Anda di halaman 1dari 4

PAPA(Akhirnya kau tewas jua!

)
Sesebuah cerita dalam novel mengandungi
banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa
peristiwa tertentu yang menarik bagi
pembaca novel tersebut. Antara peristiwa
menarik bagi saya dalam novel PAPA
(akhirnya kau tewas jua!) ialah peristiwa
semasa Intan Julia telah berada di tingkatan
lima. Jeffri telah membelikan beberapa
kelengkapan bayi sebagai persediaan
menyambut kelahiran walaupun ditegah oleh
Mak Cik Noraini. Intan Maliana sakit hendak
bersalin pada pukul empat pagi. Dia dibawa
ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Intan Maliana terpaksa melalui satu
pembedahan. Dia melahirkan dia orang anak
lelaki kembar siam yang telah meninggal
dalam rahim. Intan Maliana dimasukkan ke
bilik ICU dan berada dalam keadaan tidak
sedarkan diri. Jeffri membawa jenazah

anaknya pulang dan menguruskan


pengkebumiannya. Peristiwa ini menarik
kepada ia menimbulkan perasaan suspens
dan sedih pada diri pembaca.
Peristiwa lain yang menarik ialah semasa
Intan Julia pulang ke rumah dari asrama. Dia
tidak senang hati dengan perbuatan bapanya
yang membaca majalah yang mengandungi
artikel tentang poligami. Tambahan apabila
mengingatkan hubungan bapanya dengan
Aisyah. Intan Julia sudah berani menjawab
kata-kata bapanya kerana tidak tahan lagi
menanggung rasa marah terhadap sikap
bapanya. Intan Julia dengan jelas
menyuarakan perasaan tidak senang hati
dengan hubungan bapanya dengan Aisyah.
Seterusnya dia mengatakan bahawa
bapanya telah tidak setia dengan ibunya.
Malah Intan Julia menuduh bapanya curang.
Kata-kata itu menyebabkan bapanya marah

dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia


kecewa dengan tindakan bapanya dan
pulangke asrama pada awal pagi keesokan
harinya. Dia hanya berada di asrama dan
tidak pulang selama beberapa minggu.
Peristiwa itu menarik kerana ia menunjukkan
rasa sayang yang mendalam Intan Julia
terhadap ibunya.
Satu lagi peristiwa menarik bagi saya dalam
novel ini ialah peristiwa pada bahagian akhir
cerita. Intan Julia dan Jeffri masuk ke bilik
Intan Maliana. Intan Maliana sekonyongkonyong membuka mata. Intan Julia dan
bapanya terkejut dengan perkembangan itu.
Tiba-tiba Aisyah masuk ke bilik. Dia telah
diperkenalkan oleh Jeffri kepada Intan
Maliana. Intan Maliana terkejut dan marah.
Dia melepaskan tangan Jeffri dan
memalingkah mukanya. Dia menangis. Tibatiba dada Intan Maliana bergoncang kencang

dan Intan Julia sempat menjagarnya


mengucap kalimah syahadah. Dia kemudian
meninggal dunia. Peristiwa ini menarik bagi
saya kerana ia menjadi puncak kepada
perasaan sedih Intan Julia.

Anda mungkin juga menyukai