Anda di halaman 1dari 116

Bab 1 – Sistem Pemerintahan

Pengenalan system

BAB 8 : STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN


PENGENALAN

Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia telah terbentuk sejak zaman Pra sejarah. Pada masa ini,
segala aspek pemerintahan dan pentadbiran negara ditentukan oleh masyarakat Melayu tanpa
adanya pengaruh daripada luar. Contohnya pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka pada abad ke-15. Setelah kedatangan British, pada abad ke-19, berlaku perubahan yang
amat ketara dalam sistem politik dan pentadbiran negara.

Setiap badan pemerintah ini memainkan peranan penting iaitu badan eksekutif sebagai
pelaksana, badan perundangan sebagai penggubal undang-undang dan badan kehakiman
sebagai penegak, pengadil dan penafsir undang-undang untuk keadilan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tugas-tugas YDPA dalam badan Eksekutif.

2. Menyenaraikan keanggotaan Kabinet.

3. Menjelaskan bidang kuasa Perdana Menteri dalam Kabinet.


8.1 DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

Sistem pengasingan kuasa bermaksud badan eksekutif (pentadbiran) menjalankan hal-hal


pentadbiran negara, badan legislatif (perundangan) berkuasa membentuk rang undang-undang
dan badan judisiari (kehakiman) berkuasa menjalankan kuasa keadilan. Walaupun sistem
pengasingan kuasa wujud, tetapi pada hakikatnya pengasingan kuasa tersebut sukar dijalankan
sepenuhnya memandangkan setiap badan tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Rajah di atas menunjukkan doktrin pengasingan kuasa

8.2 YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA)

YDPA dilantik lima tahun sekali daripada kalangan sembilan orang raja Melayu yang dipilih oleh
Majlis Raja-raja. Antara tugas YDPA ialah:

i. Bidang kuasa Eksekutif (pentadbiran)

ii. Bidang kuasa Legislatif (Perundangan),

iii. Bidang kuasa Judisiari (Kehakiman),

iv. Kuasa budi bicara,

v. Tugas-tugas lain

Dalam badan ini, YDPA bertindak sebagai Ketua Negara berkuasa untuk:
i. Memanggil Parlimen bersidang, menangguh dan membubar Parlimen,

ii. Meluluskan Rang Undang-undang.

Walaubagaimanapun, terdapat perkara yang tidak boleh dilakukan oleh YDPA menurut Perkara 34,
Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu:

i. Baginda tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai raja di negeri baginda, kecuali tugas-tugas
baginda sebagai ketua agama Islam.

ii. Baginda tidak boleh memegang sesuatu jawatan yang baginda ada apa-apa saraan.

iii. Baginda tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dalam apa juga perusahaan.

Selain itu, Baginda juga bertindak sebagai Ketua Negara atau Ketua Persekutuan dan
mempunyai beberapa peranan penting berkaitan dengan badan eksekutif (Jemaah Menteri).
YDPA memainkan empat peranan utama iaitu:

i. Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan - YDPA bertindak sebagai punca kuasa eksekutif.


Bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda. Perkara 40(1) Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan baginda mesti bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau atas
nasihat seorang menteri yang diberikan kuasa oleh Jemaah Menteri. Perkara 40(1[a])
Perlembagaan Persekutuan (pindaan perlembagaan) memperuntukkan bahawa baginda mesti
bertindak atas nasihat yang diberikan.

ii. Perkara 40(2)a Perlembagaan Persekutuan - memperuntukkan kuasa budi bicara baginda untuk
melantik Perdana Menteri. Tetapi baginda dikehendaki mengikut kebiasaaan peraturan
demokrasi berparlimen. Perlantikan tersebut hendaklah di kalangan ahli Dewan Rakyat dan
merupakan ketua parti yang telah memenangi pilihanraya Parlimen sebelum ini.

iii. Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan - memberi kuasa kepada baginda untuk melantik Jemaah
Menteri dan Perkara 43(2) menyatakan susunan yang patut diikuti Baginda dalam hal tersebut
iaitu, melantik seorang Perdana Menteri terdahulu (43[a]), kemudian barulah melantik anggota
Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri.

iv. Perkara 40(2)b Perlembagan Persekutuan - memperuntukkan kuasa budi bicara kepada baginda
untuk mempersetujui atau tidak permintaan untuk membubarkan Parlimen.

8.3 KUASA EKSEKUTIF (PENTADBIRAN)


Di Malaysia, kuasa eksekutif dijalankan oleh pentadbiran peringkat persekutuan, kerajaan
negeri dan juga kerajaan tempatan.

8.3.1 Sejarah

Sejarah pengenalan Jemaah Menteri bermula pada tahun 1951 melalui penubuhan kabinet mini
yang dinamakan Sistem Ahli (Member System). Penubuhan sistem ahli ini adalah hasil usaha
Dato’ Onn Ja’afar supaya orang tempatan terlibat dalam pentadbiran koloni sebagai langkah
untuk menuju kemerdekaan dan pemerintahan sendiri.[1] Dalam sistem ahli, seseorang yang
dilantik adalah ibarat seorang menteri kerana beliau memainkan peranan yang sama. Beberapa
buah jabatan akan diletak di bawah kawalan seorang ahli.

Oleh kerana Sistem Ahli diwujudkan di bawah pemerintahan penjajah dan bukannya bagi sebuah
negara merdeka, maka semua ahli bertanggungjawab secara langsung kepada Pesuruhjaya
Tinggi British. Sistem Ahli ini berakhir pada Ogos 1955 apabila pilihanraya umum pertama
diadakan pada bulan Ogos 1955. Selepas piliharaya 1955, sebuah kerajaan baru telah dibentuk
di mana Parti Perikatan (antara UMNO, MCA, MIC) telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dilantik sebagai Ketua Menteri[2] dan
seiring dengan itu lahir pula sebuah kabinet moden pramerdeka.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman
dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama dan kabinet yang dibentuk pada ketika itu
merupakan kabinet pertama selepas Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan. Seterusnya,
sistem kabinet ini berlanjutan sehingga ke hari ini.

8.3.2 Perlantikan Kabinet / Jemaah Menteri Kini

Kabinet atau Jemaah Menteri adalah sebuah badan yang melaksanakan kuasa eksekutif yang
dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Dasar atau polisi kabinet adalah tugas yang dilaksanakan
oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan atau Kerajaan Pusat.[3] Kabinet ini
akan mengandungi seorang Perdana Menteri dan beberapa orang menteri yang
bertanggungjawab ke atas kementerian (portfolio) masing-masing.
Namun begitu, ada juga menteri-menteri yang memegang lebih daripada satu
portfolio.[4] Misalnya Perdana Menteri Malaysia kini iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri
Abdullah Ahmad Badawi memegang secara serentak jawatan Perdana Menteri, Menteri
Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Dalam Perlembagaan memperuntukkan
perlantikan ahli Jemaah Menteri iaitu:

i. Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ahli-ahli Jemaah Menteri


dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugas-tugasnya.

ii. Perkara 43(2[a]) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan YDPA dikehendaki melantik
terlebih dahulu seorang Perdana Menteri yang pada pendapat baginda akan mendapat sokongan
majoriti di Parlimen (Dewan Rakyat). Perdana Menteri akan mengetuai Jemaah Menteri yang
akan dilantik oleh baginda kemudiannya.

iii. Perkara 43(2[b]) Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa baginda akan
melantik menteri-menteri dari kedua-kedua Dewan (Rakyat dan Negara) atas nasihat Perdana
Menteri.

Dalam konteks Demokrasi Berparlimen, ahli-ahli Jemaah Menteri bertanggungjawab bersama di


atas segala keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri (Kabinet). Keadaan ini membawa
maksud bahawa walaupun seorang menteri itu tidak bersetuju dengan keputusan jemaah, beliau
tetap dikehendaki bersetuju dengan keputusan-keputusan yang dibuat oleh jemaah tersebut. Dan
adalah melanggar etika jawatannya sekiranya seorang ahli jemaah itu membantah secara
terbuka.

Dalam perjalanan sistem jemaah menteri juga, peranan menteri-menteri adalah penting kerana
seorang menteri merupakan pembawa usul atau rang undang-undang kerajaan. Oleh itu, seorang
menteri itu akan merujuk kepada jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat sebelum rang undang-
undang itu diusulkan di Parlimen.[5] Bagi membantu menteri-menteri melaksanakan tugas
masing-masing, Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa YDPA
akan melantik timbalan-timbalan menteri atas nasihat Perdana Menteri. Tugas timbalan menteri
adalah untuk membantu menteri. Bagi melaksanakan tugas-tugas Jemaah Menteri juga, seorang
setiausaha parlimen dilantik oleh Perdana Menteri mengikut Perkara 43B(1) Perlembagaan
Persekutuan. Tugasnya adalah untuk membantu menteri dan timbalan menteri dan semasa
menjalankan tugas ini, mereka mempunyai kuasa yang penuh sebagai seorang menteri dan
timbalan menteri mengikut Perkara 43B(2) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Perdana Menteri juga diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan untuk melantik
seorang setiausaha politik yang tidak semestinya daripada kalangan ahli mana-mana dewan
Parlimen. Mesyuarat Kabinet atau Jemaah Menteri diadakan seminggu sekali iaitu pada hari
Rabu.
8.3.3 Perdana Menteri

Ketua Jemaah Menteri

Perdana Menteri adalah Ketua Jemaah Menteri. Ini bermakna beliau berkuasa mencalonkan
sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ahli kabinet.

Selain itu, Perdana Menteri juga mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan
seminggu sekali. Sebagai pengerusi, beliau boleh menentu dan mengawal agenda mesyuarat
(apa yang boleh dibincangkan dan batas-batas yang mengawal perbincangan perkara-perkara
tertentu). Dalam sistem demokrasi berparlimen yang mempunyai banyak parti berasaskan
pelbagai kepentingan, pilihan seorang Perdana Menteri mengenai siapa yang patut dilantik agak
terbatas kerana beliau perlu mengimbangkan kepentingan-kepentingan ini.

Walau apa sekalipun cara seorang itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri, seorang yang
dilantik tetap akan setia kepada Perdana Menteri kerana perlantikan itu merupakan hak atau
prerogatifnya. Oleh itu, kuasa dan pengaruh beliau akan bertambah dengan setiap perlantikan.

Ketua Pentadbir Utama

Perdana Menteri juga memainkan peranan sebagai ketua pentadbir utama negara. Ini kerana
semua dasar yang diamalkan oleh kerajaan (termasuk kementerian) diturunkan dari pemerintah
yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Sebagai ketua pentadbir negara, seorang Perdana
Menteri memainkan peranan sebagai juru jual penting dasar-dasar dan program-program yang
agak mendadak dan menyeluruh, yang bertujuan:

i. Meningkatkan prestasi perkhidmatan awam

ii. Mengubah sikap pengawai perkhidmatan awam

iii. Merapatkan hubungan sektor awam dengan swasta


Antara dasar dan program yang dimaksudkan adalah Dasar Penswastaan. Pensyarikatan
Malaysia, Dasar Pandang Ke Timur, dan Penggunaan Perakam Waktu. Bukanlah mudah untuk
memperkenalkan dasar dan program yang ditujukan khas untuk mengubah institusi dan sikap di
kalangan pegawai perkhidmatan awam yang sudah tertanam sebelum itu. Tetapi kejayaan dan
penerimaan dasar dan program itu menunjukkan kebijaksanaan, kualiti kepimpinan dan
kewibawaan seorang Perdana Menteri sebagai ketua pentadbir utama negara.

Ketua Parti Pemerintah

Seorang Perdana Menteri sudah semestinya merupakan ketua sebuah parti poltik. Dalam sistem
demokrasi yang didokong oleh persaingan parti politik, asas untuk menjadi Perdana Menteri
terletak pada kejayaan parti pimpinan beliau memungut kerusi terbanyak dalam pilihanraya
umum. Keadaan inilah yang memudahkan tugas Yang di-Pertuan Agong melantik seorang
Perdana Menteri. Oleh itu, baginda tidak perlu menggunakan budi bicara, tetapi mematuhi
konvensyen dan amalan biasa di mana ketua parti politik yang telah memenangi majoriti kerusi
Parlimen dijemput untuk menubuhkan sebuah kerajaan.

Oleh yang demikian, ketua parti UMNO (atau Perikatan[6] yang dipimpin oleh UMNO) dilantik
sebagai Perdana Menteri dan dijemput untuk menubuhkan kerajaan.

Semenjak tahun 1957, perlantikan seorang Perdana Menteri berjalan dengan lancar kerana
UMNO atau parti Perikatan yang diketuai oleh UMNO telah berjaya memenangi pilihanraya umum
Parlimen dengan majoriti yang jelas. Kepelbagaian parti yang menganggotai Barisan Nasional
juga memberi batas-batas tertentu kepada seorang Perdana Menteri. Satu daripada batasan ini
ialah bahawa seorang Perdana Menteri perlu mengambil kira perwakilan dari semua parti
anggota apabila membuat pencalonan untuk mengisi keanggotaan Jemaah Menteri.

Dengan itu, Perdana Menteri tidaklah sebebas yang diingini dan tidak semestinya calon-calon
yang dilantik dari kalangan parti anggota adalah yang terbaik. Kebebasan Perdana Menteri untuk
memecat seorang menteri yang tidak berkesan juga adalah terikat kepada dasar politik perikatan
Barisan Nasional.

Pegawai Diplomatik Utama


Perdana Menteri juga merupakan seorang pegawai diplomatik utama negara. Oleh itu, beliau
memainkan peranan seperti berikut :

i. Hubungan dengan negara luar

Seorang Perdana Menteri menentukan negara mana yang akan mempunyai hubungan
diplomatik dengan Malaysia, termasuk meletak dan menetukan taraf perwakilan di sesuatu
negara luar itu.

ii. Peranan Malaysia di arena antarabangsa

Peranan Malaysia di dalam arena antarabangsa juga ditentukan oleh seorang Perdana Menteri.
Tetapi kejayaan Malaysia di arena antarabangsa lebih bergantung kepada personaliti dan
kepimpinan seorang Perdana Menteri, bukannya semata-mata ke atas keputusan untuk berbuat
demikian.

Negarawan Dan Jurucakap Dunia Membangun

Status negarawan adalah satu pengiktirafan dan penghormatan yang paling tinggi bagi dunia
politik, di dalam atau luar negara. Bukan semua Perdana Menteri dapat mencapai taraf
penghormatan ini. Pada 1950-an dan 1960-an, keadaan agak lebih mudah bagi seorang Perdana
Menteri menonjolkan diri mereka kerana isu adalah jelas dan merentasi kebanyakan negara yang
dijajahi oleh kuasa asing.

Oleh yang demikian, beberapa Perdana Menteri dari Dunia Ketiga (membangun) menonjol
sebagai pejuang kebangsaan dan penentang kuasa penjajah seperti Nehru, Ghandi, Naser,
Sukarno, dan Sun Yat Sen. YDPA berkuasa untuk melantik menteri-menteri yang lain atas
nasihat Perdana Menteri yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Seorang
timbalan menteri yang dilantik untuk membantu menteri.

Perdana Menteri Tempoh Tahun

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1955-1957 2

1957-1970 13

Tun Abdul Razak Hussein 1970-1976 6

Tun Hussein Dato’ Onn 1976-1981 5


Tun Dr . Mahathir Mohamed 1981-2003 22

Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi 2003 – 2009 6

Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak 2009 – kini

Perdana Menteri Malaysia hingga kini

8.4 KOMPONEN PARLIMEN

Parlimen merupakan badan perundangan bagi Malaysia dan kedudukannya terkandung dalam
Perlembagaan Persekutuan pada Bahagian 4, Bab 4, Perkara 44-65. Parlimen merupakan satu
badan yang menunjukkan sekali lagi tentang kewujudan demokrasi berparlimen melalui
pemilihan ahli-ahlinya dalam Dewan Rakyat melalui pilihanraya. Badan ini mempunyai tiga
komponen iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bil. Dewan Rakyat Dewan Negara

1. Syarat 21 tahun ke atas 30 tahun keatas


kelayakan ahli

2. Tempoh jawatan 5 tahun 3 tahun

( 2 penggal= 6 tahun)

3. Bilangan ahli 222 orang ahli 70 orang

(mengikut persempadanan tahun 1. 2 orang bagi setiap negeri yang


2008) dilantik oleh Dewan Undangan Negeri
(DUN)

2. 2 orang wakil dari Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur, seorang
wakil dari Wilayah Persekutuan
Putrajaya dan seorang wakil dari
Wilayah Persekutuan Labuan yang
dilantik oleh YDPA
3. 40 orang ahli yang dilantik oleh
YDPA

Bil. Dewan Rakyat Dewan Negara

4. Sebab-sebab hilang 1. Gila/tidak sempurna akal 1. Dilucutkan jawatan-dengan sebab.


kelayakan
2. Muflis-yang belum dibebaskan lagi
2. Meletak jawatan.

3. Pegang jawatan bergaji sepenuh


masa dalam perkhidmatan awam

4. Tidak hadir dalam persidangan


Dewan Rakyat selama 6 bulan
berturut-turut tanpa izin dari Dewan
rakyat

5. Gagal menghantar penyata


perbelanjaan pilihanraya dalam
tempoh yang ditetapkan setelah
mengambil bahagian dalam
pilihanraya

6. Sabit kesalahan jenayah dalam


mana-mana Mahkamah
Persekutuan-penjara tidak kurang 1
tahun, denda tidak kurang RM2000
dan tidak mendapat pengampunan

7. Memperoleh kewarganegaraan
asing secara sukarela dan memberi
taat setia kepada Negara itu.
5. Tugas/ bidang kuasa - tugas Dewan Rakyat-menggubal - tugas DN-membahas RU2 lebih teliti
dan meluluskan Rang Undang-
- Dewan Negara tidak boleh menolak
Undang(RU2)
RU2 yang telah diluluskan oleh DR
- RU2 kewangan hanya boleh tetapi berkuasa untuk menangguh
dimulakan perbahasannya di DR. RU2.

- Penangguhan bagi RU2 kewangan


hanya boleh dibuat selama sebulan
dan bagi RU2 lain boleh
ditangguhkan selama setahun

8.5 BADAN JUDISIARI (KEHAKIMAN)

8.5.1 Kuasa Kehakiman Di Malaysia

Kehakiman merupakan satu badan dalam sistem perundangan. Kuasa kehakiman diperuntukkan dalam
perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

8.5.2 Kebebasan Badan Kehakiman

Kebebasan badan kehakiman dapat dilihat pada kedudukannya yang tidak memihak dan bebas daripada
kawalan dua cabang kerajaan yang lain iaitu perundangan dan pentadbiran.
8.5.3 Pelantikan Kehakiman

Pelantikan hakim dibuat oleh YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat
Perdana Menteri.

8.5.4 Fungsi Badan Kehakiman

i. Mentafsir Undang-undang

ii. Mengadili pendakwaan jenayah

iii. Mengadili tindakan sivil

iv. Mendengar rayuan daripada mahkamah bawahan

v. Pengurusan harta pusaka

vi. Mengeluarkan waran tangkap

vii. Menguruskan dan mengadili hal-hal berkaitan hal ehwal keluarga Islam

KESIMPULAN

Oleh yang demikian, kabinet yang terkandung di dalam badan eksekutif memainkan peranan
yang sangat penting dan ianya dipengaruhi oleh kepimpinan penyandangnya. Walau
bagaimanapun, keberkesanan kepimpinan seorang yang dilantik bergantung kepada ciri-ciri atau
sifat peribadi yang dimilikinya. Bak kata pepatah “Harimau Mati Meninggalkan Belang,
Manusia Mati Meninggalkan Nama”.

Dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agong
merupakan lambang perpaduan dan kedaulatan negara. Walaupun Perlembagaan Persekutuan
meletakkan baginda sebagai tunggak pemerintahan negara, kuasa kerajaan sebenar terletak
pada tangan seorang Perdana Menteri yang merupakan ketua kerajaan.
Perdana Menteri mengetuai Jemaah Menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi
menasihati baginda dalam menjalankan tugas-tugasnya sebagai ketua negara yang diberikan
kuasa eksekutif oleh Perlembagaan. Seorang Perdana Menteri memegang jawatan itu selagi
beliau mendapat sokongan majoriti di Parlimen.Oleh yang demikian, Perdana Menteri
memainkan pelbagai peranan sama ada di dalam mahupun di luar kerajaan. Perjalanan
pentadbiran kerajaan bertambah lancar dan teratur dengan peranan yang dimainkan oleh
Jemaah Menteri yang terdiri daripada menteri-menteri yang dilantik mewakili portfolio masing-
masing.

Rukun negara

Sejarah dan maksud Rukun Negara Malaysia


GILA LUNATIC FRIDAY, JULY 11, 2014 INFORMASI, SEJARAH

Tahukah anda, bilakah Prinsip Rukun Negara mula diwujudkan dan kenapa ianya dibentuk? Dewasa ini, makin
ramai yang sudah melupakannya, hinggakan ada yang tidak tahu apa itu Rukun Negara. Kita perlu membaca
sejarah supaya kita faham tentang kewujudannya dan mengunapakai prinsip-prinsip tersebut didalam kehidupan
seharian kita di Malaysia.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut, saya kongsikan Prinsip Rukun Negara didalam Bahasa Melayu dan juga
Bahasa Inggeris:
Rukun Negara

Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama;

menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-
cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

 Kepercayaan Kepada Tuhan

 Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

 Keluhuran Perlembagaan

 Kedaulatan Undang-undang

 Kesopanan dan Kesusilaan

National Principles
Our nation, Malaysia, being dedicated:

to achieving a greater unity of all her peoples;

to maintaining a democratic way of life;

to creating a just society in which the wealth of the nation shall be equitably shared;

to ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions;

to building a progressive society which shall be oriented to modern science and technology;
We, her peoples, pledge our united efforts to attain these ends guided by these principles:

 Believe in God
 Loyalty To King and Country
 Upholding The Constitution
 Rule of Law
 Good Behaviour and Morality

Bilakah Rukun Negara mula digunapakai

Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan AgongSeri Paduka Baginda Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena ulang tahun ke-13
kemerdekaan Malaysia.

Kenapa Rukun Negara dibentuk

Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan
bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang
menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang
melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa
berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.

Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama.

Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein (merangkap
Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari
1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi,
tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan
mendiang Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik.

Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara dan mencari
satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi
kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah
mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil. Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula
menggunakan tema untuk menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah mengekalkan semangat
cintakan negara dan memupuk keharmonian kaum.

Penjelasan Maksud 5 Prinsip Rukun Negara


a) Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan
beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam
Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang
sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan
dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu
bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran
agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja
mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-
negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan
lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh
taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat
dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

c) Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk
memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan
serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan
demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-
mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-
ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

d) Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang
negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi
kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin
kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua
anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak
melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-
hak dari kebebasan yang ijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

e) Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah
untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan
Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna
dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara
ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila
ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang
atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-
dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kesimpulan

Tahun ini negara akan menyambut Hari kemerdekaan yang ke-57, kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya lebih
bersatu-padu berbanding 57 tahun yang lalu. Namun, hakikatnya, pada ketika ini kebanyakkan dari kita
mempunyai sifat perkauman yang tinggi. Sifat toleransi di antara kaum dan agama juga sudah semakin luntur.

Ramai rakyat yang tidak lagi melihat kepentingan Rukun Negara pada masa ini. Didalam keadaan kita menuju
kemajuan, ianya dilupakan sebagai salah satu alat yang membantu rakyat Malaysia bersatu-padu suatu ketika
dahulu. Ia sepatutnya bukan setakat dibaca sahaja tetapi juga di amalkan didalam kehidupan seharian kita.
Bendera

Di Sebalik Bendera Malaysia - Jalur Gemilang | Malaysia Flag

Sebelum dikenali dengan Jalur Gemilang bendera kebanggaan negara digelar Bendera Malaysia.
Bendera Malaysia berkibar megah bermula pada tanggal 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan
Selangor. Majlis menaikkan bendera telah dianjurkan oleh pesuruhjaya British setelah mendapat kelulusan
rekabentuk daripada Raja George VI (19 Mei 1950).

Setelah 47 tahun berkibar dengan gelaran Bendera Malaysia, nama Jalur Gemilang telah diumumkan pada
sambutan kemerdekaan ke-40 oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.
Pengistiharan nama Jalur Gemilang berlangsung di perkarangan Dataran Merdeka pada jam 11:58 malam,
31 Ogos 1997.

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang
jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang
sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa
dan negara.

GEMILANG - membawa maksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian
Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali
pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk
menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur
merah dari sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama
dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau
Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Warna biru tua di sebelah kiri sehingga atas jalur merah yang kelima menerangkan tentang perpaduan
rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan sebagai tanda agama rasmi negara iaitu
Agama Islam. 14 bucu bintang melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang mewakili warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-
raja.

SEJARAH BENDERA MALAYSIA

Ia bermula pada 29 November 1949 apabila diadakan pertandingan mencipta bendera peringkat kebangsaan.

Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai
pemenang dan buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana
Sultan Selangor pada 26 Mei 1950.

Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai
sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 31 Ogos 1997, sekali lagi sejarah bendera terukir apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengumumkan
nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

Penghasilan bendera yang diilhamkan oleh penciptanya, Mohamad Hamzah dibuat dengan jiwa yang penuh
semangat nasionalisme.

Maka, setiap lambang dan warnanya yang digunakan menonjolkan maksud tertentu.

a) Bahagian berwarna biru tua bermaksud perpaduan yang merupakan elemen paling penting bagi masyarakat
berbilang kaum di Malaysia.

b) Warna kuning pula bermaksud Raja Berpelembagaan.

c) Merah membawa maksud keberanian.

d) Manakala putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi meningkatkan dan
mempertahankan kebudayaan dan keperibadian Malaysia.

KEPENTINGAN JALUR GEMILANG


Setiap rakyat Malaysia berhak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan syarat bendera itu dikibarkan
mengikut arahan / panduan yang ditetapkan.

Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah mengenai tempat, masa, kedudukan, saiz dan susunan.

Etika dan tatacara memelihara bendera negara juga harus diambil perhatian. Antaranya ialah cara mengibar,
melipat, menyimpan dan memusnahkan bendera.

Bendera yang koyak, lusuh dan berubah warna dianggap sebagai bendera yang uzur. Bendera yang uzur tidak boleh
dikibarkan kerana perbuatan itu menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera.

Bendera yang uzur harus dimusnahkan dengan cara paling sopan iaitu dengan membakarnya di tempat yang tertutup.

Tidak boleh membakar bendera sebagai tanda protes kepada sesebuah negara.

Kedudukan Jalur Gemilang setaraf dengan Perlembagaan. Justeru, perbuatan membakar bendera bukan saja
diibaratkan membakar hangus negara tetapi memijak lumat martabat dan maruah negara.
Jata
Sejarah Jata Negara

Kronologi Jata Negara Kerajaan Malaysia

Jata Negara pada tahun 1895

Jata Negara pada tahun 1948


Jata Negara pada tahun 1963

Jata Negara pada tahun 1965


Jata Negera yang terkini

Jata negara Malaysia telah melalui beberapa siri perubahan yang digunakan oleh kerajaan
persekutuan. Persamaan jata negara kita menyamai karakteristik Heraldic Eropah .

Keterangan rekaan logo

Kuning : Melambangkan sistem Beraja


Bulan : Melambangkan islam sebagai agama rasmi persekutuan
Bintang 14 penjuru : Melambangkan 14 negeri bersekutu malaysia
Dua Ekor harimau : Melambangkan kekuatan dan keberanian dan juga melambangkan budaya
melayu

Di tengah jata negara, perisai dibahagikan kepada 10 bahagian.

Merah, Putih, Kuning dan Hitam melambangkan Persekutuan Tanah Melayu(Perak, Selangor,
Pahang and Negeri Sembilan).
5 Keris melambangkan negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah
and Perlis).
sebelah kanan dan kiri melambangkan Melaka and Pulau Pinang.
Di tengah pula negeri Sabah and Sarawak. Di sebelah bawah pula Bunga kebangsaan
Malaysia iaitu Bunga Raya.

(Sebelum ini, di sebelah tengah adalah dikhaskan untuk singapura tetapi diubah selepas
singapura terkeluar dari Kerajaan persekutuan.)
Sejarah

Versi asal jata negara kebangsaan negara kita pernah digunakan sejak dari zaman kerajan
persekutuan tanah melayu lagi di mana pada asalnya melibatkan 4 negeri iaitu Pahang, Perak,
Selangor and Negeri Sembilan. Ianya diperkenalkan pada tahun 1895. Motto ditulis dalam
bahasa Jawi, Dipelihara Allah. (Under Allah’s Protection)

Selepas Kerajaan persekutuan melayu dibentuk pada tahun 1948, lambang kebangsaan diubah
selepas penambahan beberapa negeri dalam kerajaan persekutuan. Simbol Mahkota diubah
kepada simbol bulan dan bintang. Perisainya pula mengandungi 5 keris dan lambang pulau
pinang(Princess of Wales feathers) dan melaka (A Famosa). Motto diubah kepada Bersekutu
Bertambah Mutu, kedua-duanya ditulis dalam bahasa melayu (Jawi) dan bahasa inggeris.

Lambang jata negara diubah buat kali keduanya selepas penggabungan Kerajaan persekutuan
Malaysia, Singapura, negeri Sabah dan Sarawak diletakkan di sebelah bawah perisai tersebut.
Lambang negeri Melaka dan Pulau Pinang pula diubah kepada pokok pinang dan pokok
melaka. Ianya hanya diperkenalkan pada tahun 1963 dan bertahan selama dua tahun
kemudian.

Selepas Singapura meninggalkan persekutuan, lambang tersebut diubah lagi dengan


pengguguran lambang singapura. Lambang bunga raya pula digantikan.

Jata negara diubah lagi dengan rekaan dua ekor harimau yang lebih realistik. Sedikit perubahan
pada simbol negeri Sarawak, Pulau Pinang and Sabah. Simbol Jata negara terkini digunakan
sehingga sekarang.

Senarai Terkini Nama Menteri Kabinet


Malaysia
(Dikemaskini 13 Oktober 2015)
1. Perdana Menteri
oDato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
2. Timbalan Perdana Menteri
o Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Menteri:
o Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (Hal Ehwal Agama)
o Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
o Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (Sarawak)
o Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim
o Dato’ Mah Siew Keong
o Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
o Puan Hajah Nancy Binti Haji Shukri (Sarawak)
o Senator Dato' Sri Abdul Wahid Bin Omar (Unit Perancangan Ekonomi)
o Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
o Datuk Seri Azalina Binti Othman Said
Timbalan Menteri:
o Dato' Razali Bin Ibrahim
oSenator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki (Hal Ehwal Agama)
4. Kementerian Kewangan
o Menteri I: Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
o Menteri II: Dato' Seri Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah
o Timbalan Menteri: Datuk Chua Tee Yong
oTimbalan Menteri: Datuk Johari Bin Abd Ghani
5. Kementerian Pendidikan
o Menteri: Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid
o Timbalan Menteri: Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
o Timbalan Menteri: Senator Tuan Chong Sin Woon
6. Kementerian Pengajian Tinggi
o Menteri: Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh
oTimbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
7. Kementerian Dalam Negeri
o Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
o Timbalan Menteri: Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed
o Timbalan Menteri: Tuan Masir Anak Kujat
8. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
o Menteri: Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Bin Tun Said Keruak
o Timbalan Menteri: Dato' Jailani Bin Johari
9. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
o Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
o Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi (Sarawak)
o Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub
10. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
o Menteri I: Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed
o Menteri II: Datuk Seri Ong Ka Chuan
o Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong
o Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan
11. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
o Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
o Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit (Sarawak)
12. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
o Menteri: Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
o Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Bin Samuri
13. Kementerian Pengangkutan
o Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai
o Timbalan Menteri: Datuk Ab. Aziz Bin Kaprawi
14. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
o Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz
o Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin
15. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
o Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek
o Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman
o Timbalan Menteri: Tuan Nogeh Anak Gumbek (Sarawak)
16. Kementerian Pertahanan
o Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein
o Timbalan Menteri: Datuk Wira Mohd Johari Bin Baharum
17. Kementerian Kerja Raya
o Menteri: Dato' Sri Haji Fadillah Bin Yusof (Sarawak)
o Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin
18. Kementerian Kesihatan
o Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
o Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya
19. Kementerian Belia dan Sukan
o Menteri: Encik Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar
o Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/L Murugan
20. Kementerian Sumber Manusia
o Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem (Sarawak)
Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib
o
21. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
o Menteri: Dato' Hamzah Bin Zainudin
o Timbalan Menteri: Senator Dato' Seri Ahmad Bashah Bin Md Hanipah
22. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
o Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim (Sarawak)
o Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd
Dun
o Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
23. Kementerian Luar Negeri
o Menteri: Dato’ Sri Anifah Bin Aman
Timbalan Menteri: Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican
o
24. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
o Menteri: Datuk Abdul Rahman Bin Dahlan
o Timbalan Menteri: Datuk Halimah Binti Mohd Sadique
25. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
o Menteri: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah
o
26. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
o Menteri: Datuk Amar Douglas Uggah Embas (Sarawak)
Timbalan Menteri: Dato' Noriah Binti Kasnon
o
27. Kementerian Wilayah Persekutuan
o Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
o Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Senarai yang dipertuan Agong

Senarai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


Yang di-
Pertuan Nama Yang di-Pertuan Agong Negeri Tempoh
Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tunku Abdul Rahman ibni 31.08.1957
Negeri
Pertama hingga
Almarhum Tuanku Muhammad Sembilan
01.04.1960
D.M.N., S.M.N.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Hisamuddin Alam 14.04.1960
Kedua Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah Selangor hingga
D.M.N., D.K. (Brunei) 01.09.1960

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj
ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
21.09.1960
D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.K.M., D.M.N., S.M.N., D.K. (Brunei), D.K. (Selangor),
Ketiga Perlis hingga
S.P.D.K. (Sabah), D.K. (Kelantan), D.P. (Sarawak), D.K. (Kedah), D.K. (Pahang),
20.09.1965
D.K. (Johor), D.K. (Negeri Sembilan), D.P.S.S. (Sarawak), D.K. (Perak), D.K.
(Terengganu), D.K.M.B. (Brunei)

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin
21.09.1965
Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Keempat Terengganu hingga
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.T., D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), D.K. (Perak), D.K.
20.09.1970
(Pahang)

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi


Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan
21.09.1970
Badlishah
Kelima Kedah hingga
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K.
20.09.1975
(Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu),
D.K. (Perak), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni
Almarhum Sultan Ibrahim 21.09.1975
Keenam D.K.M., D.K., D.M.N., S.M.N., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.S.K., D.K. (Selangor), D.K. Kelantan hingga
(Terengganu), D.K. (Kedah), D.K. (Brunei), D.K. (Pahang), D.K. (Perlis), D.P. 29.03.1979
(Sarawak),

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in
Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah
D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Johor), D.K. 26.04.1979
Ketujuh (Kelantan), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.M.B., D.K. (Brunei), Pahang hingga
D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Selangor), QILADAH BADR AL-Kubra 25.04.1984
(Arab Saudi), QILADAH AL-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the
Mugunghwa(Korea Selatan), HON. D.Litt (Malaya). LLD. HC (Northrop USA)

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Iskandar ibni 26.04.1984
Kelapan Almarhum Sultan Ismail Johor hingga
D.K. 25.04.1989

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni
Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah 26.04.1989
Kesembilan D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Terangganu), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), Perak hingga
D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. 25.04.1994
(Pahang), S.S.M., P.M.N., P.S.M., S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P., S.I.M.P.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ja'afar ibni 26.04.1994
Negeri
Kesepuluh Almarhum Tuanku Abdul Rahman hingga
Sembilan
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. 25.04.1999
(Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K.
(Perak),

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A., D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Terengganu),
D.K. (Kelantan), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Negeri Sembilan), 26.04.1999
Kesebelas D.K. (Perak), D.K. (Pahang), S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.M.N. (Melaka), Selangor hingga
P.J.K., The Most Auspicious Order Of The Rajamitrabhorn (Thailand), Al-Khalifah 21.11.2001
Medal Decoration (Baharain), Order Of Boyaca Gran Collar (Columbia), Hon. D. Litt
(UPM), Hon. Fellowship Royal College Of Surgeons In Ireland, Hon. D. Sociology
(Univeristy Thammasat, Thailand)

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-
Marhum Tunku Syed Putra Jamalullail
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K.
(Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Terengganu), 13.12.2001
Keduabelas S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier Perlis hingga
De L'Independence (Grand Medal of the Independence) – Cambodia, Grand Croix De 12.12.2006
L'Order (Royal Sash) – Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran
Cordone (Italy),
Decoration of Omayad – The Finest Decoration (Syria)

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal
Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.T., D.K.R., D.K., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K.
13.12.2006
(Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K.
Ketigabelas Terengganu hingga
(Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France),
12.12.2011
The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al
Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik
Indonesia ADIPURNA (Indonesia)

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang),
D.K.(Selangor), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu),
D.K.(Perak), D.K. (Brunei), D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K.,
Keempatbelas S.P.M.K., S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang
Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable
Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John., Hon.
Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon
of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), The Knight of the Most
Illustrious Order of the Royal House of Chakri (Thailand)
Bab 2 – dasar2 kerajaan

Wawasan 2020, 1991-2020

image

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkanMalaysia menjadi sebuah
negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan
sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik,
sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini
juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai
sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Pada tahun 1991, Wawasan 2020 (W2020) telah diperkenalkan dengan objektif untuk menjadi negara
maju menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri. W2020 menggariskan hala tuju untuk mencapai
status negara maju dengan mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 7 peratus setahun sehingga
tahun 2020.Kunci kepada pencapaian negara maju ialah dengan mengatasi sembilan cabaran strategik,
iaitu:

Pertama Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan
dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,
hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia
yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

Kedua Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap
diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat
Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya,
tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

Ketiga Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk
persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh
kepada banyak negara membangun;

Keempat Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana
warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;

Kelima Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan
adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan
kesetiaan mereka kepada satu negara;

Keenam Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan
memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

Ketujuh Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana
kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada
negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;
Kelapanpengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya
bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih
ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan
kaum; dan

Kesembilan Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat
dan kental.

Pelaksanan Wawasan 2020 terbahagi kepada tiga fasa utama. Dasar dan strategi bagi fasa pertama
Wawasan 2020 digariskan di dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua, 1991-2000 (RRJP2) iaitu
Dasar Pembangunan Nasional (DPN).DPN mengandungi beberapa perubahan dasaryang memberi
dimensi baru kepada usaha pembangunan dalam menghasilkan pembangunan yang lebih seimbang di
samping mengekalkan prinsip asas Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Di bawah DPN, strategi pembasmian kemiskinan memberi tumpuan khusus kepada penghapusan
kemiskinan tegar di samping pengurangan kemiskinan umum. Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputra
yang lebih bermakna di dalam sektor moden ekonomi, penekanan diberi kepada pembangunan
komuniti Perdagangan dan Industri Bumiputera. Harapan yang lebih besar diletakkan pada penglibatan
sektor swasta dalam proses penstrukturan penyertaan Bumiputera. Pembangunan sumber manusia
yang juga merangkumi nilai moral dan etika untuk mencapai objektif pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan pendapatan turut diberi penekanan.

Dalam tempoh pelaksanaan DPN, negara menghadapi Krisis Kewangan Asia yang melanda pada tahun
1997/1998. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) ditubuhkan pada Januari 1998 dan Pelan
Pemulihan Ekonomi Negara yang komprehensif telah dilancarkan bagi menangani krisi kewangan
tersebut. Antara langkah yang dilaksanakan ialah mengenakan kawalan pertukaran matawang terpilih,
dan penubuhan institusi seperti Danaharta dan Danamodal. Dasar fiskal mengembang dan dasar
kewangan akomodatif diperkenalkan bagi merangsang penggunaan, di samping mengekangkan tekanan
inflasi.

Fasa Kedua Wawasan 2020 dilaksanakan di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3)
iaitu Dasar Wawasan Negara (DWN) yang merangkumi tempoh 2001-2010. DWN bertujuan untuk
memperkukuhkan daya saing dan daya tahan serta mewujudkan masyarakat yang sasksama bagi
memastikan kestabilan dan perpaduan negara. Dimensi baru yang diperkenalkan termasuk:

Membangunkan Malaysia sebagai masyarakat berasaskan pengetahuan

Menjana pertumbuhan berdasarkan sumber dan kekuatan tempatan

Menjadikan sector pertanian, pembuatan dan perrkhidmatan lebih dinamik


Membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin di kawasan bandar dan pedalaman serta
meningkatkan kualiti hidup kumpulan berpendapatan 30 peratus terendah

Mencapai penyertaan Bumiputra yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus
menjelang 2010

Pelaksanaan fasa kedua Wawasan 2020 menghadapi cabaran berikutan momentum pertumbuhan
ekonomi yang perlahan selepas Krisis Kewangan Asia 1997/98 ditambah lagi dengan Krisis Kewangan
Dunia pada tahun 2008/09. Keadaan ini menyebabkan negara berada dalam perangkap pendapatan
pertengahan dan mungkin tidak dapat mencapai objektif menjadi negara maju menjelang 2020.

Fasa ketiga Wawasan 2020 dilaksanakan di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilancarkan pada
tahun 2010 merangkumi tempoh masa 2011 hingga 2020. MBE akan menjadi pemangkin dalam menjana
potensi pertumbuhan negara. Matlamat utama MBE ialah meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan
menekankan kepada tiga dimensi iaitu pendapatan yang tinggi, kemampanan dan keterangkuman yang
menekankan golongan berpendapatan 40 peratus terendah. MBE merangkumi empat tonggak
transformasi negara di bawah gagasan “1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”
iaituProgram Transformasi Kerajaan; Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik dan
Program Transformasi Luar Bandar. Pelaksanaan strategi MBE diperincikan di bawah Rancangan
Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas.

1 Malaysia

1MALAYSIA-RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN


DIUTAMAKAN
1. PENGENALAN

• Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing
agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan
ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni
Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang
lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.

• Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus
globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

• Gagasan 1Malaysia ber tujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini
sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup
mereka. Gagasan ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang
lebih aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.
2. DEFINISI

• Gagasan 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan
bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik
dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan
dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu
pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian
lama”.

2.1 Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :

• Gagasan 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing.

“Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia” memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan
agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi
tembok kepentingan etnik dan kaum.

• Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga
diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja.
Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

• Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”
lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan
melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

• Nilai tambah dan pembaharuan dalam Gagasan 1Malaysia. “Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak
semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini
berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik
melalui wakil kaum masing-masing.

• Melalui Gagasan 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum
masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Pen-dekatan mendekati rakyat, memahami
masalah mereka dan bersikap mesra rakyat adalah perkara utama ditekankan oleh YAB Perdana Menteri kepada kepimpinan
parti dan perkhidmatan awam.

3. PERBEZAAN ANTARA GAGASAN 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan definisi yang dinyatakan,Gagasan 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:

1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum
tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan
yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil secara membuta tuli dengan
mengambil konsep kesamarataan versi total.
Di samping menjaga kepentingan semua kaum, Gagasan 1Malaysia juga me-nekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa
Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa me-ngambil kira realiti
dan sejarah negara Malaysia.

Perpaduan yang digambarkan oleh Gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di
negara-negara etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.

Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik
setiap kaum di Malaysia, dan meng-anggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan
kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu
negara.

4. GAGASAN 1MALAYSIA

• Gagasan 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Gagasan 1Malaysia “Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan
pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalan-kan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan
rakyat.

• Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua
kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan
kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan
Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

• 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan
dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan
dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

• Maksud Rakyat Didahulukan dalam Gagasan 1Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat
sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah :

• Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

• Mengurangkan kadar jenayah.

• Memerangi rasuah.

• Meningkatkan taraf hidup rakyat ber-pendapatan rendah.

• Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman.

• Menambah baik pengangkutan awam.


• Sementara bagi maksud Pencapaian

Diutamakan pula merujuk kepada komitmen kerajaan dalam meletakkan sasaran terhadap pancapaian bagi setiap NKRA.

5. HUBUNGAN GAGASAN 1MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU

• Perkaitan antara Gagasan 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau
menegaskan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dasar-
dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

• Gagasan ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1Malaysia merupakan


satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga
kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

• Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana
Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

6. MATLAMAT

• 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi
kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi
sebarang cabaran.

• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak
kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan
rakyat Malaysia.

• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk
sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan
pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

7. HURAIAN

• 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan hubungan rakyat Malaysia dapat
menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan
hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.

• 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, kebolehan, bercakap benar,
telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

• 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan
komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati

masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.


• Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta
mengetepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan
mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

• Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai
sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

• Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan
kelompok sendiri. Malaysia merupakan sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta
fahaman politik. Semua kaum perlu
menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu
dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati
pembangunan dan mendapat pembelaan kerajaan yang sewajarnya.

• 1Malaysia adalah pemangkin kepada


pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap
kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina negara
bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

• Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya berprestasi
tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi.

8. ASPEK-ASPEK UTAMA 1MALAYSIA

• 1Malaysia yang digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut:

8.1 Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan

• Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah
komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

• Teras Perpaduan ini disandarkan kepada tiga prinsip dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:

PRINSIP PENERIMAAN

PRINSIP KENEGARAAN

PRINSIP KEADILAN SOSIAL

8.1.1 Prinsip Penerimaan

• 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima
keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam
satu negara.
• Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan di
mana penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa
ada unsur paksaan.

• Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa di mana ia berlaku apabila sesuatu pihak
tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

8.1.2 Prinsip Kenegaraan

• Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin
terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan
Tun V.T. Sambathan berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah
Melayu.

• Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk
menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini

• Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di
kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.

• Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di
negara ini.

• Prinsip-prinsip Kenegaraan berasaskan kepada dua perkara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Perlembagaan Persekutuan

• Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Gagasan 1Malaysia sesungguhnya sangat berbeza dengan konsep Malaysian
Malaysia. Ini kerana konsep 1Malaysia tidak sekali-kali akan menyimpang daripada kamus Perlembagaan Persekutuan
sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat mahupun secara tersirat.

• Malahan Gagasan 1Malaysia akan terus kekal menjunjung kesemua peruntukan teras, seperti yang telah disebutkan di
dalam Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153, Bahagian 2 dan Bahagian 3.

• Antara perkara teras yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Perkara 3, (1) yang menyebutkan bahawa
Agama Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-
mana bahagian Persekutuan.

• Bagi Perkara 4, Perlembagaan memberi penegasan mengenai perkara Undang-undang Persekutuan di mana perkara (1)
menjelaskan bahawa Perlembagaan ini merupakan undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang
diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan Perlembagaan ini, maka ia terbatal dengan sendirinya.

• Perkara 152 (1) merujuk kepada Bahasa


Kebangsaan Persekutuan ialah Bahasa Malaysia dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.

• Seperti yang telah disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153 Fasal 1 “Adalah menjadi
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri
Borneo dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”.

• Malah, jika kaum-kaum lain menghayati dengan mendalam mengenai keistimewaan hak orang Melayu seperti yang telah
didokumenkan sejak dahulu lagi, maka tidak akan wujud perasaan negatif di dalam diri.

• Oleh yang demikian, usahlah mana-mana pihak berasa khuatir atau bimbang kerana Gagasan 1Malaysia ini tidak
akan sekali-kali terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh
kepimpinan negara pada suatu ketika dahulu.

• Sebagai makluman, Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
merupakan undang-undang yang tertinggi di Malaysia dan mengandungi sebanyak 15
Bahagian dan 183 Perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang
telah dibentuk berasaskan kepada dua
dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Malaysia tahun 1957.

Rukun Negara

• Ia merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

• Ia juga satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-
norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan
kemakmuran negara Malaysia.

• Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk
mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk dijadikan
sebagai pedoman yang merupakan kunci kepada pembentukan masyarakat pelbagai kaum di Negara yang berintegriti.

8.1.3 Prinsip Keadilan Sosial

• Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira
taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-
peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

• Melalui Gagasan 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan
khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

• Namun begitu, Gagasan 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah landasan bagi mana-mana pihak
untuk membuat tuntutan yang keterlaluan.

8.2 PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI


• Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni termasuk nilai-nilai berikut:

KESEDERHANAAN RENDAH HATI (TAWADHUK’) BERBUDI BAHASA HORMAT-MENGHORMATI

8.2.1 KESEDERHANAAN

• Rakyat yang tergolong dalam kategori ini termasuklah mereka yang sederhana dari segi pertuturan, berbelanja, berpakaian,
makan minum, serta sederhana dari segi aspek bekerja dan berehat.

• Bagi pertuturan, sabda Rasulullah telah menjelaskan bahawa “Bercakaplah menurut tingkat kecerdasan pendengar”
• Sementara sederhana dalam bekerja dan berehat bermaksud sentiasa menganggap kerja itu adalah suatu ibadah dan
melakukannya demi untuk membantu rakyat.

8.2.2 RENDAH HATI (TAWADHUK’)

• Untuk maju, sifat rendah hati juga perlu diamalkan dalam diri setiap rakyat. Sifat sedia untuk mendengar, tidak sombong,
tidak ego dan tidak bongkak perlu diterapkan dalam diri kerana sesungguhnya Masyarakat Malaysia menghargai orang yang
merendah diri atau Tawadhuk.

8.2.3 BERBUDI BAHASA

• Sentiasalah amalkan sifat berbudi bahasa dengan siapa jua sekalipun tanpa mengira status, kaum dan agama.

• Setiap tutur kata harus dijaga, tingkah laku harus tertib dan sentiasa bersopan santun ketika berinteraksi.

8.2.4 HORMAT-MENGHORMATI

• Setiap perbezaan yang ada di negara ini tidak kira perbezaan kaum, agama, budaya dan kepercayaan haruslah dihormati
dan dihargai kerana itulah antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di mata dunia.

• Selain itu, hormatilah juga dengan sejarah dan perjanjian yang berlaku pada satu ketika dahulu kerana tanpa sejarah, tidak
mungkin kita akan berada pada tahap kemodenan yang kita sedang alami sekarang.

8.3 Aspek Kedua - Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi

• Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan
dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju.

• Nilai-nilai aspirasi ini akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam
persekitaran global dan ini seterusnya akan membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh
dan mantap.

• Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Gagasan 1Malaysia. Nilai-nilai
murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat
iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah :
BUDAYA BERPRESTASI TINGGI

BUDAYA KETEPATAN

BUDAYA ILMU

INTEGRITI

KETABAHAN

KESETIAAN

KEBIJAKSANAAN

BUDAYA INOVASI

8.3.1 BUDAYA BERPRESTASI TINGGI

• Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa atau
“acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

• Tidak boleh wujud budaya ‘lebih-kurang’ iaitu sesuatu perkara dilakukan hanya setakat yang termampu tetapi bukan yang
terbaik.

• Setiap perkara yang dijalankan haruslah mencapai tahap terbaik dan bertaraf dunia serta kepimpinan yang dijalankan
adalah berasaskan prestasi.

• Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang
lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan
oleh rakyatnya.

• Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian
atau kemajuan.

8.3.2 BUDAYA KETEPATAN

• Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya
ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

• Perkhidmatan yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada kualiti yang bagus dan perlu dijalankan secara berterusan.

• Ketepatan juga bermaksud setiap perkara termasuk tindakan, komunikasi, janji, masa dan ukuran haruslah dilaksanakan
dengan tepat.

8.3.3 BUDAYA ILMU


• Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.

Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu
sepanjang hayat. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan
dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

• Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan penge-tahuan dari segala-galanya.

• Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan mem-punyai minda yang sentiasa terbuka.

8.3.4 INTEGRITI

• Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa
dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak.

• Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan
tanggungjawab.

• Berusaha memperbaiki kesilapan dan setiap perkara serta tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi men-
dapatkan hasil yang sempurna.

• Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak.
Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang
dilakukan.

• Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepen-tingan negara perlu diletakkan
mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

8.3.5 KETABAHAN

• Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah
mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang
yang diceburi.

• Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan
yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

• Ketabahan dalam menghadapi per-ubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan
perkara-perkara yang terdahulu.

• Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya.

• Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

8.3.6 KESETIAAN
• Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada
Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap
rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara
mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

• Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.

• Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras
kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan
kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.

• Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan
sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

• Kesetiaan perlu disertai dengan ke-upayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang kerana kesetiaan atau perhubungan
yang membuta-tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.

8.3.7 KEBIJAKSANAAN

• Cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang
menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

• Nilai ini juga perlu diikuti dengan kebijaksanaan membuat sesuatu keputusan dengan tepat, tahu membezakan yang baik
dan buruk, memiliki pemikiran dan pandangan yang tepat, bijak meletak sesuatu kena pada tempatnya serta tidak mudah
terpengaruh dengan nafsu dan kepentingan sendiri.

• Untuk memiliki nilai ini, beberapa ciri perlu dimiliki antaranya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, cerdik, tetap
dengan pendirian, memiliki kemahiran mendengar, berdisiplin dalam berfikir serta sentiasa siap sedia tanpa perlu terburu-
buru.

8.3.8 BUDAYA INOVASI

• Nilai ini adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan
yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang
masing-masing.

• Kita mesti berani berubah demi kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa
bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

9. KESIMPULAN
• Konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia
dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan
dalam semangat perpaduan adalah pe-rasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat
perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

• Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana

segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan
dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

• Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada
satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui Gagasan 1Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada
mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan
cita rasa untuk bersama memajukan negara.

• Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era
globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga
sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada
perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

• Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness)
dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

PRODUK 1MALAYSIA
 PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA
 PUSAT LATIHAN 1MALAYSIA (1MTC)
 KEDAI BUKU 1 MALAYSIA
 KEDAI KAIN 1 MALAYSIA
 BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
 SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA)
 KEDAI IKAN RAKYAT 1MALAYSIA (KIR1M)
 AMANAH SAHAM 1MALAYSIA
 MENU 1 MALAYSIA
 KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA
 PRODUK-PRODUK KEDAI 1MALAYSIA
 PRODUK MALAYSIA
 MEJA BULAT ONLINE 1MALAYSIA
 PERBADANAN PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA (PRIMA)
 SENAM SENI 1MALAYSIA
 BATIK 1 MALAYSIA
 TASKA 1MALAYSIA
 KLINIK 1MALAYSIA
 SUSU 1MALAYSIA

TERAS PERPADUAN 1MALAYSIA


Penerapan Teras-Teras Perpaduan

Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah
komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
Teras Perpaduan ini disandarkan kepada tiga prinsip dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:

PRINSIP PENERIMAAN
PRINSIP KENEGARAAN
PRINSIP KEADILAN SOSIAL

1 PRINSIP PENERIMAAN
1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan
kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu
negara.

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaandi
mana penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa
ada unsur paksaan.

Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa di mana ia berlaku apabila sesuatu pihak tiada
pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

2 PRINSIP KENEGARAAN

Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin
terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan
Tun V.T. Sambathan berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah
Melayu.

Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk
menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini
Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan
rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang,
Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Prinsip-prinsip Kenegaraan berasaskan kepada dua perkara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Perlembagaan Persekutuan Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Gagasan 1Malaysia sesungguhnya sangat berbeza
dengan konsep Malaysian Malaysia. Ini kerana konsep 1Malaysia tidak sekali-kali akan menyimpang daripadakamus
Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat mahupun secara tersirat.

Malahan Gagasan 1Malaysia akan terus kekal menjunjung kesemua peruntukan teras, seperti yang telah disebutkan di dalam
Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153, Bahagian 2 dan Bahagian 3.

Antara perkara teras yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Perkara 3, (1) yang menyebutkan bahawa Agama
Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan.

Bagi Perkara 4, Perlembagaan memberi penegasan mengenai perkara Undang-undang Persekutuan di mana perkara (1)
menjelaskan bahawa Perlembagaan ini merupakan undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang
diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan Perlembagaan ini, maka ia terbatal dengan sendirinya.
Perkara 152 (1) merujuk kepada Bahasa Kebangsaan Persekutuan ialah Bahasa Malaysia dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.

Seperti yang telah disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153 Fasal 1 “Adalah menjadi
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri
Borneo dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”.

Malah, jika kaum-kaum lain menghayati dengan mendalam mengenai keistimewaan hak orang Melayu seperti yang telah
didokumenkan sejak dahulu lagi, maka tidak akan wujud perasaan negatif di dalam diri.

Oleh yang demikian, usahlah mana- mana pihak berasa khuatir atau bimbang kerana Gagasan 1Malaysia ini tidak
akan sekali-
kali terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh kepimpinan negara pada suatu ketika da
hulu.

Sebagai makluman, Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos
1957 merupakan undang-undang yang tertinggi
di Malaysia dan mengandungi sebanyak 15 Bahagian dan 183 Perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang
bertulis yangtelah dibentuk berasaskan kepada dua
dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Malaysia tahun 1957.

Rukun Negara
Ia merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Ia juga satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma
sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan
kemakmuran negara Malaysia.
Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk
mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk dijadikan
sebagai pedoman yang merupakan kunci kepada pembentukan masyarakat pelbagai kaum di Negara yang berintegriti.

3 PRINSIP KEADILAN SOSIAL


Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira
taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-
peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

Melalui Gagasan 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat
mereka kepada kaum-kaum lain.

Namun begitu, Gagasan 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah landasan bagi mana-mana pihak untuk
membuat tuntutan yang keterlaluan.

NILAI MURNI 1 MALAYSIA


PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

KESEDERHANAAN

RENDAH HATI (TAWADHUK’)

BERBUDI BAHASA

HORMAT-MENHORMATI

KESEDERHANAAN

Rakyat yang tergolong dalam kategori ini termasuklah mereka yang sederhana dari segi pertuturan, berbelanja, berpakaian,
makan minum, serta sederhana dari segi aspek bekerja dan berehat. Bagi pertuturan, sabda Rasulullah telah menjelaskan
bahawa “Bercakaplah menurut tingkat kecerdasan pendengar”

Sementara sederhana dalam bekerja dan berehat bermaksud sentiasa menganggap kerja itu adalah suatu ibadah dan
melakukannya demi untuk membantu rakyat.

RENDAH HATI (TAWADHUK’)

Untuk maju, sifat rendah hati juga perlu diamalkan dalam diri setiap rakyat. Sifat sedia untuk mendengar, tidak sombong,
tidak ego dan tidak bongkak perlu diterapkan dalam diri kerana sesungguhnya Masyarakat Malaysia menghargai orang yang
merendah diri atau Tawadhuk.

BERBUDI BAHASA

Sentiasalah amalkan sifat berbudi bahasa dengan siapa jua sekalipun tanpa mengira status, kaum dan agama. Setiap tutur
kata harus dijaga, tingkah laku harus tertib dan sentiasa bersopan santun ketika berinteraksi.

HORMAT-MENGHORMATI
Setiap perbezaan yang ada di negara ini tidak kira perbezaan kaum, agama, budaya dan kepercayaan haruslah dihormatidan
dihargai kerana itulah antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di mata dunia.Selain itu,
hormatilah juga dengan sejarah dan perjanjian yang berlaku pada satu ketika dahulu kerana tanpa sejarah, tidak mungkin
kita akan berada pada tahap kemodenan yang kita sedang alami sekarang.

NILAI-NILAI ASPIRASI 1MALAYSIA

Nilai-Nilai Aspirasi

BUDAYA BERPRESTASI TINGGI

Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa atau “acuh
tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
Tidak boleh wujud budaya ‘lebih-kurang’ iaitu sesuatu perkara dilakukan hanya setakat yang termampu tetapi bukan yang
terbaik.

Setiap perkara yang dijalankan haruslah mencapai tahap terbaik dan bertaraf dunia serta kepimpinan yang dijalankan adalah
berasaskan prestasi.

Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang
lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan
oleh rakyatnya.

BUDAYA KETEPATAN

Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya
ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

Perkhidmatan yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada kualiti yang bagus dan perlu dijalankan secara berterusan.
Ketepatan juga bermaksud setiap perkara termasuk tindakan, komunikasi, janji, masa dan ukuran haruslah dilaksanakan
dengan tepat.
Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau
kemajuan.

BUDAYA ILMU

Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.
Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu
sepanjang hayat. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan
berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan penge-tahuan dari segala-galanya.
Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan mem-punyai minda yang sentiasa terbuka.

INTEGRITI

Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa
dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak.

Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan
tanggungjawab.

Berusaha memperbaiki kesilapan dan setiap perkara serta tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi men-
dapatkan hasil yang sempurna.

Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala
kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.

Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepen-tingan negara perlu diletakkan mengatasi
segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

KETABAHAN

Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah
mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang
yang diceburi.

Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan
yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

Ketabahan dalam menghadapi per-ubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan
perkara-perkara yang terdahulu.

Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya.
Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

KESETIAAN
Prinsip kesetiaan amat diperlukan apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun
Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan
kelompok sendiri.

Kesetiaan sepenuhnya kepada Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.
Kesetiaan kepada pemimpin atau di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan
dan kecemerlangan. Pengikut menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang
berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.

Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama
ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

Kesetiaan perlu disertai dengan ke-upayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang kerana kesetiaan atau perhubungan
yang membuta-tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.

KEBIJAKSANAAN
Cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang
menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

Nilai ini juga perlu diikuti dengan kebijaksanaan membuat sesuatu keputusan dengan tepat, tahu membezakan yang baik
dan buruk, memiliki pemikiran dan

pandangan yang tepat, bijak meletak sesuatu kena pada tempatnya serta tidak mudah terpengaruh dengan nafsu dan
kepentingan sendiri.

Untuk memiliki nilai ini, beberapa ciri perlu dimiliki antaranya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, cerdik, tetap dengan
pendirian, memiliki kemahiran mendengar, berdisiplin dalam berfikir serta sentiasa siap sedia tanpa perlu terburu-buru.

BUDAYA INOVASI

Nilai ini adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan
yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang
masing-masing.

Kita mesti berani berubah demi kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa
bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

Model Ekonomi Baru

Model Baru Ekonomi (MBE) Sesuatu yang dinantikan dan diharap untuk menjana ekonomi ke arah yang
lebih gemilang .... Bakal diumumkan 30 Mac 2010 Sesuatu yang akan menggantikan Dasar Ekonomi
Nasiaonal Dikatakan untuk semua kaum tetapi tidak mengabaikan orang Melayu Najib mengatakan
pihak swasta sebagai enjin menggerakkan MBE. MBE dikatakan akan menarik dan meyakinkan para
pelabur. Petikan Akhbar Utusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lapan inisiatif itu
akan memberi tumpuan kepada: Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan
ekonomi; Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja
asing; Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing; Memperkukuhkan sektor awam;
Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran; Membina infrastruktur yang berasaskan
pengetahuan; Meningkatkan sumber pertumbuhan; Memastikan pertumbuhan yang mapan. "Kesemua
lapan inisiatif itu adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor ekonomi." Kata
Perdana Menteri Matlamat MBE iaitu berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman
memerlukan kita mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi untuk
dekad seterusnya. ''Oleh itu, dasar-dasar yang perlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-isu asas bagi
memastikan momentum pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatan yang holistik untuk
menghapuskan semua halangan," katanya ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia 2010 di sini
hari ini. Menurutnya, matlamat itu memberi penekanan kepada bina upaya bukan hanya pembangunan
negara semata-mata sebagai langkah mencapai pembangunan yang mapan. Sebagai tambahan kepada
laporan NEAC itu, beliau mahu tumpuan diberikan secara efektif ke atas sektor utama yang spesifik atau
dikenali sebagai Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEAs). ''Ini adalah bidang di mana ekonomi negara
mempunyai potensi untuk terus maju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi," katanya. Berdasarkan
pendekatan baru NEAC yang menyatakan bahawa sektor swasta perlu memacu pertumbuhan, Perdana
Menteri berkata, kerajaan perlu meningkatkan peranan sebagai fasilitator kepada pihak industri untuk
berkembang maju. Mengulas lanjut, katanya, majoriti inisiatif yang telah diwujudkan adalah berkaitan
dengan semua faktor yang penting dalam memperbaiki hala tuju ekonomi negara. ''NEAC telah
mengenal pasti sektor utama untuk membolehkan ekonomi negara maju dan berdaya saing dengan
rakyatnya menikmati kualiti hidup yang tinggi serta berpendapatan tinggi hasil daripada pertumbuhan
yang mapan. ''Banyak lagi yang perlu kita lakukan namun bagi meraih peluang yang ada sepenuhnya,
kita perlu memberi fokus ke atas sektor-sektor utama ini," katanya. * Nota : Model Baru Ekonomi (MBE)
pada asalnya disebut Model Ekonomi Baru (MEB) Posted by keyboard man at 12:16 AM 1 comment:
Guru kampung said... Sertai komuniti myMetro login|daftar Selasa, 14 Disember 2010 Versi
MobileRSS1klassifiedsiMetroAkhbar DigitalTeam
MetroUTAMABERITAEKSTRAMETROPLUSGIGSHATIRAPVARIASITANYA
PAKARBIMBINGANKOLUMNISARKIB SEMINGGUVIDEOmyMetro Setempat PM lancar MBE Bahagian
Akhir PUTRAJAYA: Laporan Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia (MBE) - Bahagian Akhir yang
dilancarkan semalam menjadi pelengkap kepada pelan hala tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP)
untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan
menjelang 2020. Bagaimanapun, MBE bukan satu penyelesaian segera, tetapi menjadi satu misi yang
perlu ditempuh semua pihak termasuk kerajaan sektor swasta dan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak berkata, MBE menggariskan bidang dasar utama yang perlu diberi perhatian dalam bentuk
lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) untuk menghilangkan halangan dan sekatan yang menahan
ekonomi negara ini dari mencapai potensi maksimum. Katanya, SRI adalah bersifat terjalin dan memberi
kesan kepada semua sektor ekonomi, justeru, ia perlu dilaksanakan secara konsisten dan holistik bagi
memastikan hasil yang diharapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan ETP dapal dicapai.
“Transformasi ekonomi yang diperlukan adalah berdasarkan rangka kerja strategik yang mudah, di mana
ia hendaklah sekali gus menangani pertumbuhan dan keterangkuman. “Terdapat empat teras dalam
MBE yang merangkumi SRI yang sudah ditetapkan di mana tiga daripadanya bertujuan meningkatkan
pertumbuhan manakala teras keempat untuk memastikan keterangkuman dan perpaduan sosial,”
katanya selepas pelancaran Laporan Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia (MBE)- Bahagian Akhir di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam. Najib berkata, teras berkenaan
adalah mewujudkan persekitaran berdaya saing, mampan dan inovatif untuk mendayakan kembali
pelaburan swasta, mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan tenaga kerja berkualiti dan keperluan
mentransformasi kerajaan. Teras keempat mengenai keterangkuman serta keperluan merapatkan
jurang untuk membolehkan rakyat menikmati pertumbuhan dan kemakmuran. Walaupun cadangan
dasar dalam keempat-empat teras tidak bersifat menyeluruh, tetapi ia adalah dasar utama yang
mempunyai kesan tinggi dan lebih penting jika dasar ini boleh dicapai melalui program pelaksanaan
bersepadu dan selaras, ia akan mewujudkan momentum yang dapat mentransformasi ekonomi dalam
cara berkesan dan mampan. “Kita akan mengalami impak lebih berkesan yang akan merubah ekonomi
dan kehidupan dengan lebih baik,” katanya. Beliau berkata, pelaksanaan MBE perlu dilakukan melalui
pembinaan momentum yang berterusan supaya tidak kehilangan arah.

RMK-10

RANCANGAN MALAYSIA KE-10 - "RANCANGAN


KEMAKMURAN EKONOMI DAN KEADILAN SOSIAL"

Sebanyak RM230 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan di bawah RMK10

Intipati Rancangan Malaysia ke-10

 Rancangan Malaysia ke-10 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, pada 10 Jun
2010, yang bertemakan "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial".
 RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan
bukan fizikal.
 RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merialisasikan Wawasan 2020
menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Fakta-fakta penting RMKe-10

- memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun tersebut.
- daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor
keselamatan dan lima peratus untuk pentadbiran am.
- RMKe-10 merupakan satu daripada empat tiang utama di bawah pentadbiran Datuk Sei Najib Tun Razak. Tiga lagi tiang
tonggak itu ialah:

 Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,


 Program Transformasi Kerajaan (GTP)
 Model Baru Ekonomi (MBE).

10 Premis Utama RMKe-10

Pertama: Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungo golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat berdaya saing.

5 TERAS STRATEGIK Pertama RMK10:

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

5 inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:

Pertama: Meningkatkan pemilihan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian


Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera

Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi
pembangunan Bumiputera

Keempat: Membangunkan guna tenaga profesioanal Bumiputera secara lebih tuntas.

Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda
pembangunan Bumiputera.

PELAN INTEGRITI NASIONAL


LATAR BELAKANG

PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

Menyedari tentang pentingnya integriti di kalangan masyarakat, Kerajaan telah menyediakan


dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini dibangunkan dengan fokus
utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan
masyarakat Malaysia.
Pelan seumpama ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam u
saha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah
terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak konsisten dan
tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-
usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor.
Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam memb
eri panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.
PIN yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras dengan cabaran ke empat Wawasan 2020 iaitu
untuk “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi
pekerti yang luhur”. Objektif khusus PIN adalah;

1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama
dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral
dan beretika;

2.
Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan int
egriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;

3.
Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong per
kembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak
cergas menegakkan integriti;
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan
kesejahteraan hidup anggota masyarakat

5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-
21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Bab 3 – Isu semasa


Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah. Berbeza
dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat, GST adalah cukai berperingkat.
Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai itu
sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang telah
dikenakan ke atas input perniagaan mereka.

GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian
pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan.

GST: BUAT MEREKA YANG INGIN TAHU APA ITU GST


5/06/2014 |

Ramai masyarakat kita di luar sana kurang faham tentang Cukai GST. Pihak yang
berkenaan pula sering menyampaikan penerangan GST lebih kepada aspek pengiraan
teknikal. Kekadang susah nak faham.

Puak-puak yang tidak bertanggungjawab pula menggunakan kecelaruan dan


ketidakfahaman masyarakat berkaitan GST untuk memburuk-burukkan sistem
percukaian moden tersebut. Walhal mereka sendiri pun tak faham dan buat-buat tak
faham kerana takut kehilangan pengaruh. Al maklumlah tanpa fitnah dan pembohongan
maka matilah perjuangan mereka.

Apabila tak faham, termakan pula dengan hasutan dan dakyah songsang maka akan
lahirlah masyarakat yang keliru dan haru biru. Inilah yang disukai oleh puak-puak
pembangkang. Maka pihak-pihak berkenaan perlu bekerja keras membetulkan persepsi
negatif tersebut. Tak apalah perbuatan baik selalu mendapat ujian dan cabaran.

Apakah itu GST?

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa
negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia
bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas
cukai.

Kenapa kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai selama ini SST tak
baikkah?

Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan
dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan
yang kita beli iaitu;

Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita
beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana
tiada dalam bil atau resit pembelian kita.

Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST
berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6%
sahaja.

Untuk apa GST diperkenalkan?

GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara
pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati
Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;
 Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang
sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para
pemborong, peruncit dan peniaga.
 Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna
yang dikenakan cukai sebanyak dua kali.
 Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak
diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita
bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
 Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit
dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber,
aliran dan jumlah pendapatan mereka.
 Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir
golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan,
mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.

Contoh penipuan dilakukan oleh golongan peniaga yang tak faham GST dan sengaja ingin
menjatuhkan imej Kerajaan. Hanya di Selangor...

Perbuatan-perbuatan ini akan menyebabkan para pengguna terbeban dengan harga


barang yang semakin mahal, bekalan sukar diperolehi, rasuah, penyeludupan dan
penipuan berleluasa yang akan menjejaskan ekonomi dan kestabilan negara

Kadar GST Malaysia membebankan?

Pendapat ini salah sama sekali. Secara perbandingan kadar GST di negara-negara
anggota ASEAN;
Kadar GST yang berbeza di kalangan Negara-Negara anggota ASEAN

Bil Negara-Negara ASEAN Tahun diperkenalkan Kadar GST dikenakan

1 Indonesia 1984 10%

2 Filipina 1988 10%

3 Kemboja 1999 10%

4 Laos 2009 10%

5 Singapura 1999 7%

6 Thailand 1992 10%

7 Vietnam 1999 10%

8 Malaysia 2015 6%

9 Brunei - -

10 Myanmar (Dalam kajian) (Dalam kajian)

Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx

Apabila GST diperkenalkan pada 1 April 2015 ke atas semua barangan dan
perkhidmatan, adakah bermakna bahawa semua barang akan menjadi mahal?

Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami
kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga.
Perubahan sesuatu harga barang atau caj perkhidmatan adalah amat minimum.

Banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai
16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.

Pada masakini terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur dengan sengaja menjual harga
barang mahal kerana ingin mengambil keuntungan berganda sebelum perlaksanaan dan
mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej kerajaan kerana sikap khianat
mereka. Para pengguna boleh melapor pada pihak berwajib dan boikot produk atau
premis mereka.

Apa yang dikenakan cukai dan apa yang tidak?


Senarai barangan yang tidak dikenakan GST.

Perkara Produk-produk barangan yang tidak dikenakan Cukai GST

Barang makanan asas beras, gula, tepung, minyak masak,kacang dhal, rempah ratus, ikan
masin, cencalok, budu, belacan

Penggunaan Utiliti Bekalan air paip dan 200 unit pertama eletrik sebulan bagi pengguna

Perkhidmatan yang perkhidmatan kesihatan, pengeluaran pasport, pembelajaran


disediakan kerajaan disekolah

Perkhidmatan pengangkutan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya

Perumahan Proses jual beli dan sewa rumah kediaman

Kewangan Perkhidmatan kewangan terpilih

Harga kenderaan pula semakin lama semakin turun hasil perlaksanaan Dasar Automotif
Negara 2014. Perumahan rakyat semakin giat dibina, ia masih mampu dibeli atau disewa.
Perkhidmatan perubatan diberi percuma dan murah buat rakyat Malaysia. Semua rakyat
turut berhak mendapat pendidikan yang berkualiti.

Manakala banyak pasaraya dan kedai mengambil bahagian dalam promosi jualan harga
murah. Cuma kita hanya perlu rajin, bijak dan berhemah ketika berbelanja serta selalulah
menabung dalam pelbagai skim amanah saham dan insuran yang diiktiraf kerajaan agar
kehidupan kita dan keluarga lebih terjamin di masa hadapan.

Pada peringkat mana cukai GST dikenakan?

Cukai GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan iaitu
dari pihak pengimport, pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga. Dengan kata lain,
hakikatnya setiap peringkat rantaian ini memerlukan pihak syarikat pengisyitiharan
segala sumber, aliran dan akaun pendapatan mereka kepada pihak berwajib. Ini
menggambarkan GST adalah sistem yang telus.

Perlaksanaan GST akan menyebabkan banyak syarikat asing akan lari dan
syarikat tempatan akan bankrap?

Ini adalah tohmahan liar dan tidak berasas. Hakikatnya, Malaysia merupakan antara
negara mesra pelabur kerana kestabilan politik dan sosio ekonominya serta kecanggihan
prasarananya berbanding dengan beberapa negara rantau ASEAN yang lain. Rakyat
Malaysia juga terkenal dengan sikap rajin, berpengetahuan, setia dan mudah
berkomunikasi.

Syarikat-syarikat besar yang mementingkan kualiti biasanya tidak akan gentar dengan
GST malah lebih menyukainya kerana sistem percukaian ini lebih cekap, telus dan terkini.
Malah kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif seperti kemudahan kredit, latihan,
pengecualian cukai dan sebagainya demi menjaga kebajikan sektor perniagaan dan
korporat di negara ini.
Adakah Indeks Harga Pengguna (IHP) akan naik selepas perlaksanaan GST?

GST bukan kos kepada perniagaan. Dengan perlaksanaan GST maka Indeks Harga
Pengguna (IHP) dijangka akan turun bagi sesetengah barangan dan perkhidmatan seperti
pakaian, kasut, barangan hiasan, perkakasan rumah, penyelenggaraan, komunikasi.

Manakala IHP yang dijangka meningkat adalah minuman beralkohol, arak, tembakau
(rokok, cerut), pendidikan swasta, restoran di hotel, pawagam, spa dan sebagainya.
Produk dan perkhidmatan ini bukannya satu keperluan yang kerap tetapi lebih kepada
kemewahan dan bersifat sekali-sekala.

Untuk pendidikan swasta kerajaan turut menyediakan dana PTPTN yang mana akan diberi
percuma sebagai biasiswa jika seseorang pelajar itu cemerlang dalam pengajiannya.
Manakala banyak skim insuran kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang
menggunakan perkhidmatan perubatan swasta.

GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma
akibat penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir peniaga tidak
terlepas dari pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini
‘disorokkan’ dan mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST
dilaksanakan. Inilah dikatakan GST mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan
dalam perniagaan.
GST memiskinkan dan menyusahkan rakyat? Apa yang kerajaan lakukan untuk
membantu rakyat?

Pendapat ini salah sama sekali. Banyak bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan
kepada rakyat.

Untuk mengatasi sebarang peningkatan harga secara mengejut maka kerajaan akan
memberi bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima BR1M yang
rata-ratanya berpendapatan rendah. Pendapatan ini boleh digunakan secara beransur-
ansur bagi menampung lebihan belanja akibat kenaikkan kos sara hidup setiap bulan,
bukannya diperhabiskan dalam tempoh sekelip mata.

Rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin tidak akan dikenakan sebarang cukai
GST jika mereka tidak membayar makanan atau menginap di hotel-hotel, restoran
makanan segera, menonton wayang, mengunjungi pusat-pusat hiburan dan spa dan
sebagainya.

Contoh mudah pengiraan GST...jom makan KFC

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan pada kadar yang sama?
Tidak, melalui perlaksanaan GST kadar cukai individu akan dikurangkan sebanyak 1-3%
untuk semua pembayar cukai.

Kadar pendapatan bercukai juga akan dinaikkan kepada melebihi RM500,000. Jika di
bawah nilai ini mereka tidak perlu berdaftar dan membayar GST.

Dengan itu mereka mempunyai lebihan wang untuk berbelanja atau menabung. Ini
adalah inisiatif nyata kerajaan bagi membantu dan menjaga kebajikan rakyat.

Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak


dikenakan cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif
kewangan dan bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan
kebajikan mereka dijaga.

Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)

Bagaimana pula dengan sektor perniagaan?

 Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan korporat maksimum 26% kepada


24% mulai tahun taksiran 2016.
 Cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana akan diturunkan daripada 20%
kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
 Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksirn
2015 dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.
 Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
 Potongan cukai tambahan untuk beli kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun
taksiran 2014 dan 2015
 Geran latihan GST berjumlah RM100 juta dan bantuan pembelian perisian
perakauan GST berjumlah RM150 juta.

Dengan pemberian insentif-insentif ini, maka kos harga jualan barangan dan
perkhidmatan boleh dikurangkan dengan begitu banyak. Secara langsung harga
barangan akan menjadi lebih murah. Namun jika ada peniaga menjual barang kepada
pengguna dengan harga mahal, maka ia adalah salah penjual tersebut yang melakukan
khianat pada kita.

Kenapa GST dilaksanakan sekarang dan bukannya kemudian apabila tiada lagi
ketirisan ekonomi?

Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk mengurang dan membenteras ketirisan
ekonomi akibat perbuatan pengkhianat-pegkhianat ekonomi. Kerajaan sentiasa
menambah baik sistem perekonomian dan percukaian negara agar ketirisan ekonomi,
rasuah dan penyelewengan ekonomi dapat diatasi dengan sistem pengurusan yang lebih
cekap dan telus.

Kerajaan berpendapat bahawa kadar inflasi negara pada masa kini bawah 2% adalah
rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST. Ini bagi
memastikan rakyat tidak terbeban dengan perlaksanaan GST jika kadar inflasi tinggi.

GST memiskinkan rakyat dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah?

Pendapat ini salah sama sekali. Apabila sistem kutipan percukaian semakin baik dan
cekap, banyak ketirisan ekonomi berjaya dibenteras. Hasil pendapatan kerajaan semakin
meningkat dan hasil tersebut akan dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi
pembangunan infrastruktur seperti sekolah, universiti, rawatan kesihatan kerajaan,
subsidi baja dan pendidikan, pembinaan jalan raya, pembekalan utiliti, pembayaran gaji
dan imbuhan perkhidmatan, peruntukkan kewangan pada negeri-negeri dan sebagainya.

Malah setiap tahun kerajaan telah menaikkan jumlah BR1M kepada golongan sasar selain
pelbagai insentif kewangan dan bantuan bagi membantu rakyat dan golongan peniaga.

Kerajaan tidak lagi boleh bergantung harap pada sumbangan dari hasil petroleum
Petronas untuk selama-lamanya kerana hasil bahan mentah tersebut semakin
berkurangan dan syarikat tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk
penerokaan di luar negara serta pengurusan syarikat.

Sudah lebih 160 buah negara di dunia telah berjaya melaksanakan GST. Adakah negara-
negara ini semakin miskin dan rakyatnya semakin susah?

GST adalah cukai yang bertentangan dengan Islam?

Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapa beberapa negara-negara Pertubuhan
Islam Sedunia (Organization of Islamic Countries – OIC) seperti Algeria, Turki, Jordan,
Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan
sebagainya turut melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% (Iran)
hingga tertinggi 20% (Uzbekistan dan Tajikistan).
Kadar GST yang berbeza di kalangan sebahagian Negara-Negara Pertubuhan Islam Sedunia

Bil Negara-Negara Tahun % Kadar GST Bil Negara-Negara Tahun Kadar GST
OIC diperkenalkan dikenakan OIC diperkenalkan dikenakan

1 Indonesia 1984 10% 14 Turkmenistan 1993 15%


2 Turki 1984 10% 15 Jordan 1994 16%
3 Maghribi 1986 20% 16 Mauritania 1995 14%
4 Pakistan 1990 16% 17 Tunisia 1998 18%
5 Mesir 1991 10% 18 Kyrgyztan 1999 20%
6 Kazakhstan 1991 12% 19 Chad 2000 18%
7 Mali 1991 18% 20 Sudan 2000 15%
8 Bangladesh 1991 15% 21 Kosovo 2001 16%
9 Benin 1991 18% 22 Lebanon 2002 10%
10 Algeria 1992 17% 23 Ethopia 2003 15%
11 Azerbaijan 1992 18% 24 Bosnia Herz 2006 17%
12 Uzbekistan 1992 20% 25 Tajikistan 2007 20%
13 Burkina Faso 1993 18% 26 Iran 2008 5%

Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx

Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia
adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga 27%
(Hungary).

Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini
boleh dan berjaya melaksanakannya? Adakah mereka telah membatalkan GST dan
melaksanakan suatu sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?

Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman Khalifah Umar Al
Khattab (633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari pelbagai sudut. Jika cukai
itu haram, apakah hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas baginda?
Jadi apa peranan kita sebagai rakyat dalam menghadapi GST?

 Jangan percaya kepada spekulasi, fitnah dan tohmahan pihak yang tidak
bertanggungjawab memburuk-burukkan GST
 Bertanya pada yang pakar GST, banyakkan membaca tentang kebaikan GST
 Sebagai pengguna sebelum membeli sesuatu barangan kita perlulah membuat
perbandingan harga
 Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.
 Membeli di premis-premis jualan yang menawarkan harga berpatutan dan
berkualiti
 Sentiasa memantau dan melaporkan apa-apa kenaikkan harga yang tidak
munasabah kepada pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau persatuan-persatuan
pengguna.
 Menggunakan kemudahan media sosial seperti sms,whatsapp,wechat, facebook,
blog, twitter dan sebagainya untuk melaporkan perbuatan khianat ekonomi oleh
golongan peniaga seterusnya kita memboikot premis mereka.

Bajet 2015

Ringkasan Intipati Kandungan Bajet 2015 Belanjawan 11:49 Redaksi Admin Bajet 2015 dibentangkan di
Parlimen pada 10 Oktober 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermula jam 4:00
petang Pembentangan Bajet 2015 Malaysia Tema Ekonomi Keperluan Rakyat Apakah Bajet Negara?
Tahun Fiskal : 15 Januari sehingga 15 Januari tahun berikutnya Wang, Cukai serta duti lain yang diterima
kerajaan dan digunakan dalam projek dan program pembangunan rakyat Dibentangkan pada Jumaat
terakhir September atau Jumaat kedua, ketiga atau terakhir Oktober Bajet yang dibentangkan akan
dinilai daripada segi sama ada kerajaan berhemat atau tidak dalam membelanjakan wang Intipati
Kandungan Bajet 2015 Pembentangan adalah berdasarkan tujuh strategi utama iaitu: 1. Memperkukuh
Pertumbuhan Ekonomi 2. Memantap Tadbir Urus Fiskal 3. Mengupaya Modal Insan dan Keusahawanan
4. Memperkasa Agenda Bumiputera 5. Memartabat Peranan Wanita 6. Membangun Program
Transformasi Belia Negara 7. Mensejahtera Rakyat Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion,
peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014 Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal
kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus
Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion
berbanding 2014 Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion) Peruntukan untuk sektor sosial
merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion) Di
bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion RM65.6 bilion untuk
emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta
RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan
BRIM Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan
RM13.8 bilion Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST Anggaran RM23.2 bilion
hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015 RM223.4 bilion
bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan Anggaran RM23.2 bilion
hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015 RM100 juta Dana
Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara Dana pinjaman sustainable
mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai
permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan
nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan Projek infrstruktur 2015 ;
membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion Lebuh Raya Pantai
Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion) Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2
bilion) Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion) Menaiktaraf
landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta) Pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke
Putrajaya (56km/RM23 bilion) Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion)
Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan
domestik dan asing Peruntukan itu juga bertujuan menambah rizab bekalan air terawat di seluruh
negara kepada 20 peratus Sejumlah RM514.5 juta dibelanja untuk pelaksanaan pelbagai projek bekalan
air di seluruh negara Mulai tahun depan, bagi kemasukan ke IPTA tahap minimum BAND MUET
ditingkatkan ikut bidang pengajian Pengajian sastera dan sains sosial – BAND 2 Pengajian sains,
teknologi, kejuruteraan dan matematik – BAND 3 Pengajian undang-undang dan perubatan – BAND 4
Seramai 2.1 juta rakyat Malaysia ambil pinjaman PTPTN berjumlah RM47.8 bilion Namun sehingga 31
Ogos 2014, RM5.36 bilion atau 46 % daripada RM11.76 bilion telah dikutip Pemberian BR1M RM950
untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah Manakala RM750 kepada isi rumah
berpendapatan sederhana antara RM3,001 dan RM4,000 sebulan Bagi individu bujang berumur 21
tahun ke atas, yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah sebulan, RM350 “Bantuan akan diberikan
mulai tahun hadapan” Kerajaan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah
diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris
penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun Pinjaman mudah
RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta) TEKUN sediakan
RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta
(usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan
usahawan bekas tentera) RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89
bilion, sempena ‘Malaysia – Year of Festivals 2015’ RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara
pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi
meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi Skim perumahan belia secara kongsi pintar
diantara kerajaan, BSN, KWSP dan Cagamas Skim ini menawarkan pemilikan rumah pertama tidak lebih
RM500 ribu kepada golongan belia berkahwin antara 25 hingga 40 tahun dengan pendapatan isi rumah
tidak lebih RM10 ribu Tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun. RM200 turut diberikan sebulan untuk
tempoh dua tahun pertama bagi mengurangkan beban bayaran pinjaman perumahan Bantuan RM100
seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah mulai januari 2015
Bantuan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM540 juta Bagi tujuan pembelian buku rujukan dan
peralatan pengajian, Program Baucar Buku 1Malaysia diteruskan dengan bantuan RM250 setiap
seorang/li> Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan
daripada 25 kepada 24 peratus Manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana
dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus Kadar cukai pendapatan individu akan
dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar
Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai Kadar
penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama
Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST Bonus setengah bulan
gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan Pesara kerajaan
pula diberi bantuan khas sebanyak RM250 “Pemberian bonus ini akan dibayar pada Januari 2015”

Ringkasan intipati kandungan bajet 2016 belanjawan Ringkasan intipati kandungan bajet 2016
belanjawan

Bajet 2016 dibentangkan di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada Jumaat 23 Oktober 2015 jam 4
petang oleh Perdana Menteri juga merangkap menteri kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun
Haji Abdul Razak Tumpuan utama kerajaan dalam Budget 2016 adalah menumpukan usaha
mengukuhkan daya tahan ekonomi negara, mengurus impak kelemahan luaran serta melindungi
kesejahteraan rakyat Dalam pada itu, Bajet 2016 merupakan bajet pertama di bawah Rancangan
Malaysia Ke-11 dan ia sangat penting sebagai penanda aras kepada hala tuju negara pada masa depan
Ramai pihak menyifatkan bajet 2016 adalah kritikal kerana ia merupakan belanjawan negara yang
pertama dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan tahun pertama pelaksanaan cukai barang dan
perkhidmatan (GST) dalam suasana ekonomi mencabar di dalam dan luar negara Sehubungan dengan
itu, seluruh rakyat Malaysia sangat berharap kerajaan mengagihkan belanjawan secara bijaksana
INTIPATI KANDUNGAN BAJET 2016 Berikut MYsumber sertakan ringkasan intipati penting kandungan
Bajet 2016 yang akan dikemaskini sepanjang pembentangan berlangsung Lima Tunjang Atau Strategi
Utama Bajet 2016 Memperteguh ketahanan ekonomi negara Meningkatkan produktiviti, inovasi dan
teknologi hijau Mempersiaga modal insan Memperkasa agenda bumiputera Meringankan kos sara hidup
rakyat Tema Bajet 2016: Mensejahtera Kehidupan Rakyat Pembentangan Bajet 2016 memperuntukkan
RM267.2 bilion berbanding peruntukan RM260.7 bilion yang dipinda bagi tahun ini (2015) Kerajaan
bersedia melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas GST kadar sifar ke
atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D GST kadar sifar ke atas
tmbahan 95 jenama ubat over-the-counter meliputi 30 penyakit seperti kanser, kencing manis, darah
tinggi dan sakit jantung GST kadar sifar atas barangan makanan seperti susu bayi & kanak-kanak
berasaskan kacang soya & susu organik Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej
Di Bawah Program Transformasi Pendidikan Vokasional Bantuan persekolahan RM100 tetap diteruskan.
Bagaimanapun ia dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah Untuk peringkat
kelas prasekolah, RM44.6j diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia
Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 untuk pelajar IPT diteruskan, kaedah
penebusan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran
pengajian pendidikan tinggi naik RM7,000 daripada RM5,000 setahun RM360 juta untuk tambah baik
PLKN bagi 20,000 pelatih MARA diperuntuk RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar
Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di
pendalaman Sabah dan Sarawak RM115 juta disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah &
Sarawak TEKUN sediakan RM600 juta yang meliputi RM500 juta untuk usahawan Bumiputera dan
RM100 juta untuk 10,000 usahawan India RM50 juta disediakan oleh SME Bank untuk membantu
usahawan kecil India Tambahan RM200 juta kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, bagi
kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40 RM100 juta disediakan di bawah Program
Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Tambahan RM90 juta sebagai pinjaman mikro kredit
kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina Sebanyak RM300 juta disediakan bertujuan untuk
kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli RM852 juta diperuntukan kepada RISDA &FELCRA untuk
program peningkatan pendapatan dan produktiviti pesawah, pekebun kecil dan penoreh getah
Membina 175,000 unit rumah oleh PR1MA, dijual 20% di bawah harga pasaran, dengan peruntukan
RM1.6 bilion Membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dengan pemberian subsidi
RM20,000 bagi seunit rumah Bina 100,000 rumah PPA1M, menjelang 2018 dengan harga di antara
RM90,000- RM300,000 Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program
Perumahan Rakyat oleh KPKT Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama disediakan kepada pembeli
untuk rumah mampu milik bagi bayaran deposit Membina 5,000 unit rumah PR1MA & PPA1M di 10
lokasi sekitar stesen & koridor LRT serta monorel RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11,000
rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW Peruntukan hampir RM2 bilion kepada KPWKM untuk
membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin RM180 juta disediakan bagi pengurusan
bencana alam, RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir RM50juta bagi tingkatkan langkah
keselamatan penjara; RM20 juta untuk Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam Penambahan 500
unit Rondaan Bermotosikal PDRM & 500 unit kereta peronda dgn peruntukan keseluruhan RM35 juta
SPRM akan terus dimantapkan. Bil pegawai SPRM akan ditambah ikut keperluan Beri faedah
pemindahan gaji penjawat awam bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yang akan manfaatkan
1.6 juta Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat
awam Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan
Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000
ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000 Bagi isi rumah berpendapatan antara
RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800 Bagi individu
bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan
daripada RM350 kepada RM400 BR1M 2016 Kategori baru diperkenalkan bagi penerima berada dalam
senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan RM1,050 Skim
Khairat Kematian diterus pada BR1M 2016 dengan pemberian sebanyak RM1,000 Skim Pembiayaan
Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan
membantu individu yang belum pernah memiliki rumah bagi mendapatkan bantuan deposit perumahan
Had pelepasan cukai bagi setiap anak bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada
RM1,000 kepada RM2,000 Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak punyai
pendapatan, naik daripada RM3,000 kepada RM4,000 Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun
tinggal bersama, diberi pelepasan cukai RM1,500 masing-masing untuk ibu dan bapa Had pelepasan
cukai naik daripada RM6,000 kepada RM8,000 bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang
melanjutkan pengajian bagi 2016 Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada
RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Gaji minimum Sabah, Sarawak, Wilayah
Persekutuan Labuan dinaikkan kepada RM920 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan
domestik/pmbantu rumah Penjawat awam akan terima pemberian khas RM500 pada Januari 2016
Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250.
AKTA HASUTAN DIMANSUH: BUKTI KERAJAAN KOMITED
MELAKUKAN PERUBAHAN
Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta
baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari
mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga
Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini.

Akta baharu ini membolehkan pihak kerajaan lebih bersedia dalam menguruskan masalah negara yang berkaitan dengan
tuduhan menggunakan akta hasutan bagi mengekang individu yang tidak sealiran dengan kerajaan. Penubuhan Akta
Keharmonian Nasional ini juga dilihat dapat membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk
keharmonian dalam beragama. Sungguhpun begitu, keseimbangan yang ideal adalah sangat perlu bagi mengelakkan
kerencatan hak bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan iaitu menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif
atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.

Keseimbangan itu perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat supaya lebih terbuka dengan akses kepada maklumat yang
boleh menyebabkan limpahan maklumat, taraf pendidikan dan sosio ekonomi yang semakin tinggi serta tahap harapan yang
semakin meningkat. Antara peruntukan yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan
kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan
agama. Justeru itu, rang undang-undang baharu itu akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap
mana-mana pihak yang menggunakan isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

Melalui penubuhan Akta Keharmonian Kerajaan ini juga pihak kerajaan akan memastikan peruntukan akta itu
tidak menjejaskan kuasa untuk menangani perbuatan seperti mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi
membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja. Ia juga meliputi perbuatan untuk
menimbulkan permusuhan antara kaum dan mempersoal apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif
yang dilindungi dalam Perlembagaan.

Secara keseluruhannya, pemansuhan Akta Hasutan 1948 ini dilihat sebagai tindakan berani kerajaan dalam menjayakan proses
trasformasi bagi menyuburkan elemen demokrasi di negara ini tanpa memanipulasi kepentingan pihak-pihak tertentu. Oleh
yang demikian kita sebagai rakyat Malaysia perlu menilai daripada pelbagai sudut serta melihat keterbukaan yang cuba
dilakukan oleh pihak kerajaan. Jangan lah kita menjadi seperti “pohon kayu tidak berbuah”.

Pengapungan Harga Minyak


KENYATAAN AKHBAR
PELAKSANAAN PENGAPUNGAN TERKAWAL (MANAGE FLOAT)
BAGI PETROL RON95 DAN DIESEL

Dimaklumkan bahawa Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bermula dari 1
Disember 2014, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan
terkawal (managed float). Kaedah ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sedia ada
sejak Julai 2010.

Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak tahun
1983. Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk
tidak akan mengubah harga runcit. Walau bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal (managed float) ini, purata
perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna jika harga pasaran
minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.

Sebagai contoh daripada 1 hingga 19 November 2014, purata harga RON95 di bawah APM menurun kepada
RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 seliter. Dalam hal ini, Kerajaan akan
memantau harga pasaran pada 20 hingga 30 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga
runcit pada bulan Disember. Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember
akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM.

Pada masa ini harga runcit RON95 di stesen minyak adalah pada harga RM2.30 seliter dan diesel pada harga
RM2.20 seliter. Mulai pada 1 Disember 2014, penetapan harga di stesen minyak akan bergantung kepada kaedah
yang disebut di atas. Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos setiap masa dan kadar
pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel.

Keputusan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel dibuat berikutan kejayaan pelaksanaan
pengapungan terkawal harga petrol RON97. Langkah ini membuktikan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat
menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia.
Kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan
sebelum memutuskan pelaksanaan kaedah ini.

YB DATO’ SRI HASAN BIN MALEK


21 NOVEMBER 2014

Harga RON95, Diesel Guna Kaedah Pengapungan Terkawal Mulai 1 Dis

PUTRAJAYA, 21 Nov (Bernama) -- Mulai 1 Disember, penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah
mengikut kaedah pengapungan terkawal, umum Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Seri Hasan Malek.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet hari ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga
runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.

Berikutan itu, mulai tarikh itu juga tiada lagi subsidi bagi kedua-dua bahan bakar itu memandangkan harga pasaran
dunia lebih rendah berbanding harga di pam, katanya.

Melalui pengapungan terkawal, katanya, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi
bulan berikutnya.

"Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan
meningkat. Begitu juga sebaliknya," katanya dalam sidang media di sini Jumaat.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Hasan berkata harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik
(APM) sejak 1983.

Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu iaitu perubahan kos produk tidak
akan mengubah harga runcit.

Beliau memberikan contoh harga purata RON95 yang direkodkan pada pasaran dunia dari 1 hingga 19 Nov 2014
ialah RM2.27 seliter, berbanding harga di pam RM2.30.

Hasan berkata penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Dis nanti bergantung pada harga purata pasaran minyak
dunia sepanjang November.

"Dalam hal ini kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 30 November dan jumlah sebenar akan
menentukan purata harga runcit pada bulan Disember," katanya.

Hasan juga tidak menolak kemungkinan harga runcit RON95 pada Disember akan lebih rendah daripada harga
semasa sekiranya harga pasaran minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan.

"Jika trend ini berlarutan adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya
berdasarkan formula APM," katanya.

Kepada satu soalan, Hasan berkata penetapan harga runcit RON95 dan diesel melalui kaedah pengapungan
terkawal akan dibuat secara bulanan.

Beliau berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk berasaskan kos setiap masa, harga
pasaran dunia dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel.

"Kita akan pantau setiap hari harga di pasaran dunia tetapi kita ambil purata sebulan dan waktu itu kerajaan buat
keputusan sama ada naik atau turun.

"Harga mungkin turun mungkin naik tetapi trend sejak bulan-bulan lepas stabil dan menurun," katanya.

Hasan berkata kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel itu telah dilakukan
oleh kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaannya.

"Langkah ini membuktikan hasrat kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya berikutan
penurunan harga minyak mentah dunia," katanya.

Ditanya sama ada pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal adalah muktamad, Hasan berkata kerajaan proaktif
dan sensitif terhadap keadaan semasa berdasarkan harga pasaran dunia dan Pertubuhan Negara-Negara
Pengeksport Petroleum (OPEC).

"Pendekatan kita adalah untuk meletakkan rakyat didahulukan. Jadi apa juga yang kita boleh jimat adalah untuk
kesejahteraan rakyat," katanya.

-- BERNAMA

Mekanisme Pengapungan Terurus Tentukan Harga Minyak Dilaksana Sebelum Hujung Tahun

PUTRAJAYA, 21 Nov (Bernama) -- Mekanisme pengapungan terurus, iaitu mekanisme yang akan digunakan bagi menentukan harga runcit petrol dan diesel di pasaran
tempatan bakal dilaksana dalam masa terdekat, setelah ia diputuskan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada 1 Dis ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata mekanisme yang diperkenalkan itu nanti akan memperkemaskan lagi
sistem sekarang dan ia boleh diguna pakai ketika harga minyak di pasaran dunia jatuh mahupun melambung.

Katanya pengenalan mekanisme itu penting ekoran penurunan mendadak harga komoditi itu di pasaran dunia, yang menyebabkan buat pertama kalinya harga di pam, iaitu
RM2 seliter bagi petrol lebih tinggi daripada harga komersil iaitu RM1.60 seliter.

"Hari ini harga minyak sudah turun di bawah 50USD satu tong. Kalau kita bandingkan harga purata pertengahan bulan ini, ia berada pada paras 63-64USD satu tong,
bermakna sudahpun berlaku penurunan sebanyak 13-14 USD bagi satu tong dalam masa seminggu.

"Penurunan yang begitu signifikan memerlukan satu mekanisme jelas di mana kerajaan boleh menentukan agar adanya perubahan harga di peringkat runcit secara teratur
dan terurus," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet kementerian itu, di sini hari ini.

Shahrir berkata antara komponen yang akan dibincangkan bagi mekanisme itu termasuklah kemungkinan pemberian subsidi minyak 30 sen bagi setiap liter pada masa-masa
tertentu mengikut keperluan, serta kemungkinan menetapkan harga lantai.

"Bila kita buat mekanisme pengapungan terurus bagi harga minyak ini, ia akan berpandukan harga purata pasaran dan juga soal subsidi, dan bagaimana nak ditentukan
subsidi itu dipraktikkan.

"Saya rasa kalau harganya begitu rendah dan tak perlu kerajaan beri subsidi, ia (harga minyak yang rendah) sepatutnya boleh dinikmati oleh rakyat.

Tapi dalam keadaan itu juga mungkin ada pertimbangan untuk kerajaan mengambil sebahagian daripadanya sebagai pendapatan. Inilah yang akan kita bincangkan,"
katanya.

Shahrir berkata jika kerajaan dapat memperoleh sedikit pendapatan daripada penurunan harga minyak di pasaran dunia, ia akan menjadi amat berguna terutama ketika
dalam keadaan krisis kewangan dunia sekarang.

-- BERNAMA

Bencana Banjir
Langkah-Langkah Bagi Mengatasi Banjir
a) Menubuhkan Suruhanjaya Tetap Mengawal Banjir .
b) Menubuhkan Mekanisme Bantuan Bencana Banjir
c) Menjalankan kajian lembangan sungai
d) Menjalankan kajian bagi mengenal pasti punca kejadian banjir serta merancang langkah-langkah
yang paling berkesan untuk mengatasinya.
d) Mengendalikan program kesedaran awam seperti kempen-kempen
e) Mewujudkan Sistem ramalan dan amaran banjir .

Banjir terburuk sepanjang beberapa dekad di pantai timur Malaysia, memaksa 200,000 penduduk
dipindahkan. Seramai 21 orang terkorban, sementara lapan lagi dilapor hilang.

Standard Guru Malaysia

Sta ndar d G uru Mala ys i a ( SG M )


Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan
keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai
tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru,
pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru
berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Latar Bela kang


Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya
adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta
yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan
individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang
mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang
baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering
berubah.

Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,
pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu
Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja
global.

Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami,
menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan
pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:

”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts.
Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people
want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality
teaching.”

(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti
dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di
sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan
perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan
perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan
perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi
Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan
tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi,
tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai
panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

R asi onal
Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

 Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman,
serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi
sebagai guru profesional dengan berkesan,

 Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti
dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan
kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,

 KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat
dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan,
dan

 Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian
Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

Tuj ua n
Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

 mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,

 mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.

Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang
patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.
Pe nggubal an
Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:

 Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik,

 Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan

 Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama dengan
pihak-pihak berkepentingan.

Pe nggunaa n
Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:

Guru

 Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

 Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan

 Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

 Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.


 Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta
kursus (guru dalam perkhidmatan).

 Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap
pencapaian standard.

Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan

 Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.

 Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.

 Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.

Guru Besar dan Pengetua Sekolah

 Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.

 Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.

Agensi Latihan Perguruan

 Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan
perguruan.

 Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan.
 Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.

G l osari
Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen Standard Guru Malaysia, Panduan
Standard Guru Malaysia dan Instrumen Standard Guru Malaysia.

 Guru

Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah, guru terlatih yang
sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi latihan perguruan, dan guru pelatih yang sedang
mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan perguruan.

 Institusi Pendidikan

Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi,
individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

 Standard

Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.

 Keperluan

Pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan.

 Bilik Darjah

Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik kuliah, bengkel dan
makmal.

 Kompetensi

Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan
kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

 Institusi Latihan Perguruan

Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPG dan
fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
 Agensi Latihan Perguruan

Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti Kementerian
Pengajian Tinggi dan BPG

 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

 Sekolah

Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah pendidikan khas,
sekolah vokasional.

 Murid

Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.

 Program

Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi suatu tempoh
tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam matlamat dan objektifnya. Program
yang dimaksudkan akan menjurus kepada penganugerahan sesuatu kelayakan.

 Kursus

Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus, kandungan dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran.

 Kurikulum

Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

 Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru
pelatih yang mengikuti latihan perguruan.

 Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah selama satu minggu
untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan
guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan
komuniti sekolah.
 Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran, bahasa Arab dan Fardu
Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami
sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

 Praktikum

Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di
dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam
amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri.

 Penilaian

Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau program latihan dan
termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau
program latihan atau sebahagian daripadanya.

 Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan
kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.

 Hasil Pembelajaran

Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan kefahaman serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

 Pihak Berkepentingan

Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks perkhidmatan pendidikan.
Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.

 Budaya IPG

Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan guru yang berpekerti
mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.

 Infrastruktur

Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum
serta kokurikulum yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.

 Infostruktur
Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan, jaringan dalaman dan
luaran serta perkhidmatan pusat sumber.

 Pengurusan Kualiti

Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan.

 Pendidik Guru

Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan.

K era ngka SGM


Pengertian Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan
pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan
(Keperluan).

 Asas Penentuan Standard Dan Keperluan

Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut:

 Misi Nasional

Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional
telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:

 meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,

 meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas
pertama,

 menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina


dan produktif,

 meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan

 mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

 Tatasusila Profesion Keguruan

Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia
tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut:
"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan
warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari
betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang
percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka,
memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan
sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami
menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya"; (i) tanggungjawab terhadap
pelajar, (ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii) tanggungjawab terhadap negara dan (iv) tanggungjawab
terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu
niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan,
berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di
Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju.

Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan
Keperluan (K). Sila rujuk Rajah 1.

Komponen SGM
Rajah 1

Standard merangkumi tiga aspek berikut:

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri,
profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman

Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu
pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran

Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh
seseorang guru.

KEPERLUAN

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan,
pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan
institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan

Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.

Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak
sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi
yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur

Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi
mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti

Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta
aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara
berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang
dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

M ode l SG M
Model Standard Guru Malaysia

Model Standard Guru Malaysia dihuraikan berdasarkan Rajah 2.

Model SGM
Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi yang tinggi dalam
aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga
lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru
adalah saling berkait dan bersepadu.

Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan
yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan
(Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3),
infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).

Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu
Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan,
dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,

Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab
membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung
nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan
berwibawa

Peri ncia n Stand ar d


Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG),
Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam,
prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:

S1.1 Domain Diri

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru
boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem
pendidikan negara.

Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih
sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan
sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

S1.2 Domain Profesion

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan
tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah
kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif,
kreatif dan inovatif.

S1.3 Domain Sosial

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang
patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan
kecintaan terhadap alam sekitar.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman

Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan,
melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:

S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran.

S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran
dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan

S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum
dan kokurikulum.

S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran
dan pembelajaran.

S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.

Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian
pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.

Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:

S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran
dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian
murid.

S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan,
kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan
memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.

S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan
sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Peri ncia n Ke perl ua n


Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar
kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa.
Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap
kompetensi yang diharapkan iaitu:
Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program Latihan Perguruan

Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi
dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur berikut:

K1.1 Mengiklankan permohonan


K1.2 Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian kelayakan
K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu
duga
K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru
K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan
perguruan patut menyediakan perkara berikut:

K2.1 Kurikulum latihan


K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi
K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah
K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran
K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa

Keperluan 3: Kolaborasi

Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan
permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut:

K3.1 Sekolah
K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostrktur

Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan,
agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini
seperti yang berikut:

K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan
kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard
dan kos yang sedang berkuatkuasa.

K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.
Keperluan 5: Jaminan Kualiti

Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan
kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi
menjamin kualiti latihan perguruan:

K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard


K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
K5.3 Penandaarasan latihan perguruan
K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Pe nut up
Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru
untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan
datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan
Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai
kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman
serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Jenis-jenis Sekolah di Malaysia


Sabtu, Disember 29, 2012 Hal Sekolah 8 comments

Sebelum sesi persekolahan 2013 bermula, saya berminat untuk mengkongsikan dengan
anda semua, jenis-jenis sekolah yang ada di Malaysia ni. Terlalu banyak dengan
macam-macam gelaran. Ada juga yang pernah dengar, tapi tak tahu langsung apa
maksud sekolah tuh. Jadi post ini sesuai sangat dijadikan panduan dan
rujukan untuk yang sedang mencari maklumat berkaitan. Jom kongsi!
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

(SMK Luar Bandar No.1 Sibu)

Sekolah menengah harian biasa yang menumpukan kepada aspek menyediakan hak pendidikan
yang sama rata kepada rakyat di seluruh pelusuk Malaysia
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

(SMK Agama Arau)

Sekolah menengah harian atau pun berasrama yang memfokuskan kepada pembelajaran
pendidikan yang berteraskan kepada ajaran Islam dan dalam masa yang sama juga
menumpukan kepada kecemerlangan duniawi dan ukhrawi
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

(SM Agama Al-Islahiyah Behor Mali)

Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan sekolah yang berfungsi
dengan menggunakan dana dan sumbangan daripada orang ramai atau badan-badan yang sudi.
Namun kini sekolah berkenaan juga mendapat dana dan peruntukan daripada kerajaan dalam
membaikpulih infrastruktur dan kemudahan di sekolah berkenaan.
Sekolah Menengah Mubaligh

(SMK St Mary)

Sekolah yang pada asalnya didirikan oleh mubaligh Kristian bagi memberi pendidikan kepada
penduduk setempat serta menyediakan ruang untuk pembelajaran agama Kristian kepada yang
beragama Kristian.
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

(MRSM Mukah)

Sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai satu usaha
untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan di kalangan
Bumiputera.
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

(SM Sains Tunku Syed Putra)

Sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera
di luar bandar yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Namun kini,
semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara
Malaysia.
Sekolah Kluster

(SMK Sultan Sulaiman)

Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam
klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid dan sekaligus boleh
dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

(Kolej Islam Sultan Alam Shah)

Sekolah Berprestasi tinggi ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti
yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Bertindak sebagai
penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan
kepada semua sekolah di negara ini.
Kolej vokasional / Sekolah Menengah Teknik / Vokasional

(SM Vokasional Miri)

Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai
kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja separa
professional dan professional dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.
Sekolah Seni

(Sekolah Seni Johor)

Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan
menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan
kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.
Sekolah Sukan

(Sekolah Sukan Bukit Jalil)

Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya
bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah
bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih.
Sekolah Wawasan

(Sekolah Wawasan USJ 15)

Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang
dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan
interaksi yang lebih rapat antara kaum.
Sekolah Amanah

(SM Sains Kuching)

SEKOLAH 'separa korporat' akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat
secara langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan - sama ada
menengah atau rendah - di bawah inisiatif Sekolah Amanah mulai tahun depan.
Sekolah Bestari

(SMK Seri Bintang Utara)

Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah yang menggunakan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah di samping memastikan semua pelajar tanpa mengira latar
belakang mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya
pembelajaran yang berlainan.

Jenis-jenis Sekolah Di Malaysia


Sekolah Kebangsaan
Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah
Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

Sekolah Kluster
Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam
klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah
kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan
membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah
lain di luar klusternya.
Sekolah Jenis Kebangsaan
Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis
Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000,
pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan
yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada
pengagihan.

Sekolah Wawasan
Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang
dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan
interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India
membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan
mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.

Sekolah Agama Islam


Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di
Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian
daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih
belajar di sekolah-sekolah ini. Oleh sebab keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini tidak
diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia, kebanyakan pelajar ini perlu melanjutkan
pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.

Sekolah Mubaligh
Terdapat juga sekolah mubaligh Kristian.[2]

Sekolah Bestari
Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.

Sekolah Teknik dan Vokasional


Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai
kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam
bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang
membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai
bidang teknikal dan kejuruteraan.

Sekolah Berasrama Penuh


Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan
sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang dalam UPSR dan PMR.

MBMMBI

< Previous Top Next >

Soalan
SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA
INGGERIS (MBMMBI)

Jawapan
1. Apakah itu Dasar MBMMBI?
Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

2. Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?


Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di
sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.
Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan
sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil.

3. Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?


Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains
dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu
p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.

4. Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan?


Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga
mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama
untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar
dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami
oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid
di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM
juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.

5. Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah?


Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains
dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah,
bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis
kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing
membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau
sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah.
Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia
sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata
pelajaran ini adalah pada tahun 2021.

6. Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI?


KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam
perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan
pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut:
a. Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG
b. Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris
c. Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyenbahasa
Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT
d. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam
kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5

BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI:
Latihan untuk bahasa Malaysia:
i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)
ii. KDP 4 Minggu
iii. Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Latihan untuk bahasa Inggeris:


i. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris
ii. Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris
iii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris

7. Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti? (BPG/ELTC/IPGM)
Institut Pendidikan Guru
a. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah.
b. “Teacher Study“ untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.
c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran
murid.
d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – ada komponen Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
dan Praktikum.

Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.


Praktikum – 3 kali praktikum :
a. Semester 5 – 4 minggu
b. Semester 6 – 8 minggu
c. Semester 7 – 12 minggu
d. Semester 8 – pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian
ini dapat membantu pelajar ini di sekolah sebagai guru permulaan.

Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-
guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan
profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus
program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris.

Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan dapat diakses secara atas talian oleh guru
bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk
pembangunan profesionalisme secara berterusan.

8. Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu
pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris
yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen.
BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut:
i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang telah berkhidmat antara 1 – 5 tahun
ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara dari seluruh negara

9. Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris?
Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan
pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan
Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013.

Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah
dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI,
iaitu:
a. IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
b. IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
c. IPG Kampus Dato’ Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu
d. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan
e. English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur

Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa
Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan
pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan
dan kehendak institusi.

Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut:
a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris;
b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon
c. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon
d. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum
e. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran
f. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai
g. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program
h. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru sekolah

10. Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI?


English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh
penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru:
a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)
· Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language
Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka.
b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)
· Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P & P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam
kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan.
· CD Audio-Video (Teacher’s CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan
lebih efektif.
· OPS-ENGLISH Student’s Handbook untuk pelajar.

Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah.
Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di
samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.

11. Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur
makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.

12. Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah?


Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;
· Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan
pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning)
· Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar
dan menguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)

Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat
analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas
kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala
sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana
pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.

Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran
menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut
perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau
tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.

13. Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa?
Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR
dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran
tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI.

14. Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran
Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti?
Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan
kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan
penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti
bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI
diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian
di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.

KSSR

SOALAN LAZIM
< Previous Top Next >

Soalan

SOALAN LAZIM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Jawapan

1. Mengapakah KSSR diperkenalkan?

Jawapan :

KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia
ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

2. Apakah maksud Kurikulum Standard?


Jawapan :

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan
tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti
berikut:

- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

3. Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?

Jawapan :

KSSR KBSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Reka bentuk kurikulum berasaskan 3
Tunjang: Bidang:
• Komunikasi • Komunikasi
• Kerohanian, Sikap & Nilai • Manusia dan Alam Kelilingnya
• Kemanusiaan • Perkembangan Diri Individu
• Perkembangan Fizikal & Estetika
• Sains dan Teknologi
• Keterampilan Diri

Bahan Kurikulum: Bahan Kurikulum:


• Dokumen Standard Kurikulum • Sukatan Pelajaran

Reka bentuk kurikulum: Reka bentuk kurikulum:


• Modular • Linear

Organisasi Kurikulum: Organisasi Kurikulum:


Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan
• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & • Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Modul Elektif

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)


• Mata pelajaran Teras & Elektif • Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
dan Teknologi Maklumat & Komunikasi Kreatif
(TMK) secara eksplisit

Fokus: Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
Menaakul)

4. Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?


Jawapan :

Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan
semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk
pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.

5. Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan?

Jawapan :

Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap
satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi
(DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik.
Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

6. Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?

Jawapan :

Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan
numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam
Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains.

7. Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T)
dikurangkan berbanding di SK?

Jawapan :

Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360
minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat
kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.

8. Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?


Jawapan :

KSSR tidak mengalakkan penjurusan.

9. Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah?

Jawapan :

Ya. Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing
supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.

10. Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?

Jawapan :

Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.

11. Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK?


Jawapan :

Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan
kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.

12. Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?

Jawapan :

Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu
diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.

13. Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?

Jawapan :

Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya
diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan
TMK. Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas
kurikulum dalam disiplin ilmu lain.

14. Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard
pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam seminggu?
Jawapan :
Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid
yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu
dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.

15 Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa
Inggeris?
Jawapan :

Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul
Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang
menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan
bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

16 Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
Jawapan :

Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan
murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.
17. Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?

Jawapan :

Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks. Walau bagaimanapun, buku
panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.

18. Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas
Kurikulum - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
Jawapan :

Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di
sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik. Bagi guru
pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu:

• Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal
komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran
menggunakan perisian kursus dan bahan digital
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif
bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama
murid

19. Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak


menggunakan makmal dalam satu masa?
Jawapan :

Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba
hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK. Pentadbir pula harus memastikan
semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan.
Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual
penggunaan dan borang tempahan.

20 Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan


pembelajaran yang melibatkan komputer?
Jawapan :

Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak
semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet. Sekiranya pihak sekolah menghadapi
masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan
atau JPN. Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh
13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan.

21 Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
Jawapan :
KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan
KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web
di KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk

22 Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
Jawapan :

KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik
hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti
untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.

23 Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan
KSSR?
Jawapan :

KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi
sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau
pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.

24 Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?


Jawapan :
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi
sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Apa itu KSSR?


E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rumusan adalah hasil kefahaman admin blog. Jika ada sebarang kesilapan, sila maklumkan
melalui emel sekolah di http://portalsuria.blogspot.com/

Abstrak / Rumusan
KSSR diperkenalkan untuk mewujudkan generasi pelajar yang boleh mencari ilmu sendiri,
sejajar dengan perkembangan teknologi dalam hidupan seharian tanpa melupai asal usul serta
pegangan agama (rohani) dan mengabaikan kesihatan (jasmani). KSSR juga menambahkan
beberapa elemen dalam kurikulum yang mempunyai teras keusahawanan dan teknologi
maklumat (ICT), sejajar dengan keperluan negara untuk menghasilkan generasi usahawan
yang bukan sekadar pengguna, tetapi adalah bakal pencipta teknologi yang boleh
membangkitkan negara Malaysia ke aras negara maju.
Berikut adalah kandungan dalam taklimat KSSR yang diedarkan kepada sekolah-sekolah
untuk dikongsi bersama ibu bapa.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Latar Belakang

1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO
2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :
 Pembangunan modal insan
 Penghasilan pelajar celik minda
 Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
 Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.
2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

 Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran


serta menghayati nilai-nilai murni.
 Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai

3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik
dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani
cabaran semasa dan masa depan.

Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH


 Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
 Berasaskan Prinsip KBSR:
 Pendekatan bersepadu
 Perkembangan individu secara menyeluruh
 Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
 Pendidikan seumur hidup
BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI
Komunikasi
 Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi


 Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
 Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
 Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika


 Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
 Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai


 Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kemanusiaan
 Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat,
negara dan global
 Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri
 Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

 Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan


standard pembelajaran
 Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
 Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap standard kandungan.

Mengapa Standard?
 Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
 Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
 Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
 Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
 Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah
Siapa Malala?

Apa itu pembelajaran abad ke-21?

Anda mungkin juga menyukai