima
minit. Persembahan ini melibatkan
penggunaan LCD dan komputer riba.

Bahan Maujud (Jam analog/ model


jam) digunakan bagi memudahkan
murid untuk memahami konsep
gandaan lima minit dengan lebih baik.
Murid juga dapat menyatakan dan
menunjukkan waktu dalam jam dan
gandaan lima minit dengan lebih baik.

Bahan

Bercetak

(Set

permainan

Pengembaraan
Doraemon
dan
Rakan-Rakan, Lembaran Kerja). Set
permainan Pengembaraan Doraemon
dan Rakan-Rakan digunakan semasa
aktiviti pemahaman konsep dijalankan.
Set permainan ini berfungsi bagi
membolehkan murid meneroka tentang
konsep gandaan lima minit dan
seterusnya mereka dapat menyatakan
waktu dalam jam dan gandaan lima
minit. Lembaran kerja pula diberikan
oleh guru kepada murid semasa sesi
rumusan kelas dan bagi tugasan
tambahan di rumah.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran:


U Utilize Media & - Guru memastikan alat bantu mengajar
Materials
yang akan digunakan mencukupi dan
(Menggunakan media
berfungsi dengan baik supaya proses
& bahan)
p&p berjalan dengan baik.
- Guru menyoal pukul berapa sekarang
sambil menunjukkan jam analog
kepada
murid.
Jam
analog
menunjukkan
pukul
2:00.
Guru
menyoal murid untuk mencungkil balik
pengetahuan sedia ada mereka untuk
menyatakan
waktu
dalam
jam.
Kemudian guru menggerakkan jarum
minit sebanyak 5 minit dan menyoal
murid pukul berapa sekarang. Guru
cuba membuatkan pelajar berfikir dan
kemudian
memberikan
jawapan
kepada murid setelah mendengar
respon
daripada
mereka.
Guru
menyoal murid lagi bagaimana murid
tahu jam menunjukkan 2:05. Guru
menerima respon yang pelbagai dari
murid dan kemudian memberikan
jawapan. Guru menerangkan konsep
gandaan lima minit kepada murid.

Guru
akan
menayangkan
slaid
mengenai konsep gandaan lima minit
dalam jam.
Guru kemudian cuba mengukuhkan
lagi konsep gandaan lima minit dalam
jam dengan membahagikan muridmurid kepada beberapa kumpulan kecil
untuk
aktiviti
berkumpulan
iaitu
Pengembaraan
Doraemon
dan
Rakan-Rakan.
Aktiviti
seterusnya
adalah Siapa Cepat.
Guru memberikan lembaran kerja dan
berbincang
bersama
murid
dan
merumuskan pembelajaran pada hari
tersebut.
Guru juga memberikan lembaran kerja
tambahan kepada murid untuk dibuat
di rumah.

R Require Learner Penglibatan murid:


Participation
- Semua murid akan terlibat semasa
(Memerlukan
aktiviti berkumpulan iaitu semasa
Penyertaan Pelajar)
aktiviti Pengembaraan Doraemon dan
Rakan-Rakan dan juga aktiviti Siapa
Cepat.
- Murid juga akan menglibatkan diri
semasa set induksi di mana guru
mencungkil pengetahuan sedia ada
murid tentang menyatakan waktu
dalam jam.
- Semua murid juga terlibat dalam
menyelesaikan latihan yang diberikan
di dalam lembaran kerja.
Penilaian :
E Evaluate & Revise
- Penilaian dibuat semasa
(Menilai & Mengulang
berkumpulan
iaitu
kaji)
Pengembaraan
Doraemon
Rakan-Rakan dan juga aktiviti
Cepat.
Guru
memantau

aktiviti
aktiviti
dan
Siapa
murid

menyatakan waktu dalam jam dan


gandaan lima minit.
Penilaian juga dibuat semasa guru
memberi lembaran kerja untuk dibuat
secara
individu
dan
berbincang
bersama murid.
Penilaian yang lebih kukuh dapat
dibuat setelah memeriksa lembaran
kerja yang diberi untuk murid
laksanakan di rumah.
Guru perlu sentiasa menekankan
konsep gandaan lima minit dalam jam
kepada murid.
Guru membuat rumusan ringkas
berdasarkan aktiviti yang dilakukan
supaya murid tidak lupa konsep
gandaan lima minit pada jam. Murid
akan dapat menyatakan waktu dalam
jam dan gandaan lima minit dengan
lebih mudah.

Anda mungkin juga menyukai