Anda di halaman 1dari 9

SCE 3109 Energetics In Chemistry

Praktikal:

Praktikal 2:
Tujuan:
Menentukan haba tindak balas perubahan natrium hidrogen karbonat kepada natrium karbonat
dengan menggunakan Hukum Hess.
Latar Belakang Teori:
Hukum Hess menyatakan bahawa dalam satu tindak balas kimia, perubahan haba, (H) yang
berlaku adalah malar, sama ada tindak balas itu berlaku satu langkah atau melalui beberapa
langkah tindak balas. Dalam kata lain, cuma keadaan awal dan keadaan akhir yang penting, dan
proses di antaranya tidak.
Hukum Hess membolehkan perubahan entalpi (H) untuk reaksi yang akan dikira walaupun ia
tidak dapat diukur secara langsung. Hal ini dicapai dengan melakukan operasi algebra asas
berdasarkan persamaan kimia reaksi yang menggunakan nilai yang telah ditetapkan untuk
entalpi pembentukan.
Persamaan keseluruhan boleh didapati dengan penambahan persamaan kimia. Jika perubahan
entalpi ditentukan untuk setiap persamaan, maka hasilnya merupakan perubahan entalpi untuk
persamaan keseluruhan. Jika perubahan entalpi keseluruhan adalah negatif (Hnet <0), reaksi
adalah eksotermik dan lebih cenderung spontan; nilai-nilai H yang positif pula merupakan reaksi
endotermik.
Hukum Hess menyatakan bahawa perubahan entalpi yang aditif. Jadi H untuk reaksi tunggal
dapat dikira dari perbezaan antara haba pembentukan produk dan haba pembentukan bahan
tindak balas.

SCE 3109 Energetics In Chemistry


Praktikal:
Bahan:

2.00 g pepejal natrium karbonat


2.00 g natrium hidrogen karbonat (baking soda)
100 ml asid hidroklorik 1.0 M
Air suling

Radas:

1 penimbang sentigram

2 bikar (50 ml)

1 silinder penyukat

1 bikar (250 ml)

2 cawan plastik

Cermin mata keselamatan

Rod kaca

Termometer

SCE 3109 Energetics In Chemistry


Praktikal:
Prosedur:
Bahagian A:
1. 2.00 g natrium hidrogen karbonat disukat dan diletakkan dalam bikar 50.0 ml.
2. 50.0 ml asid hidroklorik disukat dengan menggunakan siilinder penyukat 50.0 ml dan
diletakkan ke dalam kalorimeter yang kering dan bersih.
3. Suhu awal asid hidroklorik diambil dan dicatatkan.
4. Selepas 5 10 saat, 2.00 g natrium hidrogen karbonat ditambahkan ke dalam asid
hidroklorik.
5. Larutan dikacau dengan menggunakan rod kaca.
6. Suhu larutan diambil dan dicatatkan apabila suhu larutan tersebut mencapai suhu
minimum dan bermula untuk meningkat.

Bahagian B:
1. 2.00 g natrium karbonat disukat dan diletakkan dalam bikar 50.0 ml.
2. 50.0 ml asid hidroklorik disukat dengan menggunakan siilinder penyukat 50.0 ml dan
3.
4.
5.
6.

diletakkan ke dalam kalorimeter yang kering dan bersih.


Suhu awal asid hidroklorik diambil dan dicatatkan.
Selepas 5 10 saat, 2.00 g natrium karbonat ditambahkan ke dalam asid hidroklorik.
Larutan dikacau dengan menggunakan rod kaca.
Suhu larutan diambil dan dicatatkan apabila suhu larutan tersebut mencapai suhu
maksimum dan bermula untuk menurun.

Keputusan:
Bahagian A: Natrium Hidrogen Karbonat

Bacaan 1
Bacaan 2
Bacaan 3

Suhu awal, ti
27.0 C
28.0 C
28.2 C

Suhu akhir, tf
24.3 C
25.2 C
25.9 C

H = tf - t i
- 2.7 C
- 2.8 C
- 2.3 C

SCE 3109 Energetics In Chemistry


Praktikal:
Purata

-2.6 C

Bahagian B: Natrium Karbonat

Bacaan 1
Bacaan 2
Bacaan 3

Suhu awal, ti
28.0 C
28.0 C
28.0 C
Purata

Suhu akhir, tf
30.3 C
30.4 C
30.2 C

H = tf - t i
2.3 C
2.4 C
2.2 C
2.3 C

Pengiraan:
Bahagian A:
NaHCO3 (s) + HCL (ak)
m = 50.0 g + 2.0 g
= 52.0 g
c

= 4.18 JgC

NaCl (ak) + CO2 (g) + H2O (l)

H1 = ?

SCE 3109 Energetics In Chemistry


Praktikal:
T = - 2.6 C
H1 = mcT
= (52.0 g) (4.18 JgC) (- 2.6 C )
= - 565.14 J
Bilangan mol NaHCO3 = 2.0 g / (23+1+12+48)gmol
= 0.0238 mol
H untuk 1 mol NaHCO3 = (- 565.14 J) / (0.0238 mol)
= - 23745.3 J
= - 23.745 KJ
Bahagian B:
Na2CO3 (s) + 2HCL (ak)

2NaCl (ak) + CO2 (g) + H2O (l)

m = 50.0 g + 2.0 g
= 52.0 g
c

= 4.18 JgC

T = 2.3 C
H2 = mcT
= (52.0 g) (4.18 JgC) (2.3 C )
= 499.928 J
Bilangan mol Na2CO3 = 2.0 g / (46+12+48)gmol
= 0.0189 mol
H untuk 1 mol Na2CO3 = (499.928 J) / (0.0189 mol)

H2 = ?

SCE 3109 Energetics In Chemistry


Praktikal:
= 26451.22 J
= 26.451 KJ

Perubahan entalpi untuk tindak balas penukaran natrium hidrogen karbonat (NaHCO 3)
kepada natrium karbonat (Na2CO3):
NaHCO3 (s) + HCL (ak)

NaCl (ak) + CO2 (g) + H2O (l)

H1 = - 23.745 KJ

(1)

Na2CO3 (s) + 2HCL (ak)

2NaCl (ak) + CO2 (g) + H2O (l)

H2 = 26.451 KJ

(2)

(1) x 2, terbalikkan (2),


2NaHCO3 (s) + 2HCL (ak)
2NaCl (ak) + CO2 (g) + H2O (l)

2NaCl (ak) + 2CO2 (g) + 2H2O (l) H1 = - 47.49 KJ


Na2CO3 (s) + 2HCL (ak)

H2 = - 26.451 KJ

(3)
(4)

(3) + (4),
2NaHCO3 (s)

Na2CO3 (s) + CO2 (g) + H2O (l)

H = (-47.49 KJ) + (-26.451KJ)


= - 73.94 KJ

Perbincangan:
1. Hukum Hess menyatakan bahawa haba yang dibebaskan atau diserap semasa
perubahan kimia tidak bergantung kepada laluan di mana perubahan itu disempurnakan.
2. Dalam eksperimen tersebut, kita hendaklah membuat beberapa anggapan yang penting:

Hanya kalorimeter air (larutan HCl) sahaja yang menyerap dan membebaskan
tenaga.

Ketumpatan larutan yang terlibat adalah sama dengan ketumpatan air, iaitu 1 g/ml.

SCE 3109 Energetics In Chemistry


Praktikal:

Jisim kalorimeter air adalah sama dengan jumlah jisim larutan dengan jisim bahan
tindak balas.

Jisim karbon dioksida (CO2) yang terbebas diabaikan.

Kapasiti haba spesifik larutan adalah sama dengan kapasiti haba spesifik air.

3. Tindak balas antara natrium hidrogen karbonat dengan asid hidroklorik merupakan tindak
balas eksotermik (membebaskan haba) manakala tindak balas antara natrium karbonat
dengan asid hidroklorik merupakan tindak balas endotermik (menyerap haba).
4. Jadi, pengiraan haba tindak balas perubahan natrium hidrogen karbonat kepada natrium
karbonat boleh didapati dengan menentukan jumlah haba tindak balas antara natrium
hidrogen karbonat dengan asid hidroklorik dan natrium karbonat dengan asid hidroklorik.
5. Tindak balas antara natrium hidrogen karbonat dengan asid hidroklorik ialah:
NaHCO3 (s) + HCL (ak)

NaCl (ak) + CO2 (g) + H2O (l)

H1 = - 23.745 KJ

6. Tindak balas antara natrium karbonat dengan asid hidroklorik ialah:


Na2CO3 (s) + 2HCL (ak)

2NaCl (ak) + CO2 (g) + H2O (l)

H2 = 26.451 KJ

7. Tindak balas perubahan natrium hidrogen karbonat kepada natrium karbonat pula ialah:
2NaHCO3 (s)

Na2CO3 (s) + CO2 (g) + H2O (l)

H = - 73.49 KJ

8. Haba tindak balas yang didapati daripada kedua-dua tindak balas antara natrium hidrogen
karbonat dengan asid hidroklorik dan tindak balas antara natrium karbonat dengan asid
hidroklorik adalah tidak begitu tepat dan mungkin kurang berbanding dengan haba tindak
balas secara teoritikal. Hal ini adalah disebabkan oleh kehilangan haba tindak balas ke
persekitaran. Maka, penggunaan cawan polisterin adalah amat diperlukan untuk
mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran.

Kesimpulan:

SCE 3109 Energetics In Chemistry


Praktikal:
Haba tindak balas antara natrium hidrogen karbonat dengan asid hidroklorik ialah - 23.745 KJ.
Haba tindak balas antara natrium karbonat dengan asid hidroklorik ialah 26.451 KJ. Maka, haba
tindak balas perubahan natrium hidrogen karbonat kepada natrium karbonat pula ialah - 73.49
KJ:
2NaHCO3 (s)

Na2CO3 (s) + CO2 (g) + H2O (l)

H = - 73.49 KJ

Haba tindak balas bagi perubahan natrium hidrogen karbonat kepada natrium karbonat boleh
dikira dengan menentukan jumlah haba yang dibebas dan diserap semasa tindak balas antara
natrium hidrogen karbonat dengan asid hidroklorik serta tindak balas antara natrium karbonat
dengan asid hidroklorik.

Rujukan:
A. Internet:

http://www.cdli.ca/courses/chem3202/unit03_org03_ilo05/b_activity.html (19/1/2011)

http://www2.bakersfieldcollege.edu/mdaniel/Ch1A/Labs/Lab_13_Hess's
%20Law_v2.pdf (19/1/2011)

http://www.physicsforums.com/showthread.php?t=165216(19/1/2011)

SCE 3109 Energetics In Chemistry


Praktikal:

http://www.cdli.ca/courses/chem3202/unit03_org03_ilo05/c3lab06.pdf(19/1/2011)

http://ourcoursework.com/showthread.php?t=330(19/1/2011)

B. Buku Rujukan

Tan Yin Toon.(1999).Kimia Fizik STPM Edisi Kedua.Selangor Darul Ehsan:Penerbit


Fajar Bakti SDN.BHD. (18/1/2011)

Anda mungkin juga menyukai