Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

Ke-4

Minggu Praktikum

keempat

Tarikh Peristiwa / Kejadian

17 21 Ogos 2015

Tajuk Jurnal

Minggu kedua Di SJK (T) Ladang Benta

1. Masalah / Peristiwa
Minggu ini merupakan minggu keempat saya di sekolah ini. Masalah saya hadapi pada
minggu ini adalah terdapat murid yang pasif dalam kelas, terutamanya semasa membuat
aktiviti kumpulan. Di mana hanya murid yang sama sahaja aktif melibatkan diri dalam aktiviti
yang dilakukan. Manakala murid lain hanya memerhati dan kadangkala mengganggumurid
lain.
2. Analisis
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah
berbanding dengan murid lain. Selain itu, sifat pemalu untuk tampil ke hadapan untuk
memberi respon juga menjadi salah satu punca untuk masalah ini. Ia juga mungkin
disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan
aktiviti yang dijalankan. Sifat tidak tabah untuk mencuba juga menyebabkan mereka
mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
3. Cadangan untuk memperbaiki
i.

Guru perlu menyediakan soalan mengikut tahap kemempuan murid agar mereka
dapat menjawab dengan betul dan dapat menanam keyakinan dalam diri mereka.

ii.

Guru harus memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai peneguhan
yang memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti yang dijalankan dalam kelas.

iii.

menurut Skinner, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah


perlakuan

itu

ditunjukkan,yang

menyebabkan

perlakuan

itu

diulangi

atau

diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah
satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh
peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan

kata-kata pujian selepas murid melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan,
memberikan senyuman, menepuk bahu murid, member hadiah dan sebagainya.
iv.

Guru perlu merancang sesuatu aktiviti yang boleh menarik perhatian murid untuk
melibatkan diri semasa proses P&P berlangsung.

4. Tempoh Masa
Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Kawalan kelas
adalah suatu aspek yang sangat penting bagi pengurusan bili darjah yang sempurna. Ia
juaga sangat penting untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelaran.
5.Penilaian kejayaan
Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan
saya di samping meminta pandangan dari rakan praktikum.
6. Tindakan susulan
Selepas ini, saya akan bersikap tegas dalam mengahadapi murid yang pasif dan
menggangu sesi pdp. Murid ini harus dibimbing dan diberi nasihat secara individu.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai