Anda di halaman 1dari 1

Pendahuluan

Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu
kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada
pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain
itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung dalam meningkatkan
prestasi pelajaran mereka.

Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar.
Khususnya, guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama ada
mereka memahami pelajaran baru.Selain itu, menyoal juga mempunyai nilai
sosial kemasyarakatan dengan menyoal dapat membantu pelajar mengukuhkan
hubungan dan menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke
hati.Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik
menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan
untuk menghasilkan pengajran yang baik ( Groisser, 1964 : 193 )

OBJEKTIF PENYOALAN

Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi soalan
kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan
jawapn, barulah guru memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk
menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat
membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk berfikir. Kaedah ini
juga dapat merangsang pemikiran pelajar.
Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang
pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian
adalah bergantung kepada soalan, maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada
objektifnya iaitu:

Anda mungkin juga menyukai