Anda di halaman 1dari 9

Kumpulan Peribahasa

Ada hati

Ada keinginan

Ada jalan

Ada cara, ikhtiar, usaha

Ada udang di sebalik


batu @

Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu


perbuatan

Berlurah dibalik
pendakian
Air muka

Permukaan air
Rupa muka (yang membayangkan sesuatu
perasaan)
Maruah, harga diri

Air seni

Air kencing, air kecil

Akal yang sihat itu ada


pada badan yang cergas

Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran


yang baik atau idea yang bernas

Akar umbi

Akar tunjang
Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh
Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu
komuniti

Alah bias tegal biasa

Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah


biasa mengalaminya

Alah membeli menang


memakai

Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang


itu kuat (tahan dan sebagainya)

Alang-alang menyeluk
pekasam, biar sampai ke
pangkal lengan

Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh


hasilnya

Ambil langkah

Mulai hendak berjalan

Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan


itu diselesaikan

Mulai bertindak
Ambil berat

Memberikan perhatian (minat, layanan) yang


istimewa

Anak emas

Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih


berkuasa

Asam garam

Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis,


suka duka)

Ayam tambatan

Orang harapan

Bagaimana acuan
begitulah kuihnya

Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya


kerana faktor baka
1

Bagai aur dengan tebing

Dikatakan mengenai orang yang suka bertolongtolongan

Bagai ayam disambat


helang

Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan


dirampas orang berkuasa

Bagai bulan dipagar


bintang

Wajah perempuan yang cantik

Bagai kaca terhempas ke Sangat sedih


batu
Bagai kacang lupakan
kulit

Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah


menolongnya) setelah menikmati kesenangan

Bagai minyak dengan air

Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan


mustahil dapat dicampurkan jadi satu

Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap banyak


Bagai cincin dengan
permata

Sama padan, cocok benar

Bagai menatang minyak


yang penuh

Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna

Baik sangka

Rasa muhibah
Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang

Banyak makan garam

Mempunyai banyak pengalaman hidup

Batu loncatan

Orang atau tempat yang dipergunakan untuk


mencapai sesuatu

Belut kena ranjau

Orang yang cerdik kena tipu

Beradu nasib

Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu


dengan harapan akan beroleh kejayaan

Beradu tenaga

Bertanding untuk menentukan siapa kuat

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenangsenang kemudian

Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang

Berat mulut

Tidak suka berkata-kata, pendiam

Berat sama dipikul,


ringan sama dijinjing

Baik buruk sama-sama dipikul

Berat tulang

Malas

Berbalik hati

Berubah hati

Berdiri sama tegak,

Sama taraf atau sejajar antara dua pihak


2

duduk sama rendah

Beri jalan

Memberikan idea
Memberikan peluang kepada orang lain untuk
mendapat keuntungan

Berkatalah benar
walaupun pahit

Berterus-terang demi kebenaran walaupun


mungkin menyakitkan hati seseorang

Berkayuh sambil
bertimba

Melakukan dua pekerjaan sekaligus

Bermurah hati

Suka memberi, tidak kedekut


Pengasih dan penyayang

Berpeluk tubuh

Malas berusaha

Berputih mata

Kalah dalam sesuatu persaingan

Bersatu teguh, bercerai


roboh

Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat


tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi
lemah

Bersekutu bertambah
mutu

Bekerjasama antara satu sama lain akan


menghasilkan kecemerlangan

Bertepuk sebelah tangan Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi


tidak akan berbunyi
daripada satu pihak sahaja
Bertikam lidah

Bertengkar

Besar hati

Bangga, gembira

Besar pasak daripada


tiang

Besar belanja daripada pendapatan

Biar mati anak, jangan


mati adat

Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan


adapt yang dipegang terpelihara

Bidan terjun

Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara


secara tiba-tiba

Buah fikiran

Pendapat

Cahaya mata

Anak
Kekasih, buah hati

Cakap besar

Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

Campur tangan

Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal


orang lain
Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain

Carik-carik bulu ayam,


lama-lama bercantum

Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai

juga

kerana perselisihan

Celik komputer

Arif atau tahu tentang komputer

Dalam tangan

Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat


atau akan diperolehi

Dapat sama laba, cicir


sama rugi

Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan,


maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika
sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersamasama

Darah daging

Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah

Darah panas

Pemarah, lekas marah

Darah seni

Bakat semula jadi dalam bidang seni

Diam-diam ubi berisi,


diam-diam besi berkarat

Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara


diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja

Di mana ada kemahuan,


di situ ada jalan

Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan


beroleh cara untuk mendapatkannya

Di mana bumi dipijak, di


situ langit di junjung

Mematuhi peraturan di tempat yang didiami

Di sangka panas sampai Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa


ke petang, rupanya hujan kesusahan
di tengah hari
Durian rintuh

Mendapat keuntungan dengan tidak disangkasangka

Enggang lalu ranting


patah

Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku


sesuatu musibah

Genggam bara biar


sampai jadi arang

Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah


dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti

Goyang kaki

Bersenang-senang

Gunting makan di hujung Mencapai sesuatu dengan diam-diam


Habis madu sepah
dibuang

Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja,


setelah itu ditinggalkan

Hancur hati

Sedih, putus asa

Harimau mati
meninggalkan belang,
manusia mati
meninggalkan nama

Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut


orang walau berapa lama pun ia telah mati

Hati gajah sama di lapah, Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak,


hati kuman sama dicecah beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit
Hati kecil

Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)

Hendak seribu daya, tak


hendak seribu dalih

Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh


dijalankan dan demikian sebaliknya

Hidup segan mati tak


mahu

Orang yang hidup melarat

Hujan emas di negeri


orang, hujan batu di
negeri sendiri

Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri


sendiri

Ibarat burung, mata


Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai
terlepas badan terkurung kebebasan
Ibarat melukut di tepi
gantang

Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah

Ilmu itu pelita hati

Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk


membuat keputusan yang bijak

Jantung hati

Orang yang dikasihi

Jauhari juga mengenal


manikam

Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai


sesuatu benda atau perkara

Jauh berjalan luas


pandangan

Orang yang banyak mengembara dan lama hidup


itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas
pandangannya

Jinak-jinak merpati

Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi


sebenarnya tidak

Kacang hantu

Orang jahat

Kais pagi makan pagi,


kais petang makan
petang

Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja


(kalau tidak bekerja tidak makan)

Kaki joli

Orang yang suka berfoya-foya

Kalau hendak melentur


buluh, biarlah dari
rebungnya

Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih


muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

Kalau kail panjang


sejengkal, jangan lautan
hendak diduga

Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak


berbuat sesuatu yang besar

Kalau tidak dipecahkan


ruyung manakan dapat
sagunya

Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha

Kalau takut dilambung


ombak, jangan berumah
di tepi pantai

Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu


pekerjaan

Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh


orang lain

Kata-kata lebih tajam


daripada mata pedang

Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan

Ke bukit sama didaki, ke


lurah sama dituruni

Bekerjasama melakukan sesuatu

Kecil hati

Berasa tersinggung

Kecil jangan disangka


anak, besar jangan
disangka bapa

Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada


orang-orang tua sahaja

Kecil tapak tangan nyiru


saya tadahkan

Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan

Keras lidah

Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan


betul

Lain lubuk lain ikannya

Lain negeri lain orangnya

Lemak manis jangan


terus ditelan, pahit
jangan terus
dimuntahkan

Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan


yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak

Lidah tidak bertulang

Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya

Lupa daratan

Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat


kesenangan

Lintah darat

Orang kaya yang menindas orang miskin dengan


meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi

Makan angin

Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih

Malu bertanya sesat


jalan, malu berdayung
perahu hanyut

Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan


mencapai kejayaan

Masuk ke kandang
Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling
kambing mengembek,
masuk kekandang kerbau
menguak
Mata hati

Perasaan hati

Mati kutu

Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan


idea

Membaca jambatan ilmu

Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui


pembacaan

Membanting tulang

Bekerja keras

Membuka pekung di dada Mendedahkan keburukan diri sendiri


Menapak baru setapak,

Baru hendak belajar sesuatu


6

mendaki baru sekaki


Menangguk di air keruh

Mencari keuntungan sementara ada kekacauan

Mencolok mata

Menyakitkan pandangan

Mencari jalan

Mencari ikhtiar, usaha dan idea

Mengangkat bendera
putih

Menyerah kalah

Menunggu buah yang tak Mengharapkan sesuatu yang tak jelas


gugur
Nafas baru

Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang


memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan
keupayaan baru

Naik darah

Menjadi marah

Nasi sudah menjadi


bubur

Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah


lagi)

Orang mengantuk
disorongkan bantal

Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki

Otak batu

Bodoh

Otak cair

Pandai

Padang jarak padang


tekukur

Padang atau tanah luas yang kosong

Panas baran

Cepat marah, sangat pemarah

Pandai makan pandailah


simpan

Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan


rahsia

Pemuda harapan bangsa, Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk
pemudi tiang negara
membangunkan negara pada masa hadapan
Perang dingin

Bergaduh dengan tidak bercakap

Pijak semut tak mati

Perihal seorang perempuan yang baik lagi teratur

Pilih kasih

Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam


membuat keputusan dan lain-lain

Pucuk dicita ulam


mendatang

Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang


diharapkan

Rezeki kalau secupak


Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi
tidak akan jadi segantang
Ringan mulut

Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka


bercakap

Ringan tulang

Rajin bekerja, tangkas

Ringan tulang berat perut Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki

Rupa tidak dapat diubah, Perangai seseorang dapat diubah sedangkan


perangai dapat diubah
penampilannya dari segi fizikal tetap sama
Sambil menyelam minum Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara
air
lain yang turut dilakukan
Sayangkan anak tangantangankan, sayangkan
isteri tinggal-tinggalkan

Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu


itu akan menjadi sombong

Sediakan payung
sebelum hujan

Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu


yang kurang baik

Seperti api dalam sekam

Sesuatu yang berlaku diam-diam

Seperti aur dengan


tebing

Dikatakan mengenai orang yang suka bertolongtolongan

Seperti enau dalam


belukar melepaskan
pucuk masing-masing

Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan,


hanya berpegang pada pendapat masing-masing
sahaja

Seperti kera sumbang

Orang yang takut mencampuri orang ramai

Tajam akal

Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik

Sudah terhantuk baru


terngadah

Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat


menyedari kesilapan

Tidak lapuk dek hujan,


tak lekang dek panas

Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman


berubah

Tangan kosong

Tidak membawa apa-apa

Tangan yang menghayun Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan,


buaian mampu
wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea
menggoncang dunia
untuk membangunkan negara
Tangkai jering

Kedekut

Terdengar guruh di langit, Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti,


air di tempayan
barang yang tersedia dilepaskan
dicurahkan
Tulang belakang

Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan

Ukur baju dibadan sendiri Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai
dengan kebolehan kita
Umpama biawak
bercabang lidah

Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai


perkataannya

Umpama lebah
membuang sengat

Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan


mengeji orang

Yang bulat datang


bergolek, yang pipih

Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan


sendirinya
8

tidak datang melayang


Yang dikejar tak dapat,
Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang
yang dikendong keciciran ada pula hilang atau habis

Anda mungkin juga menyukai