Anda di halaman 1dari 5

Sebagai seorang sahabat akrab Rasulullah s.a.w.

, Salman merupakan seorang tokoh yang


paling menonjol serta sangat disayangi oleh beliau disebabkan kerana keberanian, keikhlasan
serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia. Salman Al Farisi juga terkenal sebagai
seorang Mukmin yang kuat beribadat, bersifat rendah diri dan tidak tertarik pada kemewahan
dan kesenangan.

Makam sahabat Nabi, Salam al-Farisi. Salman al Farisi dikenal sebagai Imam, Pewaris Islam, Hakim yang Bijaksana, Ulama yang
Berpengetahuan Luas, Ahlul Bayt. Semua gelaran tersebut diberikan kepadanya oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Kehidupannya
Salman al Farisi berasal dari negeri Dihqan, Iran. Ketika masih kecil dia sudah tertarik kepada
agama Kristian, kemudian meninggalkan rumah kedua orang tuanya untuk mengikuti seorang
rahib Kristian. Sebelum itu dia beragama Majusi. Setelah masuk Kristian dalam perjalananya
menuju Syria, dia mengikuti dan belajar pada beberapa orang guru.
Dari syria dia meneruskan perjalanannya ke Wadi al Qura di Arab Tengah, dalam rangka mencari
seorang Nabi yang telah diberitakan telah memperbaiki agama Nabi Ibrahim AS, dan
kedatangannya telah diramalkan oleh gurunya yang terakhir pada waktu menjelang akhir hayat
sang guru.
Dalam perjalanannya dipadang pasir, orang yang membimbingnya sebagai penunjuk jalan
berkhianat dan kemudian menjualnya sebagai hamba kepada salah seorang Yahudi. Akan tetapi
dia masih mempunyai kesempatan untuk pergi ke Madinah, masa itu hampir bersamaan dengan
waktu hijrah nabi Muhammad SAW.

Ketika mula masuk Islam, Salman masih menjadi hamba. Kemudiannya Rasulullah s.a.w telah
menganjurkan sahabat agar membebaskan Salman.
Beliau terkenal kerana sifat takwa dan zuhudnya. Beliau pernah hidup serumah dengan Abu
Darda' yang terkenal sebagai seorang ahli sufi.
Selanjutnya Salman Al-Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith
dari Rasulullah S.A.W kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan
baginda. Beliau telah hidup di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah sampai ke zaman
pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Sayidina Uthman bin Affan r.a.

Ketika peperangan Khandak, beliau mencadangkan supaya dibina sebuah parit besar atau
khandaq di sekeliling kota Madinah untuk mengelakkan kota tersebut dari serangan orang-orang
Quraisy.

Bila Abu Sufyan, pemimpin orang-orang Quraisy itu melihat parit tersebut, dia berkata:

Strategi seperti ini tidak pernah dilakukan oleh orang-orang Arab sebelum ini.

Salman al-Farisi terkenal dengan panggilan Salman Yang Baik. Beliau adalah alim yang hidup
sederhana dan gemar beribadah. Beliau memiliki sehelai jubah yang dipakainya dan dijadikan
alas tidur.

Beliau tidak akan mencari perlindungan di bawah bumbung namun tinggal di bawah pokok atau
di tepi dinding. Seorang lelaki pernah berkata kepadanya:

Adakah aku boleh membina sebuah rumah untuk tempat tinggal engkau?

Aku tidak perlukan rumah, katanya.

Lelaki itu tetap berkeras dan berkata:

Aku tahu bentuk rumah yang sesuai untuk kamu.

Terangkanlah padaku, kata Salman.

Aku akan membina sebuah rumah yang jika engkau berdiri di dalamnya, maka bumbungnya
akan terkena kepalamu dan jika menghulurkan kakimu, maka dindingnya akan terkena ia.

Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai gabenor di Al-Madain yang terletak berdekatan
Baghdad. Salman mendapat gaji sebanyak lima ribu dirham. Semua wang tersebut
disedekahkannya kepada fakir miskin. Beliau menyara hidup dengan bekerja sendiri. Bila
beberapa orang datang ke Madain dan melihat beliau bekerja di sebuah kebun kurma, mereka
berkata:

Tuan adalah amir di sini dan rezeki tuan sudah dijamin, tetapi tuan masih melakukan pekerjaan
ini!

Aku suka memakan hasil dari kerjaku sendiri, jawabnya.

Diriwayatkan bahawa suatu ketika beliau pernah menziarahi Abu Darda, yang dipersaudarakan
oleh Nabi dengannya ketika sampai di Madinah. Beliau dapati isteri Abu Darda berada dalam
keadaan tidak terurus lalu beliau pun bertanya:

Mengapa dengan engkau ini?

Saudaramu tidak lagi menghiraukan dunia ini, jawabnya.

Bila Abu Darda datang, dia menyambut kedatangan Salman dan menjamunya makanan.
Salman menyuruhnya makan tetapi Abu Darda berkata:

Aku sedang berpuasa.

Aku bersumpah tidak akan makan kecuali engkau juga memakannya.

Salman bermalam di rumah Abu Darda. Pada waktu malam, Abu Darda bangun tetapi Salman
memegangnya lalu berkata:

Hai Abu Darda! Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu. Keluargamu mempunyai hak ke atasmu
dan dirimu juga mempunyai hak ke atasmu. Maka berikanlah hak kepada masing-masingnya.

Pada waktu subuh, mereka solat berjamaah. Kemudian, mereka keluar menemui Rasulullah
SAW dan menceritakan kisah yang telah berlaku. Rasulullah SAW menyokong perbuatan
Salman itu.

Ustaz Fauzi menceritakan kisah sahabat Nabi s.a.w., Salman Al Farisi

Sebagai seorang yang terpelajar, Salman terkenal kerana ilmunya yang luas dan hikmah
kebijaksanaannya. Ali berkata mengenainya bahawa beliau seperti Luqman Al-Hakim.

Kaab Al-Akhbar berkata:

Salman dipenuhi dengan ilmu dan kebijaksanaan seperti lautan yang tidak pernah kering
airnya.

Menurut riwayat yang sahih, beliau meninggal dunia pada tahun 35 Hijrah, di zaman Khalifah
Uthman bin Affan, di Madain. Beliau meninggalkan tiga orang anak perempuan, yang seorang
tinggal di Asfahan, manakala dua orang lagi tinggal di Mesir.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW pernah
berkumpul dengan para sahabat baginda termasuk Salman Al-Farizi. Sambil memegang bahu
Salman, Rasulullah SAW bersabda:

Jika iman itu tergantung di bintang Suraya di langit, pasti akan dicapai oleh seorang lelaki dari
bangsa Farsi ini.Nabi SAW juga menegaskan bahwa Salman Al Farisi termasuk
keluarganya(Ahlulbait).

Anda mungkin juga menyukai