Anda di halaman 1dari 20

LAPORAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA PELAJAR

NORASHIKIN BIN ISMAIL

NO MATRIK

E 30203120296

NAMA SEKOLAH

SK DESA TEMU JODOH

KELAS

5 Bestari

TAJUK INOVASI

Ilmu 9 Kotak

MATA PELAJARAN :

Bahasa Melayu Tahun 5

TEMPOH
PERLAKSANAAN

1.0

Kertas Kerja Inovasi

1.1

Tajuk :
1.2

30 60 minit ( 1 2 waktu )

Ilmu 9 Kotak

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi tujuan mengatasi masalah tatabahasa yang dihadapi
murid-murid Tahun 5 Bestari SK Desa Temu Jodoh, Segamat. dalam mata Pelajaran
Bahasa Melayu yang terdiri daripada 16 orang pelajar.. Tinjuan awal yang telah
dilaksanakan melalui latihan, pemerhatian, Penilaian Kurikulum dan Peperiksaan Penggal
didapati terdapat kelemahan yang ketara. Setelah murid-murid didedahkan dengan
beberapa aktiviti rawatan yang dijalankan dan hasilnya agak memuaskan.
1.3

Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran yang lalu

Murid-murid

di

dalam

kelas

saya

terdiri

daripada

murid-murid

pencapaiannya berbeza iaitu pandai, sederhana dan lemah. Pemerhatian saya

yang

mengajar

kelas 5 Bestari dan melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab lisan, secara
bertulis dan Penilaian Kurikulum, saya dapati mereka masih lemah dalam aspek

tatabahasa. Murid juga lemah dalam memahami dan penggunaan tatabahasa dalam sesuatu
ayat. Hal ini berlaku kerana setelah saya menyemak latihan yang diberi, mereka ada
melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.
Masalah ini berpunca daripada murid yang tidak memahami aspek penggunaan
tatabahasa dalam ayat. Mereka bersikap ambil mudah, tidak cuba untuk memahami
dengan betul semasa menggunakan tatabahasa tersebut. Mereka jarang sekali ingin
menggunakan kamus sebagai sumber rujukan untuk lebih memahami masalah dan
penambahan kosa kata yang mereka hadapi di dalam bahasa Melayu.
Namun begitu, tidak dinafikan bahawa kegagalan ini berpunca daripada diri saya
sendiri. Saya menyangkakan murid-murid ini boleh bertutur bahasa Melayu maka dengan
mudah mereka menguasai bahasa Melayu. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset.
Daripada 16 orang murid yang berada dalam kelas 5 Bestari, 9 orang daripadanya tidak
menguasai aspek tatabahasa. Sebelum ini, saya telah menggunakan kaedah cuba dan
jaya dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran serta berdasarkan
pengalaman mengajar yang lalu.
Selain itu juga, saya juga berkongsi pandangan dengan guru-guru yang lebih
berpengalaman di sini dan mereka membantu saya dalam menangani masalah yang
dihadapi. Apa yang membimbangkan saya sekarang, latihan yang diberikan kepada muridmurid tidak dapat membantu mereka meningkatkan prestasi di dalam pelajaran dan lebih
membimbangkan keadaan ini akan menjejaskan keputusan mereka dalam penilaian yang
akan datang terutama UPSR.
Sejak kebelakangan ini, saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiarkan
berlarutan memandangkan murid-murid ini akan menghadapi peperiksaan yang
mendatang. Oleh itu, saya telah cuba untuk membantu murid-murid ini dalam mengatasi
masalah yang dihadapi dengan cara lebih mudah iaitu menggunakan interaksi dua hala
antara saya dan murid-murid. Saya juga menggalakkan murid-murid ini kerap membuat
latihan kendiri. Murid-murid juga dibimbing cara menggunakan kamus untuk memahami
istilah atau maksud perkataan.

Secara keseluruhannya, kelas yang saya ajar ini merupakan kelas yang sederhana
pencapaiannya. Keadaan persekitaran di dalam kelas sudah cukup kondusif dan baik
untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Selain daripada itu, tingkahlaku murid juga
agak terkawal dan suasana pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan tenang dan
terkawal.
1.4

Fokus Kajian

Melalui refleksi di atas,


i.

saya dapati murid-murid agak lemah dalam aspek tatabahasa kerana :

ii.

Murid tidak memahami aspek tatabahasa.

iii.

Murid tidak mahir tentang penggunaan tatabahasa dalam ayat.

iv.

Murid tidak dapat membina ayat yang lengkap menggunakan tatabahasa.

Masalah ini berlaku di kalangan murid-murid yang malas hendak berfikir, tidak
mahu mencuba dan hendak cepat siap. Selain itu, murid tidak membiasakan diri mahu
membuat latihan tentang tatabahasa dan tidak menjadikan kamus sebagai sumber rujukan.
Hal ini berlaku disebabkan mereka malas menggunakan kamus semasa proses
pembelajaran dan pengajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat di atasi, murid akan terus
mengamalkan sikap sambil lewa sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Murid ini juga
akan melepaskan peluang memperoleh markah yang lebih baik kerana mereka
menganggap soalan yang dikemukakan susah dan tidak berusaha untuk berubah.
Tambahan pula, murid-murid ini mempunyai potensi yang baik untuk berjaya sekira
mengamalkan teknik pembelajaran yang betul. Begitu juga jika penggunaan kamus tidak
dipratikkan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran, maka murid-murid akan terus
lemah dalam perbendaharaan kata, memahami maksud perkataan dan struktur ayat.
Oleh yang demikian, saya akan cuba mengatasi masalah murid-murid Tahun 5
Bestari dalam aspek tatabahasa seterusnya menggunakan kamus untuk mengetahui makna
perkataan tersebut. Semua pemasalahan tersebut saya cuba atasi dengan projek inovasi
saya iaitu Ilmu 9 Kotak.

1.5

OBJEKTIF

i.

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid-murid


dalam aspek tatabahasa semasa proses pembelajaran dan pengajaran
dengan bantuan program inovasi Ilmu 9 Kotak .

ii.

Murid-murid dapat memahami tatabahasa seperti kata hubung, kata


sendi, kata ganti nama diri, kata Tanya dan lain-lain.

iii.

Murid-murid dapat melengkapkan ayat atau membina ayat yang lengkap.

1.6

KUMPULAN SASARAN

Lokasi kajian yang saya jalankan ialah di Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh,
Segamat, Johor Darul Tazim. Murid-murid yang terlibat dalam projek inovasi ini ialah
seramai 16 orang murid Tahun 5 Bestari SK Desa Temu Jodoh, Segamat. Dalam projek
ini, murid yang tidak dapat menguasai tatabahasa akan diberikan bimbingan.
1.7

1.8

Jangka Masa Pelaksanaan Projek


Tarikh

11 Mei hingga 16 Ogos 2015

Jumlah Kos

RM40.00

Sumber

Disediakan Oleh

( NORASHIKIN BIN ISMAIL )


No.Matriks : E 30203120296

Diri sendiri

2.0

LAPORAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


2.1

Tajuk

Mengatasi Masalah Tatabahasa Menggunakan


Kaedah Ilmu 9 Kotak

2.2

Pengenalan / Abstrak

2.2.1 Pengenalan
Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi
negara Malaysia semenjak pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu lagi.
Bahasa rasmi ialah bahasa yang mesti digunakan dalam segala urusan rasmi kerajaan.
Maksud ini dijelaskan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 1967 Akta 7/67, s.2 yang
menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud
rasmi. Lantaran itu adalah menjadi kewajipan setiap rakyat negara ini menguasai
kemahiran bahasa Melayu dengan baik mengikut ujaran dan hukum-hukumnya.
Penguasaan yang baik akan mencerminkan kepada bangsa pengguna bahasa tersebut.
Ketinggian ilmu dan ketinggian intelaktual warga Malaysia boleh digambarkan melalui
ketinggian kualiti bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Oleh itu, untuk
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara serta
bahasa pengantar yang mampu membicarakan pelbagai bidang ilmu pengetahun, Bahasa
Melayu mestilah menjadi bahasa yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia.

Bahasa Melayu amat penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Oleh
yang demikian. Pelajar perlulah menguasai bahasa Melayu dengan menguasai tiga
kemahiran berbahasa iaitu kemahiran lisan ( mendengar dan bertutur ), kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran ini merupakan asas yang akan menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah dan kekal relevan dalam pelbagai zaman seterusnya
menjadikan penggunanya sebagai menguasai dengan baik.
Dalam kajian tindakan ini, pengkaji memilih pemasalahan tatabahasa. Penekanan
tatabahasa adalah fokus yang penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Menulis
merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat
kepada khalayak atau pembaca. Justeru itu, pengkaji melihat pemasalahan tatabahasa yang
berlaku dalam kalangan pelajar perlu diatasi. Hal demikian, jika aspek tatabahasa tidak
dikuasai oleh pelajar pada peringkat awal maka mereka akan menghadapi masalah pada
masa akan datang. Natijahnya kelemahan dalam aspek tatabahasa menjadi salah satu
punca murid gagal mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan. Oleh itu, satu
teknik telah digunakan oleh pengkaji untuk mengatasi pemasalahan yang dihadapi dalam
kalangan pelajar dan seterusnya dapat menguasai aspek tatabahasa. Teknik yang
digunakan oleh pengkaji ialah Ilmu 9 Kotak yang antara matlamatnya untuk
meningkatkan kefahaman murid dalam aspek tatabahasa. Lanjutan daripada itu saya
menggunakan Ilmu 9 Kotak sebagai projek inovasi bagi membantu pelajar membina ayat
dengan lebih mudah, tersusun dan berpandu.
2.2.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu.
Murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid yang sederhana dan
lemah. Pemerhatian saya selama beberapa bulan mengajar kelas 3 Cerdik dan melalui
aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab lisan, saya dapati mereka masih lemah dalam
aspek tatabahasa. Hal ini dapat saya kesan setelah saya menyemak jawapan bagi Penilaian
Kurikulum mereka yang pertama.
Mengikut Skinner, tingkah laku bahasa dapat dilakukan dengan penguatan.
Penguatan terjadi melalui proses stimuli-respons. Stimuli-respons yang berulang-ulang
akan menjadi kebiasaan. Kebiasaan yang terbentuk akan menjadi sesuatu yang automatik.
Semasa mempelajari tingkah laku kanak-kanak belajar bahasa kedua, Heidi Dulay, Marina
Burt, dan Stephen Krashen mengemukakan Strategi Belajar yang mencakupi

penyederhanaan (simplification) kaedah-kaedah untuk memudahkan pembelajaran, dan


pengajaran secara latih-tubi dan menghafal (drills and rote memorization) supaya satu
pendekatan

memproses

informasi

(information-processing

approach)

ke

arah

pembelajaran terbentuk pada diri kanak-kanak.


Pemasalahan juga berpunca daripada murid-murid yang tidak dapat menguasai
aspek tatabahasa, mengambil sikap ambil mudah, tidak cuba untuk memahami dengan
betul semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Malah mereka jarang sekali ingin
menggunakan kamus sebagai sumber rujukan untuk lebih memahami masalah dan
penambahan kosa kata yang mereka hadapi di dalam bahasa Melayu.
Namun begitu, tidak dinafikan bahawa kegagalan ini berpunca daripada diri saya.
Sikap saya yang mengambil mudah dan menyangkakan murid-murid ini boleh bertutur
bahasa Melayu maka dengan mudah mereka menguasai bahasa Melayu. Rupa-rupanya
sangkaan saya meleset. Selain itu juga, saya juga banyak berbincang dengan guru-guru
yang lebih berpengalaman di sini dan mereka membantu saya dalam menangani masalah
yang dihadapi. Apa yang membimbangkan saya sekarang, latihan yang diberikan kepada
murid-murid tidak dapat membantu mereka meningkatkan prestasi dalam pelajaran dan
lebih membimbangkan keadaan ini akan menjejaskan keputusan mereka dalam penilaian
yang akan datang.
Sejak kebelakangan ini, saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiarkan
berlarutan memandangkan murid-murid ini akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
Oleh itu, saya telah cuba untuk membantu murid-murid ini dalam mengatasi masalah yang
dihadapi dengan cara lebih mudah iaitu menggunakan interaksi dua hala antara saya dan
murid-murid. Selain itu saya menggalakkan murid-murid menyalin semula jawapan yang
telah dibincangkan. Murid-murid juga dibimbing cara menggunakan kamus untuk
memahami istilah atau maksud perkataan.
Secara keseluruhannya, kelas yang saya ajar ini merupakan kelas yang sederhana
dan lemah. Keadaan persekitaran di dalam kelas sudah cukup kondusif dan baik untuk
proses pembelajaran dan pengajaran. Selain daripada itu, tingkah laku murid juga agak
terkawal dan suasana pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan tenang dan terkawal.

3.0

KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

3.1

Tinjauan Awal Masalah.


Tinjauan awal sebelum proses inovasi diperkenalkan melalui proses pemerhatian

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, tingkah laku murid dalam tugasan yang
diberi sama ada secara lisan atau bertulis terdapat kesukaran dalam proses menjawab
soalan. Keadaan ini berlaku kerana sebahagian murid menghadapi masalah dalam aspek
tatabahasa. Oleh itu saya telah membuat sedikit inovasi pembelajaran dan pengajaran.
Pada minggu pertama Intership, saya telah memberi latihan kepada murid tentang
tatabahasa. Hasil dapatan daripada latihan yang dijalankan ternyata murid belum
memahami sepenuhnya aspek tatabahasa.
Pada peringkat awal saya juga menjalankan sesi temu bual bersama-sama murid.
Saya juga menjalankan sesi temu bual dengan guru kelas murid dan guru-guru mata
pelajaran. Temu bual ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang murid serta mengenal
pasti kemampuan sebenar murid yang terlibat.
Setelah dapat maklumat tentang murid, saya menjalankan tindakan susulan dengan
mengumpulkan

murid

mengikut

tahap

pencapaian.

Setelah

itu,

saya

telah

memperkenalkan inovasi Ilmu 9 Kotak. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan


Ilmu 9 Kotak ini telah mula dilaksanakan.
4.0

MASALAH YANG DIHADAPI

4.1

Melalui refleksi di atas, saya dapati murid-murid tidak menguasai aspek


tatabahasa
i.

4.2

kerana :

Murid tidak dapat menjawab soalan yang diberi dengan tepat.

Analisis Tinjauan Masalah

Masalah ini berlaku di kalangan murid-murid yang malas hendak berfikir, dan
melihat dengan teliti maklumat yang terdapat dalam gambar dan tidak mahu mencuba
serta ingin cepat siap atau sekadar siap latihan yang diberikan. Selain itu, murid tidak
menjadikan kamus sebagai sumber rujukan. Hal ini berlaku kerana budaya menggunakan
kamus semasa proses pembelajaran dan pengajaran tidak diterjemahkan dan guru sendiri
tidak membudayakan penggunaannya.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi, murid akan terus mengamalkan sikap sambil
lewa sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Murid ini juga akan melepaskan peluang
memperoleh markah yang lebih baik kerana mereka menganggap soalan yang
dikemukakan susah dan tidak berusaha untuk berubah. Tambahan pula, murid-murid ini
mempunyai potensi yang baik untuk berjaya sekira mengamalkan teknik pembelajaran
yang betul..
5.0

INOVASI YANG DILAKSANAKAN

5.1

Bahasa Melayu Mata pelajaran Wajib


Bahasa Melayu merupakan salah subjek wajib yang perlu diambil oleh

para

pelajar apabila menduduki peperiksaan. Dalam saya menjalankan inovasi,


menggunakan Model Kemmis & Mc Taggart yang popular dalam

saya

kalangan

pengamal pendidikan dan guru-guru. Perancangan telah lakukan dengan

mengkaji

kelemahan pembelajaran dan pengajaran yang saya jalankan. Hal ini kerana kegagalan
murid menjawab soalan latihan tatabahasa dengan baik. Justeru itu, saya memperkenalkan
inovasi saya yang bertajuk Ilmu 9 Kotak bagi meningkatkan

penguasaan

murid

dalam Bahasa Melayu.


5.2

Langkah-langkah Pelaksanaan.

i.

Ambil kad yang anda ingin main.

ii.

Buka kotak Pilih dan Padan.

iii.

Letakkannya di atas kad yang dipilih tadi.

iv.

Pastikan tetingkap kotak Pilih dan Padan betul-betul masuk dalam ruang kotak
kad

yang dipilih.

v.

Dengan nombor menghadap ke atas, susun jubin 1 hingga 9 di dalam tetingkap


yang

terletak di sebelah kiri kotak Pilih dan Padan.

vi.

Baca arahan yang terdapat di sebelah atas bahagian kiri kad.

vii.

Ambil jubin bertanda nombor 1 dan telitikan apa yang terdapat di bawahnya.

viii.

Cari jawapan yang betul di sebelah kanan muka surat dan letakkan jubin 1 dengan
nombor yang menghadap ke atas di dalam tetingkap tersebut.

ix.

Ulang langkah yang sama untuk 8 baki jubin yang ada.

x.

Tutup kotak Pilih dan Padan dengan kemas dan palingkannya. Anda akan dapat
lihat

xi.

3 barisan jubin yang berwarna.

Semak sama ada anda telah menjawab soalan-soalan dengan betul. Bandingkan
corak jubin yang berwarna pada kotak

xii.

Pilih dan Padan anda dengan jawapan yang disediakan di penjuru atas sebelah
kanan setiap kad.

xiii.

Selepas menyemak jawapan anda, teruskan dngan aktiviti yang seterusnya.

5.3

Bidang Utama
Bidang Utama tumpuan inovasi ialah bidang pembelajaran dan pelajaran dalam

kelas iaitu meningkatan penguasaan aspek tatabahasa.


5.4

Proses Inovasi
Proses Inovasi ini telah bermula 1hb April 2015 iaitu bermulanya Projek Inovasi

Praktikum yang saya jalani. Projek ini telah memperuntukkan kos sebanyak RM40.00
untuk menyediakan Ilmu 9 Kotak.
6.0

PLAN TINDAKAN
Tindakan utama saya ialah menelliti latihan yang telah dijalankan dan proses

pembelajaran dan pengajaran saya di dalam kelas terutama kelemahan pelajar dalam aspek
tatabahasa. Saya dapat murid-murid masih lemah dan perlukan bimbingan.
Oleh itu saya mengambil keputusan untuk memperkenal satu cara untuk membantu
murid meningkatkan penguasaan mereka dalam aspek tatabahasa. Cara tersebut ialah
memperkenal bahan bantu mengajar iaitu Ilmu 9 Kotak. Semasa proses pembelajaran dan

pengajaran, saya telah menggunakan bahan ini untuk membantu murid menguasai aspek
tatabahasa.

Set Induksi

Guru pamerkan bahan inovasi yang hendak digunakan.

Langkah 1

Memperkenalkan Inovasi Ilmu 9 Kotak dan langkah-langkah


melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 2

Aktivit kumpulan menjawab soalan yang diberi.

Langkah 3

Menyemak jawapan berpandukan warna jubin yang disusun.

Langkah 4

Refleksi murid terhadap projek inovasi dan pembelajaran dan


pengajaran melalui inovasi yang dibina.

Penutup
7.0

Rumusan dan kesimpulan guru.

PELAKSANAAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Proses Pembelajaran dan pengajaran saya dimulakan dengan proses set induksi

yang dijalankan selama 5 minit. Saya menarik perhatian murid dengan mempamerkan
kotak bahan inovasi saya . Kemudiannya saya mengemukan beberapa soalan yang
berkaitan kotak tersebut.
Langkah 1

Saya mulakan dengan memperkenal projek inovasi saya.

Langkah 2

Saya mempamerkan kotak yang mengandungi bahan yang


akan digunakan dan keterangan. Saya juga memperkenal
kad soalan kepada murid.

Langkah 3

Saya membahagikan murid-murid kepada kumpulan dan


memberikan tugasan kepada setiap kumpulan. Setiap
kumpulan akan dibekalkan dengan soalan dan kotak jubin.
Setelah murid berjaya menyiapkan tugasan, proses
pembentang dijalankan dan guru memainkan peranan
sebagai pemudah cara.

Langkah 4

ialah proses refleksi oleh murid-murid. Murid-murid


diminta memberikan pendapat tentang projek inovasi dan

proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan


menggunakan inovasi yang diperkenal.
Penutup

Langkah terakhir ialah penutup. Pada sesi penutup ini,


guru akan merumuskan isi pelajaran yang dipelajari dan
menyatakan nilai-nilai murni .

8.

PENILAIAN

Saya rasa bersyukur kerana projek inovasi yang dihasilkan berjaya meningkatkan
penguasaan murid dalam aspek tatabahasa walaupun menghadapi pelbagai halangan dan
rintangan.
9.

REFLEKSI
Bersyukur kepada Allah dengan limpah dan kurnianya tugasan Projek Inovasi

Praktikum yang merupakan projek wajib yang mestilah dilaksanakan oleh semua Pelajar
AEU PPG telah dapat saya selesai pada waktu yang telah ditetapkan. Tugasan ini
mengambil masa selama sebulan bermula dari 11 Mei hingga 16 Ogos 2015 . Projek
Inovasi ini hendaklah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
berkaitan dengan major setiap pelajar. Projek ini kami jalankan secara individu di sekolah
masing-masing.
Sebelum projek ini dijalankan kami telah diberikan taklimat untuk memberikan
maklumat yang lebih bagaimana projek ini hendak dilaksanakan. Dengan kesungguhan
dan keprihatinan pihak AEU semasa memberikan tugasan ini telah sedikit sebanyak
membantu dan memberikan kepada kami gambaran untuk menyelesaikan tugasan ini.
Tugasan ini terpaksa saya susunan mengikut perancangan yang baik kerana kesuntukan
masa kami dan kepadatan tugasan hakiki di sekolah yang menjadi tanggungjawab utama
sebagai guru.
Semasa pertama kami menerima tugasan ini, timbul persoalan di kotak minda saya
adakah saya mampu untuk melaksanakan tugasan projek ini dalam masa yang singkat.
Dalam masa yang sama, kami juga perlu menyelesaikan kerja-kerja kursus lain. Keadaan

ini ditambahkan lagi dengan kekangan masa tugasan di sekolah. Situasi ini sedikit
sebanyak memberikan tekan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan
ini. Walau bagaimanapun saya tetap tidak mengambil mudah dengan memberikan alasan
dan helah untuk mengabaikan tugasan yang diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran
dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan dan panduan yang telah diberikan.
Bagi mengatasi kesukaran dan kekangan masa, saya telah mengambil inisiatif
dengan berbincang dan berkolaboratif dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing.
Perbincangan dan kolaboratif ini telah dapat membantu saya menyiapkan tugasan ini
sedikit demi sedikit kerana berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah
bagaimana untuk melaksanakan tugasan selain mendapat kerjasama untuk mengumpulkan
bahan-bahan yang diperlukan. Perbincangan dan kolobaratif ini bermula pada peringkat
memahami tugasan, mencari bahan-bahan, pengkongsian idea dan pengetahuan tetap dan
seterusnya menyelesaikan tugasan.
Tugasan Projek Inovasi ini sebenarnya telah memberikan impak yang baik kepada
kerjaya saya sebagai seorang guru. Permasalahan yang timbul di sekolah terutama dalam
proses pembelajaran dan pengajaran dapat diatasi dengan melakukan inovasi agar
pencapaian pelajar dapat ditingkatkan. Sebagai seorang guru, kita mestilah mempunyai
kreativiti dan inovasi untuk menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas menjadi lebih menarik dan berkesan. Melakukan inovasi ini sebagai satu usaha
pendekatan untuk guru mengatasi permasalahan yang berlaku dalam proses pembelajaran
dan pengajaran yang dihadapi oleh pelajar. Sebagai seorang guru kita mestilah peka dan
bertanggungjawab kepada masalah dan keperluan pelajar. Ini menjadi tanggungjawab
kepada guru untuk menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi. Seorang guru juga
mestilah mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif, kritis dan inovasi bagi menjayakan
hasrat dan nyawa Falsafah Pendidikan Negara.
Akhirnya, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan
sekerja di sekolah, rakan-rakan sekuliah dan seterusnya kepada mereka yang secara
langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menyelesaikan projek inovasi ini.
Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah yang membantu dan membimbing saya.
Tidak ketinggalan kepada keluarga saya yang telah banyak membantu dan memahami

sepanjang saya melunaskan projek ini. Semua kebaikan yang dicurahkan kepada Allah
sahaja yang dapat membalasnya.
Disediakan oleh,
NORASHIKIN BIN ISMAIL
E 30203120296
AEU MELAKA.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5


Mata Pelajaran

Bahasa Melayu

Tahun

5 Bestari

Bilangan Murid

16 Orang

Tarikh

8 Julai 2015

Masa

10.10 11.10

Tema

Sekolahku

Tajuk

Bergotong royong membersihkan sekolah

Standard Pembelajaran

:-

3.5

Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber

5.3

Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi

Standard Prestasi

:-

3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan daripada pelbagai sumber.
5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek
dan

predikat dengan betul dalam pelbagai situasi

Hasil Pembelajaran :Di akhir sesi pembelajaran ini ,murid-murid akan dapat: A.

Menguasai isi kandungan

1.

Menjelaskan isi yang terdapat di dalam gambar sekurang-kurangnya


daripada 7 frasa berkaitan aktiviti dalam gambar.

2.

Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan frasa berkaitan


aktiviti sekurang-kurangnya 5 ayat yang lengkap.

B.

Membina Kemahiran Saintifik berfikir dan Strategi Berfikir.


1.

Memelihara kebersihan alam sekitar dan tempat belajar sebagai satu


amalan yang harus dilaksanakan.

C.

Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni


1.

Menyemaikan sikap cintakan kebersihan dan memupuk sikap kerjasama


dalam menyempurnakan sesuatu aktiviti.

Bahan Bantu Mengajar

Gambar gotong royong, slaid power point, komputer riba dan lembaran kerja.
Pengetahuan Sedia Ada

Murid-murid pernah mengikuti aktiviti gotong royong Perdana sambutan sempena hari
guru.
Sistem Bahasa

:-

Kata kerja
ayat majmuk dan ayat tunggal.
Pengisian kurikulum
a. Ilmu

Pendidikan Sivik Kenegaraan, Sains, Pendidikan Moral,


Pendidikan Agama Islam

b. Nilai Murni :

Bekerjasama, kesyukuran, Menghargai Alam dan tempat


belajar.

Kemahiran Bernilai Tambah :


i.

Kecerdasan Pelbagai

Verbal Lingusitik, Intrapersonal, Interpersonal

ii.

Kemahiran Berfikir

meneliti, menjana idea, mengenalpasti,


menghubungkait

iii.

Kemahiran Belajar Belajar Cara Belajar

Membaca, mencatat, menulis

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


LANGKAH /
MASA
SET INDUKSI
(5 minit)

ISI PELAJARAN

AKTIVITI
GURU

MURID

Memperdengarkan lagu Tanya

Guru memperdengarkan

Murid memdengar lagu

sama lalat menerusi tayangan

lagu Tanya sama lalat

Tanya sama lalat

video..-

menerusi tayangan video..-

menerusi tayangan video..-

PE
KU

Nilai :

Kebersi
Dan menayangkan

melihat tayangan senikata

senikata lagu

lagu

Guru bersoaljawab dengan

Guru bersoaljawab dengan

murid berkaitan dengan

murid berkaitan dengan

senikata lagu berkaitan

senikata lagu berkaitan

menjaga kebersihan.
Guru menjelaskan tajuk

menjaga kebersihan.
Murid mendengar

Kemahi

Kecerda

LANGKAH 1

Perkaitan Pengetahuan Sedia Ada.

( 10 minit)

Kepentingan kebersihan
Nyanyian lagu

penjelasan tajuk oleh guru


Murid bersoal jawab
Guru bersoal jawab dengan

Nilai :

dengan guru

Kebersi

Murid mengaitkan tajuk

Kemahi

murid

LANGKAH 2
Menstuktur semula

Guru mengaitkan tajuk

dengan senikata lagu

dengan senikata lagu

berdasarkan bimbingan

Menunjukkan gambar

guru
Melihat gambar gotong-

gotong-royong

royong

Kecerda

Kaedah

(10 Minit)

Bimbin
Murid diarah untuk

Murid memahami aktiviti

memahami aktiviti dalam

dalam gambar

sebaya

gambar

LANGKAH 3

Meneliti

(10 minit)

Mengenal pasti

Murid diminta untuk

Murid berbincang dalam

berbincang dalam

kumpulan secara ber

kumpulan secara ber

pasangan

pasangan
Guru menampalkan

Murid melihat gambar

gambar aktiviti gotong

aktiviti gotong royong

royong

Mengen

Guru meminta murid

Murid membulatkan

membulatkan aktiviti yang

aktiviti yang berkait

berkait dengan kata kerja

dengan kata kerja

Guru meminta murid

Murid menyenaraikan

menyenaraikan kata kerja

kata kerja

Guru meminta murid

Murid berbincang tentang

berbincang tentang aktiviti

aktiviti gotong royong

gotong royong dalam

dalam kelas dan

kelas dan membulatkan


Langkah 4

Aplikasi Idea

(10 minit )

Membina ayat tunggal dan ayat


majmuk menggunakan kata kerja

kata kerja
Guru meminta murid

Murid membina rangka

membina rangka ayat

ayat tunggal dan majmuk

tunggal dan majmuk

secara perbincangan

secara perbincangan
Guru meminta murid

Murid membina ayat

membina ayat lengkap

lengkap secara lisan

secara lisan

PENILAIAN

Kemahi

Guru mengarahkan murid

Murid membuat latihan

membuat latihan bertulis

bertulis dan memberi

dan memberi rangka untuk

rangka untuk membina

membina ayat yang

ayat yang lengkap melalui

lengkap melalui slaid

slaid

Guru meminta murid

Murid membuat refleksi

membuat refleksi

pengajaran dan

( 5 minit)

Refleksi

pengajaran dan

pembelajaran

pembelajaran
PENUTUP
(5 minit)

Membuat rumusan isi pelajaran

Bersoal jawab secara lisan

Bersoal jawab secara lisan

Merumus penjelasan murid

Merumus penjelasan murid

dan membuat perkaitan

dan membuat perkaitan

dengan nilai murni

dengan nilai murni

LEMBARAN KERJA 1
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1) Puan Salina____________ kurma ayam dan rendang daging untuk hidangan makan malam.
A

menggoreng

menjerang

memasak

memotong

2) Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 10.45 malam.
A

berlepas

bertolak

berangkat

berjalan

3) Kami________terbahak-bahak apabila mendengar kisah Angan-angan Mat Jenin.


A

menangis

ketawa

menjerit

melompat

4) Encik Teh__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Tahun Baru Cina.
A

membakar

menconteng

membersihkan

menghiasi

5) Mangsa-mangsa banjir itu telah_____ke tempat yang lebih selamat sehingga air surut.
A

berpindah

berlari

bermain

berdiri

6) Encik Fadli_________ sanak saudadaranya datang ke majilis perkahwinan anak bongsunya.


A

meminta

mengangkut

menjemput

menghantar

7) Kami sekeluarga ______di tepi kolam itu sambil melihat anak-anak ikan berenang
A

berpindah

berehat

beradu

berlatih

8) Pemandu bas mini itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamat para penumpang.
A

membawa

mengangkut

memandu

menunggang

9) Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak lelaki gila itu menuju ke arah mereka.
A

duduk

tidur

turun

lari

10) Ular sawa yang _____ayam-ayam Pak Cik Harun berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
A

membunuh

mengulung

mematuk

memakan

Anda mungkin juga menyukai