Anda di halaman 1dari 5

Sekolah Kebangsaan Setia Alam

Jalan Setia Impian U13/3T


40170 Shah Alam
Selangor
SEKOLAH KEBANGSAAN SETIA ALAM
JALAN SETIA IMPAN U13/2T, SETIA ALAM,
KERTAS
CADANGAN
40170 SHAH
ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

PROGRAM TERAPI HERBA

Intervensi awal membentuk tingkah laku positif dan

meningkatkan keupayaan berfikir secara rasional dalam


kalangan murid-murid
bermasalah
pembelajaran melalui
KERTAS
CADANGAN
terapi herba (mandian dan urutan).
PROGRAM TERAPI HERBA

SEKOLAH KEBANGSAAN SETIA ALAM


SHAH ALAM
TARIKH

DISEDIAKAN
OLEH:
27 OGOS 2015
PANITIA
PROGRAM PENDIDIKAN
MASA KHAS INTEGRASI
SK8.30
SETIA
SHAH
PAGIALAM
HINGGA
10.00 ALAM
PAGI
TEMPAT
PRASEKOLAH SK SETIA ALAM

KELOMPOK SASARAN
MURID-MURID PRASEKOLAH
IBU BAPA / PENJAGA MURID
GURU-GURU PRASEKOLAH
PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRASEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH:
PN. ROWENA BT ABD AZIZ

1.0

MATLAMAT
Program Terapi Herba ini diharapkan dapat membuka minda murid prasekolah

dalam:
i.

Mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam pengurusan diri bagi pelbagai

ii.

aspek terutamanya diluar lingkungan sekolah khasnya dan keluarga amnya


Membentuk tingkah laku positif dan meningkatkan keupayaan berfikir secara
rasional melalui kaedah terapi herba

2.0

OBJEKTIF
Program Terapi Herba ini dirangka dengan berobjektifkan seperti berikut:

3.0

i.
ii.

Memastikan anak dan ibu bapa dating tepat jam 7.30 pagi
Mencapai kemahiran Linus Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris

iii.
iv.
v.
vi.

Matematik
Meningkatkan keupayaan berfikir secara kreatif dan inovasi
Mempertingkatkan kekuatan motor kasar dan motor halus murid.
Mempertingkatkan keyakinan diri murid.
Mempertingkatkan kemahiran bersosial di kalangan murid dan masyarakat

vii.
viii.

sekeliling.
Menenangkan fikiran murid.
Meningkatkan kekuatan fizikal dan mental di kalangan murid.

dan

KAJIAN KEPERLUAN
Program Terapi Herba ini dirasakan perlu dilaksanakan memandangkan ada murid-

murid bermasalah pembelajaran amat dikenali sebagai murid-murid yang pasif . Mereka
juga dikatakan kurang mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan apa jua situasi,
lebih-lebih lagi yang melibatkan hubungan sosialisasi dengan masyarakat sekeliling. Mereka
juga bermasalah dalam komunikasi secara interpersonal dan intrapersonal semasa
berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran.
Projek Terapi Herba (Mandian dan Urutan) dengan menggunakan herbaherba tradisional mempunyai keistimewaan yang tersendiri untuk merangsang saraf dan
minda anak-anak bermasalah dalam pembelajaran agar fizikal dan minda mereka lebih sihat
dan cergas. Menurut Saad, Basher (2011) sebanyak 80% penduduk dunia menggunakan
herba-herba tradisional untuk merawat pelbagai penyakit. Badan yang sihat dan minda yang
cergas boleh membantu kanak-kanak memberi tumpuan yang lebih lama dalam pelajaran
dan merupakan persediaan ke arah melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi
sahsiah diri dan bidang akedemik.

4.0

MAKLUMAT PROGRAM

Prasekolah SK Setia Alam merancang untuk menjalankan program Terapi Herba


pada 27 Ogos 2015 (Khamis).

5.0

KUMPULAN SASARAN

Semua murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SK Setia Alam.


Anggaran jumlah murid

75 orang

Guru pengiring

3 orang

Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

3 orang

Ibu bapa (waris)

75 orang

6.0

PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN


Penganjuran program Terapi Herba SK Setia Alam ini melibatkan Panitia Program

Prasekolah Sekolah Kebangsaan Setia Alam


Penasihat
Puan Siti Sarbanon Binti Mohamad Amin
(Guru Besar SK Setia Alam)
Pengerusi
Pn Rowena binti Abd Aziz
(Penyelaras Prasekolah SK Setia Alam)
Pengarah Program
En Halim bin Yasin
Setiausaha
Pn. Norhaida binti Dahalan
Bendahari
Pn. Zalina binti Ali

AJK Aktiviti
Pn Anis Erlina binti Johari
Pn. Rinawati binti Yusof

7.0

TENTATIF PROGRAM
Masa

Aktiviti

8.30 pagi

Berkumpul di Prasekolah SK Setia Alam

8.30 pagi 9.00 pagi

Penerangan Mengenai Program Terapi Herba oleh


Encik Halim

9.00 pagi 9.45 pagi

Program Terapi Herba

10.00 pagi

Majlis Bersurai

8.0

PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dan

seterusnya

mendatangkan

manfaat

khasnya

kepada

murid

Prasekolah

Sekolah

Kebangsaan Setia Alam. Selain daripada memberikan kelainan dalam corak pengajaran dan
pembelajaran, program ini juga diharapkan dapat membentuk keyakinan diri ketika
berkomunikasi dengan dunia luar yang semakin mencabar. Semoga segala matlamat yang
ingin dicapai mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t dan memperolehi keberkatan-Nya.

Disediakan oleh,
.
(Rowena binti Abd Aziz)
Pengerusi Program,
Program Terapi Herba Prasekolah SK Setia Alam

Disahkan oleh,
.................................
(Pn Siti Sarbanon Binti Mohamad Amin)
Guru Besar,
SK Setia Alam

Anda mungkin juga menyukai