Anda di halaman 1dari 4

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

1.

Tradisional

Perenialisme

Essensialisme

2.

Moden

Progressivisme

Rekonstruktivisme

Eksistentialisme

*************
Tradisional
A. Perenialisme

Konsep : ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubah.

Matlamat pendidikan : untuk mengajar pengetahuan dan nilai sejagat, abadi atau dan
tidak mempunyai had masa.

Tumpuan :

a. jenis kurikulum : bidang kemanusiaan dan kesusasteraan - mengandungi sifat


ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia. mata pelajaran yang disyorkan bahasa, sastera, matematik, seni dan sains.

b. peranan guru : menyampaikan ilmu, membimbing perbincangan kumpulan,


mendisiplinkan murid.

c. kaedah mengajar : didaktik.

d. peranan murid : berusaha memperoleh ilmu mengikut kemampuan masingmasing.

B. Esensialisme

Konsep : menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui


seseorang individu agar menjadi ahi masyarakat yang produktif. Bersifat praktikal dan
pragmatik.

Matlamat pendidikan : pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari,


dihayati dan disimpan oleh murid serta penghayatan budaya.

Tumpuan :

a. jenis kurikulum : Kemahiran asas - 3M. Mata pelajaran wajib - sains, sejarah, seni,
muzik.

b. peranan guru : berwibawa dalam p&p. kawal bilik darjah. rol model kepada anak
murid.

c. Kaedah pengajaran : didaktik.

d. Peranan murid : rajin belajar, menumpukan perhatian dan usaha kepada ajaran
guru.

*************
Moden
A. Progresivisme

Konsep : Ilmu sesuatu yang bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti
masa kini.

Matlamat Pendidikan : untuk menyediakan golongan murid agar berupaya


mengakomodasi sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.

Tumpuan :

a. Jenis kurikulum : Kebebasan untuk memilih mata pelajaran yang diminati agar
pembelajaran lebih berkesan dan kebolehan serta potensi murid dapat dimaksimakan.

b. Peranan guru : Pembimbing dan membantu anak murid. Pengurus pengajaran.

c. Kaedah mengajar : pendekatan induktif . Kaedah mengajar yang disyorkan.

- pengajaran kemahiran menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan induktif


dan berpandukan kaedah saintifik.

- kerja makmal dan eksperimen.

- pengalaman langsung dengan persekitaran.

d. Peranan murid : Mencari keterangan masing-masing bagi menjelaskan fenomena


yang diberi oleh guru.

B. Rekonstruktivisme

Konsep : Sekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru.

Matlamat Pendidikan : mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan


penyakit sosial.

Tumpuan

a. Jenis kurikulum : Bidang sains sosial.

b. Peranan guru : Agen perubahan dan pembaharuan.

c. Kaedah mengajar : Kaedah berpusatkan murid.

d. Peranan murid : mengambil bahagian yang aktif dan berani mencuba.

C. Eksistensialisme

Konsep : Individu bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Matlamat Pendidikan : tidak digariskan.

Tumpuan

a. Jenis kurikulum : tiada mata pelajaran khusus. Matapelajaran estetika dan falsafah
difikirkan relevan.

b. Peranan guru : pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi murid.

c. Kaedah mengajar : berpusatkan aktiviti dan murid.

d. Peranan murid : melibatkan diri secara aktif.

Anda mungkin juga menyukai