Anda di halaman 1dari 4

4.

Bagaimanakah

pula

guru

dapat

merealisasikan

elemen-elemen

Kemahiran Belajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.


Guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan elemen-elemen
Kemahiran Belajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Bilik
darjah yang selesa lagi kondusif dapat membantu pelajar mempunyai minat
ataupun lebih menumpukan perhatian untuk belajar.Dengan itu,keputusan
pelajar secara tidak langsung akan meningkatkan dan sifat mereka ingin belajar
dan mengetahui perkara yang baru juga dapat dipupuk dan disemai dengan
perlahan-perlahan.Bak

kata

pepatah

sedikit-sedikit

,lama-lama

menjadi

bukit.Akhirnya pelajar dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan sifat


ingin belajar juga disemai dan dipupuk.Mereka dapat menjadi modal insan
negara yang berguna dan dapat berkhidmat kepada tanah air yang dicintai dan
disayangi.Dengan kewujudan mereka,maka negara dapat berdiri sama tinggi
dengan negara yang lain kerana ekonomi,sosial dan sebagainya ditingkatkan.
Oleh itu,guru harus memastikan keadaan dalam bilik darjah adalah
sesuai,selesa lagi kondusif.Dalam bilik darjah pencahayaan dan pengudaraan
adalah amat penting.Pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan
kondusif apabila mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang bagus dan
baik semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Lampu dan
tingkap memang tidak dapat dikurangkan dalam sebuah bilik darjah.Guru harus
memastikan lampu di bilik darjah berada dalam keadaan yang baik.Jikalau tiada
lampu,pelajar-pelajar akan berada dalam situasi yang tidak selesa kerana terlalu
gelap.Biasanya,pada pukul 7.15 pagi bilik darjah ada lagi sedikit gelap kerana
masa tersebut tiada matahari.Selain itu, pada pukul 4.30 petang ,terdapat
pelajar-pelajar yang masih menghadiri kelas tambahan di sekolah dan bilik
darjah amat gelap.Pada masa tersebut,guru-guru haruslah memastikan lampu di
bilik darjah dibukakan.Dengan membukakan lampu barulah pelajar tidak berasa
letih

dan

ingin

tidur

di

dalam

bilik

darjah

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran.Seterusnya,guru perlu memberi perhatian yang penuh semasa


waktu hujan.Pada masa tersebut,pelajar akan berasa mengantuk dan masa itu
memang yang paling gelap.Guru patut mengambil tindakan seperti membukakan
lampu supaya mereka dapat meneruskan kelasnya.Di samping itu,tingkap juga

amat penting dalam sebuah bilik darjah.Guru haruslah memastikan tingkap


sentiasa dibuka.Dengan membukakan tingkap ,cahaya dapat pancar ke dalam
bilik darjah.Dengan itu,guru dapat menjimatkan perbelanjaan sekolah dengan
tidak perlu membukakan lampu.Biasanya keadaan ini adalah pada waktu pagi
atau tengah hari.Selain daripada itu,guru wajarlah memastikan alat elektrik
berada dalam keadaan yang baik iaitu alat elektrik berfungsi dan guru mestilah
melaporkan kepada pihak bertanggungjawab dengan serta-merta jika terdapat
sebarang kerosakan.Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan
prihatin,pastikan susun atur perabot di bilik darjah tersusun.Dengan itu,barulah
tidak menghalang pencahayaan dan pengudaraan kerana tingkap tidak .Oleh
yang demikian, pintu dan tingkap haruslah guru sentiasa buka..
Bukan itu sahaja,memastikan peti pertolongan cemas berada dalam bilik
darjah juga salah satu cara-cara guru dapat merealisasikan elemen-elemen
Kemahiran Belajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Peti
pertolongan cemas patut diletakkan di hadapan kelas.Guru tidak boleh
membiarkan pelajar membukakan peti ini sesuka hati.Guru boleh memberi ,
rawatan dengan serta merta jikalau terdapat kemalangan ringan yang berlaku di
dalam bilik darjah secara tiba-tiba.Kemalangan seperti pelajar tidak berwaspada
dan terjatuh dalam bilik darjah.Kaki pelajar tersebut mungkin berdarah
sedikit.Tanpa melengah-lengahkan masa,guru patut memberi rawatan seperti
membersihkan luka pelajar tersebut supaya kuman-kuman tidak menjangkiti
pelajar tersebut.Seterusnya guru haruslah membantu pelajar tersebut dengan
menyapukan ubat-ubat tertentu.Dengan kewujudan peti pertolongan cemas
barulah pelajar tidak berasa takut dan gelisih ketika berada di bilik darjah untuk
menuntut ilmu.Bukan itu sahaja,ibu bapa pelajar barulah dapat menumpukan
perhatian mereka terhadap kerja mereka tanpa membimbangkan keadaan anakanaknya di sekolah.
Guru perlu memberi perhatian yang lebih dalam kerusi dan meja
pelajar.Kecukupan

kuantiti

kerusi

dan

meja

patut

guru

sentiasa

beri

prihatin.Kuantiti kerusi dan meja yang cukup barulah pelajar dapat memberi
tumpuan yang sepenuhnya semasa guru mengajar.Jika terdapat kekurangan
kerusi dan meja,guru haruslah melaporkan kepada pihak sekolah agar masalah

kekurangan kerusi dan meja dapat diselesaikan.Pelajar akan berasa tidak selesa
lagi kondusif apabila kekurangan kuantiti kerusi dan meja kerana mereka
terpaksa

berkongsi

dengan

rakan

rakan

yang

lain.Ini

menyebabkan

ketidakselesaan dan tentunya pelajar tidak dapat memberti tumpuan yang


sepenuhnya.Selain itu, guru juga haruslah memastikan keadaan kerusi dan meja
adalah selamat dan baik.Keselamatan pelajar amat penting dalam satu bilik
darjah.Guru

seperti

ibu

bapa

pelajar,mereka

bertanggungjawab

dalam

mematikan keselamatan pelajar.Kerusi atau meja yang rosak juga patut guru
melaporkan kepada pihak sekolah supaya secepat mungkin memberi kerusi
ataupun meja yang baru akepada pelajar.Saiz kerusi dan meja wajarlah sesuai
dengan peringkat tahap umur pelajar bagi tujuan keselasaan pelajar. Guru dapat
merealisasikan elemen-elemen Kemahiran Belajar dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah dengan memastikan susunan kerusi dan meja
pelajar.Meja pelajar patut disusun secara berkelompok di mana meja disusun
secara berempat. Pengajaran berpusatkan murid dapat dimudahkan dengan
susunan ini . Interaksi antara pelajar dapat digalakkan semasa gerak kerja
kumpulan.

Perbincangan

dapat

dibuat

dengan

susunan

kelompok

pelajar.Pendapat dan bahan bahan belajar dapat dikongsikan.Guru perlulah


memastikan bilangan pelajar tidak terlalu ramai dan keluasan kelas patutlah luas
sebelum menyusun susunan secar berkelompok ini.Kemantauan guru terhadap
ahli kelompok juga diperlukan untuk memastikan kerjasama ahlinya dan bukan
medatangkan kesan negatif kepada kumpulan. Selain daripada itu, guru juga
bolehlah menempatkan setiap pelajar dalam kumpulan mengikut pencapaian
mereka sendiri. Dengan begitu, guru lebih mudah dalam memberikan tugasan
atau latihan selaras dengan pencapaian pelajar.
Jam dan Kalendar diperlukan dalam bilik darjah.Unuk merealisasikan
elemen-elemen Kemahiran Belajar, guru patut memastikan dalam bilik darjah
terdapat jam dan kalendar.Guru patut meletakkan jam di hadapan kelas untuk
memberi peringatan bahawa masa itu emas.Ini dapat memberi pelajar lebih
menghargai masa. Manakala calendar peranan sebagai rujukan tarikh. Kita
dapat meninjau dalam calendar, peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan telah
dicatatkan.Hari yang begitu penting telah mengingati pelajar haruslah sentiasa

bersyukur dan mengingati bahawa jasa tokoh-tokoh yang telah berkorban untuk
negara.
Selain itu,warna bilik darjah juga amat penting.Warna yang terang,cerah
lagi lembut dapat memberi pelajar berasa selesa semasa pengajaran dan
pembelajaran.Dengan itu,pelajar tidak akan berasa mengantuk ketika berada
dalam kelas.Mereka dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadapa apa
yang diajar oleh guru.Di samping itu,mood juga akan menjadi baik kerana warna
membiarkan pelajar berasa amat selesa,kondusif dan tekanan pelajar secara
tidak langsung akan dikurangkan.Warna yang lembut seperti hijau muda dapat
memberi kebaikan kepada mata pelajar . Pelbagai kebaikan akan pelajar dapat
sekiranya guru-guru merealisasikan elemen-elemen Kemahiran Belajar dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Secara

keseluruhannya,guru

patut

memberi

perhatian

dalam

merealisasikan elemen-elemen Kemahiran Belajar dalam pengajaran dan


pembelajaran di bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai