Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN BIMBINGAN MURID

Nama Murid

: Marcus Goh Jun Kang

Masalah Murid

: Melawan kata guru apabila guru menegur tentang


kesahalannya

Tarikh
Masa

: 11 Mac 2015 (Rabu)


: 1:10petang -1:20 petang

Aktiviti / Kemahiran yang dijalankan (kepimpinan, kepengurusan,


kejurulatihan dan kepegawaian)
Sebenarnya, murid tersebut bukan sekali melawan kata saya apabila saya
menegur tentang kesalahannya. Pada kali pertama, saya memberikan amaran
secara lisan kepadanya. Selepas saya memberikan amaran, dia akan masam
muka dan tidak ingin menjawab soalan saya. Sekiranya menjawab, dia pun
menjawab dengan tidak rela hati. Pada suatu hari, dia bersikap sebegini lagi.
Jadi, saya menyuruhnya datang ke bilik guru. Saya bertanya kepadanya adakah
tidak berpuas hati kepada saya ataupun saya telah mengatakan kata yang
menyakitkan hatinya. Saya menasihatinya supaya jangan bersikap demikian
kerana hal ini akan menyakitkan hati guru juga. Selain itu, saya juga berjanji
kepadanya sekiranya dia berubah sikap ini, saya akan memberikannya hadiah
kecil sebelum saya menghabiskan praktikum.

Refleksi:
Saya berasa seseorang guru harus sabar dalam menghadapi pelbagai karenah
murid. Saban hari, kita boleh mendapati pelbagai berita mengenai isu guru
merotan guru sehingga cedera. Pada pendapat saya, masalah ini timbul adalah
disebabkan sikap guru yang kurang sabar dan tidak pandai mengawal emosi diri.

Jadi, melalui praktikum, saya dapat melatih diri supaya mengawal emosi diri
apabila berdepan dengan masalah murid.

Aspek bimbingan oleh Guru Penasihat/ Pensyarah Bimbingan / Guru


Pembimbing:
Memerhatikan sikap murid tersebut. Sekiranya murid masih bersikap demikian,
guru akan menegur dan menasihatinya.

Anda mungkin juga menyukai